alahai pemimpin…hurmm

pelik bin ajaib..maaf,saya telah menyimpang jauh dari tujuan asal blog ini dilahirkan..tetapi sungguh saya berasa pelik.saya ni bukan lah sesiapa.cuma anak muda yang tertakluk pada tanggungjawab sebagai anak dan sebagai pelajar.Tetapi saya adalah rakyat yang sayangkan negara ini.

Maka timbullah rasa pelik,kenapa dan kenapa dan kenapa lebih ramai orang percayakan “sang wira golongan marhaen” yang mengelak untuk bersumpah dengan nama Allah berbanding seorang pemuda biasa yang sanggup meletakkan maruah,nama,agama dan kehidupannya atas nama Allah?:????

Mungkinkah kerana sang pemimpin itu begitu menampilkan personaliti “knight in shining armour” atau dengan kata2 besarnya menyokong golongan marhaen dan mungkin juga ‘pejuang Islam’ kononnya sehinggakan kita semua mungkin sekali buta daripada meneliti siapa sebenarnya sang pemimpin??kita tidak mungkin sekali kenal sang pemimpin sebab kita bukanlah 24 jam bersamanya bahkan mungkin sekali kita tidak pernah bertemunya,TETAPI perlakuannya mungkin senang kita lihat;sungguh DRAMA KING!!

DRAMA KING inikah yang kita inginkan memimpin kita??Mungkin sekali si Drama King ini lidah nya sungguh indah bermain kata-kata sehinggakan ramai sekali golongan daripada pejuang demokrasi,ahli2 agama dan bahkan sekalian makhluk terpesona dan terpana mendengarkan kata2 nya yang indah,teguh dan hebat.TAPI, jauh mana kata2 boleh pergi?? kononnya sewaktu dia memegang jawatan,harga emas hitam kekal pada paras rendah;(harga itu beliau tetapkan atau harga pasaran waktu itu atau mendapat arahan daripada ketuanya,saya tak tahu.Tapi pastinya,tempoh 10 tahun cukup lama bagi menentukan harga sesuatu barangan).

jadilah pada akal yang logik.harga sebungkus nasi lemak 10 tahun dahulu mungkin sekali RM 0.50..sekarang 50 sen pada harga sekarang,apa yang boleh dibeli sangat?? MAAF,saya bukan orang ekonomi.saya penuntut geology.TAPI cuma lah saya menggunakan logik akal yang Tuhan berikan.

Benar,ada silap pada kerajaan..Dan mungkin sekali kita ingin mengambil risiko memilih sang Drama King ini menjadi pelakon utama pentas politik kita sebagai watak PEMIMPIN PALING WAHID dalam Malaysia ini.Tetapi adakah itu risiko yang wajar diambil atau risiko yang sekadar wajar diperkatakan???Kelak menjadi indah nama Malaysia di persada dunia dipimpin ‘pelakon ulung’

saya sedar,saya cuma masih lagi ‘budak’ dalam hal ini bahkan saya tertakluk kepada AUKU.tetapi atas dasar sayang kepada negara ini,maka saya memilih jalan ini untuk menyuarakan pendapat dan pandangan seorang ‘budak’.

Para sahabat seusia atau tidak jauh daripada usia saya,kita adalah anak muda yang merupakan bakal pemegang amanah negara ini!!pemimpin yang tua di kerusi mereka hanya memegang amanah itu buat sementara (yg kadang2 mereka tidak sedar) dan kemudiannya amanah itu akan dipindahkan kepada kita.Amanah tersebut pula akan kita pegang untuk diberikan pula kepada anak2 masa hadapan.Amanah itu adalah aset penting bagi setiap negara.dan aset penting bagi sebuah negara adalah maruah rakyat.Negara tak kan terbina tanpa rakyat!! Maka sahabat,hal negara sekarang adalah hal kita.Sekurangnya ambil peduli.Adakah sanggup menanggung risiko menjadi terhina di bumi sendiri???!! adakah sanggup menjadi pencacai di bawah telunjuk tangan asing dengan bertuankan PEMIMPIN WAHID yang menjadi boneka menari dengan tarian yang dialunkan oleh tangan asing??

 

saya ada pendirian saya sendiri.ANDA BAGAIMANA??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s