cinta,rasionaliti dan kaitan nya dengan ketuhanan-[sebuah idealisme]

alhamdulillah . syukur kepada Allah kami disini telah tamat musim peperiksaan (untuk batch saya) . hanya menanti saat pulang ke kampung halaman.seperti dijanjikan kepada seorang pembaca (saudara mesin cetak) ,saya akan menulis tentang cinta dalam perspektif saya .Post kali ini mungkin sekali akan diedit mengikut perkembangan.

Cinta..

cintaallah

satu perkataan yang selalu sahaja membahagiakan manusia,membuat muda mudi berada dalam awangan,membuat jiwa resah dan macam-macam lagi.pernah dalam kelas critical reading and thinking skills ketika foundation dulu,cinta menjadi perbincangan dimana,amat sukar sekali mencari definisi cinta.

Jadi,apa cinta itu sebenarnya?  apa bentuknya ?  Bagi saya,cinta itu adalah salah satu perasaan yang dikurniakan oleh Allah untuk merasa kebahagiaan atas kehadiran sesuatu/seseorang sehingga menjadikan kita belajar erti pengorbanan,keagungan,kemuliaan dan lain-lain lagi sifat yang baik dan indah.wujud nya perhubungan antara diri yang mencinta dan dicintai. bukankah cinta itu fitrah ? dan cinta itu sesuatu yang baik.

Kalau dilihat kembali kepada definisi cinta yang saya ungkapkan,saya nyatakan ianya dalam lingkungan yang luas dan tidak spesifik.Bagi saya , cinta itu adalah pemberian Allah , maka tingkat cinta paling tinggi adalah cinta Allah.selalu saya tekankan cinta Allah adalah tingkat cinta paling tinggi yang merangkumi ruang lingkup cinta suci yang lain.

Baiklah,kenapa saya nyatakan sedimikian .

Apabila kita letakkan cinta kita atas dasar cinta kepada ALLAH , sebagai contoh,kita mencintai istri kita yang sah , kerana Allah,bukankah itu sesuatu yang indah.cinta kita itu menjadi suatu ibadah. Definisi cinta kepada Allah sebagai cinta yang meliputi cinta lain bukan perkara baru.

Contoh lain,bilamana seseorang mencintai  keluarganya kerana Allah , alangkah indahnya kerna cinta paling tinggi itu didasarkan kepada Allah.


Bilamana seorang pelajar mencintai pelajaran kerana cinta Allah.Allah menyuruh umat yang mencintainya itu menuntut laut ilmu anugerah Nya.Bukankah itu satu tingkat ibadah yang indah?

Kerana cintanya Rasul terhadap Allah SWT, baginda mencintai ummatnya sehingga di akhir wafatnya juga baginda menyebut “ya ummati” dan tak pernah berhenti untuk menunjukkan jalan yang benar kepada umatnya.

kerana cinta nya Nabi Allah Ibrahim A.S kepada Allah SWT, baginda sanggup mengorbankan anaknya yang dicintai Nabi Allah Ismail A.S.

Kerana cintanya Hassan Al Banna kepada Allah SWT,beliau berjuang atas dasar dakwah untuk kerana Allah menyuruh umatnya mencintai sesama saudara.

Kerana cinta nya Rabiatul Adawiyah kepada Allah , ibadahnya sungguh mengagumkan.

Kerana cinta nya kepada Allah , insan berkahwin sebagai satu ibadah kepada Allah,bukan sahaja sebagai memenuhi tuntutan fitrah kejadian manusia.


Jalan cinta yang agung ini telah ditempuhi oleh para Rasul,sahabat-sahabat dan mujahid yang berjuang di jalan Allah.kerana cinta mereka kepada Allah,maka wujudlah cinta mereka kepada insan.dan bila cinta kepada insan itu didasarkan atas dasar cinta kepada Allah,maka perasaan yang terwujud adalah berlainan dimana kasih sayang itu hanya kerana Allah.kasih sayang itu menjadi sesuatu yang suci dan tidak tercampur dengan sebarang keraguan kerana niat awal di hati adalah cinta itu kepada insan itu hanya kerana Allah.

Bayangkan , apa perasaan anda apabila saya anjurkan anda berdating dengan pasangan anda yang belum anda nikahi itu dan sebelum berdating,anda katakan pada diri anda,”aku berdating hari ini kerna Allah”.apa yang anda rasakan?saya pasti,mungkin sekali perasaan serba salah akan muncul.

Kenapa?????

senang sahaja,cinta yang anda katakan suci bersama kekasih anda yang belum anda nikahi itu bukanlah benar-benar suci.biar apapun anda katakan yang ianya sangat suci seperti saya dahulu pernah tersilap menafsirkan apakah itu cinta suci.Perkara yang bagus dan suci tidak boleh bercampur dengan perkara yang jahat dan buruk serta keji.sama juga apabila kita rasa apabila melihat seorang yang berkopiah,berserban,berkepit dengan seorang gadis berpakaian seksi.boleh naik pening kepala dan berpinar mata. Kita juga barangkali berasa jengkel dengan lelaki dan perempuan yang bertudung yang berkepit ke sana sini sedangkan kita tahu,mereka pasti belum berkahwin.Tetapi,malang,perkara ini sudah menjadi seperti kebiaasaan sehingga tiada lagi perasaan jengkel dan jijik itu.

2586624404_de163f0435

sungguh mudah fitrah manusia.perkara yang suci tidak boleh becampur dengan kekejian.perkara yang baik tidak boleh bercampur dengan perkara yang buruk.bila percampuran itu berlaku,ia akan mengkhinati fitrah manusia.Ia menolak keaslian wujud manusia yang fitrah.Maka disitulah sebabnya timbul perasaan tidak senang dalam hati bila perkara ini berlaku biarpun kita anggap cinta kita itu suci sehingga sanggup menyerahkan segalanya :perasaan dan hati…kenapa tak beri peparu ye??

gave-my-heartcinta-x-suci

Rasionaliti mendasarkan cinta hati atas cinta tingkat agung : CINTA ALLAH

Saya mendapati terdapat rasionaliti yang amat jelas dan logikal bilamana kita dasarkan cinta kita kepada Allah.

Yang pertama adalah kehilangan.Siapakah diantara kita yang boleh menyatakan kita tidak akan kehilangan?  Manusia akan pergi.akan meneruskan perjalanan dan sampai kepada Tuhan nya sedangkan kita masih tinggal disini dalam dunia ini meneruskan perintah Nya.Kehilangan pasti akan menyebabkan kesedihan.Tetapi,bilamana cinta kita kepada insan yang telah pergi itu kita dasarkan kepada cinta Allah,tentu sekali kita inginkan dia mendapat redha ALLAH dan kita ingin mengikut jejak itu.Bilamana cinta itu juga didasarkan kepada Allah,bilamana berlaku kehilangan,kita tidak akan selamanya bersedih akibat hilangnya cahaya hidup dan cinta kita,kerna cinta yang abadi tetap kekal.cinta yang tak pernah hilang dan tak pernah padam.cinta Allah.sedangkan cinta manusia pasti mati,cinta Allah kekal abadi.Bukan begitu?

Yang kedua adalah kesungguhan.Bilamana cinta kita itu kita dasarkan kepada ALLAH,akan wujud perasaan bersungguh-sungguh atas cinta itu.kerna kita telah melabel atau meletakkan cinta kita itu sebagai ibadah.sebagai sesuatu yang suci dan untuk mencari redha Allah.sebagai contoh,atas dasar cinta kita kepada Allah,kita akan menjadi lebih bersungguh-sungguh dalam membina keluarga yang ideal dari sudut Islam.menjadi suami yang romantis mengasihi istri kerna atas dasar cinta Allah dimana Allah menganjurkan kita menyayangi istri dan anak-anak.BUkankah itu indah?Sebagai seorang anak pula,apabila cinta itu didasarkan kepada Allah,cinta kita kepada ibu bapa akan bertambah indah bilamana Allah menganjurkan kita untuk berbuat baik kepada ibu bapa.Lihat,Islam itu indah.bahkan konsep cinta tidak pernah keluar daripada Islam.Cinta itu hanya dilihat jijik bilamana cinta bukan lagi menjadi cinta.tetapi adalah nafsu yang merajai minda,hati dan jiwa lantas kita labelkan kononnya itulah “cinta suci dan sejati”.kelakar.


cinta-allah

Yang ketiga,adalah keikhlasan.Cinta benar-benar membina keikhlasan.tanpa keikhlasan cinta seorang ibu,tidak akan dia melahirkan saya,menjaga saya.tanpa ikhlasnya cinta seorang abah,tidak akan abah menasihati saya dan mendidik saya serta melindungi saya.Lihat,betapa kait rapatnya ikhlas dan cinta.ikhlas dalam cinta akan mewujudkan pengorbanan tanpa mengharapkan balasan.Alangkah indah jika ianya didasarkan atas cinta Allah.Atas cinta Allah,saya mencinta ibu bapa saya dengan ikhlasnya dan berusaha menyenangkan hati mereka dengan ikhlas.Lihat,betapa rasional nya cinta ALLAH itu menjadi dasar kepada setiap cinta yang lain sama ada cinta itu kepada istri,ibu bapa,adik beradik,rakan-rakan dan lain-lain.

sebenarnya ingin saya sambung lagi,tetapi,saya berasakan pembaca memahami bahawa cinta Allah yang kita dasarkan sebagai cinta agung membuat kita menjadi pencinta yang lebih baik.yang lebih terjaga daripada perkara yang keji . yang lebih tinggi nilai cintanya.

dan atas dasar cinta itu juga kita sentiasa berusaha memperbaiki diri kita sebaik mungkin . kerana Allah.atas dasar cinta kepada Allah.sungguhpun kadangkala,khilaf perlakuan menunjukkan cinta kita tiada dasar nya pada cinta Tuhan.apa yang penting,usaha kita untuk mencapai tahap itu . tahap pencinta tertinggi yang mencintai kerana cinta ALLAH. HANYA DIA  YANG DICINTAI MENGETAHUI USAHA YANG DILAKUKAN PENCINTANYA.

3 thoughts on “cinta,rasionaliti dan kaitan nya dengan ketuhanan-[sebuah idealisme]

  1. terima kasih atas tulisan saudara,
    boleh sy tau apa itu cnta kpd tuhan?
    konsep rasional apa yg saudara hujahkan?
    bukankah soal ktuhanan adalah soal metafizika?
    kenapa harus dibebankan cinta itu dengan persoalan moral?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s