tahniah..

tahniah kepada senior sayer,saudara HUZAIFAH dan AISHA yang telah mendirikan rumah tangga baru2 ini.semoga kekal bahagia dalam redha Allah..

Advertisements

ceritera pembohongan dan curiga..

salam ukhwah kepada pembaca.saya sebolehnya tidak ingin membabitkan isu politik di dalam blog ini tetapi melihat kepada situasi politik sekarang yang amat menarik,terasa terpanggil untuk menulis sedikit tentang politik.Tetapi sebagai pelajar,saya masih lagi tertakluk kepada undang2 yang menegah untuk bergiat cergas dalam dunia politik.walaupun begitu,diharap pembaca dapat menilai hasil tulisan ini dengan akal budi yang bijak dan seimbang.

 

wujudnya sbeuah negara yang kini sedang bergelora.ada banyak jenis pemimpin dalam negara ni.tidak kira dari yang memerintah dan melawan perintah.Hati orang,siapa yang tahu apa yang tersembunyi.tapi kadang2 apa yang ingin disembunyikan x dapat nk disorokkan lagi.ada lah seorang pemimpin yang dipanggil saviour,hero,penyelamat dan pejuang golongan marhaen.hebat sungguh gaya dia bercakap.hebat benar gaya dia berbicara.kononnya dapat kurangkan harga minyak.

baru2 ni dia ni dituduh dengan tuduhan yang amat dahsyat sekali.kalau saya lah dituduh dengan pembohongan sebegitu,memang x tau mana nak soork muka lagi dah.dan pemimpin ni dengan cepatnya mencari perlindungan ke kubu orang asing..waah..hebat sekali.tapi pelik bin ajaib bin magic bagi sayalah,dia ni prnah di tuduh sebegitu rupa.dan antara mansia pertama yg back up brader sorng nih,bkn same kulit,bhasa bahkan sama kewarnageraan dengan si pemimpin ni.mla nya daripada sorang yg ada mcm sbutan arab sket di hadapan namanya..alfarabi??bukan..al-biruni??pun bukan..lebih kurang gni la bunyi nye kot,algoreing..kalau silap btul kan lah..saya ni pelajar.x boleh terlibat dengan aktiviti politik.. 🙂

kemudian,si pemimpin ni tadi disokong lagi dengan sorang perempuan yang dah tua daa..pn same negara dengan si algoreng ni tadi.pelik btul.knape diorang ni beria2 benar back up si pemimpin ni tadi.negara ni pn bkn nye negara yg besar dan benar2 kuat mcm kuasa besar yang lain.

maka teringat lah saya yang tidak akan redha orang yahudi dan nasrani sehingga kamu mengikut jalan mereka.agak2 nya btul lah kan.sebab baru 2 ni si pemimpin ni dituduh lagi dengan tuduhan yang agak jijik.dan yang membela nya malah lebih hebat lagi,adalah pembelaan rasmi dari negara si algoreng ni.x nampak pelik kaa??ketika sewaktu negara si pemimpin ni huru hara akibat perebutan kuasa,dan ketika dikatakan si pemimpin ni tadi diakatakn hampir nk duduk di kerusi pertama yang empuk dan mahal hasil daripada kekayaan negara pengeluar minyak ni dan juga cukai yang dikutip daripada rakyat,x dak pula saya dengar negara si algoreng ni masuk campur.seakan2 tangan asing ni berhenti sekejap.

dan kalau anda perasan la,bila mana negara si algoreng ni masuk campur ke dalam negara yang laen,yang paling untung adalah negara si algoreng ni tadi dan paling merana adalah negara yang di masuki ni.x kan saya nk tipu.anda sendiri nampak.dan menjadi persoalan,kalaulah si pemimpin yg dituduh ni tadi hampir mendapat takhta,tentu sekali engara si algoreng ni dapat keuntungan.itu sebab dia masuk campur.(sebab dia da tau yang si pemimpin yang dituduh ni akan bagi dia keuntungan)x kan lah senang2 oraang ska2 masuk cmpur dalam hal rumah tangga orang  laen kalau dia x nk keunutngan dari situ.

x pelik ker???

saya ni cuma pelajar.dan tibe2 terfikir satu perkara yang curiga yang mungkin setelah banyak sangat melihat ribuan pembohongan.bukan paranoid,TAPI AMAT SAYANGKAN NEGARA INI.maka jadilah tulisan ini ceritera pembohongan dan curiga,bukan begitu??..

p/s:hikayat diatas mungkin sekali rekaan(bergantung kepada interpretasi)

saya cuma menulis.x da niat menghasut..

tekanan…

Tekanan

 

Kepada yang telah merasai sedang merasai dan akan merasai.

 

Kita semua adalah manusia yang kebanyakannya memang sukar untuk tidak terlibat dengan masalah.Persoalannya,adakah kita sepatutnya lari atau hadapi masalah itu? Dan seringkali,masalah tersebut memberi tekanan yang amat besar kepada mereka yang menangungnya.

 

Tidak kiralah tekanan akibat pekerjaan,keluarga,perhubungan cinta mahupun pelajaran. Kadangkala kita terjebak dalam keadaan dimana kita telah melakukan yang terbaik.Kita telah mengatasi segala batas diri dalam usaha untuk dapatkan apa yang diimpikan.Berusaha lebih gigih daripada orang lain bahkan mungkin sekali menjangkaui batasan kebiasaan diri.Tetapi malangnya apa yang kita lakukan tidak pula membuahkan hasil yang kita inginkan.Seperti berada dalam pasir jerlus.Berusaha dengan gigih untuk melepaskan diri tetapi makin mencuba makin cepat kita tenggelam.Dan pada ketika itu,kita akan menyelami diri sendiri dan cuba untuk mencari dimanakah bermulanya silap itu.tapi TAK JUMPA!!!

 

maka pada siapakah kesalahan itu kita akan sabitkan?Siapa sahaja pernah hadapi keadaan ini.Saya pernah.Anda mungkin pernah.Dan pada ketika saat dimana logic akal tidak lagi menguasai diri,dan emosi serta ketidakwarasan mula mengambil alih,syukur kepada Nya,mungkin sekali DIA telah memberi kita suatu dugaan untuk kita melihat rahmat Nya.Dan ketika tekanan diakibatkan oleh kekecewaan yang membebankan ini terjadi,saya lihat langit dan lahir dalam diri saya satu persoalan,”sebenarnya,siapakah aku ini untuk mempersoalkan apa yang DIA telah tuliskan??”.

 

Kepada yang akan merasa dan sedang merasai,tidak salah untuk anda bersedih.Bersedihlah sebab mungkin sekali anda dapat ubatkan hati.Menangislah,sebab mungkin air mata itu boleh saja menyejukkan keresahan.TAPI,ingatlah,JANJI DIA kepada kita tetap ada.DIA tidak lari.DIA tidak pergi.SEMAKIN KITA DEKAT KEPADANYA,SEMAKIN DIA AKAN MENDEKATI KITA.Tidak kiralah anda dalam keadaan apa pun.Bahkan bukankah anda telah berusaha.Serahkanlah selebihnya kepada DIA.itu urusan DIA.Memang benar,bila ada orang kata yang dunia tidak melihat tempat ke-2.Dunia hanya melihat juara.Tetapi sahabat,biarpun anda terjatuh dalam usaha anda,dan anda bangkit semula,dan kemudian mungkin sekali tidak membuahkan hasil yang anda inginkan..sebenarnya anda adalah juara.Sebab anda telah memulakan langkah dan usaha untuk tuju matlamat anda.Dan ingatlah ketika anda jatuh,anda bangun sendiri dengan kaki anda..bukankah itu satu kebanggaan??

 

Tulisan ini bukanlah untuk memuji kegagalan atau melarikan diri dari hakikat kejatuhan,tetapi untuk menyedarkan yang jangan lah berhenti  berusaha walau banyak sekali cabaran,tohmahan rakan-rakan bahkan halangan yang besar untuk kita capai matlamat itu.Mungkin sekali ada yang cepat lariannya sekarang tapi tersasar jauh daripada matlamatnya.Dan mungkin sekali anda berlari perlahan dan akan sampai matlamat yang anda inginkan.

 

“sekadar tulisan untuk mereka yang sedang merasai dan akan merasai”