cinta anta enti versi kartun

kartun ni ana ambik dari blog..baca baek2 k..smga bermanfaat..(klik kt gambar 2 n nanti kuar windows baru..kartun yg jelas n boleh dibaca)

cinta-anta-enti-11

cinta-anta-enti-2

Advertisements

apa layak untuk syurga…

Tuhan,

apa layak untuk ku syurga Mu?

sedang diri ini kianat tiada henti.

dosa terhimpun banyak sekali.

apa layak paling tidak menjadi pasir syurga Mu

kerna amalku jauh sekali

air mataku tak pernah cukup membasuh dosa lalu.

apa layak paling tidak menjadi pohon syurga?

juangku pada jalan Mu lemah sekali

jauh tertinggal daku berbanding yang lain..

apa layakku bahkan melihat syurga..

sedang pandangan mataku tidak terjaga

apa layak ku menjadi udara syurga Mu..

sedang akhlakku tidak sempurna..

strangers4

Tuhan,aku hamba Mu yang lemah..

yang sedar tidak layak syurga Mu untukku.

tetapi,wahai Tuhan penguasa langit dan bumi

aku tetap mengharapkannya bahkan takut untuk neraka Mu..

maka,kuserahkan diriku,jasadku,rohku,amalku segalanya untuk rahmat Mu

perancangan..

inshaallah esok saya akan pulang ke semenanjung..yeah!! akhirnya inshaallah akn pulang juga.

inshaallah,cuti ini akan diisi dengan membaca buku2 yang dipinjam dan dibeli yang tidak sempat habis untuk dibaca dan mungkin menghadiri beberapa program lain.Inshaallah.

12 jan sampai 17 jan ade Soar The Eagle di Agro Resort.Program wajib bagi pelajar tajaan Petronas.Inshaallah semoga bermanfaat.

Perlu pulang ke Miri sebelum 16 Februari.Perlu menghadiri kursus untuk program John Curtin Leadership Academy(JCLA).Alhamdulillah.terpilih juga untuk JCLA setelah ditemuduga . JCLA ni sebenarnya satu program melatih kepimpinan.so ada la banyak projek yang kene buat.CIS n EFACT sendiri memang melatih kepimpinan melalui pengalaman,tetapi pada pendapat saya,JCLA melatih kepimpinan secara teratur.ada method2 tersendiri dan lain2.semoga nanti apa yang saya pelajari dapat digunakan. mana tahu,JCLA ini mungkin salah satu wadah saya untuk meneruskan usaha da`wah.pengaruh dan posisi boleh jadi alat atau kunci dalam medan da`wah.kita juga adalah alat.kerna da`wah ini akan berjalan sama ada dengan kita atau tanpa kita.jadi,kan lebih cantik kalau kita jadikan diri kita sbagai alat terbaik untuk da`wah.

mahu atau tahu?

salam ukhwah..

mahu atau tahu..terdapat perbezaan yang besar natara dua perkataan tersebut..(semestinya bukan saya katakan pada huruf).mahu membawa maksud keinginan untuk melakukan sesuatu.mengingini sesuatu.suatau perkara yang menjadi punca kepada sesuatu yang lain.manakala tahu pula adalah pengetahuan/ilmu yang dimiliki.

saudaraku sekalian.kita punya ramai orang yang tahu tentang Islam.yang punya pendidikan yang tinggi tentang Islam.memiliki ilmu yang tinggi.tetapi cukupkah ilmu itu cuma sekadar untuk memenuhi kurikulum/silibus yang perlu diajarkan di sekolah?

saya pernah mendengar sebuah kisah (diceritakan oleh muraabi) tentang seorang wanita tua dalam zaman khalifah umar.wanita tua itu tidak menyedari siapa umar ketika itu dan dia menyeru “ittaqullah”-bertaqwalah kamu kepada Allah-dan dengan segeranya Umar turun dan terkesan dengan kata2 wanita tua itu.

kita ada ramai orang yang tahu yang mungkin lebih tinggi pengetahuannya berbanding wanita tua itu tetapi adakah kita punya ramai orang yang mahu seperti wanita tua itu?yang mahu untuk berda`wah?yang mahu untuk memperingatkan tentang keagungan Allah.yang mahu menyatakan yang benar sungguhpun di depan penguasa yang menekan dan menzalimi?yang mahu menyatakan untuk membawa kefahaman yang Islam ini bukan sahaja ritual,adat budaya tetapi merupakan cara hidup,yang Islam ini adalah kehidupan.jalan kita adalah jalan Islam.tidur kita adalah tidur Islam.makan,berehat,bersama keluarga,bahkan beribadah berjumpa Pencipta juga adalah mengiukt Rasulullah sebagai sebaik pedoman.bukan untuk kita pergi masjid sahaja kita perlu contohi Rasulullah.bukan dari segi pakaian dan lain2.tetapi juga dari segi kepimpinan,tadbir urus negara,pergaulan dan segalanya.benar,terdapat perbezaan pendapat.tapi itu cuma perbezaan pendapat.tidak akan pergi jauh dari kebenaran.Imam As Syahid Hassan Al Banna pernah memperkatakan tentang hal ini.mungkin sekali boleh dirujuk kembali.

10 muwassafat tarbiyah

salam ukhwah..saya bawakan anda 10 mowassafat tarbiyah.diambil dari dakwah.info

10 Muwasofat Tarbiyyah PDF Print E-mail
Written by admin   
Friday, 24 October 2008
 

10ciri_muslim.jpg

 

10 Muwasofat merupakan ciri-ciri utama pembinaan seorang kader dakwah. Dari detik pertama seseoarang itu menjejaki alam tarbiyyah, dia tidak dapat di pisahkan dengan pembinaan muwasofat-muwasofat ini sehingga dirinya terus di baluti oleh Islam yakni menjadi individu muslim yang unggul. Berikut merupakan sedikit pendetailan terhadap 10 Muwasofat.

Berkata Iman Hassan Al-Banna ketika melalui marhalah ini  ‘Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami’

1. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

  • Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
  • Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
  • Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

 

Pendetailan Ciri:

Tidak menjampi kecuali dgn al-Quran yg ma’thur                                                                          

Tidak berhubung dengan Jin

Tidak meminta bantuan dari orang yg meminta bantuan jin

Tidak menenung nasib

Tidak mendekati tukang tilik

Tidak mengusap kubur

Tidak meminta bantuan dari simati

Tidak bersumpah dgn selain Allah

Tidak mempercayai adanya sial

Mengikhlaskan amal kerana Allah

Mengimani rukun-rukun Iman

Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat

Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh

Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yg di turunkan selain Allah swt

 

2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

  • Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
  • Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
  • Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

           

Pendetailan Ciri:

Tidak menolak utk azan

Bersuci dgn sempurna

Sangat menghargai solat berjemaah

Sangat suka berjemaah di masjid

Memperbaiki mutu solat

Qiamullail seminggu sekali

Menunaikan zakat

Berpuasa wajib

Berpuasa sunat sehari setiap bulan

 Ada niat utk menunaikan haji

Beriltizam dgn adab-adab tilawah

Khusyuk ketka membaca al-Quran

Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran

Berdoa pada waktu-waktu yg diutamakan

Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar

Menjadikan setiap amalan mempunyai niat

Menjauhi dosa-dosa besar

Sentiasa membaca zikir pagi

Sentiasa membaca zikir petang

Mengingati Allah swt pada setiap situasi

Menunaikan Nazar

Menyebarkan Salam

Menahan anggota dari perkara haram

Beri’tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang

Menggunakan sugi/siwak

Sentiasa bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin

3. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

  • Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.

Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

 

Pendetailan Ciri:

Tidak takabbur

Mempunyai pendirian

Tidak menipu

Tidak mencaci

Tidak mengadu domba

Tidak mengumpat

Tidak berdusta

Tidak mengejek

Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan

Tidak berkawan dgn orang yg berkelakuan buruk

Mengasihi orang yg lebih muda

Menghormati orang yg lebih tua

Menunaikan janji

Menundukkan pandangan

Menjaga rahsia

Menutup dosa orang lain

Cemburu terhadap isteri

Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya

 

4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

  • Walaupun kaya, perlu bekerja.
  • Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
  • Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
  • Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
  • Menjauhi riba dalam semua lapangan.
  • Menyimpan untuk waktu kesempitan.
  • Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
  • Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

 

Pendetailan Ciri:

Mejauhi pekerjaaan yang haram

Menjauhi riba

Menjauhi judi

Menjauhi penipuan

Menunaikan zakat

Membuat simpanan walaupun sedikit

Tidak menangguh-nagguhkan tugasan yg diamanahkan

Memelihara harta awam

Memelihara harta peribadi

 

5. Berpengetahuan luas (Mutsaqqafal Fikri)

  • Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
  • Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
  • Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
  • Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

 

Pendetailan Ciri:

Mampu membaca dan menulis dgn baik

Membaca tafsir 1 juzuk dari al-Quran

Memelihara hukum-hukum tilawah

Menghafaz setengah dari hadith 40

Menghafaz 20 hadith dari Riadhussalihin

Mengkaji marhalah Makkah dan menguasai ciri-cirinya yg penting

Mengenali sepuluh orang yg dijanjikan Syurga

Mengetahui hukum-hukum taharah/bersuci

Mengetahui hukum-hukum solat

Mengetahui hukum-hukum puasa

Membaca sesuatu diluar bidangnya. 4 jam seminggu

Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden

Sentiasa peka akan serangan Zionis terhadap Islam

Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yg menyeleweng

Mengetahui aspek keburukan dari perancang keluarga

Mendengar dengan baik

Mampu memberikan pandangan

Bersedia menerima tugas-tugas kolektif

Tidak menerima syubahat yg dilemparkan keatas kita

 

6. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

  • Dakwah berat tanggungjawab dan tugas – perlukan badan yang sihat dan kuat.
  • Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : “Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan”
  • Pesanan al-Banna:

            “Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum       suatu yang merosakkan badan”

 

Pendetailan Ciri:

Bersih tubuh badan

Bersih pakaian

Tempat tinggal yg bersih

Beriltizam dgn sunnah (adab) makan dan minum

Tidak berjaga malam berlebihan

<Iltizam dgn senaman 2 jam seminggu

Bangun sebelum terbit fajar/subuh

Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan

Meninggalkan tabiat merokok

Menjauhi tempat-tempat kotor

Menjauhi tempat-tempat berpenyakit

 

7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

  • Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
  • Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
  • Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

 

Pendetailan Ciri:

 Menjauhi perkara-perkara haram

Menjauhi tempat-tempat lalai yg diharamkan

Meninggalkan tempat-tempat maksiat

 

8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

  • Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
  • Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka “..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.”

 

Pendetailan Ciri:

Bangun awal

Menggunakan masa tertentu utk belajar

 

9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

  • Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
  • Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

 

Pendetailan Ciri:

Penampilan yg elok

Tidak mempunyai hubungan dgn pihak yg menentang Islam

 

10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

  • Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
  • Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.
  • Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
  • Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

 

Pendetailan Ciri:

Menunaikan hak ibu bapa

Menyertai majlis-majlis kegembiraan

Membantu orang-orang yg memerlukan

Membimbing orang yang sesat

Berkahwin dgn pasangan yg sesuai

kita perlukan ikhwah penerbit filem

salam ukhwah…

kingdom of heaven

kingdom of heaven

2 hari lepas,saya telah menonton sebuah filem bertajuk Kingdom Of Heaven.bagi pembaca yang belum menonton nya,saya cadangkan untuk tonton filem ini.sebuah filem secara ringkasnya menceritakan tentang peperangan antara Crusaders dan tentera Islam  dalam merebutkan Jurusalem.ada perkara yang menarik tentang filem ini bagi saya.
filem ini menceritakan peperangan antara kedua belah pihak majoriti yang tidak menunjukkan yang mana-mana pihak sebagai penjahat/pengganas/teroris.kedua2 pasukan berperang atas dasar Jurusalem itu sendiri.Dari pihak Crusade/Kristian yang membawa peranan sebagai Bailin Of ibelin,Digambarkan beliau sebagai seorang yang bijak,berani dan bermaruah.Begitu juga pejuang/Komander Islam yang kita kenali dengan kehebatannya:Salahuddin Al Ayyubi.jadi boleh dikatakan filem ini seakan berada dalam garis tengah walau mungkin sekali fakta sejarahnya ada yang lari.sejarah,bukankah ianya bergantung kepada siapa yang menulisnya.tetapi,yang pentingnya,ini adalah antara filem yang tidak melabelkan Islam itu sebagai pengganas malah menunjukkan peperangan itu mampu berjalan dalam keadaan bermaruah dan teratur.
terdapat scene dimana selepas peperangan,cross/salib dalam sebuah bangun telah jatuh dan Salahuddin Al Ayyubi mengangkatnya untuk meletakkannya kembali diatas meja.Lihat,ditunjukkan sedangkan dalam perang,seorang Muslim itu wajar untuk menghormati agama anutan orang lain.
Bailin Of Ibelin dan rajanya Baldwin IV of Jerusalem juga digambarkan sebagai orang yang bermaruah.sungguhpun menguasai Jurusalem,rakyat didalamnya dilindungi dengan baik.tidak kira sama ada Muslim,Yahudi atau Kristian.penajaht di sini digambarkan adalah Guy of Lusignan yang merupakan seorang Templar yang membunuh dengan kejam dan sesuka hati.
Saya mempunyai beberapa poiint disini.
Yang pertama : Dalam peperangan itu sendiri ada syarat2 nya dan panduan nya.Allah dan Rasul sudah menggariskan panduan dalam peperangan.Tidak boleh merobohkan rumah ibadat,membunuh wanita dan kanak2,merosakkan pohon dan tanaman dan lain-lain lagi.secara ringkasnya,bukankah walaupun kita berpegang pada agama dan ajaran apa sekalipun,kita perlu berlaku adil dan bermaruah sungguhpun berperang.sungguh di Palestin kini,adakah peperangan yang dilancarkan oleh pihak REJIM ZIONIS itu sesuatu yang adil.membunuh,menyeksa bahkan menembak anak kecil dan wanita yang nyata sekali tidak mampu melawan.adakah itu satu peperangan yang bermaruah.amat HINA dan KEJI sekali perlakuan itu.
Yang kedua,kita perlukan lebih ramai ikhwah pembikin filem.Filem merupakan satu media yang amat bernas seklai untuk sampai ke hati penonton.Lihat sahaja filem ayat2 cinta.sungguh mungkin terdapat kurangnya berbanding novel nya sendiri, tapi ia sudah cukup membawa impak yang besar terhadap pemikiran pnonton yang rata2 nya remaja tentang erti menjaga pergaulan,berlaku adil dan mulia dan amcam2 lagi.bukankah media massa itu mampu mempengaruhi pemikiran seseorang.Filem seperti San Murabbi juga amat membawa kesan.Digambarkan tentang peribadi seornag Murabbi :KH Rahmat Abdullah dalam perjuangannya di Indonesia.Lihat sahaja Ayat2 Cinta.sungguh pun tiada  adegan terlampau,tetap sahaj menjadi box office.tapi di Malaysia,bilamana ada filem berkaitan Cinta perlu sahaja cinta itu digambarkan dengan percintaan yang biasa kita fahami.tanpa batasan pergaulan dan lain2.seakan2 kebanyakan filem itu hanyalah stereotype.bilamana idea percintaan itu masuk ke jiwa pemuda dan pemudi,maka kekallah dalam jiwa mereka yang cinta itu wajar seperti digambarkan dalam filem.
Filem itu sendiri adalah wadah da`wah.Harap2 kelak akan muncul lebih ramai ikhwah yang mampu menerbitkan filem yang mampu membawa da`wah berkembang.aminn..

journey to Lambir

fellowship of the Lambir

fellowship of the Lambir

salam.saja nak kongsi satu pengalaman ke Hutan Lambir.dalam beberapa minggu lepas,kawan2 batch saya dan diri saya ni memulakan perjalanan ke Lambir.memang amat menarik dan bersemangat gak laa..keluar seawal kurang lebih 6 pagi.alhamdulillah,dalam pukul 8 lebih sampai ke Lambir.

panjat bukit

Tujuan yang tunjang adalah untuk sampai ke air terjun Dinding.kami memulakan trekking dengan gila punya semangat.sampai kepancitan saya.huhu.alhamdulillah,sampai akhirnya dan dapat menikmati keindahan ciptaan Tuhan.sungguh pun digigit pacat dan kepenatan merentas segala dugaan dan cabaran (???) , tapi amat2 berbaloi.

penat dan kepancitan

penat dan kepancitan

n1498427378_125923_6561