harap maaf

salam….ade pembaca bertanya kepada saya tntg posting yg baru..dengan sedih,dukacita dan terharu,saya sedang bertungkus lumus menyelesaikan assignment dan bersedia untuk exam final..posting baru inshaallah akan diuruskn tidak lama lagi..sementara itu,layarilah artikel2 lain..semoga anda dirahmati Allah..

 

al Aqsa sudah runtuh!!!

Al-Aqsa sudah runtuh!!!!
Al-Aqsa sudah runtuh!!
BENAR!!ini bukan satu penipuan..percayalah..Al-Aqsa sudah runtuh sejak dahulu lagi..sejak umat Islam dikalangan kita bergaduh berebut kuasa dan Zionis cuma ketawa terbahak-bahak dan mempermainkan kita.Kita telah dilemahkan oleh mereka yang kafir(yang melemahkan dan menyerang serta menindas umat ISLAM)..TETAPI,MALULAH KITA!!MALULAH SAYA!!MALULAH ANDA SEMUA!!!sebab kita rela dilemahkan dan tidak mahu bangkit!!!

SAYA…ANDA… KITA SEMUA BERTANGGUNGJAWAB!!!!
Saudara,Al Aqsa yang zahir itu memang wujud lagi.Alhamdulillah..TAPI SAMPAI BILA???adakah hingga AL AQSA ITU RUNTUH BARU KITA SEDAR DAN BANGKIT???adakah Al Aqsa itu adalah satu harga yang kta ingin bayar untuk KEBANGKITAN DAN KESEDARAN..Adakah harga Al Aqsa itu sungguh murah hanya untuk MEMBAYAR KEBODOHAN DAN KEJAHILAN SEBAHAGIAN PEMIMPIN DAN UMAT ISLAM YANG LEKA???Adakah MARUAH AGAMA ini sebegitu rendah hingga kita sanggup melupakannya???apakah makna menjadi seorang Islam bagi anda????????cukupkah anda sekadar solat dan menunaikan kewajipan yang lain????
Ya Allah,selamatkanlah Al Aqsa kami..selamatkanlah agama kami..selamatkan mujahid2 yang berjuang..sungguh kami tidak mampu,maka Ya Allah,berikanlah kami peluang dan keberanian untuk kembali kepada Mu dalam MATI YANG MULIA!!!Ya ALLAH,sungguh kami leka!!!sungguh kami lupa!!sungguh bangsa ku leka kepada mu Al Aqsa..sungguh aku tidak mampu untuk kesana dan mengambil mu kembali..sungguh aku menangisi atas kelemahan ku Al Aqsa!!!Sungguh cintaku untuk bumi Palestina itu tak pernah padam..SUNGGUH AL AQSA..jasadku di tanah ini,tapi hati ku dekat dengan mu!!!sungguh wahai saudara Palestin ku,MAAFKAN AKU!!AKU TIDAK MAMPU!!!sungguh saudara Palestine ku,MAAFKAN BANGSA KU..MEREKA TERLUPA!!!!!

Saudara,ada alternative lain untuk kita berjihad akibat kekangan visa dan batasan Negara(jika mampu untuk ke sana,apa lagi yang ditunggu??)..Boycott barangan Israel???kenapa???anda x sanggup??anda x boleh hidup ka kalau anda x minum Coke walaupun sehari??Anda kebulur ke kalau anda x mkn KFC???anda rase malu ka kalau anda x pakai baju berjenama mahal2 keluaran syarikat2 Israel?? Mari sini saya mau Tanya..TAK MALUKAH ANDA PADA ALLAH????X MALUKAH ANDA PADA SAUDARA PALESTINE???X MALUKAH ANDA PADA MUJAHID2 YANG RELA DAN REDHA DIBUNUH DAN BERPERANG  UNTUK MENCARI SYAHID!!!SEDANGKAN ANDA MENYUMBANG PELURU KEPADA ZIONIS UNTUK MEMBUNUH SAUDARA ANDA SENDIRI???ADAKAH ANDA SANGGUP MEMBERI PISAU SEMBELIHAN KEPADA SEORNG PEMBUNUH DAN PEROGOL UNTUK MEMBUNUH KEKASIH ATAU SAUDARA ANDA YANG PEREMPUAN??!!!!!!Adakah MARUAH AGAMA INI dan MARUAH SERTA DARAH ORANG PALESTINE ITU DAN AL AQSA ITU TIDAK SETARAF DENGAN MARUAH SERTA DARAH SAUDARA DAN KEKASIH ANDA???Malulah anda!!Malulah saya!!!!

Saudara2 ku..saya merayu kepada anda sedang dalam saya mengenag dengan air mata mengalir ketika menulis seruan ini…SAYA MERAYU KEPADA ANDA!!!!Bantulah agama ini!!!ADAKAH ANDA SANGGUP MENJAWAB BILA ALLAH BERTANYA NANTI: “APA YANG TELAH KAU SUMBANGKN UNTUK AGAMA INI?????”

ADAKAH ANDA SANGGUP MENATAP MATA SEORNG ANAK KECIL PALESTINE SAMBIL DIA BERKATA : “WAHAI SAUDARAKU YANG KU KASIHI..KAU ADALAH PEMBUNUH!!!.KAU TELAH BUNUH AKU,ABANGKU DAN AYAHKU!!!”..dan bila anda mengalihkn pandangan lari daripada mata anak itu,anda terlihat tangan anda berlumuran darah!!!Dan bila anda ingin cuci tangan itu,maka tidak hilang kesannya..tangan anda berbau darah SAUDARA ANDA SENDIRI!!!

Saudara,kita sering dilekakan..alah,dah biase da dgr..asyik2 perang di Palestine..asyik2 bunuh2..da bosan da..BOSAN!!!!!anda bosan???? Dan adakah anda fikir ketika mereka di Palestine berharap yang bantuan dan doa umat Islam tiba,kata2 seperti ini yang mereka dapat???X MALUKAH ANDA??X MALUKAH SAYA??ketika mereka dibunuh,anda kata anda BOSAN??!!!!!

AL AQSA!!!!!!!MAAFKAN KAMI!!!AL AQSA!!!TUNGGU KEDATANGAN KAMI!!!!AL AQSA!!!aku redha darah ku untuk membina mu kembali!!!

Saudara,ini bukan sekadar artikel…ini adalah RAYUAN!!bantulah Al Aqsa..sumbangkan lah wang anda..setidak-tidak nya SUMBANGKANLAH DOA ANDA serta tangisan meminta kepada Nya untuk kebebasan Palestine!!mungkin skali anda fikir yang saya hanya pandai menulis bahkan sama sahaja dengan artikel lain oleh pngrng yang lain..TAPI SAUDARA,saya menjalankn tanggungjawab saya atas apa yang terdaya…supaya nanti bila di Tanya Allah,saya mungkin mampu menjawab: “Ya Allah,aku belum mampu menumpahkan darah dan nyawaku untuk mati atas kemuliaan SYAHID,atas puluhan peluru menembusi tubuhku ketika ku menjadi pelindung Al Aqsa Mu dan melindungi saudara Palestin ku..tapi Ya Allah,aku cuba lakukan yang terdaya..maka Ya Allah,redha Mu atas diriku adalah Haq Mu..”
APA YANG ANDA AKAN SUMBANGKAN UNTUK AGAMA INI!!!!!???????

kenapa banyak sangat JANGAN?????

Kenapa banyak sangat JANGAN??

Segala puji bagi Allah,Pencipta,Pemilik langit dan bumi,dan apa yang ada di luar nya dan diantarnya.Maha suci Tuhan,raja bagi segala raja-raja.Maha Suci Tuhan yang menciptakan aku,kamu dan kita.Maha Suci Tuhan yeang melembutkan hati yang keras.Menghidupkan yang mati dan mematikan yang hidup.Rohku,jasadku,ibadahku adalah untuk MU.
Sahabat,kenapa dalam Islam ni banyak sangat jangan???Jangan minum arak.Jangan mendekati zina.Jangan berbuat kerosakan.Jangan makan benda haram.Jangan itu.Jangan ini.Segala macam jangan.Banyak sangat jangan..
Jadi,apa releven nya jangan ni???????..
Sahabat…
Dalam konteks bahasa yang kita fahami,jangan ni adalah satu arahan untuk menegah atau mencanggah daripada berlaku sesuatu.Benar bukan??Jadi kenapa digunakan banyak sangat jangan dalam Islam ini.Maka fahamilah wahai sahabat ku,Islam ini adalah WAY OF LIFE yakni,JALAN HIDUP..jadi kenapa perlukan perkataan JANGAN ni??bagi menjawab soalan ini,saya ingin menganalogikan dengan satu cerita.Bukankah kita gemar mendengar cerita??

Seorang kanak2 ni lahir.nama nya Mat Gepeng.Mat Gepeng ni dibela dan dijaga mak ayah dia dengan penuh kasih sayang.senang kata apa yang dia nk dia dapat dalam tempoh masa 0.0002 saat laa.apa yang dia nk buat tak pernah dibantah oleh mak ayah nya sebab katalah dalam tempoh 10 tahun dia hidup sebagai budak,dia tak pernah pun buat salah yang besar2.Dan mak ayah dia pun memang ajar Mat ni dengan baik.memang baik dan hebatlah si Mat ni.so,satu hari yang hening ni,Mat ni ternampak la jiran dia yang bukan Islam tengah minum arak.Die Nampak arak tu cm best je..dengan colour arak tu yg da nk dekat same dengan teh bunga kesukaan Mat Gepeng ni.so,dia pun dengan curi2 gi la rumah jiran dia dan tibai satu botol Chivas Regal berharga 54.30 sebotol(lengkap dengan cukai kerajaan).Agak2 ape jadi dengan si Mat ni??..Disinilah contohnya releven perkataan JANGAN ni.

Mat Gepeng tu adalah kita.Kita dilahirkan dalam fitrah.Suci,tanpa tercemar pemikiran kita.Tak kira lah kita agama apa pun,pada awal kehidupan kita,pemikiran kita masih suci.Jadi,peringatan diperlukan sejak daripada awal lagi.Kehidupan manusia adalah dalam beberapa peringkat.Jadi,bukankah logic peringatan itu diberikan daripada peringkat awal kita sebagai manusia,yakni ketika masih lagi awal umur kita.walaupun kita ni baik lah katakan,bayangkan tanpa perkataan JANGAN tu,bukankah kita akan menyangkakan yang kejahatan yang kita buat itu adalah sah dan halal??kerna kita tidak diingatkan dan kita tidak tahu!!!dan dengan JANGAN itu juga kita dapat fikirkan relevennya arahan Allah itu.

Jadi,wahai sahabatku..kalau anda persoalkn kenapa Allah banyak sebut JANGAN serta Nabi S.A.W juga ada sebutkan jangan,disinilah letak nya releven itu.Baiklah,saya tambah lagi sikit.bolehkan??

Sewaktu kita melakukan eksperimen berpandukan lab manual kita,adanya panduan untuk kita ikut dan juga ada juga larangan yang kita patut x buat.Cubalah dalam satu eksperimen kimia ni,anda buat je larangan tu.diarahkan anda supaya jangan campurkan larutan A dan B,tapi anda degil.anda campurkan jugak dengan muka yang selamba depan lecturer anda.Rasanya,adakah ekserimen itu akan capai kesempurnaan??adakah keputusan eksperimen itu tepat,lengkap dan sempurna??Kalaulah reaction antara dua larutan itu adalah reversible reaction,mungkin sekali,kita boleh perbetulkn apa yang berlaku.Tetapi bagaimana jika kita tidak dapat betulkannya??bukankah eksperimen kita sudah hancur lebur.Bukankah markah kita juga akan jadi teruk??Dan yang lagi sedih bila kita tidak dapat markah tinggi untuk melayakkan Dean`s list or Vice Chancellor List.

Baiklah,senang sekali saya menganalogikannya.eksperimen itu adalah kehidupan kita.Larutan A dan B itu adalah langkah kita dalam kehidupan kita ini .Lab manual tu dianalogikan sebagai panduan yang Allah dan Nabi SAW dah gariskan dalam Al-Quran dan Hadis.Markah yang baik untuk dapat Deans list and VC list tu adalah ganjaran di akhirat.BUkankah senang difahami dengan cara begini??Allah dah tetapkan segala garis panduan dalam hidup kita ni dengan lengkap sekali.Tapi kita degil,padahal kita tidak tau tntg kbnrn,jadi kita cuba gunakan jalan kita sendiri yang jauh menyimpang dari arahan Allah.Jadi apa akan jadi??tentu sekali hidup ini terumbang-ambing.Dan lebih sedih sekali,musnah begitu sahaja.Kalau kita sempat bertaubat yakni dianalogikan tadi dalam cerita saya sebagai reversible reaction,amatlah beruntung sekali kita.Tapi kalau x smpat dan hasil eksperimen kehidupan kita ni musnah begitu sahaja dan dibuang macam itu sahaja,apakah agaknya akan jadi pada kita????.

Kalau anda katakan segala JANGAN ini membuatkan segala kelecehan,maka sanggupkah anda tanggung bakaran api neraka.Atau,jika anda tidak Nampak janji Allah pada neraka itu,sanggupkah pula anda tanggung keadaan hati yang tidak aman,maruah yang dihina,kecacatan dan kerosakan minda serta bahkan boleh menjejaskan kesihatan.
Sahabat,anda banyak persoalkan tentang Allah.tentang undang2 Allah..kenapa Allah x kasik dedahkan aurat.kenapa Allah kata jangan dekati zina.Kenapa Allah kata jangan berkata dusta.Kenapa Allah kata jangan makan yang haram sedangkan kalau tengok dalam majalah2 masakan barat nih,makanan yang haram tu nampak cam sedap je kan..Banyak sangat jangan.Tetapi kalau anda baca artikel tulisan saya yang datang daripada pemikiran pemuda berumur 19 tahun ini secara menyeluruh,sepatutnya anda faham bukan??

mari saya buka minda anda sedikit.Islam x beri kita dedahkan aurat sebab aurat ni adalah maruah kita.Cuba anda bayangkan seorang lelaki tenung badan anda x berkelip2 selama 30 min..x bergerak pun dia daripada tenung tepat ke badan anda yang x ditutup auratnya ataupun dengan pakaian yang ketat itu.apa perasaan anda??dan begitu juga kepada lelaki,adakah anda selesa ditenung dan dipandang sebegitu rupa??dan adakah anda sanggup dijadikan bualan akibat daripada silap anda sendiri yang menayangkan tubuh anda walaupun tidak sepenuhnya?ataupun menjadi fantasi2 liar sebilangan manusia yang melihat?fesyen skrng ni bukankah aslnya daripda orng barat yang kafir??maka perlukah kita ikut mereka??kenapa kita jadikan orang kafir itu sebgai ikutan?perlukah kita kisah jika mereka kata kita tidak ikut fesyen seperti mereka???

Jadi menjaga aurat ini adalah sebagai pertahanan terhadap maruah kita.dan alangkah indahnya Islam ni bila kita dianjurkn menjaga akhlak dan batas pergaulan dan juga menjaga pandangan mata???Betapa kuat pertahan yang Allah ajarkan kepada kita untuk jaga maruah kita daripda kejahatan manusia dan syaitan?Tengok,BETAPA SAYANG ALLAH KEPADA KITA!!
Tentang yang haram itu contohnya arak..Rasanya x perlu saya ceritakan,kerana dengan mabuknya kita disebabkan arak ini,kita tidak akan berfikir panjang untuk lakukan sesuatu yang melepasi normal kehidupan bahkan bukankah dapat mengurangkan kecerdasan dan merosakkan hati dan kesihatan??Dan kepada jangan berkata dusta,bukankah kedustaan itu akan merosakkan sesuatu.Contoh yang paling senang dan mudah,dusta ini boleh merosakkan kepercayaan orng kepada kita.Bukankah begitu wahai saudara ku yang aku kasihi??

.Saudaraku yang aku kasihi,kalau mak anda marah anda dan larang anda lakukan sesuatu,bukankah itu tandanya dia sayangkan anda?Dia tidak mahu anda rosakkan diri anda sendiri??tengok,BETAPA ALLAH DAN RASUL LEBIH SAYANGKAN ANDA
p/s:fikirkanlah dengan logic akal anda dan carilah jawapan daripada keagungan ciptaan Nya..

hasil tulisan,

TAJUL RIJAL ANNUAR
(Yang mencari kebenaran dalam ciptaan Tuhan).

Nasihatilah aku dan perbetulkan lah silapku..

betapa indah nya Islam..

Betapa indahnya Islam…..

dalam perihal cinta,apakah perihal cinta yang agung??yang dikatakan bukan cinta biasa??kita boleh sahaja mencintai manusia tetapi berlandaskn cinta kita kepada Allah kerana cinta agung adalah cinta kepada Tuhan.Dalam surah Ali Imran ayat ke 31 ada menyebutkn perihal cinta.ayat yang ringkas tetapi cukup dalam:
“Katakanlah wahai Muhammad,Jika kamu mencintai Allah,maka ikutilah aku.nescaya Allah mencintai mu dan mengampunkan dosamu.Allah Maha Pengampun Maha Penyayng.”
“Saya sayang awak”,”tak de awak,tak de mkna hidup saya”, “you are irreplaceable my dear” dan banyak lagi ungkapan yang kita keluarkan.Kita sanggup mengeluarkan air mata, menangis kerana silap atau salah pada couple kita. Kita memujuk, merayu, sanggup habiskan beribu ringgit dan mengikut sahaja kehendaknya sampai kita sendiri hanyut. TETAPI berapa banyak kali kita pernah menangis mohon ampun kepada DIA?? Berapa banyak kali kita merayu dan memohon kepada NYA?? berapa banyak ringgit yang kita infakkan untuk jalan Allah?? BERAPA?? TAK MALUKAH KITA?? TAK MALUKAH ANDA?? TAK MALUKAH SAYA??


Wahai sahabat, betapa indahnya Islam ini, ia melarang perhubungan yang haram tetapi menghalalkan perhubungan yang ternyata halal (perkahwinan).Tentang isu haramnya couple ini telah banyak dikupas. senang sahaja. berpeganglah pada ayat Quran surah Al Isra ayat ke 32:
JANGANlah kamu MENDEKATI ZINA,itu sungguh perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk.
Kenapa Allah gunakan perkataan MENDEKATI, bukan melakukan??? secara logic akal kita fikirkan, jika 2 pasangan mulanya dari mata, pandang memandang, terus bertaut hati, maka mulalah ber sms (zaman moden, mane pakai pos lagi hantar surat cinta). dan keluarlah berdating. mulanya bawaklah adik kecil ikut sekali. mula dating ke-2 maka jalanlah berdua sahaja dan waktu tu lah mula nya tangan terseluk ke situ dan ke sini. Katalah, anda beri alasan, saya tak keluar dgn dia. saya message je. berbual, bercerita tentang masalah ummat (fikir ummah la katanya). Ya, benar sekali. tapi tak kan terlintas langsung untuk bermesra-mesra?? sungguh, bila ada perasaan sebegitu, bukankah itu zina hati?? zina yang disebabkan oleh hawa nafsu, yang menghalalkan apa yang haram. YANG HARAM ADALAH JELAS DAN YANG HALAL ADALAH JELAS. Sahabat, jihad paling besar adalah jihad menentang hawa nafsu. kita mungkin tak mampu berperang di bumi Palestin untuk agama ini, tetapi tak malukah kita jika kita tak mampu untuk mencuba berperang melawan hawa nafsu??. BETAPA INDAHNYA ISLAM, memberikan kita peluang untuk berjihad. anda tak mahu?? adakah anda tak percaya pada janji Allah?? ADAKAH ANDA TAK PERCAYA PADA AYAT ALLAH?? ATAU ANDA TAK PERCAYA JODOH DITENTUKAN ALLAH?? memang nampak seronok bercouple. segalanya indah. MEMANGLAH INDAH, sebab perkara yang haram itu dinampakkan indah pada pandangan manusia. TETAPI Allah amat mencintai umatnya. Buka surah Al Baqarah ayat 216:
Diwajibkan atas kamu berperang,padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah Mengetahui, sedang KAMU TIDAK MENGETAHUI.

JADI SAHABAT,APA LAGI YANG ANDA TIDAK PERCAYA????

Betapa indah nya Islam dalam soal ibadah. Sahabat, apa sebenarnya ibadah ni?? kita duduk kat surau, bace Quran, pergi ceramah… itu je kah ibadah?? Betapa indahnya Islam apabila segala pekerjaan atas nama Allah, lillahi taala adalah ibadah. menarikkan?? anda mandi, dengan niat kerana Allah, nak bersih kerana Allah. Anda niat, belajar kerana Allah untuk satu hari nanti bantu agama ini. Anda bekerja kerana Allah, juga adalah ibadah. Betapa Allah cinta dan sayangkan umatnya!! Maha Suci Tuhan Penguasa Langit Dan Bumi. Islam tidak menyusahkan ummatnya bahkan memudahkan ummatnya.
Betapa indahnya Islam lagi dalam soal dunia ini. Ada orang kata, ni semua dunia ni, tak redha Allah pada kita.. katanya lah.. tetapi Rasul dulu seorang peniaga.. sahabat-sahabat baginda orang berniaga.. Bukankah berniaga ni mencari keuntungan dan untung itu adalah wang dan mencari kekayaan itu katanya duniawi?? Macam mana tu?? Lihat, betapa indah nya Islam.. Islam tidak melarang kita mencari kekayaan dunia.. Kerana kekayaan itu dicari atas nama Allah dan diguna untuk bantu agama ini. Hadis Rasulullah SAW:
Barangsiapa yang inginkan dunia, hendaklah dia dengan ilmu. barangsiapa inginkn akhirat, hendaklah dia dengan ilmu dan barangsiapa inginkan keduanya sekali hendaklah dia dengan ilmu.
Lihat, betapa indahnya islam ini.. Islam tidak larang kita mencari kekayaan, tetapi harus beringat, kekayaan itu daripada Allah maka harusnya anda bersyukur.. bukan kita lekat di tikar sembahyang bila kita dah jatuh miskin. Dan ingatlah, setiap apa dari harta yang dicari itu ada hak kepada orang lain juga. Maka di situlah relevannya zakat. Lawa benar Islam ni kan?? Dan Islam tidak menyuruh kita belajar ilmu agama sahaja. Lihat hadis di atas itu, barangsiapa inginkan dunia, hendaklah dia dengan ilmu.. ilmu apa untuk kehidupan dunia ni??? tentu sekali sains, matematik dan lain-lain lagi. Lihatlah betapa indahnya Allah atur perjalanan hidup manusia ini. segalanya seimbang. TETAPI, kenapa jalan orang kafir juga kita jadikan tauladan?? Bukankah Allah dah menyebut dalam Quran, surah Al Baqarah ayat 120:
Dan orang yahudi dan nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti jalan (agama) mereka…….
Sahabat, anda faham bukan??
JADI, PADA ALLAH ATAU PADA ORANG-ORANG ITU ANDA PERTARUHKAN IMAN ANDA??
Betapa indahnya Islam, dalam menegakkan maruah wanita. Disuruh wanita menutup aurat, melabuhkan jilbab ke dada dan macam-macam lagi. Mungkin anda kata susahlah, lecehlah, panaslah. Dan mungkin ada yang lebih advance mengatakan NI MENYEKAT KEBEBASAN ASASI. kebebasan asasi ni ciptaan siapa?? siapa yang membuat landasan terma untuk setiap kebebasan?? bukankah itu ciptaan orang-orang barat dan kafir?? duduk sebentar dan baca ini:
“I find more bitter than death the woman who is a snare, whose heart is a trap and whose hands are chains. The man who pleases God will escape her, but the sinner she will ensnare.” “Look,” says the Teacher, “this is what I have discovered: “Adding one thing to another to discover the scheme of things-while I was still searching but not finding- I found one upright man among a thousand, but not one upright woman among them all.”
Ecclesiastes 7:26-28

Anda faham apakah itu?? ini tercatit di dalam Bible. Maaf jika saya silap. Tetapi, dalam Islam dan dalam Quran sendiri terdapat satu surah iaitu surah An Nisa yang menceritakan perihal wanita. Dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar nya. Betapa Allah sayangkan kaum wanita sehingga ada surah atas nama wanita.
Baiklah, anda mungkin mahu berfikir secra logic. Ingin saya bertanya, ADAKAH KEBEBASAN YANG DIKATAKAN ITU ADALAH KEBEBASAN JIKA MEMBENARKAN MARUAH SEORANG WANITA DIRENDAHKAN?? maksud daya di sini, dengan erti kebebasan tersebut, pergaulan menjadi bebas, maka banyak lah wujudnya CD yang hangat di pasaran lakonan pelakon tempatan. mungkin di bilik mereka, di dalam ladang kelapa sawit dan macam-macam lagi? Adakah ini kebebasan yang dapat merendahkan martabat kaum wanita?? Dan adakah ini kebebasan jika ada sesetengah Negara yang membenarkn wanita merendahkn martabat sehingga pelacuran dibenarkan?? INI KEBEBASANKAH???? Ya, anda mungkin kata anda walau tidak tutup aurat tetapi anda tidak melakukan sebegitu, sedangkan ada rakan anda yang menutup aurat, lebih teruk dari apa saya ceritakan. TETAPI, sanggupkah anda bila anda terdengar perbualan teman lelaki anda dengan teman-temannya seperti ini:
“Bro, body awek hang lawa la.. sedap tuh, x nak try ke??”
APAKAH PERASAAN ANDA?? adakah itu kebebasan yang anda perjuangkan???

JADI SAHABAT, TEPUK DADA, TANYALAH IMAN ANDA!!
PADA SIAPA ANDA PERCAYA??

p/s: jika banyak khilaf, maafkanlah dan betulkanlah serta tegurlah. saya berkata melalui pengalaman sendiri, pengajaran dan penglihatan serta pengamatan dan juga logika akal manusia yang tidak setanding Kebijaksanaan Pencipta.

Tajul rijal annuar

seruan boycott Israel products..

salam ukhwah..

“kenapa perlu kita peduli palestine??itu bukn negara kita??biarlah mereka dgn mslh mereka”..kdg kala ayat2 ini sering kita dengar ayat2 ini bahkan dari mulut saudara seislam kita sendiri.wahai saudara2 ku..sejauh manapun bngsa arab di bumi palestine,islam tidak membezakan kita dari batasan negara,atau warna kulit..buknkah iman dan taqwa membezakan kita,bukn pangkat atau ktrunan??bukn juga sempadan negara??kenapa jadi begini skali??mungkin skali bumi islam prnh dijajah dn rncngn bijk penjajah memisahkn kita mengikut blok2 negara yg brbeza supya kita sukr unutk brstu dn trus kita mengikut acuan individualisme..TETAPI,sekarang kita harus sedar!!!sekiranya darah orng Palestine itu tumpah,itu adalah darah umat islam..itu adalah darah kita!!!adakah anda sanggup sekadar melihat dn cuma brkata,”tidak berperikemanusiaan skali”.kita bercakap ats dasar kemanusiaan??hairn bukn..tidakkah sepatutnya kita brckp ats dsr,ukhwah dan prsaudaraan Islam???buknkah darah kita dan darah umat Palestine itu sama??darah orng yg brsaksi bahwa Allah itu Tuhan satu2 nya yg wajib disembah dan Muhammad itu pesuruhNya??


Sungguh ya akh fillah..
kita mungkin sekali tidak mampu ke sana untuk brsama mereka..tetapi kita mampu menolong mereka disini..BOYCOTT brngn Israel!!!kenapa???saya ingin bertanya anda,sanggupkah anda menjadi penyumbang kepada Israel untuk membeli peluru membunh saudara umat Palestine di sana??setiap wang itu diguna untuk tujuan perang..dan adakah anda snggup menjawab kelak kepada saudara Palestine kita bila dia berkata “Kamu telah membunuh aku!!dimanakah saudara seagamaku???!!!”SANGGUPKAH ANDA???dan juga bila nanti ALLAH BERTANYA KEPADA SETIAP DARI ANDA..APAKAH YANG KAMU SUMBANGKAN UNTUK AGAMA INI?????tidakkah ANDA MALU???!!!!!!!MALULAH SAYA,MALULH KITA!!sanggupkah kita menjadi penyumbng untuk kekejaman???????sanggupkah untuk membunuh saudara Islam kita??lihatlah tangan anda.mahukh di hari Pembalasan nanti,tangan anda disaluti dn dibasahi darah saudara Palestin kita???

akh fillah
ingat,sekurang2 nya kita mampu menyumbngkn sesuatu untuk agama ini..kalau anda kata anda solat dn mnjga rukun islam itu shaja sudah cukup,tidk prlu tmbh apa2 lagi,fikirlah yg umat Palestin itu mempertahankn Al Aqsa untuk kita??mereka juga solat dan menjaga rukun Islam..bahkan mereka menjaga agama ini untuk kita..mereka menunjukkan walaupun mereka kekurngn,tetapi tidak akan menyerah!!!mereka akn trus berjuang untuk membebaskan Palestina.mereka akn trus mncari kematian(shahid) untuk redha Allah..supaya bila Allah brtnya nanti,merekan akn berkata,aku mati kerna membela Al-Aqsa,membela agama Mu dan membela kaum muslimin lain..dimanakh kita ketika itu???adakah itu tidak memberi makna kepada anda??

saudara…
memg sukar untuk memboycott brngn Israel,bahkan byk sungguh brngn yg brhbg kait dgn Israel..yg anda sudah trbeli dahulu tnpa mengetahui,tidak lah apa2..tetapi,saudara,usahakan lah untuk berhenti menjadi penyumbang kepada kekejaman ini!!memg sukar,tetapi TIDAK MUSTAHIL!!

dan juga kepada rakan ku yg bukn Islam,bantulah kami ats dasar kemanusiaan dan ats dasar kebaikan dan kebajikan yg dianjurkan oleh agama kalian.Bukankah setiap agama itu mengajar kn berbuat baik???

saudara,ini bukn lagi permintaan..ini adalah rayuan saya kepada anda semua..

untuk mengetahui lebih lanjut tntg brngn trsbut,diharapkan anda buka web ini www.inminds.com/boycott-israel.html

SANGGUPKAH ANDA MENJADI PENYUMBANG MEMBUNUH SAUDARA SEAGAMA SENDIRI???!!!

boycott israel

salam ukhwah..salam kedamaian..