Persoalan mengapa al-Azhar membisu terhadap isu Gaza terjawab.

Persoalan mengapa al-Azhar membisu terhadap isu Gaza terjawab.

Written by admin from on February 11th, 2009 | 0 Comments

oleh Maszlee Malek

Selesai sudah konfrens mengenai Gaza di bumi Vienna. Sejumlah Euro 1.3 juta berjaya dikutip pada satu malam sahaja. Walaupun Syeikh Raed Salah (Syeikh al-Aqsa) tidak dapat hadir kerana dihalang oleh pihak imigresen Israel, namun kehadiran acara tersebut mencapai angka hampir 5 ribu hadirin.

Apa yang menarik bagi diri saya ialah perbincangan ringkas dengan beberapa wakil dari Palestin 1948 (Israel). Perwakilan tersebut diketuai oleh Syeikh Raed Fathi, ulama muda yang mengetuai majlis fatwa Palestin 1948. Banyak sekali yang diperbincangkan, insha Allah akan dikongsikan di lain waktu. Antara yang menarik ialah mengenai pilihanraya umum Israel, keputusan Harakah Islamiyyah 1948 untuk memboikot pilihanraya berkenaan, masa depan umat Islam di dalam Israel dan lain-lain lagi. Antara yang menarik juga ialah kritikan ramai pihak terhadap Syeikh al-Azhar yang langsung senyap tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu Gaza, mahupun memaksa kerajaan Mesir membuka sempadan Refah.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Syeikh al-Azhar pernah bersalaman dan berbual mesra dengan Shimon Perez. Individu yang telah dimalukan oleh Erdogan baru-baru ini. Insiden pada bulan November 2008 di salah sebuah acara anjuran PBB di New York itu pernah mendapat liputan meluas akhbar antarabangsa. Malangnya apabila ditanyakan mengenai insiden berkenaan, Syeikh Mohammad Tantawi hanya mengatakan beliau tidak mengenali Perez, walaupun mereka berprogram bersama. Beliau juga menafikan bahawa Gaza sedang dikenakan sekatan ekonomi oleh Israel dan pihak barat. Lebih memalukan, beliau memaki wartawan Israel yang membuat liputan mengenai insiden berkenaan.

Mungkin sebelum ini, saya seperti juga majoriti umat Islam di seluruh dunia tertanya-tanya mengapakan al-Azhar, institut pengajian tinggi Islam paling berprestij dan paling tua di dunia membisu menegnai isu Gaza dan Mubarak. Kini segalanya sudah terjawab.

sumber: palestinkini.info

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s