kenapa banyak sangat JANGAN?????

Kenapa banyak sangat JANGAN??

Segala puji bagi Allah,Pencipta,Pemilik langit dan bumi,dan apa yang ada di luar nya dan diantarnya.Maha suci Tuhan,raja bagi segala raja-raja.Maha Suci Tuhan yang menciptakan aku,kamu dan kita.Maha Suci Tuhan yeang melembutkan hati yang keras.Menghidupkan yang mati dan mematikan yang hidup.Rohku,jasadku,ibadahku adalah untuk MU.
Sahabat,kenapa dalam Islam ni banyak sangat jangan???Jangan minum arak.Jangan mendekati zina.Jangan berbuat kerosakan.Jangan makan benda haram.Jangan itu.Jangan ini.Segala macam jangan.Banyak sangat jangan..
Jadi,apa releven nya jangan ni???????..
Sahabat…
Dalam konteks bahasa yang kita fahami,jangan ni adalah satu arahan untuk menegah atau mencanggah daripada berlaku sesuatu.Benar bukan??Jadi kenapa digunakan banyak sangat jangan dalam Islam ini.Maka fahamilah wahai sahabat ku,Islam ini adalah WAY OF LIFE yakni,JALAN HIDUP..jadi kenapa perlukan perkataan JANGAN ni??bagi menjawab soalan ini,saya ingin menganalogikan dengan satu cerita.Bukankah kita gemar mendengar cerita??

Seorang kanak2 ni lahir.nama nya Mat Gepeng.Mat Gepeng ni dibela dan dijaga mak ayah dia dengan penuh kasih sayang.senang kata apa yang dia nk dia dapat dalam tempoh masa 0.0002 saat laa.apa yang dia nk buat tak pernah dibantah oleh mak ayah nya sebab katalah dalam tempoh 10 tahun dia hidup sebagai budak,dia tak pernah pun buat salah yang besar2.Dan mak ayah dia pun memang ajar Mat ni dengan baik.memang baik dan hebatlah si Mat ni.so,satu hari yang hening ni,Mat ni ternampak la jiran dia yang bukan Islam tengah minum arak.Die Nampak arak tu cm best je..dengan colour arak tu yg da nk dekat same dengan teh bunga kesukaan Mat Gepeng ni.so,dia pun dengan curi2 gi la rumah jiran dia dan tibai satu botol Chivas Regal berharga 54.30 sebotol(lengkap dengan cukai kerajaan).Agak2 ape jadi dengan si Mat ni??..Disinilah contohnya releven perkataan JANGAN ni.

Mat Gepeng tu adalah kita.Kita dilahirkan dalam fitrah.Suci,tanpa tercemar pemikiran kita.Tak kira lah kita agama apa pun,pada awal kehidupan kita,pemikiran kita masih suci.Jadi,peringatan diperlukan sejak daripada awal lagi.Kehidupan manusia adalah dalam beberapa peringkat.Jadi,bukankah logic peringatan itu diberikan daripada peringkat awal kita sebagai manusia,yakni ketika masih lagi awal umur kita.walaupun kita ni baik lah katakan,bayangkan tanpa perkataan JANGAN tu,bukankah kita akan menyangkakan yang kejahatan yang kita buat itu adalah sah dan halal??kerna kita tidak diingatkan dan kita tidak tahu!!!dan dengan JANGAN itu juga kita dapat fikirkan relevennya arahan Allah itu.

Jadi,wahai sahabatku..kalau anda persoalkn kenapa Allah banyak sebut JANGAN serta Nabi S.A.W juga ada sebutkan jangan,disinilah letak nya releven itu.Baiklah,saya tambah lagi sikit.bolehkan??

Sewaktu kita melakukan eksperimen berpandukan lab manual kita,adanya panduan untuk kita ikut dan juga ada juga larangan yang kita patut x buat.Cubalah dalam satu eksperimen kimia ni,anda buat je larangan tu.diarahkan anda supaya jangan campurkan larutan A dan B,tapi anda degil.anda campurkan jugak dengan muka yang selamba depan lecturer anda.Rasanya,adakah ekserimen itu akan capai kesempurnaan??adakah keputusan eksperimen itu tepat,lengkap dan sempurna??Kalaulah reaction antara dua larutan itu adalah reversible reaction,mungkin sekali,kita boleh perbetulkn apa yang berlaku.Tetapi bagaimana jika kita tidak dapat betulkannya??bukankah eksperimen kita sudah hancur lebur.Bukankah markah kita juga akan jadi teruk??Dan yang lagi sedih bila kita tidak dapat markah tinggi untuk melayakkan Dean`s list or Vice Chancellor List.

Baiklah,senang sekali saya menganalogikannya.eksperimen itu adalah kehidupan kita.Larutan A dan B itu adalah langkah kita dalam kehidupan kita ini .Lab manual tu dianalogikan sebagai panduan yang Allah dan Nabi SAW dah gariskan dalam Al-Quran dan Hadis.Markah yang baik untuk dapat Deans list and VC list tu adalah ganjaran di akhirat.BUkankah senang difahami dengan cara begini??Allah dah tetapkan segala garis panduan dalam hidup kita ni dengan lengkap sekali.Tapi kita degil,padahal kita tidak tau tntg kbnrn,jadi kita cuba gunakan jalan kita sendiri yang jauh menyimpang dari arahan Allah.Jadi apa akan jadi??tentu sekali hidup ini terumbang-ambing.Dan lebih sedih sekali,musnah begitu sahaja.Kalau kita sempat bertaubat yakni dianalogikan tadi dalam cerita saya sebagai reversible reaction,amatlah beruntung sekali kita.Tapi kalau x smpat dan hasil eksperimen kehidupan kita ni musnah begitu sahaja dan dibuang macam itu sahaja,apakah agaknya akan jadi pada kita????.

Kalau anda katakan segala JANGAN ini membuatkan segala kelecehan,maka sanggupkah anda tanggung bakaran api neraka.Atau,jika anda tidak Nampak janji Allah pada neraka itu,sanggupkah pula anda tanggung keadaan hati yang tidak aman,maruah yang dihina,kecacatan dan kerosakan minda serta bahkan boleh menjejaskan kesihatan.
Sahabat,anda banyak persoalkan tentang Allah.tentang undang2 Allah..kenapa Allah x kasik dedahkan aurat.kenapa Allah kata jangan dekati zina.Kenapa Allah kata jangan berkata dusta.Kenapa Allah kata jangan makan yang haram sedangkan kalau tengok dalam majalah2 masakan barat nih,makanan yang haram tu nampak cam sedap je kan..Banyak sangat jangan.Tetapi kalau anda baca artikel tulisan saya yang datang daripada pemikiran pemuda berumur 19 tahun ini secara menyeluruh,sepatutnya anda faham bukan??

mari saya buka minda anda sedikit.Islam x beri kita dedahkan aurat sebab aurat ni adalah maruah kita.Cuba anda bayangkan seorang lelaki tenung badan anda x berkelip2 selama 30 min..x bergerak pun dia daripada tenung tepat ke badan anda yang x ditutup auratnya ataupun dengan pakaian yang ketat itu.apa perasaan anda??dan begitu juga kepada lelaki,adakah anda selesa ditenung dan dipandang sebegitu rupa??dan adakah anda sanggup dijadikan bualan akibat daripada silap anda sendiri yang menayangkan tubuh anda walaupun tidak sepenuhnya?ataupun menjadi fantasi2 liar sebilangan manusia yang melihat?fesyen skrng ni bukankah aslnya daripda orng barat yang kafir??maka perlukah kita ikut mereka??kenapa kita jadikan orang kafir itu sebgai ikutan?perlukah kita kisah jika mereka kata kita tidak ikut fesyen seperti mereka???

Jadi menjaga aurat ini adalah sebagai pertahanan terhadap maruah kita.dan alangkah indahnya Islam ni bila kita dianjurkn menjaga akhlak dan batas pergaulan dan juga menjaga pandangan mata???Betapa kuat pertahan yang Allah ajarkan kepada kita untuk jaga maruah kita daripda kejahatan manusia dan syaitan?Tengok,BETAPA SAYANG ALLAH KEPADA KITA!!
Tentang yang haram itu contohnya arak..Rasanya x perlu saya ceritakan,kerana dengan mabuknya kita disebabkan arak ini,kita tidak akan berfikir panjang untuk lakukan sesuatu yang melepasi normal kehidupan bahkan bukankah dapat mengurangkan kecerdasan dan merosakkan hati dan kesihatan??Dan kepada jangan berkata dusta,bukankah kedustaan itu akan merosakkan sesuatu.Contoh yang paling senang dan mudah,dusta ini boleh merosakkan kepercayaan orng kepada kita.Bukankah begitu wahai saudara ku yang aku kasihi??

.Saudaraku yang aku kasihi,kalau mak anda marah anda dan larang anda lakukan sesuatu,bukankah itu tandanya dia sayangkan anda?Dia tidak mahu anda rosakkan diri anda sendiri??tengok,BETAPA ALLAH DAN RASUL LEBIH SAYANGKAN ANDA
p/s:fikirkanlah dengan logic akal anda dan carilah jawapan daripada keagungan ciptaan Nya..

hasil tulisan,

TAJUL RIJAL ANNUAR
(Yang mencari kebenaran dalam ciptaan Tuhan).

Nasihatilah aku dan perbetulkan lah silapku..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s