persoalan mahu atau tidak?

salam ukhwah.

hari ini akan saya bawakan satu perbincangan.mahu atau tidak??seperti ayat yang tergantung tetapi,mempunyai persoalan yang tinggi.

Da`wah,kejayaan,mengubah dan memperbaiki diri,keberanian dan banyak lagi.terdapat satu aspek yang berkaitan dlama semua hal ini iaitu mahu atau tidak.saya tidak memandang persoalan boleh atau tidak tetapi mahu atau tidak.

keinginan merupakan aspek yang amat penting dalam titik perlakuan seseorang.manusia dikurniakan anugerah yang besar ya`ni akal.akal yang membezakan manusia dan haiwan.selain daripada akal,manusia juga dikurniakan nafsu,sama ada kita mengawal nafsu itu menjadi nafsu yang baik atau nafsu yang buruk.daripada akal dan nafsu itu,maka manusia menghasilkan keputusan dalam melakukan sesuatu yang dinyatakan pada peringkat awal sebagai keinginan.

dengan bermula nya keinginan,pelayar2 terkemuka mengelilingi dunia.dengan keinginan untuk mendapatkan rahmah Allah,Salahuddin Al Ayubi membebaskan kota Palestina.Dengan keinginan untuk da`wah,Imam Syahid Hassan Al Banna  berda`wah dan tertubuhnya ikhwan muslimeen.dengan keinginan yang teguh Barack Obama menjadi Presiden kulit hitam pertama negara kuasa besar dunia ,Amerika.

Kenapa kadang2 ada yang terlampau banyak beralasan untuk menyertai da`wah.sibuk,tidak ada masa,dan macam-macam lagi.Ini bukan persoalan boleh atau tidak tetapi mahu atau tidak.jika keinginan itu telah ada dalam hati,dan digerkkan dengan semangat mujahadah yang unggul,adakah semua itu menjadi masalah yang besar??

ada juga persoalan, dan rungutan: saya tak boleh nak berubah la bro..tersenyum juga mendengarnya.ini bukan persoalan boleh atau tidak.tapi mahu atau tidak.mahu berubah atau tidak mahu berubah.tiu pilihan anda.kalau anda ingin berubah,inshaallah,akan dimudahkan.yang penting keinginan yang kemudiaannya disertai dengan usaha yang jitu dan perserahan kepada Allah.

Jadi,anda mahu atau tidak??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s