hurm..betulkah ini??

salam ukhwah..

beberapa hari lepas , saya memberi ceramah pada pelajar tingkatan 3 MRSM Langkawi.ceramh yang sepatutnya saya bawakan adalah motivasi dan cara belajar.dan dengan kesempatan itu,saya gunakan untuk berdakwah dengan menekankan tentang permasalahan ummat sejak kejatuhan khilafah islamiah.tentang jauhnya Islam  itu dari kehidupan Muslim dan tentang tanggungjawab pemuda dan pemudi kelak dalam menjadikan Islam ini sebagai ustaziyatul a`lam..kenapa perlu kita asingkan belajar itu dari Islam.motivasi itu dari Islam?bukankah Islam itu selari dengan pelajaran dan motivasi.bahkan lagi indah kiranya kita ingin untuk belajar kerna Islam.termotivasi kerna nur Islam.

hari ini pula saya akan menggantikan instructor gym untuk beberapa hari.maka saya akan menjadi instruktor gym rakyat buat beberapa hari.sekurangnya quwwatul jism dipenuhi.🙂

ISLAM ITU ADALAH KEHIDUPAN DAN TIADA PEMISAHAN ISLAM DARIPADA KEHIDUPAN!!

Kita juga kini digemparkan dengan peralihan kuasa di Perak.amat menarik dan kontroversi.saya tidak mahu memihak kepada sesiapa.walaubagaimanapun,saya pemuda yang sayangkan ummat ini dan negara ini.Melayu di Malaysia majoritinya Islam.maka kita bukan memihak kepada Melayu.bagi saya kita memelihara Islam itu jika kita menjaga orang melayu di bumi melayu ini.lagi sekali saya tegaskan,saya tidak memihak mana-mana parti dalam tulisan saya ini.saya cuma ingin mempersoalkan beberapa perkara,kenapa diberikan tanah kepada bukan bangsa Melayu dalam tempoh amat-amat panjang sedangkan banyak lagi orang Melayu Islam yang tiada tanah dan miskin yang teramat sangat.tindakan memberi tanah itu amat baik dalam hal membela nasib orang miskin tapa mengira akidahnya.saya tidak membantah bahkan menyokong.TETAPI!!! kenapa tidak juga berikan hak yang sama kepada orang Islam yang miskin??adakah fikrah pemikiran mereka sudah lari daripada memartabatkan orang Islam??

dan ketika saya lihat astro awani dan saluran bernama saya amat sedih melihat sebilangan Muslim yang memakai pakaian menunjukkan dia seorang Muslim,dengan bendera Palestin,menghalang raja-raja bahkan berbaring diatas jalan dan bersikap kasar.adakah ini jalan yang Islam tunjukkan kepada kita?? dakwah nabi kita yang mulia , atas apa yang saya ketahui (kalau saya silap,betulkanlah!!) jauh sekali daripada apa yang saya lihat berbanding apa yang mereka lakukan itu. bukankah kita tahu bahawa :

Allah menyuruh kita taat kepada : ALLAH

RASUL

PEMIMPIN DIKALANGAN KITA.

benar,saya akui,ketaatan itu bersyarat dan tidak boleh membuta tuli.ada syarat2 penentangan iaitu jika pemimpin itu tidak lagi beriman,solatnya ditinggalkan bahkan dia sendiri menganjurkan untuk berbuat maksiat dan lain-lain lagi (ref : bahan berdakwah untuk remaja).maka atas apa yang saya pelajari,kita ada hak untuk tidak taat.bukan taat membabi buta

tetapi,dalam hal yang kita bincangkan ini adalah tidak taat kepada sultan.Sultan yang menjaga kedaulatan Islam.Sultan yang kita bincangkan ini bukanlah Sultan yang keji tetapi Sultan Azlan dan Raja Nazrin adalah pemerintah yang kita ketahui bahwa mereka ini adalah orang yang hebat dan terpuji.bahkan senang sekali saya katakan bahwa,dalam pembacaan saya,Raja Dr Nazrin merupakan Raja dan pemimpin yang bijak bahkan merupakan seorang Muslim yang hebat!! Sultan Azlan juga merupakan seorang yang hebat!!sudah yakinkah bagi pihak pihak yang menentang bahawa pemerintah kita ini seorang yang keji???yang tidak melaksanakan Islam?? saya yakin TIDAK!!  Jadi kenapa perlakuan yang biadap itu dilakukan??? saya bukanlah seorang pelajar agama,tetapi jika saya jadi pelajar agama di IPT sahajakah baru saya layak cakap pasal agama?? ini lah yang terjadi bilamana kita mengasingkan Islam dari hidup.Islam dilabel sebagai satu entiti asing dari kehidupan.politik pula satu entiti asing padahal Islam itu kehidupan.Islam itu politik.Islam itu segalanya!!

amatlah sedih saya melihat perlakuan yang merendahkan layaknya seorang Muslim itu sebagaimana seorang Muslim sejati.dengan bendera Palestin dan serban yang panjang,barangkali mereka ingat mereka itu lebih Islam dari orang Islam yang lain!! saudaraku,orang sikh pakai serban,paderi kristian pakai jubah..yang membezakan kita adalah Islam kita.taqwa kita.dan Allah sahaja yang menilai kita.bukanlah hak kita untuk mengatakan yang orang lain itu kurang iman berbanding kita!!!

anda mengaku pejuang dakwah,maka perilaku anda mestilah sebagai pejuang dakwah.BUKAN SAMSENG JALANAN!!bagaimana perilaku pejuang dakwah itu?maka rujuklah Quran dan hadis bahwa perilaku yang patut kita contohi adalah Rasulullah SAW.Nabi bukan lebai kampung.baginda lah usahawan,jeneral perang,ayah ,suami , pemimpin politik,pendakwah.kalau tidak mampu,kenapa tidak kita  contohi  sahabat-sahabat Rasulullah.contohnya khalid al walid yang diberhentikan dari menjadi komander perang oleh Khalifah Umar.bahkan Khalid menerima dengan taat dan hati terbuka.Khalifah Umar juga memberhentikan khalid dengan alasan yang wajar.kalau tidak pun,kenapa tidak kita contohi salafussoleh dan mujaddid2 seperti  As Shahid Imam Hassan Al Banna.janganlah anda kata anda bawa Islam jika apa yang anda cakapkan tak sama dengan apa yang anda lakukan.perjuangan itu betul dan benar,tetapi benarkah perjuangan anda jika anda menentang orang yang tidak sepatutnya anda tentang.benarkah perjuangan dan jihad anda sedangkan anda berlembut pada kafir yang menentang anda tetapi keras terhadapa orang yang sama akidah dengan anda,bahkan membantu dalam membangunkan Islam???..anda kata anda membawa dakwah,KENAPA RASA HORMAT SAYA PADA ANDA SEMUA HILANG??!!!Kenapa perilaku anda tidak nampak sebagaimana pejuang dakwah?? kalau perilaku seorang pejuang dakwah tidak sprti sepatutnya,maka terbantutlah usaha dakwah ini.bahkan cita-cita meletakkan Islam sebagai ustaziayatul a`lam sebagai kata-kata kosong sahaja!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s