kembali..

salam ukhwah.dalam post yang lepas saya menyatakan yang saya sedang menjalankan proses evaluasi diri.alhamdulillah.saya tidak menjangkakan yang saya mendapat  input menarik dalam tempoh hanya sebulan.disini saya nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada murabbi, abang fauzi(orang lain panggil pak cik fauzi),murabbi saya juga,abang zahir,saudara tercinta,afiq dan sahabat yang lain.mereka ini yang telah saya tanya kan nasihat dan pandangan terutama sekali abang fauzi dan abang zahir.

dalam kita menjalani kehidupan,kadang-kadang kita terlalu semangat dalam melakukan apa yang kita mahu kan sampai kita terlupa tentang diri sendiri yang cuma lebih berkata-kata daripada perilaku kita sendiri yang mungkin sekali jauh daripada apa yang kita mahukan.Lalu tiba-tiba kita tersedar dengan kesilapan yang kita lakukan dan serta merta mungkin sekali gusar akan   pertanggungjawaban yang Allah letakkan ke atas diri kita atas apa yang kita lakukan.bagiamana kelak Allah tanyakan kepada kita : “kenapa kau lakukan perkara yang tidak sepatutnya kau lakukan?”.dan ketika kesedaran itu terjadi,ketakutan masuk ke dalam relung hati.

banyak perkara yang saya dapati dalam tempoh sebulan ini atas pengalaman yang didapati dan nasihat yang diberi oleh abng fauzi dan abang zahir.Tarbiyah bukan nak mengubah fitrah asal seseorang.maksud saya,kalau seseorang itu seorang yang suka berlawak,dan happy go lucky,tarbiyah bukan nak ubah dia menjadi tunduk,senyap dan jadi pak lebai.tetapi Tarbiyah adalah menjadikan seorang muslim itu sebagai seorang muslim yang islam.biarlah dia seorang yang suka berlawak pun,lawaknya adalah da`wah.kata-katanya adalah tarbiyah.perilakunya layak sebagai seorang muslim.kalaupun dia seorang yang kasar,yang garang,dia akan menjadi kasar dan garang pada atas dasar Islam.dia akan menjadi lembut pada kebaikan dan tegas kepada kemaksiatan. kadang-kadang,ramai melihat aktivcis muda da`wah punya style atau gaya tertentu.dulu,sebelum ikut tarbiyah juga saya fikir begitu.tetapi setelah kenal abang fauzi dan dapat nasihat daripadanya,da`wah ni bukan terletak pada style kita.tetapi pada personaliti dan usaha kita.akhlak kita dan bagaimana kita berperilaku.

kita juga seringkali teringat tentang dosa kita.dan kesilapan kita.itu hak Allah untuk tentukan.hak kita adalah untuk bertaubat dan memohon keampunan serta perlu perbaiki diri.seperti kata abang zahir, asleh nafsak wad`u ghoiro`..perbaiki dirimu dan seru orang lain..saya pernah menulis tentang hal ini..tetapi,kegelisahan diri mengatasi keinginan untuk berda`wah secara pena.

inshaallah,pena akan terus berlari di atas kepingan kertas untuk terus menusuk mencair di dalam hati. inshaallah dalam masa terdekat akan saya sambung tulisan saya dan inshaallah perjuangan ini akan terus bergerak.da`wah tak perlukan kita walaupun kita pergi tinggalkan dunia da`wah.tapi kita perlukan da`wah.da`wah akan terus berjalan tanpa kita atau dengan kita.maka pilihlah….

One thought on “kembali..

  1. salam. teruskan kita sama-sama sabar di jalan ini, jalan yg mematangkan diri. pelajaran ini pelajaran yg tidak ada di universiti.

Leave a comment