kita perlukan ikhwah penerbit filem

salam ukhwah…

kingdom of heaven

kingdom of heaven

2 hari lepas,saya telah menonton sebuah filem bertajuk Kingdom Of Heaven.bagi pembaca yang belum menonton nya,saya cadangkan untuk tonton filem ini.sebuah filem secara ringkasnya menceritakan tentang peperangan antara Crusaders dan tentera Islam  dalam merebutkan Jurusalem.ada perkara yang menarik tentang filem ini bagi saya.
filem ini menceritakan peperangan antara kedua belah pihak majoriti yang tidak menunjukkan yang mana-mana pihak sebagai penjahat/pengganas/teroris.kedua2 pasukan berperang atas dasar Jurusalem itu sendiri.Dari pihak Crusade/Kristian yang membawa peranan sebagai Bailin Of ibelin,Digambarkan beliau sebagai seorang yang bijak,berani dan bermaruah.Begitu juga pejuang/Komander Islam yang kita kenali dengan kehebatannya:Salahuddin Al Ayyubi.jadi boleh dikatakan filem ini seakan berada dalam garis tengah walau mungkin sekali fakta sejarahnya ada yang lari.sejarah,bukankah ianya bergantung kepada siapa yang menulisnya.tetapi,yang pentingnya,ini adalah antara filem yang tidak melabelkan Islam itu sebagai pengganas malah menunjukkan peperangan itu mampu berjalan dalam keadaan bermaruah dan teratur.
terdapat scene dimana selepas peperangan,cross/salib dalam sebuah bangun telah jatuh dan Salahuddin Al Ayyubi mengangkatnya untuk meletakkannya kembali diatas meja.Lihat,ditunjukkan sedangkan dalam perang,seorang Muslim itu wajar untuk menghormati agama anutan orang lain.
Bailin Of Ibelin dan rajanya Baldwin IV of Jerusalem juga digambarkan sebagai orang yang bermaruah.sungguhpun menguasai Jurusalem,rakyat didalamnya dilindungi dengan baik.tidak kira sama ada Muslim,Yahudi atau Kristian.penajaht di sini digambarkan adalah Guy of Lusignan yang merupakan seorang Templar yang membunuh dengan kejam dan sesuka hati.
Saya mempunyai beberapa poiint disini.
Yang pertama : Dalam peperangan itu sendiri ada syarat2 nya dan panduan nya.Allah dan Rasul sudah menggariskan panduan dalam peperangan.Tidak boleh merobohkan rumah ibadat,membunuh wanita dan kanak2,merosakkan pohon dan tanaman dan lain-lain lagi.secara ringkasnya,bukankah walaupun kita berpegang pada agama dan ajaran apa sekalipun,kita perlu berlaku adil dan bermaruah sungguhpun berperang.sungguh di Palestin kini,adakah peperangan yang dilancarkan oleh pihak REJIM ZIONIS itu sesuatu yang adil.membunuh,menyeksa bahkan menembak anak kecil dan wanita yang nyata sekali tidak mampu melawan.adakah itu satu peperangan yang bermaruah.amat HINA dan KEJI sekali perlakuan itu.
Yang kedua,kita perlukan lebih ramai ikhwah pembikin filem.Filem merupakan satu media yang amat bernas seklai untuk sampai ke hati penonton.Lihat sahaja filem ayat2 cinta.sungguh mungkin terdapat kurangnya berbanding novel nya sendiri, tapi ia sudah cukup membawa impak yang besar terhadap pemikiran pnonton yang rata2 nya remaja tentang erti menjaga pergaulan,berlaku adil dan mulia dan amcam2 lagi.bukankah media massa itu mampu mempengaruhi pemikiran seseorang.Filem seperti San Murabbi juga amat membawa kesan.Digambarkan tentang peribadi seornag Murabbi :KH Rahmat Abdullah dalam perjuangannya di Indonesia.Lihat sahaja Ayat2 Cinta.sungguh pun tiada  adegan terlampau,tetap sahaj menjadi box office.tapi di Malaysia,bilamana ada filem berkaitan Cinta perlu sahaja cinta itu digambarkan dengan percintaan yang biasa kita fahami.tanpa batasan pergaulan dan lain2.seakan2 kebanyakan filem itu hanyalah stereotype.bilamana idea percintaan itu masuk ke jiwa pemuda dan pemudi,maka kekallah dalam jiwa mereka yang cinta itu wajar seperti digambarkan dalam filem.
Filem itu sendiri adalah wadah da`wah.Harap2 kelak akan muncul lebih ramai ikhwah yang mampu menerbitkan filem yang mampu membawa da`wah berkembang.aminn..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s