betapa indah nya Islam..

Betapa indahnya Islam…..

dalam perihal cinta,apakah perihal cinta yang agung??yang dikatakan bukan cinta biasa??kita boleh sahaja mencintai manusia tetapi berlandaskn cinta kita kepada Allah kerana cinta agung adalah cinta kepada Tuhan.Dalam surah Ali Imran ayat ke 31 ada menyebutkn perihal cinta.ayat yang ringkas tetapi cukup dalam:
“Katakanlah wahai Muhammad,Jika kamu mencintai Allah,maka ikutilah aku.nescaya Allah mencintai mu dan mengampunkan dosamu.Allah Maha Pengampun Maha Penyayng.”
“Saya sayang awak”,”tak de awak,tak de mkna hidup saya”, “you are irreplaceable my dear” dan banyak lagi ungkapan yang kita keluarkan.Kita sanggup mengeluarkan air mata, menangis kerana silap atau salah pada couple kita. Kita memujuk, merayu, sanggup habiskan beribu ringgit dan mengikut sahaja kehendaknya sampai kita sendiri hanyut. TETAPI berapa banyak kali kita pernah menangis mohon ampun kepada DIA?? Berapa banyak kali kita merayu dan memohon kepada NYA?? berapa banyak ringgit yang kita infakkan untuk jalan Allah?? BERAPA?? TAK MALUKAH KITA?? TAK MALUKAH ANDA?? TAK MALUKAH SAYA??


Wahai sahabat, betapa indahnya Islam ini, ia melarang perhubungan yang haram tetapi menghalalkan perhubungan yang ternyata halal (perkahwinan).Tentang isu haramnya couple ini telah banyak dikupas. senang sahaja. berpeganglah pada ayat Quran surah Al Isra ayat ke 32:
JANGANlah kamu MENDEKATI ZINA,itu sungguh perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk.
Kenapa Allah gunakan perkataan MENDEKATI, bukan melakukan??? secara logic akal kita fikirkan, jika 2 pasangan mulanya dari mata, pandang memandang, terus bertaut hati, maka mulalah ber sms (zaman moden, mane pakai pos lagi hantar surat cinta). dan keluarlah berdating. mulanya bawaklah adik kecil ikut sekali. mula dating ke-2 maka jalanlah berdua sahaja dan waktu tu lah mula nya tangan terseluk ke situ dan ke sini. Katalah, anda beri alasan, saya tak keluar dgn dia. saya message je. berbual, bercerita tentang masalah ummat (fikir ummah la katanya). Ya, benar sekali. tapi tak kan terlintas langsung untuk bermesra-mesra?? sungguh, bila ada perasaan sebegitu, bukankah itu zina hati?? zina yang disebabkan oleh hawa nafsu, yang menghalalkan apa yang haram. YANG HARAM ADALAH JELAS DAN YANG HALAL ADALAH JELAS. Sahabat, jihad paling besar adalah jihad menentang hawa nafsu. kita mungkin tak mampu berperang di bumi Palestin untuk agama ini, tetapi tak malukah kita jika kita tak mampu untuk mencuba berperang melawan hawa nafsu??. BETAPA INDAHNYA ISLAM, memberikan kita peluang untuk berjihad. anda tak mahu?? adakah anda tak percaya pada janji Allah?? ADAKAH ANDA TAK PERCAYA PADA AYAT ALLAH?? ATAU ANDA TAK PERCAYA JODOH DITENTUKAN ALLAH?? memang nampak seronok bercouple. segalanya indah. MEMANGLAH INDAH, sebab perkara yang haram itu dinampakkan indah pada pandangan manusia. TETAPI Allah amat mencintai umatnya. Buka surah Al Baqarah ayat 216:
Diwajibkan atas kamu berperang,padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah Mengetahui, sedang KAMU TIDAK MENGETAHUI.

JADI SAHABAT,APA LAGI YANG ANDA TIDAK PERCAYA????

Betapa indah nya Islam dalam soal ibadah. Sahabat, apa sebenarnya ibadah ni?? kita duduk kat surau, bace Quran, pergi ceramah… itu je kah ibadah?? Betapa indahnya Islam apabila segala pekerjaan atas nama Allah, lillahi taala adalah ibadah. menarikkan?? anda mandi, dengan niat kerana Allah, nak bersih kerana Allah. Anda niat, belajar kerana Allah untuk satu hari nanti bantu agama ini. Anda bekerja kerana Allah, juga adalah ibadah. Betapa Allah cinta dan sayangkan umatnya!! Maha Suci Tuhan Penguasa Langit Dan Bumi. Islam tidak menyusahkan ummatnya bahkan memudahkan ummatnya.
Betapa indahnya Islam lagi dalam soal dunia ini. Ada orang kata, ni semua dunia ni, tak redha Allah pada kita.. katanya lah.. tetapi Rasul dulu seorang peniaga.. sahabat-sahabat baginda orang berniaga.. Bukankah berniaga ni mencari keuntungan dan untung itu adalah wang dan mencari kekayaan itu katanya duniawi?? Macam mana tu?? Lihat, betapa indah nya Islam.. Islam tidak melarang kita mencari kekayaan dunia.. Kerana kekayaan itu dicari atas nama Allah dan diguna untuk bantu agama ini. Hadis Rasulullah SAW:
Barangsiapa yang inginkan dunia, hendaklah dia dengan ilmu. barangsiapa inginkn akhirat, hendaklah dia dengan ilmu dan barangsiapa inginkan keduanya sekali hendaklah dia dengan ilmu.
Lihat, betapa indahnya islam ini.. Islam tidak larang kita mencari kekayaan, tetapi harus beringat, kekayaan itu daripada Allah maka harusnya anda bersyukur.. bukan kita lekat di tikar sembahyang bila kita dah jatuh miskin. Dan ingatlah, setiap apa dari harta yang dicari itu ada hak kepada orang lain juga. Maka di situlah relevannya zakat. Lawa benar Islam ni kan?? Dan Islam tidak menyuruh kita belajar ilmu agama sahaja. Lihat hadis di atas itu, barangsiapa inginkan dunia, hendaklah dia dengan ilmu.. ilmu apa untuk kehidupan dunia ni??? tentu sekali sains, matematik dan lain-lain lagi. Lihatlah betapa indahnya Allah atur perjalanan hidup manusia ini. segalanya seimbang. TETAPI, kenapa jalan orang kafir juga kita jadikan tauladan?? Bukankah Allah dah menyebut dalam Quran, surah Al Baqarah ayat 120:
Dan orang yahudi dan nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti jalan (agama) mereka…….
Sahabat, anda faham bukan??
JADI, PADA ALLAH ATAU PADA ORANG-ORANG ITU ANDA PERTARUHKAN IMAN ANDA??
Betapa indahnya Islam, dalam menegakkan maruah wanita. Disuruh wanita menutup aurat, melabuhkan jilbab ke dada dan macam-macam lagi. Mungkin anda kata susahlah, lecehlah, panaslah. Dan mungkin ada yang lebih advance mengatakan NI MENYEKAT KEBEBASAN ASASI. kebebasan asasi ni ciptaan siapa?? siapa yang membuat landasan terma untuk setiap kebebasan?? bukankah itu ciptaan orang-orang barat dan kafir?? duduk sebentar dan baca ini:
“I find more bitter than death the woman who is a snare, whose heart is a trap and whose hands are chains. The man who pleases God will escape her, but the sinner she will ensnare.” “Look,” says the Teacher, “this is what I have discovered: “Adding one thing to another to discover the scheme of things-while I was still searching but not finding- I found one upright man among a thousand, but not one upright woman among them all.”
Ecclesiastes 7:26-28

Anda faham apakah itu?? ini tercatit di dalam Bible. Maaf jika saya silap. Tetapi, dalam Islam dan dalam Quran sendiri terdapat satu surah iaitu surah An Nisa yang menceritakan perihal wanita. Dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar nya. Betapa Allah sayangkan kaum wanita sehingga ada surah atas nama wanita.
Baiklah, anda mungkin mahu berfikir secra logic. Ingin saya bertanya, ADAKAH KEBEBASAN YANG DIKATAKAN ITU ADALAH KEBEBASAN JIKA MEMBENARKAN MARUAH SEORANG WANITA DIRENDAHKAN?? maksud daya di sini, dengan erti kebebasan tersebut, pergaulan menjadi bebas, maka banyak lah wujudnya CD yang hangat di pasaran lakonan pelakon tempatan. mungkin di bilik mereka, di dalam ladang kelapa sawit dan macam-macam lagi? Adakah ini kebebasan yang dapat merendahkan martabat kaum wanita?? Dan adakah ini kebebasan jika ada sesetengah Negara yang membenarkn wanita merendahkn martabat sehingga pelacuran dibenarkan?? INI KEBEBASANKAH???? Ya, anda mungkin kata anda walau tidak tutup aurat tetapi anda tidak melakukan sebegitu, sedangkan ada rakan anda yang menutup aurat, lebih teruk dari apa saya ceritakan. TETAPI, sanggupkah anda bila anda terdengar perbualan teman lelaki anda dengan teman-temannya seperti ini:
“Bro, body awek hang lawa la.. sedap tuh, x nak try ke??”
APAKAH PERASAAN ANDA?? adakah itu kebebasan yang anda perjuangkan???

JADI SAHABAT, TEPUK DADA, TANYALAH IMAN ANDA!!
PADA SIAPA ANDA PERCAYA??

p/s: jika banyak khilaf, maafkanlah dan betulkanlah serta tegurlah. saya berkata melalui pengalaman sendiri, pengajaran dan penglihatan serta pengamatan dan juga logika akal manusia yang tidak setanding Kebijaksanaan Pencipta.

Tajul rijal annuar

3 thoughts on “betapa indah nya Islam..

  1. Assalamualaikum.. huhuw.. Sye bru je bukak blog saudara.. TAhniah atas sgala usaha dlm menyebarkan dakwah. Gud luck in ur exam..

    tajul wrote:

    waalaikumsalam.alhamdulillah.syukran.smga brsama kita menjadikan islam sebagai jalan hidup

    • salam.

      jazakallah ustaz.ana berbesar hati ustaz sudi melawat blog yg x sbrapa dgn tulisan yg x sbrapa.mohon perkongsian ilmu apa yg baik boleh sama-sama ana timba dari ustaz.

      Tajul Rijal

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s