Palestin..kasihan kita

salam ukhwah.salam perjuangan.post kali ini untuk membuka minda tentang sebahagian sejarah perjuangan bangsa Palestina.sejarah itu bukan sahaja dipelajari tetapi diambil sebagai ibrah.sebagai pengajaran dan panduan.bukan hanya kita baca secara kosong dan letakkan kembali buku yang kita baca dan mengatakan

“bestnye cerita ni.kuatnya perjuangan”.

-kisah yang dibawakan ini hanya sebahagian daripada kisah yang telah lama bermula di Palestin.tetapi sebahagaian sahaja kisah ini diharap mampu bawa pengajaran dan ketuk hati pembaca..termasuk diri saya.-

sebahagian kisah bermula……………………..

14 Mei 1948-David Ben Gurion mengisytiharkan kelahiran Israel(selepas Britain dan Amerika menggunakan PBB SEBAGAI PEMBUKA JALAN MEMBENTUK NEGARA HARAM ISRAEL)

serangan bangsa arab15 mei -pasukan Arab legion(jordan) brgrak ke palestin untuk menawan kembali baitul maqdis ,nablus dan ramallah.

– tentera mesir melalui jalan pantai gaza dan ke arah barsheba di selatan tebing barat
-tentera lebanon dan syria bergrak dari timur untuk menawan kembali Galilee

-tentera Iraq bergerak dari ke saelatan dari pasukan syria untuk pisahkan negra haram Israel kepada 2 bahagian.

– 10,000 tentera Pembebasan Arab Jais Al Inzaq dan Jihad Al Muqaddas bersedia untuk pertahankan penempatan arab

ikhwan muslimeen

Scout yang dihantar Ikhwan Muslimin ke Palestin berjuang dengan gagah berani dan berjaya menawan kembali beberapa kedudukan tetapi setelah peperangan arab itu tamat,mereka telah ditangkap dan dipenjara oleh pemerintah Mesir ,PM al naqrasyi kerana beliau tunduk pada tekanan british

inisiatif Ikhwan Muslimeen untuk menghantar 10000 tentera ikhwan telah dihalang dan ditolak oleh tentera British.British membenarkan tentera mesir berperang tetapi menghalang pasukan ikhwan muslimin untuk berperang di samping tentera mesir.pelikkan??

sebuah analisa
harus diingat,tentera Israel kecil ketika itu.jadi apa yang sebabkan kekalahan?melalui analisa,tentera arab ditak ada koordinasi,tidak berpadu dan negara arab di bawah telunjuk kuasa imperialisme barat.

saudara2 ku.lihatlah,bukan sedikit tentera arab.banyak.lagi banyak dari pasukan badar.kenapa pasukan badar berjumlah 313 orang boleh mengalahkan tentera musyrik berjumlah 3000 orang??

kenapa HAMAS yang tidak ada kereta kebal,cuma bersenjatakan roket al qassam dan bom tangan home made serta senapang kalashnikov dan senjata “mundur” lain boleh mengasak tentera Israel pada serangan yang terbaru ini??

kenapa jumlah tentera arab yangt besar x boleh kalahkan israel?kenapa ummat Islam yang banyak ini x boleh bebaskan palestin?kenapa PEMIMPIN YANG MELAUNGKAN ISLAM yang beragama Islam tak mampu buat apa2?adakah jubah,serban serta nama Islam mereka itu cuma hiasan luaran??

jadi apa yang dapat dilihat adalah:

ummat ini tak bersatu tanpa satu suara arahan yang jitu,yang tepat,yang clear datang cuma dari satu suara sahaja :sistem khalifah.

tapi sistem khalifah tak boleh terdiri tanpa kefahaman ummat ini terhadap Islam.berkata Umar ra ketika peristiwa pembukaan kota Palestin :

“kita adalah ummat yang dimuliakan ALLAH dengan Islam,kalau kita cari selain Islam maka Allah akan hinakan kita”

saudaraku,sekarang KITA TELAH DIHINA!KITA TELAH DIMALUKAN~DIPANDANG RENDAH DAN DIOLOK2 SERTA DIEJEK.kerana apa?rujuk balik kata2 Umar,kerana kita cari selain Islam.kita ambil selain Islam sebagai panduan hidup.sebagai jalan hidup kita.Izzah Islam itu kuat bilamana ummat ini ambil Islam itu sebagai akar kehidupan.

pokok yang akarnya rosak,bolehkah menghasilkan buah ,bunga dan daun yang cantik??
begitu juga akidah dan kefahaman terhadap Islam.kalau 2 akar itu rosak,bolehkah ummat ini jadi kuat??kalau diri sendiri menangis bagai nak mati ditinggalkan kekasih,boleh jadi gila sebab kerugian,bergaduh sebab nak kan pangkat dan jawatan kabinet atau nak sangat jadi YB,bolehkah kalau tiba2 kita nak hantar orang2 macam ni pergi ke Palestin untuk bantu saudara kita??

teringat forum Palestin yang panelnya adalah Tn Guru Dr Haron Din.diceritakan tentera Hamas ini berjaya mengasak tentera Israel keluar.dan objektif utama Israel menakluk Gaza dan sampai ke centre of Gaza tak tercapai sebab kuatnya HAMAS.kuat itu bukan terletak pada jumlah nya.kita selalu fikir majoriti itu kuat.majoriti itu terletak pada bilangan.dulu jumlah Muslim di kota madinah cuma 20 peratus sahaja ketika awal penubuhan tetapi beranikah kita kata negara itu tak kuat?

kita kasihankan saudara kita HAMAS di Palestin,tapi sebenarnya kita ni lagi kasihan.mereka sudah terbukti kuat untuk membentuk sebuah negara Gaza di dalam negara Israel.sebab jiwa mereka kuat.hati mereka teguh.kita kasihankan pemimpin macam Almarhum Sheikh Ahmad Yassin,Dr Abd AZIZ rantisi,khaled mishal dan lain2 lagi tapi sebenarnya kasihan lagi pemimpin kita.

mereka,ya`ni Hamas dan rakyat Gaza,telah ditarbiyah hasil acuan tarbiyah yang dibawa daripada ikhwan muslimin oleh As Shahid Sheikh Hassan Al Banna(rujuk sejarah Hamas).kasihan lagi sebenarnya diri kita.jiwa yang boleh hancur dengan mudah akibat cinta,pangkat . harta dan kedudukan.kasihan kita yang bagai nak mati ditinggalkan kekasih.kasihan kita yang berbunuh sebab wang ringgit.kasihan pemimpin kita yang berbalah putus saudara sebab jawatan.kasihan kita sebab kita sedar tak kekuatan akidah kita amat rapuh?jiwa kita mudah goyah?

kasihan kita sebab Islam tak diletakkan benar dalam kedudukan kehidupan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s