evaluasi diri

salam.posting kali ini merupakan pemberitahuan.saya ingin mengambil masa untuk meng “evaluate” diri sendiri atas beberapa perkara yang telah saya lakukan yang menyebabkan saya terfikir pelbagai perkara yang tidak sepatutnya saya lakukan.mungkin saya akan ambnil masa selama satu minggu,sebulan atau mungkin setahun.sehinggalah evaluasi ini berhasil.mungkin sekali terasa terpukul bilamana diri ini tidak seperti yang diinginkan dan senang sekali melakukan kesilapan.

walaubagaimanpun,apa yang ada dalam blog ini boleh digunakan.inshaallah.

ini bukan bermakna saya sudah penat dan lelah untuk membawa ke arah kebaikan dan menjadikannya alasan,tetapi ini satu keperluan untuk saya evaluate diri saya.

semoga hidayah Allah untuk kita semua

updates

salam.saya baru pulang dari JCLA workshop di Bornoe Rainforest.banyak dapat diambil dalam pengalaman 4 hari itu.dan yang paling hebat sekali bagaimana kita mahu menjaga pergaulan kita.selama dalam kita berada dalam lingkungan orang Islam,memang benar ia mungkin agak mudah.tetapi bila mana kita sahaja yang Islam di kalangan yang bukan Islam tambahan lagi pelajar International,cabaran yang kuat akan terjadi.

terdapat beberpa perbalahan idealisme dan macam2 lagi tetapi inshaallah x akan memudaratkan projek kami.

hari ini bermulanya kelas pertama dalam semester ini.harap nye pembaca doakan lah kejayaan kita semua bersama.Isnhaallah saya akan tumpukan kepada untuk x ponteng berusrah dan tingkatkan da`wah , dapat result yang lagi baik (mungkin semua subjek nak dapat ban 9) , kurangkan aktiviti persatuan lain dan tingkatkan aktiviti JCLA.bi iznillah

untuk mu bloggers..termasuk diriku sendiri

Hish.. Betul ke Blogger Macam Tu?? PDF Print E-mail
*diambil dari halaqah onlineWritten by Izzah   
Sunday, 22 February 2009 17:02
bloggerz

bloggerz

Saya membuka sebuah lama blog pengunjung blog saya. Ada suatu kelainan yang membuatkan saya tersekat untuk membaca isi- isi tulisan dalam blog tersebut. Entah bagaimana , lidah saya seakan meluncur laju memuji-muji blog tersebut. Sekadar kagum.

Ha Izzah, kebetulan suka blogging kan. erm.. macam mana kita nak tau orang tu macam apa yang dia tulis?”

Ah, rupanya ada mata dan ada telinga yang mendengar monolog kecil saya. Suasana dalam ’Office Law Society agak sunyi. Hanya tinggal kami berdua. Untuk soalan itu saya sedikit terdiam. Bukan tiada jawapan, tetapi sedang mencari jawapan. Memang ianya pernah terlintas dalam fikiran saya. Apakah pemilik blog itu seperti apa yang ditulisnya. Kalau ya, bagaimana kita hendak tahu?

Bingung juga. Perlukah untuk kita tahu apa sebenarnya ‘akhlak’ pemilik blog untuk dibandingkan dengan tulisannya? Begini. Saya memandang dari dua sudut. Pertama, dari kaca mata seorang pembaca blog, akan apa yang sepatutnya dia harus fikirkan. Kedua, dari kaca mata penulis dan pemilik tersebut, akan apa liabilti yang akan ditanggungmya. Ianya harus berbeza!

Baiklah. Saya cuba menyusun pandangan. Tapi ia bukan dalil qat’i. sekadar zonni dari seorang ‘saya’ yang bukan mujtahid.

LIHATLAH APA YANG DIKATA…

…..jangan lihat orang yang berkata. Itu prinsip saya apabila menjadi pembaca blog. Lihatlah apa yang dikata atau ditulisnya, usah lihat orang yang berkata atau orang yang menulis. Ya, memang benar, pernah juga saya ’terserempak’ dengan pemilik-pemilik blog’ yang tidak berakhlak seperti apa yang ditulisnya. Tidak perlu pergi jauh, walau saya sendiri juga bukanlah yang sempurna seperti apa yang saya tintakan di blog saya. Ah, manusia, keterlupaan dan tidak perasan itu menyebabkan hilang kepercayaan orang pada apa yang kita tulis.

Namun harus ingat duhai pembaca blog! Jika setiap kali kita ’set mind’ untuk melihat siapakah penulis blog ketika membaca blog seseorang, mungkin anda tidak akan dapat mereguk hikmah apa ilmu yang diperturunkan di blognya. Apatahlagi, jika kita memang kenal ’siapa sebenarnya’ penulis blog tersebut. Atau sekiranya kita tidak pernah mengenalinya, namun frasa :

” Ah, macamlah orangnya macam apa yang ditulis. Tulisan saja lebih selalunya” akan membataskan penerimaan kita terhadap apa yang ditulis seseorang.

Percayalah! Ada juga mereka yang berfikiran begini. Dalam minda mereka sudah mereka pakukan frasa ini sehingga tidak tertanggal-tanggal. Sehinggalah mungkin mereka bertemu sendiri pemilik blog yang benar-benar seperti apa yang ditulisnya. Tetapi, yang fitrah tetap fitrah bukan. Bagi saya, ada satu petanda untuk kita rasai ’akhlak’ sebuah tulisan yang terbias daripada akhlak penulisnya.

Hanya tulisan yang ’ber’ iman akan menyentuh iman. Jika kalian membaca dengan hati, kalian pasti merasakannya. Jika sekadar membaca dengan mata, mungkin ia dirasakan sekali lalu dan tiada apa-apa. insyaAllah, berkat sebuah tulisan itu datangnya dari berkat Allah kepada penulisnya. Simptomnya adalah, mungkin ada mata yang bergenang ketika membaca tulisan tersebut, mungkin ada jiwa yang bergetar saat mengikuti baris-baris tulisannya, mungkin juga sentuhan tulisan penulis tersebut bisa membuat seseorang berubah kepada yang lebih baik. Itulah barakah yang terfitrah dari tulisannya.

….KALIAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN…

….wahai penulis blog. Ini amarannya untuk saya. Saya akan mengulang lagi bagaimana akhlak penulis blog akan terbias kepada tulisannya. Andai kita menulis dengan iman, maka iman itu akan mengalir pada segenap baris-baris ayat yang kita tintakan. Iman tidak boleh ditipu. Bukan kuasa kita meletakkan iman itu pada sebuah tulisan. Tetapi ia akan hadir dengan apa yang telah ada dalam hati. Tulisan yang ’ber’iman itulah yang akan menyentuh iman yang lain. Itulah sebuah tulisan yang ’berakhlak’. Yang menghidupkan iman yang lain.

Kadang-kadang, kita ini bersungguh-sungguh menulis. Mencari bait-bait kata yang dapat menyentuh jiwa. Menghampar dalil-dalil sebagai penyokong hujah. Tulisannya tidak kurang panjang juga. Ada juga antara penulis blog ini punya motto ’madah-madah islami’ sebagai trademark setiap tulisannya. Gayanya seperti seorang yang sangat islamis. Tetapi, hanya kerana tiada keberkatan pada tulisannya, yang sebenarnya jika diamati punya seni tulisan yang sangat baik, tulisannya bagai terasa kontang dan kering. Hanya sekadar ilmu yang menyapa seperti angin lalu, kemudian pergi begitu sahaja.

Hukumannya tidak tertangguh. Penulis yang berlagak baik dengan tulisannya, tidak sukar untuk Allah untuk membongkarkan apa akhlak sebenarnya. Ini kerana, apa yang kita tuliskan punya liabiliti. Bukan senang-senang hendak tulis. Bukan seronok-seronok ada blog sendiri. Dalam islam tiada apa yang main-main. Semuanya harus serius. Satu dua ayat yang ditulis pasti masuk akaun. Ya, kita tidak sempurna. Kadang-kadang kita terlupa apa yang kita sudah tuliskan sehingga ia menjadi fitnah pada diri sendiri.

Tetapi, setelah itu harus lebih hati-hati. Lebih perhatikan akhlak yang dibawa. Apatahlagi, ramai yang mengenali anda sebagai penulis blog. Bukan setakat satu blog, ada juga yang menulis di laman blog-blog popular yang lain. Lihat! Tanggungan kita begitu berat. Rujuk sendiri Surah As-Saff : 2. ayat itu saya tujukan untuk diri saya. Kalau kita tulis tentang ikhtilat, harus buktikan dengan iman! Kalau kita kata tentang bahaya lidah, harus buktikan juga dengan iman! Kalau kita katakan tentang infak, harus buktikan dengan iman! Apatahlagi kalau kita hebat menulis tentang dakwah, itu kerja para nabi. Lebih-lebih lagi wajib kita buktikan dengan iman.

Tetapi hendak buktikan bagaimana? Kita sendiri tahu apa yang kita lakukan. Kita boleh menipu pembaca, tetapi kita tidak boleh menipu diri sendiri. Apatahlagi Allah. Banyak antara kita ini mahu membuktikan yang kita ini baik di hadapan manusia. Padahal terlupa pula hendak buktikan ‘baik’ di depan Allah yang bahkan setiap perkatan yang terdetik hati dapat dibacaNya. Apalagi kalau akhlak yang kita cuba sembunyikan.

Jadi sekarang apa yang kita harus lakukan wahai penulis blog? Sekarang, sila buka dan baca kembali entri-entri yang ditulis. Buat check and balance tentang akhlak yang dibawa samada sejajar dengan apa yang ditulis. Jangan delete entri tersebut jika dirasakan bertentangan dengan peribadi kita! Jadikan tulisan kita sebagai Reminder untuk lebih menjaga akhlak. Juga sebagai motivasi untuk lebih perbaiki diri. Ingat, jika kita mahu tulisan kita terkesan oleh pembaca, kita harus memberi kesan dengan iman yang sentiasa ditingkatkan .

– dari saya yang mahu juga menasihati diri-

http://www.lailatulmawardah.blogspot.com/

DIMANAKAH KITA??

PALESTIN: HADIS,QURAN,FATWA,FAKTA SEJARAH

Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah, ” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”. (Riwayat Bukhari)

“Tidak akan berlaku Kiamat sehinggalah kamu memerangi Yahudi. Dan kamu memerangi mereka sehingga pokok dan batu berkata-kata. Lantas ia menyebut, wahai Muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah ke sini dan bunuhlah dia kecuali pokok Gharqad kerana ia adalah pokok Yahudi”. Bukhari, Muslim dan Attarmizi

Pada suatu hari aku bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai apakah masjid yang pertama sekali dibina dimuka bumi ini. Baginda menjawab Masjidil Haram;. Kemudian aku bertanya lagi ;kemudian, masjid apa..?; Baginda menjawab:Masjidil Aqsa;. Aku bertanya lagi: Berapakah jarak masa antara pembinaan kedua-dua masjid tersebut. Baginda Rasulullah menjawab: 40 tahun. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Solat di Masjidil Haram adalah sama dengan 100,000 kali solat (ditempat lain), dan solat di masjid ku (di Madinah) adalah sama dengan solat 1000 kali, dan solat di Baitul Maqdis adalah sama dengan 500 kali solat. (Riwayat at-Tabarani)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW juga menyuruh umatnya untuk sentiasa berada dalam keadaan membela saudara muslimnya dengan sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Tidak ada seorang Muslim yang membiarkan saudara muslimnya ketika maruahnya dicerobohi dan kehormatannya dicela melainkan Allah SWT akan membiarkannya (tidak menolong) ketika dia memerlukan pertolongan.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud)

Maha Suci Dia (Allah) yang telah mengisrakan hambaNya (Muhammad SAW) dimalam hari daripada Masjidil haram (di Mekah) ke MasjidilAqsa yang Kami (Allah) telah berkatinya…. (Al-Isra’:1)

“Dan telah Kami nyatakan kepada Bani Israil di dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau” [al-Israa’ 17: 4]

“Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat keras serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (untuk menyerang dan mengusir kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang benar-benar berlaku” [al-Israa’ 17: 5]

“Kemudian, Kami kembalikan kepada kamu (Yahudi) kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami perpanjangkan kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya” [Al-Israa’ 17: 6]

“Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah mereka beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian tidak ragu-ragu berjihad dengan harta dan nyawa mereka. Mereka itulah golongan mukmin yang benar.” (Surah al-Hujurat, ayat 15)

Pada 1947, fatwa Al-Azhar menyatakan haram membahagikan tanah antara Arab dan Yahudi di Palestin dan haram mengiktiraf kewujudan negara Israel di Palestin.

Pada 1956 fatwa Syaikhul Azhar dan Mufti Mesir ketika itu, al-Imam al-Akbar al-Syaikh Hassan Makmum menyatakan menjadi fardu ain ke atas Muslimin semua untuk membebaskan bumi Palestin kerana Islam tidak mengenal persempadanan antara negara. Perdamaian dengan Israel untuk merelakan mereka menindas dan membunuh kaum muslimin, perdamaian sebegini adalah haram.

Fatwa Syaikhul Azhar terkini, Syaikh Muhammad Tantawi, ulama ulung sedunia, al-Syaikh Yusuf al-Qaradawi, Mufti Mesir Syaikh Nasr Farid Wasil pula menyatakan aksi serangan berani mati ke atas Yahudi penjajah adalah satu aksi jihad dan pelakunya adalah mati syahid. Dr Yusuf Al-Qaradawi menyatakan: “Satu riyal yang digunakan untuk membeli barangan Amerika bersamaan dengan sebutir peluru yang akan digunakan oleh tentera Zionis untuk membunuh anak kecil di Palestin.” Inilah jihad minimum yang wajib dilakukan.

Tahun 1099 masehi: Palestin telah diceroboh oleh tentera Salib Eropah dan dijajah hampir satu abad. Semasa penjajahan ini, pembunuhan beramai-ramai dan ketidakadilan telah berlaku terhadap orang Islam, Yahudi dan Kristian. Hanya undang-undang berdasarkan paksaan dan penindasan diamalkan di bumi Palestin yang penuh berkat ini.

Tahun 1187: Palestin telah dibebaskan daripada penjajah yang zalim ini oleh Salahuddin Al-Ayubi yang mengembalikan undang-undang Islam.

Tahun 1917: Kerajaan British telah meletakkan dalam Deklarasi Balfour bahawa bumi Palestine adalah milik orang-orang Yahudi. Pada waktu tu, orang Yahudi hanya merupakan 8% daripada populasi rakyat Palestin dan memiliki hanya 2.5% tanah bumi Palestin.

Tahun 1918 : British dan pakatan nasionalis Arab telah menyingkirkan kerajaan Khalifah Othmaniyyah. British kemudiannya menjajah Palestin. Mereka kemudiannya memulakan kempen penghijrahan beramai-ramai Yahudi di Eropah ke Palestin.

Tahun 1948: Orang Yahudi mengisytiharkan penubuhan kerajaan mereka sendiri di atas bumi Palestin yang dikenali sebagai Israel. Ratusan ribu orang Islam telah dihalau keluar daripada bumi Palestin dengan menggunakan tekanan tentera yang dilakukan oleh kumpulan pengganas/samseng Yahudi seperti Irgun, Levi dan Haganot. Kumpulan ini telah dibiayai dan dilatih oleh tentera British

Tahun 1967: Israel telah menyerang Mesir, Jordan dan Syria dan telah menjajah lebih banyak kawasan, dan buat pertaman kalinya, termasuklah Masjidil Aqsa. Semenjak itu, Masjidil Aqsa telah menjadi sasaran Yahudi dalam beberapa percubaan untuk dimusnah atau dibakar, termasuk percubaan untuk merobohkannya melalui penggalian bawah tanah. Yahudi tahu bahawa Masjidil Aqsa adalah simbolik kepada tanah semulajadi orang Islam Jadi mereka ingin sangat untuk memusnahkan sebarang tanda ketamadunan Islam di bumi Palestin.

DIMANAKAH KITA???

planning pulang ke miri

salam.akan saya pulang ke miri pada 15 hb ini.da nak balek campus.huhuhu. 😦  tap yang best,pembelajaran dan buku kehidupan yang baru akan dibuka.meninggalkan tahun lepas sebagai pengajaran dan peringatan yang baik untuk panduan pada tahun ini.

saya pulan satu minggu lebih awal daripada sepatutnya.kerna akan saya hadiri program JCLA.JCLA ni program leadership academy dimana 9 orng pelajar dipilih melalui interview daripada pelajar university Curtin.JCLA akan berjalan selama 1 tahun dan akan melakukan pelbagai program.jadi programn pertama akan saya hadiri ialah pada 16 hb hingga 19 hb.hurm..inshaallah.semoga Allah permudahkan urusan saya ini.

sebenarnya,saya ingin menimba pengalaman dari JCLA dimana mungkin sekali saya dapat peluang untuk belajar menguruskan program dnegan lebih bagus dan menambah baik leadership.dan dengan itu akan saya gunakan ilmu yang dipelajari itu untuk dakwah ini.inshaallah.semoga Allah mudahkan.

Kenangan Valentine Seorang Mujahidah

 

Kenangan Valentine Seorang Mujahidah
http://www.iLuvislam.com
aisha althafunnisa
Editor: deynarashid


Aku lontarkan pandangan pada buih-buih putih. Buih demi buih. Ku alih pula pada ombak yang beralun, menghempas pantai. Setia, ombak dan pantai, bagai janji yang dipateri. Setiap masa ombak merindui pantai yang setia menanti.

Aku larikan pula bebola mataku pada camar yang berterbangan, sekali-sekala menyambar ikan-ikan kecil di laut, kemudian terbang bebas di angkasa. Ku usir pasir di kaki dengan hujung kasut, halus bersinar bila disinari matahari. Bebola yang bersinar lembut di ufuk timur menyenangkan. Ku berterima kasih pada redup pohon rhu yang menaungiku.

Kadang-kadang daun-daun kering berguguran menimpaku. Disapa pula bayu laut yang lembut, menenangkan. Sungguh, alam ciptaan Allah yang amat indah. Saling melengkapi. Pantai ini tidak pernah berubah, masih tetap cantik. Tidak teracun dengan pembangunan yang menggila, tetap setia menerima pengunjung.

5 tahun lalu, pantai ini sama seperti ini, yang bezanya peristiwa. Bezanya sejarah yang tak dapat diubah. Pantai ini pantai yang bernastolgia. Pantai ini berserakan dengan memori yang tak pernah aku cuba cantum. Biarlah ia begitu. Biarlah aku menikmati, mengutip memori demi memori, kemudian aku ketawa dan menangis. Pantai ini pantai yang bermakna. Pantai inilah yang merubah detik-detik sejarah hidupku. Memori yang tak akan ku padam sampai bila-bila. Biarlah ia sentiasa segar, sentiasa mekar. Sama seperti hari ini, di atas bongkah batu besar di bawah pohon rhu yang teduh, 5 tahun lalu, aku duduk di sini.

Sejak pagi lagi aku sudah berada di sini. Aku tunggang VR 125 sebelum menjamah sarapan pagi, membuatkan dahi mamaku berkerut. Pertanyaan mama ku biarkan tanpa jawapan. Hatiku pecah berderai, bagai kaca dihempas ke batu. Aku dapat rasakan hatiku bagai disiat-siat. Pedih. Sungguh pedih kekecewaan ini. Aku kemudiannya mengheret kakiku tanpa arah tujuan. Menyusuri pantai yang panjang. Aku cuba lontarkan kekecewaan ini ke tepi laut untuk melepaskannya, tapi aku tak mampu.

Masakan kasih yang dibina kukuh sebelum ini boleh ku lupakan begitu sahaja. Bolehkah janji sebelum ini dilupakan begitu sahaja??

Letih mengheret kaki menyusuri pantai, akhirnya aku memilih untuk duduk di atas sebongkah batu besar yang teduh diredupi sepohon rhu tua. Aku masih tidak dapat menerima apa yang sudah berlaku. Aku teresak-esak di atas bongkah batu bagaikan seorang kanak-kanak. Aku tenggelam dengan esakanku. Ajaibnya air mataku bagai tidak kering-kering mengalir membasahi pipiku yang sudah lencun. Aku teresak dan terus teresak sambil kutekupkan kedua tanganku di muka. Aku bagaikan berada di awang-awangan, dalam duniaku yang tersendiri. Aku terus hanyut. Hanyut dalam tangisanku.

“Assalamualaikum” Satu suara lembut memberi salam kedengaran dari sebelah kananku. Aku angkat mukaku. Kelihatan seorang gadis tersenyum memandangku. Aku kira dia tua sedikit daripadaku melihatkan wajahnya yang kelihatan matang. “Waalaikumussalam” Jawabku acuh tak acuh. “Boleh saya duduk?” Gadis itu memohon kebenaran untuk duduk di sebelahku. “Duduklah, lagipun bukan saya punya”. Aku masih acuh tak acuh. Lantas gadis itu duduk di sebelahku. Kemudian dia senyap, pandangannya di lontar jauh ke tengah laut.

Kemudian bibirnya seolah-olah menguntum senyum. Dia seolah-olah menikmati keindahan alam yang indah ini. “Cantikkan?” Gadis itu tiba-tiba bersuara setelah beberapa ketika mendiamkan diri. “Hmm?” Aku kurang jelas dengan soalannya. “Cantikkan alam ini? Ombak itu..” tunjuknya pada ombak yang beralun. “Alunan ombak seolah-olah menggambarkan hidup manusia, ada ketika gembira, ada ketikanya juga akan berduka. Ia sama, kerana keduanya akan terpampan pada pantai yang setia. Begitu juga manusia, duka itu akan ada akhirnya jua”. Aku tersentap. Gadis itu seolah-olah dapat membaca pemikiranku.

“Siapa awak ni?” Aku sangsi dengan kewujudan gadis ini. “Maafkan saya kerana terlupa memperkenalkan diri. Saya Izzah”. Dia tersenyum ikhlas sambil menghulurkan tangan. “Rieyn, Adrina” Tangannya ku sambut ragu-ragu. “Boleh kita sama-sama lalui ujian ini?” Dia tersenyum memandangku menyerlahkan keikhlasannya. Aku merenungnya tanpa kata. Aku tarik panjang nafasku kemudian ku lepas beransur-ansur.

Gadis ini bagaikan mengetahui apa yang bergolak di hatiku. “Luka di hati ini tak sama dengan luka fizikal. Luka fizikal dapat dirawat, tapi luka di hati ini terus begitu”. Ujarku lemah sambil menggigit bibir. Entah bagaimana aku mempercayai Izzah. Naluriku mengatakan dia gadis yang punyai prinsip. “Ujian bukannya untuk kita larikan diri, tetapi ujian adalah tarbiyah dari Allah, untuk kita lalui, kerana di sebalik ujian itu tersimpan sejuta hikmahnya”. Tenang Izzah menuturkan kata.

“Tapi hati ini terlalu kecewa. Hati ini bagai dirobek belati”. Aku menggagahkan diri untuk bersuara. Rasanya terlalu pedih untuk aku luahkan. Air mata kurasakan kembali bergenang. Perasaanku kembali bergelora bagaikan ombak di lautan. “Sebenarnya dah lama Izzah perhatikan Rieyn. Sejak Rieyn datang ke sini lagi. Izzah perhatikan Rieyn berjalan-jalan seorang diri di tepi pantai. Bila puas, Rieyn duduk kat batu ni kan?”. Izzah terangkan dengan jelas. Dan aku mula bercerita kepada Izzah.

Saya kenal Zamri setahun lalu. Dia boleh dikategorikan sebagai lelaki pilihan perempuan. Tinggi dan berwajah tampan. Orangnya juga bijak dalam pelajaran. Saya antara ramai wanita yang cuba mendampingi Zamri. Entah macam mana Zamri memilih saya sebagai temannya. Perhubungan saya dan Zamri mula intim dari hari ke hari. Tidak sah satu hari tanpa ber ‘sms’ dan telefon. Zamri seorang yang pandai mengambil hati. Dia selalu membeli hadiah untuk saya. Dia juga berjanji untuk menjaga saya sebaik mungkin. Kami digelar pasangan paling ideal di sekolah. Paling penting kami saling menyayangi. Pantai ini selalu menjadi saksi janji kami.

Saban minggu pantai ini menyambut kedatangan kami. Bersama kami melihat alunan ombak menghempas pantai lalu menghasilkan buih-buih putih. Juga kami berkejaran riang di gigi air mengutip kulit-kulit siput. Saya merasakan bahagia menyelubungi kami. Kami saling berjanji untuk sehidup semati. “Dalam usia semuda ini?” Izzah menyampuk ceritaku. “Ya, kami saling berjanji sehidup semati. Usia bukanlah penghalang kami. Kami mahu berjanji setia pada hari kekasih. Hari yang semua pasangan kekasih menyambutnya”. Sambungku. “14 Februari? Bukankah hari ini?” Izzah bagaikan tidak sabar. Tapi aku meneruskan ceritaku tanpa mempedulikan soalan Izzah.

14 Februari. Hari Valentine. Kami sudah berjanji untuk menyambutnya di sini. Di pantai yang indah ini. Tapi rupanya betullah kata orang-orang tua, kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Zamri gagal saya hubungi sejak minggu lepas. Telefon bimbitnya dimatikan. Saya tiada nombor telefon rumahnya. “Biar saya yang telefon awak.” Dia selalu berkata begitu apabila saya meminta nombor telefon rumahnya. Dia telefon saya menggunakan telefon bimbitnya. Rumahnya juga tidak diberitahu kepada saya. Nanti tiba masanya saya akan tunjukkan. Dia menuturkan begitu apabila bertanyakan rumahnya. Tapi saya positif, mungkin dia tidak mahu diganggu.

Hingga ke hari inilah dia tidak dapat dihubungi. Dan kerana itulah saya di sini. Aku menamatkan ceritaku pada Izzah. “Saya mengerti perasaan awak. Setiap insan mempunyai fitrah untuk menyayangi dan disayangi”. Izzah berespon segera. “Tapi saya rasakan saya ditipu. Perasaan saya dipermain-mainkan”. Aku meluahkan perasaan yang bersarang di lubuk hati. “Rasulullah juga punyai perasaan menyayangi dan disayangi. Cintanya pada Khadijah, isteri Baginda tiada tolok bandingnya. Khadijahlah yang banyak menemani Baginda melalui ranjau perjuangan. Khadijahlah yang member perangsang kepada Baginda. Kasih sayang Khadijahlah menyelimuti hati Baginda tika keluh kesah”. Izzah pula bercerita.

“Betulkah begitu?” Aku menyoal kehairanan. Tidak pernah cerita ini diperdengarkan kepadaku. “Islam tidak menghalang kasih sayang. Buktinya ditunjukkan melalui Rasulullah s.a.w. Baginda menangis tika Khadijah meninggalkan alam ini. Sehinggakan tahun pemergian Khadijah digelar Tahun Berkabung. Kita boleh berkasih sayang tetapi jangan kita melanggar batas batasan agama kita”. Luncur Izzah menuturkan bicara.

“Islamlah cara hidup yang memenuhi fitrah manusia. Semua kehendak manusia dapat dipenuhi oleh Islam”. Izzah tersenyum memandangku. Hatiku terkesan dengan kata-kata Izzah tadi. Selama ini tiada orang yang berbicara topik ini denganku. Baba dan mama? Baba sibuk dengan politiknya. Lobi sana, lobi sini. Tabur duit sana, tabur duit sini. Wakil rakyat penggal depan sasarannya. Mama pula sibuk dengan persatuan wanitanya. Lawatan sana sini. Setiap hujung minggu ada aktiviti. Tinggallah aku keseorangan di rumah dengan Mak Cik Kiah, pembantu rumahku. Abangku di IPT. Adikku di sekolah berasrama penuh.

“Mahukah Rieyn bersama kami?” Izzah bersuara setelah melihat aku diam sejenak. “Awak buat apa kat sini sebenarnya? Awak datang dengan siapa lagi?” Aku inginkan kepastian. “Saya datang bersama kawan-kawan. Sebenarnya kami ada perkelahan. Kalau Rieyn nak sertai kami bolehlah. Kat hujung sana tu..” ujar Izzah sambil menunjukkan tapak perkhemahannya. “Boleh juga” Cepat aku menyatakan persetujuan. Aku sebenarnya ingin mengenali Izzah dengan lebih rapat. Gadis ini nampaknya punyai banyak keistimewaan.

Lantas aku telefon mama. Maklumkan aku tidak balik rumah malam ini. Mama diam tanpa kata. Bukan kali pertama aku tidur di luar. Lantas aku mengatur langkah-langkah mengikuti Izzah ke perkhemahannya. Alangkah terkejutnya aku, kesemua mereka bertudung labuh. Aku ingatkan Izzah seorang sahaja yang bertudung labuh dan berjubah. Satu fenomena baru bagiku. Sekumpulan gadis berjubah dan bertudung labuh berkelah! Setahu aku golongan seperti ini amat terbatas pergerakan. Jubah dan tudung labuh itu bagai memenjara fizikal dan mental. Namun hari ini anggapanku sebelum ini silap. Tudung labuh bukanlah membataskan aktiviti seharian. Bahkan mereka sangat peramah dan berlemah lembut.

Musyrifah, Husna dan ramai lagi menghulurkan salam ukhwah kepadaku. Aku jadi malu. Aku tidak bertudung! Aku pakai t-shirt! Aku berseluar jeans! Gaya ranggi wanita moden! Namun mereka tidak memandang aku lain dari mereka. Aku dilayan bagaikan seorang puteri. Ombak berderu menghempas pantai mematikan kenanganku.

Itu cerita 5 tahun lalu. Detik-detik yang merubah perjalanan hidupku. Tarikh yang ku ingati bukan kerana Valentine, yang kemudiannya baru aku dapat tahu umat Islam tidak menyambutnya kerana ia merupakan perayaan penganut Kristian untuk mengingati seorang paderi yang giat menyebarkan agama Kristian hingga ke akhir hayat.

Izzah tidak pernah mengerti erti putus putus asa dalam membimbingku ke jalan yang benar. Izzahlah yang mengajarku berjemaah. Mengajarku erti tadhiyyah dalam berjuang. Izzahlah yang mengajarku erti perjuangan. Izzahlah yang mencelikkan mataku terhadap penderitaan umat Islam di Palestin, di Iraq, di Afghanistan, di Kaashmir. Juga di sini.

Aku melalui ujian yang mencabar tetapi inilah ganjaran untuk mereka yang memilih jalan ini. Aku dapat rasakan usiaku sepanjang perjuangan. Aku teringat kata-kata Syed Qutb, pejuang yang syahid di tali gantung. Katanya “orang yang hidup untuk perjuangan tidak akan merasa pendek dengan umurnya, kerana umurnya sepanjang perjuangan yang akan berterusan”.

Hari ini, di pantai ini aku memakai tudung hijau sutera Turki bercorak fauna berserta jubah juga berwarna hijau. Warna kesukaan Rasulullah. Tudung dan jubah ini sebenarnya hadiah dari Izzah sempena persahabatan kami pada saat pertama kali kami bertemu 5 tahun yang lalu. Lambang perjuangan katanya.

Buat Izzah, aku nukilkan kembali seuntai kata yang aku temui semasa menatap sebuah majalah. Mungkin penulisnya mendedikasikan buat kekasihnya, tapi tidak mengapa rasanya aku menukilkan buat sahabat seperjuangan.


Hari ini sekali lagi aku menitiskan air mata di pantai yang indah ini. Air mata kali ini bukanlah air mata yang sia-sia. Air mata buat sahabat seperjuangan yang pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Izzah pergi menemui Pencipta. Saban tahun aku pasti ke sini. Mengutip memori yang berserakan. Memori yang akan ku pastikan terus segar di hatiku. Izzah, pengorbananmu semulia namamu. Tinggallah aku meneruskan perjuangan…

 

* cetusanminda:ana jarang gak letak cerpen dalam blog ni.tap moga2 kalau bermanfaat untuk antum sumer,ape salahnya.semoga ada manfaat keatasnya.inshaallah