Gaza Way Ahead

 

Gaza Way Ahead
www.iLuvislam.com
Zaffan Khalid
editor : kasihsayang


Jumaat lepas(6 Februari 2009), salah seorang krew iLuvislam, Zaffan, telah menghadiri sebuah talk yang bertajuk “Gaza Way Ahead”. Program ini diadakan di University of Nottingham, England. Penceramah yang dijemput merupakan seorang tokoh dan pakar dalam isu Palestin, Dr. Azzam Tamimi. Berikut adalah perkongsian saudari Zaffan:

1. Andai tidak ambil tahu dan memahami hal politik, isu semasa mahupun sejarah dunia, pening juga kepala ingin menghadam kata-kata semangat Dr. Azzam Tamimi sebentar tadi. Huraian isu Gaza secara ringkas selama lebih kurang 40 minit disusuli sesi soal jawab yang bertalu-talu disambut tepat oleh Dr Azzam selama satu jam. Sejarah sejak 1948, penubuhan negara haram Israel menyaksikan rakyat Palestin membayar seluruh kehidupan mereka terhadap jenayah Nazi yang tiada kena mengena dengan mereka sama sekali.

2. Isu ini memerangi kezaliman Zionis. Mereka yang asalnya Atheis namun menggunakan perkataan Tuhan. Mengaku diri berTuhan. Bukan Yahudi yang diperangi. Kata Dr Azzam Yahudi yang menyokong lebih bersifat ignorant dan naive. Sedih sungguh andai menjadi orang yang ignorant dan naive. Mangsa keadaan bersekongkol dengan penzalim. Keliru barangkali mana yang betul mana yang salah. Pening.

3. Perkataan paling banyak disebut ialah Hamas. Bukan semata-mata parti politik, namun Hamas adalah gerakan yang memperjuangkan hak rakyat. Bersama-sama rakyat mengimpikan dan bekerja untuk kebebasan dan keadilan. Bukankah keadilan itu Islam. Bahkan Islam ditindas dalam isu ini. Kepimpinan Hamas dengan bantuan Allah mendapat sokongan penuh rakyat. Biar lawan jangan biarkan maruah tergadai.

4. Jika dahulu Fatah parti rakyat. Fatah korup. Hamas naik dan memenangi hati rakyat. Paling popular. Inilah janji Allah, akan sentiasa ada golongan yang dicintai Allah dan mereka mencintai Allah. Berjuang walaupun dicela. Walaupun Hamas digelar terrorist oleh terrorist yang sebenar! Jika ditakdirkan Hamas korup suatu hari nanti, maka akan wujud parti lain yang mewakili rakyat. Parti bermakna penguasa. Penguasa dan pemimpin, Amir yang memelihara Islam. Rakyat perlu memberikan sokongan penuh kepada pemimpin-pemimpin yang berjuang lilahita`ala ini. Jangan pula berkecuali dengan menyatakan politik kotor.

5. Rakyat Palestin bukan mahukan one state solution ataupun two state solution. Tiada istilah Palestinian State solution yang mereka minta. Mereka hanya mahu pulang. Perasaan pulang ke kampung halaman setelah sekian lama ditempat orang. Lebih sedih terpaksa kerluar dari kampung halaman kerana dihalau selama beberapa generasi ke generasi.

 

 

6. Sudah banyak rundingan dilakukan. Tetapi dengan Zionis ini, buatlah berapa banyak rundingan pun, semuanya tidak boleh dipercayai. Pemimpin Islam sepatutnya memegang amanah. Jika tidak rasa boleh pegang janji, jangan berjanji. Jangan lompat parti! Disebabkan Israeli hanya mahu Hamas menyerah diri tetapi mereka tetap menghentam dan menzalimi. Sungguh tidak boleh dipercayai.

7. Isu Palestin akan berakhir. It is the matter of time. Jika isu apartheid boleh diselesaikan mencapai rundingan damai hidup harmoni bersama. Sama juga di Palestin. Tidak timbul isu menyimpan dan membalas dendam andai hal ini ditangani baik. Berikan hak sepenuhnya kepada rakyat Palestin. Itu sahaja. Mereka hanya mahu pulang. Mahu tinggal dirumah asal mereka. Mereka boleh sahaja berjiran dengan Israeli yang sudah wujud di sana. Kenapa takut sangat kepada rakyat Palestin? Takut mereka membuat seperti apa yang anda buat? Itulah jadi jahat sangat, akhirnya takut dengan bayang-bayang sendiri. Orang lain tidak tergamak jadi sejahat anda. Rugi diri sendiri sahaja.

8. Israel menyuruh Palestin dan Hamas mengiktiraf mereka. Ya mereka memang wujud. Budak tadika juga tahu. Namun untuk mengiktiraf tidak sama sekali. Pengiktirafan memadamkan hak rakyat Palestin ke atas tanah asal mereka. Pengiktirafan membuatkan dunia mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara sedangkan mereka wujud secara haram. Jangan mudah mengiktiraf berlembut dan berlakon kerana orang-orang ini tidak pernah puas hati.

9. Kepada yang setiap hari berdemonstrasi. Jangan rasa helpless. Jangan rasa sia-sia. Semangat kita berkumpul dan meyuarakan suara hati sampai ke bumi Gaza. Mereka menyaksikan kita, mereka dengar laungan kita dan mereka bersemangat. Semangat mereka tinggi melihatkan semangat kita berdemonstrasi. Teruskan usaha dan berdoa.

10. Isu ini akan selesai. Letakkan tekanan kepada pimpinan dunia. Pemimpin negara kita itu. Pemimpin negara kita sibuk nak rebut kuasa pula. Jadi banyak masalah. Sedangkan masalah di Palestin tidak pula ambil cakna. Alahai sedihnya!

11. Walaupun isu ini akan selesai, namun masih belum selesai. Terus-terusan memberi sokongan dan doa buat Palestin. Pelastin will be liberated! Kerja kita tidak pernah selesai selagi islam belum menjadi manhaj kehidupan kita seperti di zaman nabi. Entah dimana saya terbaca, tetapi andai kita gembira dengan keadaan sekarang yang tidak Islam, maka kita punya masalah. Hati kita sepatutnya mendambakan dan mencari-cari kehidupan yang Islam. Islam secara menyeluruh dimana-mana di dunia ini. Semua menutup aurat, semua tidak menipu semua meletakkan Allah sebagai Ilah. Ya, kerja masih belum selesai kerana kita di zaman mana menuju zaman yang mana.


Sabda Rasulullah s.a.w,

“Telah berlaku era pemerintahan KENABIAN, ia berlaku dan berakhir sepertimana yang Allah kehendaki. Setelah itu berlaku pula era pemerintahan KHALIFAH AL-RASYIDIN yang berjalan mengikut manhaj (ciri) era kenabian, ia berlaku dan berakhir menurut sepertimana yang Allah kehendaki. setelah itu diganti pula dengan era pemerintahan yang MENGIGIT (FITNAH) diperintah secara warisan (MONARKI), ia berlaku dan berakhir mengikut kadar masa yang ditentukan Allah s.w.t. Setelah itu diganti dengan era pemerintahan DIKTATOR, ia berlaku dan berakhir mengikut tempoh yang Allah kehendaki. Setelah itu diganti pula dengan era pemerintahan KHALIFAH yang mendapat petunjuk di atas jalan kenabian (berjalan mengikut MANHAJ KENABIAN). Era ini ialah era kegemilangan keseluruhan muka bumi”

(Riwayat Imam Ahmad, Al Bazar, dan At Thabrani dari Huzaifah – Rujuk Al’alam Al-Islami Wal Makaid ad-Daulah Khalal Qurna Ar-Rabi’ Isyril Hijri oleh Ust. Fathi Yakan)

  • Nota 1: Kezaliman di bumi Palestin perlu diadili. Kezaliman di bumi Malaysia ada kita peduli?
  • Nota 2: Pemimpin yang baik menjaga kebajikan rakyat walaupun ditekan. Di Malaysia banyak sahaja kerajaan negeri ditekan. Tetapi mereka tetap bertahan. Kenapa susah payah bertahan ini? Untung sangatkah menolak rasuah dengan tidak menjadi pengkhianat? Kerana mereka pencinta keadilan. Keadilan itulah Islam. Islam meyuruh kita menegakkan perkara yang hak bukan. Kita saksi kebenaran dan keadilan ini.
  • Nota 3: Jika tidak paham isu Palestin dari konteks sejarahnya, politiknya, hanya semangat berkobar tanpa belajar ibrah syariatullah tidak ketinggalan sunnahtullah maka tidak hairanlah kenapa tidak faham isu di tanah air sendiri. Tutup mata dan hidup dalam penafian. Isu tanah air sendiri tidak mahu tahu. Isu dunia pula apatah lagi.
  • Nota 4: Jika pemimpin-pemimpin Islam memerintah Malaysia. Seperti Hamas memerintah Gaza. Kemudian hari, Amerika akan mengebom Malaysia kerana pemimpin-pemimpin Islam ini. Buat apa. Buat rugi saja. Aduh! Terduduk sedih mendengar. Biar kita mati dibom syahid daripada mejadi boneka Amerika yang bukan penegak Islam apatah lagi penegak keadilan. Jangan bicara soal berjuang andai takut mati. Na`uzubillah.
  • Nota 5: Lebih banyak rintangan, lebih hebat prestasi. Lebih kental ketahanan diri. Semua ini patut dijadikan pembakar semangat untuk terus usaha keras dalam pelajaran!

p/s: Yang bernombor diatas kebanyakkannya mengulang kata-kata Dr Azzam Tamimi. Nota-nota dibahagian bawah adalah nota peribadi saya.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s