kita ini macam botol air??

kita ini macam botol air?apa benar kita ini boleh diibaratkan macam botol air?  kadang-kadang kalau orang lain dengar,Ya Allah,takkanlah manusia diibaratkan sebagai botol air.tak kena langsung.tapi memang benar, kita ini macam botol air.

mari kita mulakan dengan penciptaan botol air.mula-mula botol air itu asas nya adalah botol yang ada pelbagai jenis bentuk bergantung kepada acuan pereka nya.kemudian di dalam kilang itu,ia kemudiaannya diisi dengan air,ditutp dan dilabel dengan label-label yang menunjukkan brand syarikat tersebut.

sekarang,anggap anda sebagai botol air.Kilang itu,adalah kehidupan anda dan tentu sekali kehidupan sebagai Islam.anda sebagai botol dah dibina untuk mengisi air.ibaratkan , air yang masuk kedalam anda adalah kefahaman terhadap Islam.bayangkan,anda yang akan diisi dengan kefahaman itu,tiba-tiba ada perkara menyebabkan anda terlepas.air tidak masuk ke dalam botol.kemudian anda terus ke tempat pelabelan dan terus dilabel dengan macam-macam label yang fancy-fancy.ada antara anda yang dapat diisi dengan penuh.alhamdulillah.

sekarang,saya ingin kembali ke lgikal nya.kita ini ibarat botol air,dan air itu ibarat kefahamn terhadap Islam dan keinginan untuk mengamalkan Islam.label itu adalah label/brand kita sebagai orang Islam.contohnya,bertudung,kopiah,solat dan lain-lain.bayangkan,ada antara kita yang diibaratkan sebagai botol kosong yang hanya punya label.Bukannya tak ada antara kita yang sebegitu bukan?kita hanya Islam pada nama sahaja.Islam pada kad pengenalan.Kita mampu bercakap tentang Islam.tetapi kehidupan kita tak mencerminkan langsung apa yang dikatakan.Kita hanya label yang tidak ada langsung isi.yang boleh dibaling-baling dengan senang dan mudah.Itu lah ibaratnya kebanyakan daripada umat Islam.

Kita nampak Islam daripada label.daripada apa yang kita pakai.daripada apa yang kita ucapkan.daripada nama pada kad pengenalan kita.Itu sahajakah?

Ya Allah,bantulah ku dan saudara-saudaraku memahami dan mengamalkan Islam sebagai kehidupan kami.Ya Allah,kukuhkan lah kami dalam jalan ini.

2 thoughts on “kita ini macam botol air??

  1. salam,
    kalau kita mcm botol air, adakah fahaman kita terhadap islam itu telah penoh apabila botol kita telah penuh?
    bukankah ilmu itu tidak mempunyai limitasi?
    analogi ini telah mndapat kritikan daripada paulo freire..Pedagogy of the Oppressed…

Leave a reply to cetusanminda Cancel reply