ana forwardkan email ini dari akhi zahir

ASSALAMUALAIKUM WBTH MUSLIMIN MUSLIMAT YG MENCINTAI PALESTIN SEBAGAI KIBLAT PERTAMA, BUMI PARA AMBIYAK DAN TEMPAT SUCI KETIGA, MERUJUK LAMPIRAN BERITA DI BAWAH (PETIKAN UTUSAN MALAYSIA 10 FEB 09): ADALAH PENTING KITA MENGGERAKHEBATKAN KEMBALI USAHA-USAHA TEKANAN KEPADA HUSNI MUBARAK DAN NEGARANYA MESIR MEMANDANGKAN NEGARA UMAT ISLAM SENDIRI (MESIR) BERBUAT KHIANAT DAN JAHAT KEPADA GAZA. FOKUS KITA KALI INI YG PALING UTAMA IALAH MEMBERI TEKANAN KPD MESIR AGAR MEMBUKA PINTU SEMPADAN MESIR-GAZA. MARI KITA DI MALAYSIA DAN SELURUH DUNIA MENYAMPAIKAN MESEJ INI PADA HUSNI MUBARAK YG BIADAP ITU. MARI KITA SAMA-SAMA BERSOLIDARITI MEMBERIKAN TEKANAN KPD HUSNI MUBARAK DAN MESIR YG MENJADI KUDA TUNGGANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MEMPERKUDAKAN PALESTIN TERUTAMA GAZA. SEBAR-SEBARKAN PADA SEMUA NGO DAN MUSLIMIN.

M ZAHIR

 

Makanan ke Gaza busuk, rosak Daripada aznan bakar RAFAH 9 Feb. – Sumbangan dan bantuan masyarakat dunia untuk rakyat Palestin dengan harapan bagi mengurangkan penderitaan mereka akibat kekejaman Israel hanya sia-sia apabila bekalan makanan dan ubat-ubatan yang dihantar ke Gaza kini semuanya terbiar busuk dan rosak. Beribu-ribu tan makanan dan barang keperluan yang datang dari seluruh pelosok dunia itu sepatutnya cukup untuk menampung keperluan penduduk Gaza yang terkepung dan tidak dapat berhubung dengan dunia luar Tetapi semua bekalan itu hanya sampai setakat bandar Al-Arish, dekat sini. Barangan yang dipunggah dan dilonggokkan itu terbiar berjemur panas matahari dan berembun – menanti masa untuk reput ekoran penutupan sempadan oleh Mesir sejak 5 Februari lalu. Semua bahan makanan terutama tepung, beras, keju dan minyak masak kini diletak di beberapa gudang di kawasan perindustrian Al-Masaid dan pekarangan stadium di Al-Arish. Di Al-Masaid, barang-barang tersebut ditempatkan di dalam beberapa gudang yang di sewa dan dikendalikan oleh Persatuan Perubatan Arab (AMU). Sementara di Al-Arish ia dilonggok ditempat terbuka dan terbiar menunggu masa untuk rosak dan reput jika tidak segera dihantar ke Gaza. Sedangkan di wilayah itu ketika ini, penduduknya berhadapan dengan krisis kekurangan bekalan makanan dan amat berharap kepada bantuan pihak luar kerana sumber dalaman kebanyakannya telah dimusnahkan oleh Israel. Menurut pekerja sukarela AMU yang bertanggungjawab menyelia gudang di Al-Masaid dan hanya mahu dikenali sebagai Abdullah, mereka tidak dapat melakukan apa-apa selain menunggu pintu sempadan dibuka semula. Pada masa ini pihak berkuasa Mesir menutup sepenuhnya pintu sempadan dan tidak ada sebarang pergerakan dibenarkan sama ada makanan, ubat-ubatan, doktor, pekerja bantuan atau wartawan. Menurut Abdullah, mereka tahu risiko bahan-bahan makanan itu akan rosak jika disimpan terlalu lama, tetapi tidak mempunyai pilihan lain. Bahan makanan seperti bertan-tan keju yang dihantar oleh pelbagai agensi bantuan pasti akan rosak jika terbiar dan melebihi tarikh luput. Tinjauan Utusan Malaysia di Al-Masaid mendapati tiga gudang dipenuhi dengan longgokan guni tepung dan beras serta peralatan lain seperti selimut dan khemah termasuk yang dihantar oleh agensi bantuan dari Malaysia. Antara bantuan dari Malaysia yang turut terkandas ialah beras, tepung dan minyak masak yang dihantar oleh Global Peace Malaysia. Menurut Abdullah, pihaknya juga menerima banyak sumbangan ubat- ubatan tetapi sebahagian besar sudah dihantar ke Gaza. “Kita akan berusaha untuk meminimumkan kerosakan pada barang makanan ini. Jika perlu kita akan jual dahulu makanan seperti keju. “Duitnya kita akan simpan dan apabila sempadan dibuka kita akan beli semula dan hantar ke Gaza,” katanya. Tetapi apa yang pasti, segala usaha agensi bantuan untuk menghantar makanan bagi membantu mengurangkan penderitaan penduduk Gaza hanya sia-sia kerana semuanya akan rosak begitu saja jika sempadan ditutup untuk tempoh yang lama. Ada pihak menuduh kerajaan Mesir sengaja membiarkan perkara itu hingga merosakkan beribu-ribu tan bekalan makanan dan ubatan bagi memberi tekanan kepada Hamas. Ini kerana penutupan sempadan itu didakwa berpunca daripada keengganan Hamas untuk menerima syarat perjanjian damai Israel. Mesir dikatakan hanya akan membuka sempadan itu jika Hamas dan Israel bersetuju melakukan gencatan senjata untuk satu jangka masa lama yang dilihat tidak mungkin akan berlaku pada ketika ini. Tindakan Mesir itu disifatkan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa kerana ia sepatutnya bertanggungjawab untuk membuka sempadan bagi membuka laluan kepada bantuan untuk menyelamatkan 1.5 juga rakyat Palestin yang kini menderita dan bakal mati secara perlahan-lahan di Gaza.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s