kita ini macam botol air??

kita ini macam botol air?apa benar kita ini boleh diibaratkan macam botol air?  kadang-kadang kalau orang lain dengar,Ya Allah,takkanlah manusia diibaratkan sebagai botol air.tak kena langsung.tapi memang benar, kita ini macam botol air.

mari kita mulakan dengan penciptaan botol air.mula-mula botol air itu asas nya adalah botol yang ada pelbagai jenis bentuk bergantung kepada acuan pereka nya.kemudian di dalam kilang itu,ia kemudiaannya diisi dengan air,ditutp dan dilabel dengan label-label yang menunjukkan brand syarikat tersebut.

sekarang,anggap anda sebagai botol air.Kilang itu,adalah kehidupan anda dan tentu sekali kehidupan sebagai Islam.anda sebagai botol dah dibina untuk mengisi air.ibaratkan , air yang masuk kedalam anda adalah kefahaman terhadap Islam.bayangkan,anda yang akan diisi dengan kefahaman itu,tiba-tiba ada perkara menyebabkan anda terlepas.air tidak masuk ke dalam botol.kemudian anda terus ke tempat pelabelan dan terus dilabel dengan macam-macam label yang fancy-fancy.ada antara anda yang dapat diisi dengan penuh.alhamdulillah.

sekarang,saya ingin kembali ke lgikal nya.kita ini ibarat botol air,dan air itu ibarat kefahamn terhadap Islam dan keinginan untuk mengamalkan Islam.label itu adalah label/brand kita sebagai orang Islam.contohnya,bertudung,kopiah,solat dan lain-lain.bayangkan,ada antara kita yang diibaratkan sebagai botol kosong yang hanya punya label.Bukannya tak ada antara kita yang sebegitu bukan?kita hanya Islam pada nama sahaja.Islam pada kad pengenalan.Kita mampu bercakap tentang Islam.tetapi kehidupan kita tak mencerminkan langsung apa yang dikatakan.Kita hanya label yang tidak ada langsung isi.yang boleh dibaling-baling dengan senang dan mudah.Itu lah ibaratnya kebanyakan daripada umat Islam.

Kita nampak Islam daripada label.daripada apa yang kita pakai.daripada apa yang kita ucapkan.daripada nama pada kad pengenalan kita.Itu sahajakah?

Ya Allah,bantulah ku dan saudara-saudaraku memahami dan mengamalkan Islam sebagai kehidupan kami.Ya Allah,kukuhkan lah kami dalam jalan ini.

Advertisements

ku lihat keruntuhan umat

semalam,saya telah ke bandar.ke bintang plaza.dan waktu pulangnya,saya dan rakan2 (hakam,miqdad,fahmi dan firdaus) singgah di boulevard.Itupun setelah berbincang mahu singgah atau tidak.rupanya tindakan ini tindakan yang kurang baik pernah saya lakukan.

Di Boulevard,berlaku keraian yang selalu diadakan di setiap negeri anjuran sebuah stesen telivision.Ini adalah kali pertama saya pergi.Mulanya melewati gerai-gerai menjual makanan.enak sekali.kemudian,tibalah saya di medan utama dan terlihatlah saya satu perkara yang sebolehnya tidak mahu saya lihat:kejatuhan sebuah umat.

benar,mungkin sekali penulisan saya ini akan membuat ada orang berfikir saya berfikiran sempit.Bahkan mungkin sekali idealisme saya kini mungkin sekali menyaggah idealisme mereka yang menyatakan keraian itu banyak membawa kebaikan.

ingin saya nyatakan apa yang saya lihat.dari persepsi seorang yang pernah menyukai perkara-perkara tersebut dan pernah juga menyertai nya tetapi didalam keraian berbeza.apa yang saya nampak pada hari itu adalah segolongan manusia yang terlalu bersuka ria.yang seakan menjadikan keseronokan sebagai tunjang utama kehidupan.tak pernah saya lihat sebegitu ramai umat manusia yang datang ke masjid banyak nya seperti itu (kecuali solat jumaat).dengan berbagai-begai jenis fesyen pakaian yang pastinya anda sendiri faham bagimana rupanya,dengan hilai tawa dan percampuran serta hedonisme seakan tanpa batas.

Benar,secara positif,saya dapat lihat,ia tidak terlalu keterlaluan seperti di barat.Alhamdulillah.tetapi  bilamana hal ini berterusan,umat ini akan  terus di himpit rasa cinta kepada dunia dan keseronokan yang melampau-lampau.Umat ini bukan lagi umat zaman Rasul dan zaman salafus soleh yang siangnya bekerja dengan penuh usaha dan semangat dan malamnya,ketika pintu-pintu istana tertutup,bintang mengeluarkan sinar,mereka di hampar sejadah bermesra dengan pencipta alam ini.kerna itulah,umat ini dahulunya umat yang kuat.umat yang menguasai dunia.Umat yang tidak boleh diperlekehkan.sekarang,apa beza kita dengan orang bukan Islam?adakah cuma kita mendirikan solat,memakai pakaian yang kononnya menunjukkan kita orang Islam dan kita ini ada bin atau binti di kad pengenalan kita??

benar.tidak sesekali saya nafikan,dengan aktiviti itu,mereka memberi peluang perniagaan yang luas,bahkan boleh mengaut keuntungan yang besar.senang sekali juga saya katakan kita boleh menarik pelancong yang ramai.TETAPI,mari kita lihat pada sudut berbeza.jangan katakan pesimisme tiada gunanya.orang pesimis yang mencipta payung terjun.bukan begitu?.bahkan saya bukan seorang pesimis. baiklah.apa yang saya lihat adalah kemusnahan sebuah umat.umat yang lebih cintakan dunia.umat yang terkinja-kinja dengan lagu2 dan kelalaian.Hiburan tiada salah.tetapi,bagaiman kita memilihnya.nafsu mudah sekali dipuaskan dengan keraian seperti itu.tetapi bolehkah ia memuaskan jiwa sebagai seorang hamba?

kini saya ingin membawakan satu perumpamaan.diibaratkan wain merah.red wine terbukti amat bagus untuk kesihatan.dalam memperbaiki jantung dan lain-lain.sudah terbukti.tetapi,bagaimanapun terbuktinya baik hal itu,arak tetap diharamkan islam.logikalnya,kenapa perlu diharamkan??tetapi,mari kita kembali ke akal yang logik.bagaimana sihat pun meminum wine,ia tetap memabukkan.ia tetap merosakkan akal yang waras ketika diambil berlebihan.bilamana keburukan nya melebihi kebaikan,bukankah itu wajar kita tolak dan tidak mengambilnya sebagai minuman?

perkara yang saya bincangkan ini.boleh saya anggap sebagai perkara ranting.pokok asas perbicaraan sepatutnya adalah kefahaman terhadap Islam sebagai jalan hidup.bukan hanya semata-mata sebagai ibadat atau ritual.mungkin kelak akan saya tulis tentang itu.

perbaikilah dirimu dan serulah orang lain!!

salam ukhwah..

beberapa hari lepas,saya telah menelaah buku Fiqh Da`wah,hasil tulisan Mustafa Masyhur.banyak yang dapat dipelajari.Yang menarik perhatian saya adalah sebuah bab dalam buku ini yang bertajuk perbaikilah dirimu dan serulah orang lain.

yang pertama pada tajuknya sahaja sudah menarik.dia menulis,dengan perkataan “dan”.bukan dengan perkataan “kemudian”.maksudnya,sebagai dai`e,ini menunjukkan kita bukanlah seorang yg sempurna atau sangat baik untuk mengajak atau menyeru orang lain.Tetapi,kita mesti berusaha untuk memperbaiki diri kita sendiri sebaik mungkin.

Maksudnya,tanggungjawab kita adalah menyeru orang lain dan turut sama memperbaiki diri kita sendiri.Hal ini harus berjalan seiringan dan tidak wajar kalau kita menyeru orang lain tanpa memperbaiki diri sendiri.

“wahai orang-orang yang beriman!mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?Sangatlah dibenci Allah,jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan!!”

As-Saff:2-3

kadang-kadang,ada kalangan kita yang ingin menasihati orang lain.contoh,dalam aspek menjaga pergaulan ya`ni dalam isu bercouple atau terlampau mesra antara lelaki dan perempuan.ada yang terlalu keras dalam isi bicara tetapi amat memalukan,bilamana kita menegur seseorang,walhal,diri kita sendiri yang tidak  ikut apa yang kita katakan?penulis dahulu pun begitu juga.Tetapi,yang wajar kita lakukan adalah memperbaiki diri kita.Maka,ikutilah saranan Mustafa Masyhur:perbaikilah dirimu dan serulah orang lain.

Hal ini bukan perkara yang kecil dan mudah.kerana  kalau lah seorang yang kononnya ingin menyeru orang lain,tetapi dia tidak mampu menyeru dirinya sendiri,dia akan merosakkan imej da`wah dan membantutkan usaha da`wah.contoh lagi,jika kita ingin nasihat seseorang tentang jangan couple,tapi kita sendiri batas pergaulan lelaki dan perempuan tidak terjaga,layakkah kita dimata umum untuk menyeru orang lain.kalaulah kita ingin menyeru orang lain untuk menjaga solat,tapi solat kita tunggang langgang,apa yang akan orang lain kata.kalaulah kita nak menyeru orang lain untuk menentang keganasan Israel tapi kita sendiri yang menyokong dengan membeli barangan yang menyokong perbuatan negara haram Israel,adakah kita ini benar seorang daie?Hinggakan nanti,perkataan dai`e ini mungkin sekali menyebabkan khalayak ramai takut dengan kegiatan da`wah dan juga penda`wah.

Lelaki acuan Al Quran

diolah melalui pembacaan di blog2 ikhwah2 lain.mohon kebenaran diolah.

mampukah kita menjadi lelaki acuan Al Quran?

 

Lelaki acuan Al Quran,dia meletakkan istrinya sebagai kekasih ke dua.kerna Allah dan Rasul Nya kekasih agung dalam hati.

Lelaki acuan Al Quran ,tidak lelah mengatakan kebenaran dan tidak lena dibuai pujian.

Lelaki acuan Al Quran,hatinya keras dan berani menentang kebathilan,dan lembut mesra kepada kebaikan.

Lelaki acuan Al Quran,menundukkan pandangan matanya.bukan kerna sombong dan bongkak,bahkan kerna hanya mahu memandang pada yang istri nya yang sah.

Lelaki acuan Al Quran,solat wajibnya terjaga,dihiasi dengan bunga-bunga solat sunat,dan diwangi dengan puasa.

Lelaki acuan Al Quran,matanya menangis pada malam hari,tangannya menggeletar dan tubuhnya bergetar,bahkan hatinya meraung-raung dihadapan pencipta Nya.tika dia bersendirian dengan kekasih agung.ketika pintu istana maharaja tertutup,jendela-jendela istana terkunci rapat,dia disitu diatas sejadah kasih,bersama kekasih paling agung:Penciptanya.

Lelaki acuan Al Quran,aqidahnya kukuh,imannya utuh,ibadahnya dijaga,bahkan akhlaknya mempesona.Tidak mudah menghakimi.Bahkan yang pertama tampil di medan jihad.

Lelaki acuan Al Quran,yang punyai istri yang akan berkata:”wahai suamiku,sanggupkah nta menjadikan ana kekasih ke dua?sanggupkah kau meletakkan ana di tangga ke dua??selepas kau letakkan Allah dan Rasulnya di tanga terulung??”

Lelaki acuan Al Quran,tidak lepas melakukan kesilapan,tetapi kesilapan itu pasti ditangisi dengan sesalan dan taubat nasuha.

Lelaki acuan Al Quran,tidak lari dari sahabat yang jahil.Bahkan bila ditanya,lalu dijawab:”kalau kalian lari,apa akan kita jawab kiranya Allah nanti bertanyakan:dimana tanggungjawab mu kepada sahabt mu?”

satu malam bersama murabbi ustadz Dr. Ir. Agus Supriono

Alhamdulillah.syukur kepada Allah.semalam kami dipertemukan dalam usrah di rumah abang Din di Tudan.Murabbi kami telah menjemput seorang Murabbi dari Jakarta untuk bersama-sama kami malam itu.sungguh indah dan menakjubkan.beliau Dr Ir Agus Supriono.malam itu disertai ana,miqdad,akh zahier,abng din,abng fauzi dan ikhwah2 serta akhwat2 lain.

Pengisian malam itu sungguh tebal dengan isi-isi yang informatif dalam membantu kader-kader da`wah.bahkan,betapa usrah ini dilihat pentingnya,kami telah disertai oleh abang Hisyam yang berhubungan melalui Skype kerana secara jasad nya dia tidak dapat hadir atas sebab bertugas offshore.

pengisian malam ini penuh dengan pelbagai isi,dari lingkungan da`wah,ibadah,akidah dan macam-macam lagi.bermula usrah pada kurang lebih pukul 8 dan berakhir hingga kurang lebih pukul 10.dan sempat juga bergurau senda mereka.Terima kasih juga kepada host usrah malam itu,abang din dan zaujahnya kerana menyediakan tempat yang benar2 selesa dan makanan yang sedap.Sebagai pelajar/mahasiswa,inilah salah satu nikmat yg indah.Pergi menuntut ilmu dalam usrah sahaja sudah nikmat yg besar.ditambah bonus makanan yang sedap2,bertambah lah nikmatnya.alhamdulillah.

saya sertakan video menarik dalam post ini.Tombo ati,nyanyian opick.maksudnya obat hati.hayatilah

sukarnya mengubah diri

Ya Allah,

kalau diri ini masih lagi dalam jahiliah berikanlah aku kekuatan untuk menarik nur Islam dalam hati ku.

Kalau jejak langkah ku dalam kefasikkan,tolaklah aku kembali dalam haq.

Wahai Tuhan yang punya zat yang agung,

kalau diri ini selalu membuat Kau murka,tidak ada apa dapat ku persembahkan kecuali air mata taubat.

Kalau diri ini sukar untuk berubah dari kejahilan lampau,hantarkanlah apa sahaja supaya aku kembali ke jalan MU.

Wahai Tuhan Penguasa Langit Dan Bumi dan diluar serta di dalam nya.

dimana aku dalam mata Mu?????

Pagi tadi saya berusrah di tepi pantai di kampung Melayu.Kagum dan takjub melihat keindahan laut di pagi hari.Sungguh kreatif idea akh zahir untuk berusrah di tepi pantai.Sungguh walau selama 1 jam sahaja(amat singkat rasanya) tetapi amat terkesan.Teringat saya blog mujahadah.wordpress.com yg menulis dimana aku dalam senarai Mu.dan ketika di pantai tadi saya amat terkesan.

Dalam kita berada dalam organisasi,kadang-kadang kita terasa besar dan dikenali kawan-kawan.Atau mungkin sekali kita mengenali rakan-rakan kita.

jom kita repair hati kita

jom kita repair hati kita

Tetapi bila saya berada di pantai sambil mentadabbur alam,saya terfikir,di pantai dan laut yang luas ini,adakah manusia lain kenal aku??dan lebih penting lagi,dimanakah aku ini dalam mata Pencipta Yang Tiada Tandingan???

Dimanakah diri ini?hanya sekadar kain buruk atau mujahid pembawa dakwah Islam?Kerna bukankah da`ie itu perlu sukses dalam dakwah dan juga dunia nya? bahkan aku in dua-dua bahagian juga tidak tercapai!!bagaimana pula aku ingin menjadi dai`e dan bagaimana aku mampu sampai dalam senarai Allah

Sungguh besar dan agung nya Allah.

Tetapi,semakin kita fikir kita makin kuat ibadah,makin kita sedar yang apa kita lakukan sangat3500x kecil berbanding  keagungan Allah.Sedang atau barangkali kita ingatkan kita semakin baik dari sebelumnya,kita akan sedar apablia kita melihat alam,yang kita ini ungkin sekali tidak dikenali(pandangan manusia pada kita) oleh manusia lain,apalagi oleh Allah??

Sungguh aku kerdil.

Ya Allah,maafkan khilafku