ku lihat keruntuhan umat

semalam,saya telah ke bandar.ke bintang plaza.dan waktu pulangnya,saya dan rakan2 (hakam,miqdad,fahmi dan firdaus) singgah di boulevard.Itupun setelah berbincang mahu singgah atau tidak.rupanya tindakan ini tindakan yang kurang baik pernah saya lakukan.

Di Boulevard,berlaku keraian yang selalu diadakan di setiap negeri anjuran sebuah stesen telivision.Ini adalah kali pertama saya pergi.Mulanya melewati gerai-gerai menjual makanan.enak sekali.kemudian,tibalah saya di medan utama dan terlihatlah saya satu perkara yang sebolehnya tidak mahu saya lihat:kejatuhan sebuah umat.

benar,mungkin sekali penulisan saya ini akan membuat ada orang berfikir saya berfikiran sempit.Bahkan mungkin sekali idealisme saya kini mungkin sekali menyaggah idealisme mereka yang menyatakan keraian itu banyak membawa kebaikan.

ingin saya nyatakan apa yang saya lihat.dari persepsi seorang yang pernah menyukai perkara-perkara tersebut dan pernah juga menyertai nya tetapi didalam keraian berbeza.apa yang saya nampak pada hari itu adalah segolongan manusia yang terlalu bersuka ria.yang seakan menjadikan keseronokan sebagai tunjang utama kehidupan.tak pernah saya lihat sebegitu ramai umat manusia yang datang ke masjid banyak nya seperti itu (kecuali solat jumaat).dengan berbagai-begai jenis fesyen pakaian yang pastinya anda sendiri faham bagimana rupanya,dengan hilai tawa dan percampuran serta hedonisme seakan tanpa batas.

Benar,secara positif,saya dapat lihat,ia tidak terlalu keterlaluan seperti di barat.Alhamdulillah.tetapi  bilamana hal ini berterusan,umat ini akan  terus di himpit rasa cinta kepada dunia dan keseronokan yang melampau-lampau.Umat ini bukan lagi umat zaman Rasul dan zaman salafus soleh yang siangnya bekerja dengan penuh usaha dan semangat dan malamnya,ketika pintu-pintu istana tertutup,bintang mengeluarkan sinar,mereka di hampar sejadah bermesra dengan pencipta alam ini.kerna itulah,umat ini dahulunya umat yang kuat.umat yang menguasai dunia.Umat yang tidak boleh diperlekehkan.sekarang,apa beza kita dengan orang bukan Islam?adakah cuma kita mendirikan solat,memakai pakaian yang kononnya menunjukkan kita orang Islam dan kita ini ada bin atau binti di kad pengenalan kita??

benar.tidak sesekali saya nafikan,dengan aktiviti itu,mereka memberi peluang perniagaan yang luas,bahkan boleh mengaut keuntungan yang besar.senang sekali juga saya katakan kita boleh menarik pelancong yang ramai.TETAPI,mari kita lihat pada sudut berbeza.jangan katakan pesimisme tiada gunanya.orang pesimis yang mencipta payung terjun.bukan begitu?.bahkan saya bukan seorang pesimis. baiklah.apa yang saya lihat adalah kemusnahan sebuah umat.umat yang lebih cintakan dunia.umat yang terkinja-kinja dengan lagu2 dan kelalaian.Hiburan tiada salah.tetapi,bagaiman kita memilihnya.nafsu mudah sekali dipuaskan dengan keraian seperti itu.tetapi bolehkah ia memuaskan jiwa sebagai seorang hamba?

kini saya ingin membawakan satu perumpamaan.diibaratkan wain merah.red wine terbukti amat bagus untuk kesihatan.dalam memperbaiki jantung dan lain-lain.sudah terbukti.tetapi,bagaimanapun terbuktinya baik hal itu,arak tetap diharamkan islam.logikalnya,kenapa perlu diharamkan??tetapi,mari kita kembali ke akal yang logik.bagaimana sihat pun meminum wine,ia tetap memabukkan.ia tetap merosakkan akal yang waras ketika diambil berlebihan.bilamana keburukan nya melebihi kebaikan,bukankah itu wajar kita tolak dan tidak mengambilnya sebagai minuman?

perkara yang saya bincangkan ini.boleh saya anggap sebagai perkara ranting.pokok asas perbicaraan sepatutnya adalah kefahaman terhadap Islam sebagai jalan hidup.bukan hanya semata-mata sebagai ibadat atau ritual.mungkin kelak akan saya tulis tentang itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s