Keji dan Zalim!

salam..

Hari ini lebih 300 saudara Palestin kita telah pergi dalam serangan yang zalim oleh Yahudi di Gaza.dan sepanjang hari saya menanti siaran berita stesen Al Jazeera untuk melihat perkembangan terbaru.

apakah yang mampu dan boleh kita lakukan?

Ya Allah,selamatkan lah ummat Mu.selamatkanlah saudaa kami di Palestine.Kuatkanlah dan teguhkanlah pejuang2.

Advertisements

Hijrah,bukan sekadar sejarah

salam ukhwah..

salam maal hijrah kepada semua.

rasanya tidak perlu untuk saya tulis tentang sejarah Hijrah..ramai maklum tentang konsep hijrah yang menyarankan kita untuk memperbaiki diri dan berubah.

maka apakah yang menyukarkan kepada perubahan itu?kesombongan?kemewahan?kesukaran?

ini bukan persoalan boleh atau tidak.bukan persoalan “aku tak boleh,sebab bla bla bla.”

tapi ini adalah persoalan mahu atau tidak.mahu berhijrah dan memperbaiki diri atau tidak.itu sahaja.kalau mahu diletakka alasan boleh atau tidak,maka sebeban alasan boleh sahaja sesiapa berikan dengan mudah.

Allah memberikan antara nikmat yang terbesar adalah nikmat untuk bertaubat.untuk menyesali dan memperbaiki atas silap yang kita lakukan.maka diciptakan Rasul dari kalangan manusia supaya kita dapat pelajari.kerana Rasul adalah manusia dan manusia tidak lepas dari berbuat silap.

Dan tercatat dalam sejarah yang Rasul juga benar melakukan kesilapan dan Allah perbetulkan dan lebih cantik lagi,kisah2 itu Allah ceritakan supaya umat kemudiannya dapat belajar.

Bukankah ini logiknya kenapa Allah memilih Rasul dari kalangan manusia?

sorry yer… :)

salam ukhwah.

sudah agak lama saya tidak menulis.maaf kepada pembaca.pertamanya,saya mengalami keracunan makanan yang agak teruk beberapa hari lepas selama dua hari.alhamdulillah,mungkin saya leka dan lupakan ALLAH,maka Dia ingatkan saya kembali.dan kelmarin,guru sekolah rendah saya datang bercuti di Langkawi,maka saya bawalah mereka bersiar2.

Langkawi,tempat melancong yang best.tinggal disini menenangkan minda.dan syukur juga berada.tempat yang betul2 cantik Allah ciptakan.banyak gunung,bukit dan laut.subhanallah

pengisian masa

salam ukhwah.saya ingin meminta maaf kepada pengunjung dan pembaca kerana  tidak mampu menulis dengan kerap.rumah di langkawi ini tiada smbungan internet.sebab bila saya dan adik2 saya pulang ke kampus,mak dan ayah sahaja yg di rumah.so,mungkin tidak memerlukan.jadi selalunya saya akan berada di cyber cafe untuk melayar internet.

bercakap tentang cyber cafe,saye mendapati,pemuda zaman sekarang terleka yang amat sangat dengan permainan di cyber cafe.secara positifnya,mereka mungkin tidak melakukan kegiatan yang lebih dahsyat sebab terikat di meja komputer.tetapi,bukankah lebih bagus daripada menghabiskan masa muda ini dengan perkara yang boleh membantu men ingkatkan keupayaan diri.dan apakah lebih baik kalau kiranya boleh membangunkan ummah.

so,ini lah tugas kita untuk ajak mereka ni bergiat dalam hal yang lebih baik.

kini saya ingin membincangkan tentang AUKU.sebagai seorang yang amat berminat dengan politik tanah air,saya berasa syukur atas pemindaan AUKU itu.ini lebih baik daripada tidak dipinda langsung.sekurang-kurangnya,walaupun tak dimansuhkan,AUKU dipinda.memang benar ada kebaikan pada AUKU.tetapi secara peribadi,inilah penyebab yang dikatakan oleh ramai orang dimana kita ketandusan pemimpin-pemimpin pelapis dan muda.Sewaktu bertemu dengan ustaz saya ketika pulang di Melaka,kami bertemu di sebuah restoran dan berbual2.pendapatnya,orang muda ni penuh dengan semangat.benar.orang muda penuh dengan semangat.sebab tu ramai bersemangat merempit.kan lagi bagus kalau kita tukarkan arah semangat 2 untuk berorganisasi.kenapa perlu dihalang?banyak punca menyebabkan mahasiswa menjadi begini tetapi secara peribadi,AUKU mungkin sekli salah satu penyumbangnya.terpulang sama ada pendirian pemuda dan pemudi ini sama ada menyokong kerajaan atau tidak.kelak apabila lebih umur 21 tahun pun kalau mereka membangkang kerajaan,sama juga bukan?mahasiswa adalah golongan yang berakal.dan mereka melihat dan memerhati..

secara peribadi,saya bukan pembangkang.malah saya dan keluarga adalah pro-UMNO.sebagai seorang pemuda yang amat menyayangi dan mencintai agama dan negara nya ini,saya berasa perlunya bangkit golongan muda untuk menjadi penjana kepada Malaysia yang ideal.saya tidak faham kenapa takut sangat kerajaan terhadap mahasiswa sehingga AUKU dilaksanakan.kenpa tidak diharamkan club2 malam yang melalaikan? club2 malam,pesta2,konsert2 yang legi melalaikan pelajar “dihalalkan” tetapi kegiatan mahasiswa untuk terlibat untuk memperbaiki negara melalui politik  kerana rasa cinta kepada negara “DIHARAMKAN”. kan pelik tu.

sebagai penyokong UMNO,tidak bermakna saya menolak cita2 untuk mewujudkan negara Islam.saya mempunyai sebab peribadi yang jelas.relevan perlu ada pembangkang.perjuangan UMNO masih lagi relevan.tetapi bukankah lebih menarik,kalau dalam UMNO itu sendiri wujud golongan muda yang ingin kan kewujudan negara Islam sebenar.kewujudan khilafah Islamiah.mungkin pendapat saya ada kurangnya.

tentang Bush dibaling kasut,saya tersenyum juga melihat.sebuah penghinaan yang besar daripada orang arab kepada lelaki dari Texas itu.Inilah apabila orang Islam direndahkan.kita hanya mampu membaling kasut,dan tidak mampu menghentikan kekejaman.

kerana apa?

umat ini dan pemuda2 nya leka.Lupa tanggungjawabnya sebagai seorang Islam.hanyut dengan dunia sehingga lupakan saudara seislamnya.paling tinggi pun cuma berdemonstrasi.pemuda2 dan pemudi nya hanyut dengan cinta   -cinta manusia,nafsu,dadah –  sampai minda tertutup dengan apa yang berlaku.

Ya Allah,selamatkan umat ini.

menarik

banyak perkara menarik baru-baru ini.

Bush dibaling kasut

Pindaan AUKU

Politik tanah air

dan macam-macam lagi.tersenyum juga mengingatkannya.mungkin akan dikupas tentang hal diatas.hehe.Tajul ni memang suka mengupas.kupas kulit limau n makan limau pun best jugak.

salam

Atheist (Achidiat Mihardja) – sebuah pemikiran yang menarik

salam ukhwah.

kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pembaca blog saya yang kritis,saudara/i  mesincetak.beliau telah menyarankan saya untuk membaca karangan beberapa penulis yang mungkin sekali membawa pemikiran yang amat menarik setelah kami bertukar pandangan atas pendapat masing-masing.

dan benar,saya mengakui karya achidiat mihardja ini-sebuah novel- bertajuk atheist yang dialih bahasa ke bahasa inggeris.

 

novel ini berkenaan pemikiran atheist yang menidakkan kewujudan Tuhan.Dimana Hassan merupakan pemuda yang dibesarkan dalam keluarga Islam dan sempat menuntut ilmu di Pesantren.Hassan kemudian bekerja di Jakarta dan kemudian bertemu Rusli,Kartini dan Anwar.Anwar digambarkan sebagai seorang anarchist dan mungkin sekali melambangkan penulis dan pemikir Indonesia terkemuka,Chairil Anwar.Hassan kemudiannya berubah menjadi seorang atheis.

Terdapat banyak pemikiran yang dibawakan Achidiat Mihardja dalam bukunya ini.melalui pandangan saya beliau ingin menyatakan bahawa keinginan untuk bertuhan itu adalah fitrah,kerana walaupun Hassan yang telah lama menjadi atheist,pada akhirnya ketika ditembak komunis,dengan tidak semena-mena menyebut Tuhan Maha Besar/God Is Great.

Dalam tulisannya,terdapat pelbagai pemikiran yang “menarik”.antaranya:

Tuhan adalah teknologi

Manusia yang menciptakan Tuhan

Tidak salah untuk mencuri dari yang kaya dan memberi nya pada yang miskin

Tuhan adalah ciptaan manusia yang ingin kan tempat untuk mengharap

dan macam2 lagi.

Pada mulanya saya rasa tidak wajar untuk menulis post kali ini.tapi setelah berfikir dan meneliti,hal ini boleh dijelaskan untuk kebaikan.

Orang-orang atheist memiliki pendapat sendiri dan mungkin sekali kebanyakan memiliki pengetahuan mendalam berrkaitan sains dan teknologi.

 

pada pendapat saya,ini adalah masalah kefahaman.pembaca tentu sekali biasa mendengar saya membicarakan tentang kefahaman.kefahaman terhadap akidah itu sendiri.tentang pengertian shahadah itu sendiri.kita mengenali shahadah hanya pada dasar sebutan arab yang mungkin ada antara kita tidak fahami.ada yang lebih baik,kita tahu maknanya shahadah itu.tapi masalahnya,adakah kita memahami shahadah itu?pengertiannya secara benar? masalahnya kita sering seperti diajar bahawa mengucap shahadah itu ibadat ritual.mengucaplah!mengucaplah!tapi fahamkah apa yang kita ucapkan? sama juga watak Hassan.dia diasuh dalam keluarga Islam bahkan belajar di pesantren.tetapi sayang,itulah beza antara mengetahui dan memahami.Hassan tahu tentang hukum,ibadah dan lain-lain.tetapi dia mungkin sekali tidak memahami erti sebenar apa yang dilakukannya.erti sebenar shahadah yang diucapkannya.saya tidak ingin samakan hassan dengan kebanyakan dari kita.tetapi saya memetik daripada artikel yang saya baca : “pelajar-pelajar azhar 60 an balik ke malaysia,tetapi tetap buka aurat.pelajar-pelajar 80 an dari UK pulang ke malaysia pada mulanya sebelum pergi,membuka aurat tetapi bila pulang,menutup aurat bahkan bertudung labuh”.ini contoh terbaik antara mengetahui dan memahami.ramai antara kita mengetahui hukum itu dan ini dengan mendalamnya,tetapi tidak memahami.apabila timbul kefahaman,maka timbul ketaatan.yang menjuruskan untuk mengikuti ajran itu dengan iman yang teguh dan keyakinan yang utuh.

maka disini,saya ingin membawa satu kisah yang saya ingat dalam usrah.diceritakan,ketika Rasulullah berda`wah kepada kaum keluarganya ,baginda dibantah oleh abu jahal.abu jahal kata,jika benar apa yang kau ucapkan,maksudnya kamu melancarkan perang ke atas orang arab.

kenapa abu jahal mengatakan tentang melancarkan perang?padahal shahadah itu cuma satu ucapan sahaja?ini kerana abu jahal memahami apa ertinya shahadah itu.apabila telah mengucapkan shahadah,itu adalah ikatan ikrar antara manusia dan Tuhan yang mengakui kewujudan,kekuasaan dan keesaan Allah,yang mengakui bahawa yang didamba dan dicinta tiada lain adalah Dia,Allah yang esa dan mengakui serta rela dan redha menuruti ajaran yang dibawakan melalui Muhammad SAW.mengakui sahaja tidak cukup.orang Nasrani dan Yahudi mengetahui dan mengakui akan kelahiran nabi akhir zaman,tetapi mereka tidak menuruti malah menentang.sebagai orang Islam yang telah pun bertaat setia pada ikatan itu,maka wajib untuk kita menurut perintah dan ajaran Islam.

bilamana wujud nya pemahaman terhadap konsep ini,persoalan kenapa itu dan ini yang ranting2 bukan lagi masalah yang selalu kita dengar hari ini.

saya terfikirkan  tentang persoalan manusia mencipta Tuhan.sebenarnya terdapat pelbagai bukti yang menunjukkan kewujudan Tuhan dalam pelbagai buku..Yang pentingnya Al Quran juga menyoal kita dan menyuruh kita berfikir tentang keesaan dan kewujudan Allah melalui ciptaan Nya.jadi ingin saya persoalkan,bolehkan manusia yang kompleks ini dengan zahirnya sendiri kompleks(secara biologi),yang punya akal dan perasaan serta emosi tercipta dengan keadaan ketidaksengajaan atau secara semulajadi?dengan tiba-tiba boleh wujud seorang  manusia.kalau begitu,secara tiba2 sebelah saya boleh muncul seorang perempuan yang cantik?? 🙂 kalau melalui teori evolusinya pula,kalau benar teori itu,saya tidak pernah terbaca tentang separuh manusia dan separuh monyet.maksudnya generasi pertengahan.separuh badannya manusia,dan separuh badannya monyet.atau separuh badannya ikan dan separuhnya buaya.persoalan generasi pertengahan ini sendiri dipersoalkan pengasas teori evolusi,Charles Darwin di dalam bukunya sendiri.saya sarankan bacalah Al Quran dengan tafsirnya.tafsir al azhar atau ibn kathir atau lainnya.setidaknya saya sarankan cari buku bertajuk PASAK-pengukuhan akidah melalui sains.selepas saya membaca buku bertajuk Atheis ini saya membaca Al Quran dan kemudiannya membaca buku bertajuk PASAK tersebut.saya juga menyarakan pembaca untuk hal yang sama.

 

Umum juga tahu bahawa manusia secara fitrahnya mahu bertuhan.sebab itu,bukankah manusia di hutan juga menyembah semangat itu dan ini padahal mereka tidak tahu secara saintifiknya tentang keajaiban yang menunjukkan kewujudan Tuhan.jadi,masakan disini Tuhan itu tidak wujud.Allah menciptakan manusia untuk menyembah Nya.Jadi,bilamana manusia yang jahil belum mendapat sinar Islam,maka manusia mencipta Tuhan-Tuhan yang lain untuk disembah.

secara peribadi,saya berpendapat jika manusia menolak kewujudan Tuhan,adakah manusia itu benar-benar manusia?apa beza manusia ini dengan ciptaan hebat manusia : computer dan robot? robot juga mampu bergerak , ” berfikir ” , dan ada juga yang saya baca ciptaan di Jepun,dimana robot mampu menunjukkan ekspresi muka yang sedih,gembira dan lain-lain? Perbezaan manusia dengan haiwan adalah pada emosi nya , cara berfikir dan akal nya dan lain-lain.itu secara lahir dan zahir yang dapat kita lihat.tetapi,tidakkah haiwan juga punya emosi?yang tidak kita kaji?jika benar ada,bahkan mungkin sekali gaya hidup mereka dengan cara mereka sendiri – contohnya semut yang berorganisasi dengan baik,maka apa beza manusia dengan haiwan jika tidak pada cara manusia ini beribadah?bukankah Allah telah menyatakan :

“la khalaktul jinni wal insi illa liya`budun? ”  -tidak aku cipta jin dan manusia  kecuali untuk beribadah kepada Ku? 

 

saya akan mengupas tentang buku ini dengan lebih lanjut.ia memang benar merupakan buku yang amat menarik.dan membuat saya yakin bahawa walau bagaimanapun kita menidakkan kewujudan Tuhan setelah kita kononnya bergantung kepada logika akal , manusia tetap secara fitrahnya,secara asalnya , menyedari bahawa manusia ini adalah yang diciptakan dan bukan pencipta. 

secara penuhnya,wajar saya katakan bahawa persoalan utama adalah kefahaman terhadap akidah itu sendiri.terhadap konsep Tauhid itu sendiri seperti yang saya jelaskan dalam konsep sebelumnya.jika jelas pemahaman terhadap hal ini,maka persoalan yang lain terjawab dengan mudah.

berada pada jalan ini….

Salam ukhwah….

dalam antara kita yang ingin mengajak ke arah kebaikan,ada yang mungkin akan tumpas atau pun dengan kata lain nya berhenti dari medan da`wah.seperti mana Ustaz Hassan Hudaybi menyatakan:

da`wah ini akan berjalan dan bergerak sama ada dengan kita atau tanpa kita.

seorang aktivis da`wah tidak perlu sedih sekiranya tidak nampak hasil.Allah melihat usaha kita.Pengasas empayar Rom tidak sempat melihat kejayaan nya kerna Rom itu terbina dalam masa yang lama.kalau sang pengasas itu juangnya semata-mata untuk melihat hasil daripada  usaha itu berada dalam hayatnya,maka usahanya mungkin sekali usaha yang tergopoh gapah tanpa perancangan yang kukuh.

universitas-tarbiyah

sahabatku,usaha anda mungkin tidak akan nampak hasilnya dalam hayat kita ini.Tetapi inshaallah akan membawa hasil.kerna jalan yang kita bawa adalah kesinambungan jalan Rasulullah dan para salafussoleh.bukankah dalam surah Al-Fussilat ayat ke 33 Allah mengungkapkan “siapakah yang paling baik seruannya berbanding orang yang mengajak kepada Allah”.

sahabt,dalam menjalani hidup,kita tidak akan lari daripada segala jenis cabaran.Al Quran sendiri perlu kita kaji dimana dinyatakan “adakah manusia itu menyatakan dirinya beriman sedangkan dia belum lagi diuji?”.Maka ujian dan cabaran itu adalah indicator terhadap kita.sebagaimana kalau nak dapatkan kualiti ISO atau SIRIM pun sesuatu produk itu perlu diuji,kita juga merupakan produk.Produk seorang Muslim untuk diuji sama ada kita ini seorang Mu`min sejati atau bukan.ada pepatah asing mengatkan, “Tea shows it flavor in hot water“.maka dapat kita ambil pengajaran bahawa dalam cabaran itu,kita mampu membina diri kita dan mencari serta memperbaiki kelemahan diri.

Anda bayangkan tentang pedang.Diciptakan pedang itu dari besi.yang dipanaskan dan ditempa dengan ketukan untuk menempanya.Lalu menjadi pedang yang tajam yang berguna.Begitu juga manusia.Anggap saja manusia ini sebagai besi yang belum ditempa.Ketukan dan kepanasan yang amat tinggi itu adalah cabaran bagi kita.dan produknya adalah seorang Mukmin yang berkualiti.Yang bukan sahaja baik pada akhlak dan imannya tetapi turut sukses dalam kehidupan.Bukankah Islam ini menyuruh kita untuk berjaya dalam pelbagai segi.Tidak cukup untuk kita baik perangai kita sendiri sahaja.Perlunya kita cemerlang dalam ilmu,ekonomi dan kekuatan.Dan juga perlu kita seru orang lain.

saya mengambil perumpamaan dalam buku tulisan Muhammad Qutb.Masyarakat ini ibarat sebuah bahtera.lalu wujudnya segolongan yang ingin membocorkan lantai bahtera itu,sedangkan kita hanya melihat.Akhirnya kita sama – sama tenggelam.DAN HAL INI YANG TERJADI!! kita melihat orang melakukan kemungkaran tetapi tidak langsung ingin menghalang.alasannya,jangan jaga tepi kain dan itu bukan hal dan masalah kita.akhirnya penyakit ini membarah dan merosakkan masyarakat sehingga ahli keluarga kita sendiri.Sekarang,ADAKAH INI JUGA BUKAN MASALAH KITA??

Masalahnya bilamana umat ini hanya menganggap Islam itu sebagai agama ritual.yang setiap perlakuannya hanya adat dan budaya serta ibadat ritual.tidak ada pengertian lebih dari itu.sedangkan Islam ini bukan ibadat sahaja.Kehidupan kia seharian dari kita memulakan hari kita perlu dalam kehidupan Islam.dari segi pentadbiran,pergaulan,pendidikan dan lain-lain.

merujuk kepada artikel tulisan bekas mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin dalam penulisannya,dia mengatakan yang golongan agama ini dilabel dengan orang yang selalu berjalan lambat,cepat bila ada majlis kenduri,dan cepat juga pulang bila tamat kenduri,berselisih sama ada daging korban wajar diberi kepada bukan Islam atau tak.sedangkan umat bukan Islam telah maju kedepan dengan teknologi.saya bersetuju dengan pandangan beliau.dalam zaman ini,kita seakan kembali ke zaman jahiliah dimana kesedaran bahawa Islam itu sebagai jalan hidup amat nipis sekali.Dimana Jahiliah moden ini menganggap bahawa Islam itu hanya ritual.hanya ibadah ritual dilakukan seharian.Hidup bekerja dan berkeluarga perlu ikut konsep lain.bukan Islam.ini suatu pemikiran yang mematikan.Tidak salah untuk kita mengambil konsep yang dibawakan kerna ia juga adalah ilmu yang berharga.Tetapi,bukankah sewajarnya kita berpaksikan kepada kehidupan yang menjadikan Islam itu sebagai jalan hidup.dari semua segi.kejayaan cendekiawan Islam dahulu bukan hanya sekdar cerita fairy tales.Itu adalah realiti sebenar.dan ada sebab kenapa mereka berjaya.Mereka menjadikan Islam ini sebagai jalan hidup.BUkan sebagai ritual.

Jadi permulaannya,kita perlu membawa umat ini memahami erti shahadah itu sendiri.dari satu kalimat ke satu kalimat.bilamana kefahaman terhadap aqidah itu wujud dimana menerima konsep Tiada illah selain ALLAH,dan ini senang sekali membawa kepada da`wah berkaitan kehidupan seharian.contohnya,kenapa perlu bertudung,kenapa perlu menjaga pergaulan,kenapa perlu nya negara Islam,kenapa itu dan ini.semuanya sudah ada jawapan kalau kita menerima konsep shahadah itu.bukan maksudnya menerima itu sekadar melafazkan tetapi memahami dengan sebetulnya apa yang terkandung dalam shahadah.

bilamana kefahaman itu tiada maka terlampau banyak soalan yang bakal menjadikan kita lelah untuk menjawab.semua perkara yang dipersoalkan akan perlu kita jawab.macam-macam.terbaru,syed tantawi dikecam kerana bersalam dengan shimon peres.syed tantawi adalah ulama yang hebat.pasti dia sudah berijitihad dengan sungguh2.kita tidak bersalam dengan yahudi pun,mereka tetap menindas saudara kita di Palestin.bukankah dari penat berbalah dan mengecam seseorang,kita berusaha menyemaikan kefahaman tentang Islam kedalam hati orang Islam itu sendiri.tidak akan muncul macam2 bantahan lagi.seperti pengharaman yoga,tidak boleh pakai seluar bagi perempuan dan lain2 lagi yang dipersoalkan.sedangkan itu semua adalah ranting-ranting.padahal pokok asasnya tidak kita perbetulkan dan fahami dengan sebaiknya

Kita potong ranting,rantingbaru akan muncul.tapi kalau kita potong pokok tu terus,masalah akan selesai.

jadi,pokoknya adalah kefahaman.sekarang,adakah anda faham??