Global Peace Conference : sebuah pembaharuan pemikiran

berbincang bersama Dr Yoo

berbincang bersama Dr Yoo

syukur kepada Allah,1 november lepas saya dan beberapa orang sahabat menyertai Global Peace Conference yang dianjurkan oleh Universal Peace Federation.Sungguh sebelum kami bersetuju menghantar wakil kami dimana saya menguruskan perwakilan daripada pihak kami,kami berbincang dengan mendalam dan bertanya kepada akh zahir dan puan norhashimah sama ada wajar atau tidak mengikuti program ini.Dan akhirnya,keputusan dicapai.

mr sudesh,Tajul,Dr Yoo,Hakam,Fahmi,Firdaus

mr sudesh,Tajul,Dr Yoo,Hakam,Fahmi,Firdaus

Hal ini kerana UPF mempunyai kaitan langsung dengan organisasi Unification Church                         (rujuk : http://en.wikipedia.org/wiki/Universal_Peace_Federation#Universal_Peace_Federation) di bawah naungan Rev Sun Myun Moon ( rujuk : http://en.wikipedia.org/wiki/Sun_Myung_Moon dan http://www.reverendsunmyungmoon.org/rev_moon_life.html   ).Oleh yang demikian,memang wujud rasa gusar dalam diri saya sebelum menghantar wakil menyertai majlis ini.

Kami tiba di sana kurang lebih 8.40 pagi.Pengisan nya memang hebat.Secara peribadi,saya tidak setuju dengan isi utama perbincangan.Apa yang saya fahami dalam perbincangan ini,untuk mengekalkan keamanan dunia,ia harus bermula daripada diri sendiri dimana perlu ada nya cinta dan tingkat cinta paling tinggi adalah cinta kepada pasangan dimana kesetiaan adalah peranan penting.Kemudiaannya,disitulah tebentuknya keluarga yang dinamik yang membantu mewujudkan keamanan dunia.

Saya bahkan tidak setuju dengan idealisme itu.bahkan wujud perkara yang saya rasakan agak kelakar yang mungkin tidak perlu saya ceritakan.Bagi saya,apa yang dikatakan adalah benar.Tetapi tidak seluruhnya benar dan efektif.

 

Cinta paling tinggi adalah cinta Tuhan.Saya maksudkan disini dalam apa-apa jua kepercayaan dan agama.Mana-mana ajaran agama mengajarkan konsep keamanan dalam agamnya.Jika setiap daripada kita mengikuti ajaran agama masing-masing,saya tidak rasa keamanan merupakan masalah paling besar yang kita hadapi sekarang.Dalam email saya kepada Mr Sudesh,salah seorang speaker dalam majlis ini,beliau juga bersetuju terhadapa idealisme yang saya bawakan.Dinamika sebuah keluarga boleh saja musnah sekiranya terjadi sesuatu yang tidak disangka.contohnya,tekanan akibat kematian salah seorang ahli keluarga,tekanan kehidupan yang menghimpit dan lain-lain.Tapi sekiranya cinta Tuhan dijadikan asas dalam kehidupan,adakah itu senang sahaja dimusnahkan.dan barangkali,bagi saya,tidak mungkin dapat dimusnahkan.kerna cinta Tuhan amat hebat.manusia sudah tentu nya mati,tetapi Tuhan tidak akan mati.jadi kalau dijadikan manusia sebagai asas kecintaan ya`ni cinta kepada pasangan,bilamana pasangan kita mati,maka cinta yang  menjadi paksi kepada keluarga dinamik turut juga musnah.bukan kah begitu?tapi bukankah lebih logikal sekiranya cinta itu diasas kan kepada Tuhan.kerna Tuhan tidak akan mati.

 

berbincang bersama Dr Yoo,Mr Sudesh dan Madam Suzanne

berbincang bersama Dr Yoo,Mr Sudesh dan Madam Suzanne

Maka dalam pada itu,kita kembali ke konsep Islam.kita senang sahaja mendengar  konsep,aku menyayangi mu kerana Allah.

sabda Rasulullah “Tidak akan beriman seorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri”

Lihat,indah benar konsep kasih sayang yang dibawakan Islam.saudara ini bermaksud orang Islam yang lain secara keseluruhan.Rasul mengajar kita menyayangi semua orang.Bahkan,mereka yang bukan Islam juga wajar kita kasihi.Islam benar-benar agama yang menganjurkan keamanan.dan konsep kasih sayang yang berasaskan kepada cinta Allah,sangat-sangat relevan.cinta berpaksikan kepada Allah.

uhibbukum fillah.

Inshaallah akan saya kupas lagi tentang hal ini.

2 thoughts on “Global Peace Conference : sebuah pembaharuan pemikiran

  1. memang benar cinta tahap tertinggi adalah cinta kepada tuhan, tapi bagaimana perlakuan kita yang tidak menggambarkan cinta kita kpd tuhan? di mana cinta kita dalam melahirkan rakyat yang sejahtera..

  2. tajul rijal wrote: tentang persoalan bagaimana perlakuan kita dan di mana cinta kita untuk melahirkan rakyat sejahtera.sahabat,maaf mungkin saya tidak kupas lebih lajut dalam posting itu.saya mendapati,sekiranya cinta Tuhan itu sebagai cinta tertinggi,cinta kita dalam perspektif yang lain juga akan turut dipenuhi,Cinta kita kepada Tuhan , maka kita akan menuruti perintah Nya.dimana bukankah perintah Tuhan itu adalah supaya kita membawa kan kesejahteraan kepada alam ini.dimana kita perlu bawakan keamanan.dima akita juga perlu mencintai istri yang sudah halal bagi kita.mencintai anak2 dan ibu bapa.bukankah itu yang disuruh oleh Allah.cinta Allah menyuruh kita mencintai makhluk nya juga..bukankah itu sudah menjawab persoalan anda?cinta tidak perlu kita pisah2kan kepada cinta2 yang berbeza.cinta ini bagi saya sudah cukup untuk merangkumi semua dimana cinta Tuhan adalah puncaknya,tentang perlakuan kita,saya telah jelaskan dalam posting perbaikilah dirimu dan serulah orang lain.untuk kita menunggu diri kita menjadi sebegitu sempurna baru kita seru orang lain,saya tidak rasa itu relevan.sebab itulah sekarang kita sebegitu tipikal melabelkan tugas2 dakwah adalah hanya untuk ustaz2 dan pegawai agama sahaja.tugas dakwah adalah tugas kita semua..ballighu a`nni wala ayyah..sampaikan dariku walau satu ayat.kita semua punyai ruang untuk perbaiki diri.mungkin ruang itu belum kita cukupkan tetapi,tentu sekali kita mampu untuk cukupkan dengan berbekalkan usaha,keinginan,keazaman dan masa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s