cakap pandai,tapi buat tak tentu lagi pandai..

salam ukhwah.sambil mendengar alunan Quran yang indah dan menyelesaikan assignment bertimbun, ada juga saya membuka laman blog ustaz abdullah zaik,seorang aktivis yang hebat dan saya sanjung.tulisannya berkisar tentang tajuk yang saya cuba bawakan.wahai aktivis muda dan juga pengunjung blog ini,sila lah klik link ini.amat bermanfaat :uji dulu orang alim cakap bilamana terbaca tulisannya,

Ya Allah,sewajarnya kita semua sedar.sewajarnya diri kita terketuk.kadang-kadang kita cuma pandai bercakap.kita pandai berhujah dan berkata-kata.Kita cuma pandai mengeluarkan dalil dari hadis dan ayat Quran.mengeluarkan idea-idea yang nampak hebat daripada theory nya.kadang kala bicara menggegarkan telinga dan menggoncangkan bumi.

tapi bilamana di medan da`wah sebenar adakah kita mampu lakukan kerja dan berdepan dengan mehnah dan tirbulasi jalan ini.??

mampukah kita setidaknya membahagikan masa dengan baik antara kerja,belajar,kehidupan sosial dan kerja kita sebagai daie?

pelik,kadang-kadang kita cakap pandai bahagi masa untuk itu semua.tapi sebenarnya,bukankah apabila kita belajar,kita berkerja dan kita berkehidupan itu adalah tarbiyah dan da`wah?kenapa perlu diasingkan daripada Islam.belajar tetap belajar,tapi dalam masa yang sama,sesi pembelajaran itu boleh kita guna pakai.apa salahnya ketika kita berkerja,kita bercakap dan mengajak orang kepada Islam.apa salah kita belajar,kita cuba masukkan dalam perbualan akademik berkaitan Islam untuk bawa ummat kembali kepada Islam.even kalau kita main bowling sekalipun,atau snuker atau futsal atau sekadar berbual kosong,tetapi kalau kita mampu membawa kepada tarbiyah , itu adalah satu perkara yang amat hebat.

saudaraku , mampukah kita mengatakan

kita telah beriman sedangkan kita belum diuji??

Teringat kisah pejuang-pejuang terdahulu.Mereka telah diuji dengan ujian yang sesungguhnya.

Ada yang digergaji kepala mereka,ada yang disikat belakang mereka dengan sikat besi sehingga ternampak tulang mereka. tetapi tidak mereka berpaling dari jalan ini.

teringat zainab al ghazali yang dipenjara di dalam penjara air dan dikurung bersama anjing-anjing yang ganas

teringat kepada imam hassan al banna yang perjuangan ikhwan itu telah di tekan dengan hebat sehingga al banna mereguk keindahan shahid.

teringat syed qutb yang  hayatnya digunakan untuk perjuangan Islam dan tamat hidupnya di tali gantung setelah dipenjara.

teringat al maududi yang dipenjara kerana apa yang dibawakan hanya kefahaman yang benar terhadap Islam.

teringat mustafa masyhur yang kakinya patah didalam penjara kejam mesir.

aah..Tuhan..betapa hebatnya pendukung agama Mu!!

mereka itu adalah pejuang ikhwan.daripada hassan al banna,hassan hudaibi sehingga lah mahdi akef saat ini,telah merasa tentangan yang dahsyat.

pejuang-pejuang Islam yang lain sejak awal perjuangan da`wah Ar Rasul sampai hari ini dan saat ini telah merasa indah nikmatnya tirbulasi dan ujian dalam menegakkan Islam ini.

betapa kuatnya hati dan kukuhnya jiwa mereka.jiwa mereka telah dibeli oleh Mu dengan harga yang tinggi.adakah Kau ingin membeli jiwa ku??jika ya,adakah harganya nanti sama dengan pejuang-pejuang Mu?? Tuhan,rendah nya kurasa diri ini.tidak akan sampai satu peratus pun tahap harga jiwa ku ini untuk ku jual kalau dibandingkan dengan pejuang Mu.tetapi tetap ingin ku jualkan kepada Mu dalam berada pada jalan ini.kalaulah kau mahu membelinya duhai Tuhan..

mereka itu adalah manusia-manusia yang kata-kata mereka menggegar bukan kerana cantiknya olahan bahasa,bukan kerana indahnya lenggok bunga ayatnya,bukan kerana menggegarnya setiap ungkapan juang mereka.mereka itu adalah manusia yang pengorbanan mereka,semangat juang mereka,kekuatan jalan da`wah mereka telah terbukti.kata-kata mereka dibuktikan dengan perjuangan mereka.kata-kata-kata mereka dibuktikan dengan kesusahan hidup mereka.kata-kata mereka dibuktikan dengan kekejaman dan tekanan pada mereka.Kata-kata mereka dibuktikan dengan kematian shahid mereka!!

bahkan perjuangan mereka,pengorbanan mereka dan shahid mereka adalah bicara dan lidah bagi setiap  langkah dalam  perjalanan perjuangan mereka!!

pengorbanan

sedangkan diri kita ini,hendak mengikut tarbiyah dan meluangkan masa beberapa jam seminggu sudah berat rasa beban yang dipikul.sedangkan diri kita ini,untuk menegur dan mengajak orang mengikut tarbiyah,rasa seperti dihempap dada dengan batu yang kuat.sedangkan diri ini mahu merubah diri menjadi panduan sikap sebagai medium da`wah yang cantik bagi sahabat dan kenalan sudah dirasa satu ujian yang getir. perlukah diri ini berjuang hanya untuk mendapat redha manusia?hanya untuk mendapat indah dari sudut pandang manusia.supaya diingati manusia??

lg baik dilupakan dan hilang dari mata manusia daripada dilupakan dan hilang dari pandangan Allah..

bukankah sepatutnya begitu?

adakah mampu untuk kita katakan ingin menjual jiwa kita sama harganya dengan pejuang-pejuang Nya?? adakah kita lebih banyak bercakap dari turun ke medan da`wah?? adakah kita pernah korbankan masa kita untuk Allah?? atau kita rasa masa yang Allah beri itu tak patut kita gunakan balik untuk berjuang di jalan Pemberi masa itu??

sanggupkah aku Ya Allah,kalau kiranya kau turunkan nikmat ujian yang besar kepada ku dan terus ku bertahan di jalan Mu? sanggupkah aku,Ya Allah??atau mungkin ku akan futur dari jalan ini.untuk itu Ya Rabb,janganlah Kau takdirkan..kerna ingin ku terus dalam jalan ini..

semoga terus bergerak aku dalam jalan ini.semoga terus bergerak kita dalam jalan ini!!

*teringat excerpt dari dialog melodi suatu ketika dahulu:

kurangkan kontroversi,tingkatkan prestasi

satu lagi posting untuk mengetuk hati dan kepala ini dengan kuat seperti layaknya mengetuk spesimen rock dengan geology hammer supaya bangun dan sedar.so,jangan banyak cakap.buat kerja!!

4 thoughts on “cakap pandai,tapi buat tak tentu lagi pandai..

  1. salam alaiykh…
    masyaALLAH betul kata..berkata itu mudah tetapi melaksanakannya begitu berat,namun itulah tugas bagi seorang dai’e..perlu juga menyampaikan dan melaksanakannya..inysaALLAH..semoga diri sentiasa dalam muhasabah dalam medan yg telah dipilih ini…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s