pemberitahuan

salam.

ingin mohon maaf kepada pembaca dalam tempoh beberapa hari lepas tidak ada post dan tulisan baru yang mungkin mampu mengetuk pintu hati.Selain kekangan masa dengan menyelesaikan assignment , masa selama beberapa hari yang lepas dan beberapa hari mendatang akan digunakan untuk menambahkan tsaqafah dengan beberapa bahan bacaan yang sedang dibaca dan akan mungkin sekali dibawakan ke hadapan pembaca.

sementara itu saksikan lagu yang enak didengar daripada Ramli Sarip.penulis memang minat benar pada lagu-lagu nya.selain daripada alunan Al Quran, nasyid izzatul Islam , Shoutul harakah dan lain2, lagu2 Ramli Sarip dan M Nasir agak diminati 🙂

*lihat,lagu daripada Papa Rock boleh jadi bahan tarbiyah.kenapa tidak?

salam..dalam membawa jalan ini,banyak lirik mata memandang,banyak hati yang tidak puas,banyak tekanan.mungkin datang dari silap diri..tapi,janganlah bersedih..kerna janji Allah itu pasti.Dia x pernah mungkiri janji Nya.hayati clip ini sebagai pengubat jiwa mu..

Langkah ini.Jalan Ini

perjalanan

Setiap jejak yang ditapak

adalah manifestasi sebuah perjuangan

setiap langkah yang dikerah

adalah kata-kata seribu makna seorang pejuang

Setiap darah yang tertumpah

menyuburkan tanah ini dan ummat nya

adalah tinta pena di atas sejarah perjuangan

dan kita adalah Rijal

yang tidak segan dan gugup

yang tegap tegak tinggi

di atas jalan Nya

91154526921l

adalah kita dai`e yang tidak mengharap mata manusia

adalah kita dai`e yang hilang di mata manusia

adalah kita dai`e yang hanya menanti pandangan Nya.

kata-kata yang menggegar bukanlah ungkapan mulut kita

pidato gah memecah telinga

ucapan lenggok bahasa memaut dahan ke langit

bukanlah perjuangan kita..

Kerna jalan ini tidak dibuktikan dengan kata-kata

Kerna jalan ini tidak dibuktikan dengan teks gulungan indah seninya.

Kerna jalan ini adalah jalan dai`e..

Lidah kita adalah peluh yang memercik

Lenggok bahasa kita adalah pengorbanan yang mengalir

Pidato kita adalah darah yang dipersembah

hanya untuk Dia!!

buku-buku dan komputer untuk anak yatim

salam ukhwah.

salam perjuangan.Post kali ini merupakan permintaan untuk sumbangan kepada sebuah rumah anak yatim di Permy Jaya

kepada pembaca yang ingin menderma,dan bersedekah,anda boleh mengirimkan buku-buku novel,buku Islami,buku-buku sekolah dan rujukan yang baru dan terpakai.Anda juga boleh mendermakan komputer yang terpakai mahupun komputer yang baru.sumbangan juga boleh dibuat dalam bentuk kewangan.Untuk tujuan itu hubungi saya di 0148292237 atau melalui email tajulrijalannuar_optimist@yahoo.com.my

Penghuni Peryatim seramai hampir 100 orang dimana mereka berumur lingkungan 7 tahun hingga 18 tahun.mereka perlukan komputer dan buku-buku untuk belajar.berilah peluang kepada mereka.

bersama kita mencari redha Allah.

cakap pandai,tapi buat tak tentu lagi pandai..

salam ukhwah.sambil mendengar alunan Quran yang indah dan menyelesaikan assignment bertimbun, ada juga saya membuka laman blog ustaz abdullah zaik,seorang aktivis yang hebat dan saya sanjung.tulisannya berkisar tentang tajuk yang saya cuba bawakan.wahai aktivis muda dan juga pengunjung blog ini,sila lah klik link ini.amat bermanfaat :uji dulu orang alim cakap bilamana terbaca tulisannya,

Ya Allah,sewajarnya kita semua sedar.sewajarnya diri kita terketuk.kadang-kadang kita cuma pandai bercakap.kita pandai berhujah dan berkata-kata.Kita cuma pandai mengeluarkan dalil dari hadis dan ayat Quran.mengeluarkan idea-idea yang nampak hebat daripada theory nya.kadang kala bicara menggegarkan telinga dan menggoncangkan bumi.

tapi bilamana di medan da`wah sebenar adakah kita mampu lakukan kerja dan berdepan dengan mehnah dan tirbulasi jalan ini.??

mampukah kita setidaknya membahagikan masa dengan baik antara kerja,belajar,kehidupan sosial dan kerja kita sebagai daie?

pelik,kadang-kadang kita cakap pandai bahagi masa untuk itu semua.tapi sebenarnya,bukankah apabila kita belajar,kita berkerja dan kita berkehidupan itu adalah tarbiyah dan da`wah?kenapa perlu diasingkan daripada Islam.belajar tetap belajar,tapi dalam masa yang sama,sesi pembelajaran itu boleh kita guna pakai.apa salahnya ketika kita berkerja,kita bercakap dan mengajak orang kepada Islam.apa salah kita belajar,kita cuba masukkan dalam perbualan akademik berkaitan Islam untuk bawa ummat kembali kepada Islam.even kalau kita main bowling sekalipun,atau snuker atau futsal atau sekadar berbual kosong,tetapi kalau kita mampu membawa kepada tarbiyah , itu adalah satu perkara yang amat hebat.

saudaraku , mampukah kita mengatakan

kita telah beriman sedangkan kita belum diuji??

Teringat kisah pejuang-pejuang terdahulu.Mereka telah diuji dengan ujian yang sesungguhnya.

Ada yang digergaji kepala mereka,ada yang disikat belakang mereka dengan sikat besi sehingga ternampak tulang mereka. tetapi tidak mereka berpaling dari jalan ini.

teringat zainab al ghazali yang dipenjara di dalam penjara air dan dikurung bersama anjing-anjing yang ganas

teringat kepada imam hassan al banna yang perjuangan ikhwan itu telah di tekan dengan hebat sehingga al banna mereguk keindahan shahid.

teringat syed qutb yang  hayatnya digunakan untuk perjuangan Islam dan tamat hidupnya di tali gantung setelah dipenjara.

teringat al maududi yang dipenjara kerana apa yang dibawakan hanya kefahaman yang benar terhadap Islam.

teringat mustafa masyhur yang kakinya patah didalam penjara kejam mesir.

aah..Tuhan..betapa hebatnya pendukung agama Mu!!

mereka itu adalah pejuang ikhwan.daripada hassan al banna,hassan hudaibi sehingga lah mahdi akef saat ini,telah merasa tentangan yang dahsyat.

pejuang-pejuang Islam yang lain sejak awal perjuangan da`wah Ar Rasul sampai hari ini dan saat ini telah merasa indah nikmatnya tirbulasi dan ujian dalam menegakkan Islam ini.

betapa kuatnya hati dan kukuhnya jiwa mereka.jiwa mereka telah dibeli oleh Mu dengan harga yang tinggi.adakah Kau ingin membeli jiwa ku??jika ya,adakah harganya nanti sama dengan pejuang-pejuang Mu?? Tuhan,rendah nya kurasa diri ini.tidak akan sampai satu peratus pun tahap harga jiwa ku ini untuk ku jual kalau dibandingkan dengan pejuang Mu.tetapi tetap ingin ku jualkan kepada Mu dalam berada pada jalan ini.kalaulah kau mahu membelinya duhai Tuhan..

mereka itu adalah manusia-manusia yang kata-kata mereka menggegar bukan kerana cantiknya olahan bahasa,bukan kerana indahnya lenggok bunga ayatnya,bukan kerana menggegarnya setiap ungkapan juang mereka.mereka itu adalah manusia yang pengorbanan mereka,semangat juang mereka,kekuatan jalan da`wah mereka telah terbukti.kata-kata mereka dibuktikan dengan perjuangan mereka.kata-kata-kata mereka dibuktikan dengan kesusahan hidup mereka.kata-kata mereka dibuktikan dengan kekejaman dan tekanan pada mereka.Kata-kata mereka dibuktikan dengan kematian shahid mereka!!

bahkan perjuangan mereka,pengorbanan mereka dan shahid mereka adalah bicara dan lidah bagi setiap  langkah dalam  perjalanan perjuangan mereka!!

pengorbanan

sedangkan diri kita ini,hendak mengikut tarbiyah dan meluangkan masa beberapa jam seminggu sudah berat rasa beban yang dipikul.sedangkan diri kita ini,untuk menegur dan mengajak orang mengikut tarbiyah,rasa seperti dihempap dada dengan batu yang kuat.sedangkan diri ini mahu merubah diri menjadi panduan sikap sebagai medium da`wah yang cantik bagi sahabat dan kenalan sudah dirasa satu ujian yang getir. perlukah diri ini berjuang hanya untuk mendapat redha manusia?hanya untuk mendapat indah dari sudut pandang manusia.supaya diingati manusia??

lg baik dilupakan dan hilang dari mata manusia daripada dilupakan dan hilang dari pandangan Allah..

bukankah sepatutnya begitu?

adakah mampu untuk kita katakan ingin menjual jiwa kita sama harganya dengan pejuang-pejuang Nya?? adakah kita lebih banyak bercakap dari turun ke medan da`wah?? adakah kita pernah korbankan masa kita untuk Allah?? atau kita rasa masa yang Allah beri itu tak patut kita gunakan balik untuk berjuang di jalan Pemberi masa itu??

sanggupkah aku Ya Allah,kalau kiranya kau turunkan nikmat ujian yang besar kepada ku dan terus ku bertahan di jalan Mu? sanggupkah aku,Ya Allah??atau mungkin ku akan futur dari jalan ini.untuk itu Ya Rabb,janganlah Kau takdirkan..kerna ingin ku terus dalam jalan ini..

semoga terus bergerak aku dalam jalan ini.semoga terus bergerak kita dalam jalan ini!!

*teringat excerpt dari dialog melodi suatu ketika dahulu:

kurangkan kontroversi,tingkatkan prestasi

satu lagi posting untuk mengetuk hati dan kepala ini dengan kuat seperti layaknya mengetuk spesimen rock dengan geology hammer supaya bangun dan sedar.so,jangan banyak cakap.buat kerja!!

Rijal Telah Hilang

Setiap hari bingkisan dari syurga tiba
Mengulangi tentang rindunya pada kuntuman rijal
Mengapa kuntum mekar tidak lagi menghiasi taman?
Di dunia kelopak demi kelopak layu berguguran
Dimamah deretan anai-anai tribulasi zaman
Setiap dekad belum lagi menjadi piala perjuangan
Sebaliknya menjadi takungan air mata
Yang mengalir di pipi perlahan melihat satu demi satu
Bolos pada jaring-jaring robek dimakan tikus

Lukah yang ditanam selama ini tidak lagi seperti semalam
Jerat yang dipasang juga tidak bingkas
Setiap kali pulang hanya diburu kesepian
Di tengah hiruk pikuk mertua dan anak-anak

Dunia semakin tenat
Tetapi sepatu rijal belum lagi kedengaran
Pulang membawa pesanan yang dikirim
Umat masih tertinggung di tangga
Dengan dua tangan bertupang dagu
Mengintai andainya kelihatan
Langkah pulang seorang rijal

Taman syurga semakin riuh dengan bisikan malaikat
Bisikan ingin tahu yang sungguh-sungguh
Siapakah tetamu syurga esok hari
Kerana hari ini dunia mengiklankan kehilangannya
Di sana-sini pada dinding dan tembok tembok
Terpampang pemidang jelas
Bagi siapa yang melintasi dan menatapinya

‘RIJAL TELAH HILANG’

*monolog ar rijal: Ya Rabb,aku ingin menjadi Rijal itu.yang hilang dari pandangan manusia dan hadir di pandangan Mu.. dengan bekas piala perjuangan di dunia untuk jalan ini..tetapi biarlah ku menghadap Mu kelak ketika amanah untuk ummat ini telah dilaksana..dan nikmat ujian Mu dan cabaran jalan ini telah puas ku nimati dan teguk keindahannya

puisi diatas diambil dari blog satu perkongsian

Chak Ya Nun Ta Alif?Cinta ler….*from akh zahir

Chak – Ya – Nun – Ta – Alif
Jumaat, 17 April, 2009 02:06
Daripada:

“zahir ariffin” <zahirwills@gmail.com>

Chak – Ya – Nun – Ta – Alif

April 17, 2009 · Dikirim dalam tarbiah dakwah · Ubah

Kalau kekasih mengucapkan pada kita, “Kalau dikau mendekat sejengkal, ku sambut ia sehasta. Kalau dikau mendekat sehasta, ku sambut ia sedepa. Kalau dikau mendekat padaku berjalan, ku mendekat padamu berlari”, ah sungguh romantik bukan! Pastinya hati kita berbunga-bunga tak layu-layu. Ini apa lagi kalau yang berkata pada kita itu adalah Kekasih Yang Maha Agung, yang bukan setakat mahu mendekat pada kita sehasta, sedepa atau berlari, bahkan menyiapkan syurga untuk kita, cuma syaratnya satu, berserah diri pada-Nya sepenuhnya sepanjang masa dengan penuh taat dan pengabdian (penghambaan). Tapi bukankah penyerahan diri sepenuhnya sepanjang masa dengan penuh taat dan pengabdian itu sangat berbaloi dengan tukarannya yang sangat mahal? SYURGA! Yang luasnya seluas langit dan bumi (saintis pun tidak tahu seluas apakah langit dan bumi itu?), yang di bawahnya mengalir sungai-sungai nan indah dari arak atau susu, yang di dalamnya bidadari-bidadari yang tiada tandingan cantiknya hingga nampak tegukan air demi tegukan air tatkala si dia minum, yang berdiri megah singgahsana-singgahsana tersedia untuk tempat bersantai dan rehat buat selamanya, dikelilingi pepohon hijau rendang yang buahnya rendah dan mudah dicapai tangan bila-bila masa mahu makan, istana-istana dari permata, telaga yang sekali minum airnya hilang haus sampai bila-bila, pakaian halus dari sutera, minuman-minuman dalam piala, dan serba macam kenikmatan syurga yang bertingkat-tingkat tersedia untuk kita mengikut darjat itu, dengan syarat kita bersedia untuk patuh taat dan menyerah diri menghambai pada-Nya sepenuh hati sepanjang masa setiap tempat.

Apakah berbaloi untuk mengorbankan CINTA ILAHI kepada kita dan cinta kita kepada ilahi semata-mata untuk mengejar cinta terlarang kita kepada mahkluk Ilahi atau cinta makhluk Ilahi kepada kita? Kita sesama makhluk ini adalah hamba. Apakah bercinta sesama hamba lebih tinggi darjatnya daripada bercinta dengan Tuannya? Pastilah percintaan dengan Tuan lebih ekslusif daripada percintaan sesama hamba yang sama rendah darjatnya. Cintalah langit (‘Arasy), itu cinta tinggi. Ayuh berlari ke langit! (macam mana nak berlari ke langit, bole ke? Hehe ): faham maksud saya bukan?

http://ayuhkitamaju.wordpress.com/