Aku Lihat Jalan Hidup Ini Untuk Hari2 Lalu.dan aku dengar bicara Tuhan pada ku.Dia sedang bicara tentang sabar dan ikhlas

salam ukhwah.salam perjuangan…

beberapa tempoh masa ini telah saya alami beberapa peristiwa yang membawa saya untuk menilai ibrah yang boleh diambil.

CIS

alhamdulillah,beberapa hari lepas committee lama sudah bubar dan diganti dengan committe baru. Tahniah dan terima kasih kepada committe lama atas amanah yang dilangsaikan dengan baik.sungguh banyak jasa kalian.dan sungguh semoga kerja yang dilakukan mendapat redha Allah.saya yakin ini untuk kemaslahatan komuniti Islam di curtin.

Sungguhpun kita sedikit,kita adalah entiti Islam di Curtin.maka wajar benar untuk kita terus perbaiki diri kerana kita adalah ikon Islam di sini.

kepada committee baru,inshaallah akan diteruskan perjuangan dengan sebaiknya di jalan Allah.biarlah apa yang kita ingin lakuka nadalah dakwah,perkataannya adalah tarbiyah dan niatnya hanya redha Allah!! inshaallah,biarlah program yang akan dirangka kelak boleh membawa ummat kepada Allah dan membentuk komuniti Islam disini kepada kefahaman Islam yang mantap.

dan juga penting untuk diingatkan,dimana kata2 ini dipetik dari As Shahid Imam Hassan Al Banna,pengasas ikhwan Muslimin :

Mereka mencalonkan mu untuk melakukan sesuatu perkara.Seandainya kamu memahaminya.maka jagalah dirimu dari hal2 yang hina

Selami apa yang dikatakan dan ambil lah ibrah.

bahkan ambil ibrah pada kisah Umar r.a :

Umar bertanya kepada hadirin jumaat ketika dia tengah2 memberi khutbah.Dia berkata,(lebih kurang begini) : jika aku terpesong daripada jalan Allah dan Rasul Nya apa yang akan kalian lakukan..

maka bangunlah seorang mu`min ketika itu dan berkata dengan lantang: wahai Umar,inilah yang akan mebetulkan mu(sambil memegang pedangnya)

lihat,pemimpin itu x selalunya betul dan benar.manusia juga boleh terpesong.kerna nafsu selalu mengajak kepada kejahatan,dan syaitan menambahkan aluan..lalu hatilah menentukan..

maka perlunya ada orang yang membawa ke arah perkara yang maaruf dan menentang kemungkaran..3:104..

dan bukankah Allah telah berkata dalam Quran yang agung :

maka perkataan siapakah yang lebih baik berbanding orang yang mengajak ke arah kebaikan??

Kepada Islah dan comitte lama,tahniah,minta maaf dan terima kasih atas jasa2 anda.sungguh banyak yang kami pelajari dan perlu lagi belajar.dengan aktiviti yang hebat yang dirancang..sungguh banyak perubahan anda bawakan.

JCLA

Alhamdulillah ,kerja JCLA untuk semester ini  berakhir.banyak pengalaman yang ditimba sepanjang program ini.yang perlu diambil pengajaran.kadangkala kita akan goyah dengan  prinsip kita dan senang sahaja syaitan mempengaruhi diri atas kononnya untuk perkara yang lebih baik.astaghfirullah.

salah satu peristiwa kelakar boleh juga diambil pengajaran.beberapa minggu lepas,kami sekumpulan ada pertemuan dengan Datuk Bandar Miri,beberapa VIP dan pemimpin2 setempat.Maka nya kami perlu bergerak dari Curtin seawal 7 pagi.malangnya saya terlajak tidur.dan dengan tak bersiap dengan sempurna nya saya terus berlari ke kereta.dan terkejut lihat kawan sekumpulan dengan kot dan baju yang lengkap formal..

sedangkan saya 🙂 dengan benar2 tak lengkapnya(x perlu diberitahu dengan lengkap) walaupun memakai baju yang formal.

jadi apa yang dapat dilihat disini,kita sanggup bersiap dengan rapi untuk jumpa manusia yang kita fikir pangkatnya tinggi.Tapi kita tak pun terfikir nak bersiap untuk berjumpa dengan Dia di hari akhir nanti…tak terfikir pun untk mencantikkan diri kita untuk bertemu dengan Nya malah kita anggap hidup ini masih lagi lama…pelik2..bukan bermaksud kita tak perlu jaga pakaian kita.bukan.sebab Rasulullah pun sarankan kita untuk merapikan diri.untuk bersih dan rapi.tapi kita lebih pentingkan untuk berjumpa manusia berbanding jumpa Allah…

 

Tuisyen Peryatim

Alhamdulillah, tuisyen peryatim dimulakan kembali atas nama CIS.dahulu dimulakan dengan Pak Taufik,Akhi Zahir dan focal point nya firdaus.mungkin kerna tiada lagi sponsorship dari scomi,maka dihentikan buat sementara.sekarang dihidupkan kembali. tujuan tuisyen ini dilakukan untuk mentarbiyyah.bukan saja dari segi maksud mendidik mengikut silibus tetapi mendidik dan memberi kefahaman Islam..maka mungkin nampak seperti serampang banyak2 mata..terima kasih kepada muhammad,akhi amrul,saifuddin, KASH,naziha,aiman,yaqin,hafiz,naazri,deklin,najwa,sharifah amirah,didi, dan lain2..inshaAllah usaha kalian redha Allah ada pada nya.

 

dan terima kasih juga pada ikhwah dan akhwat usrah ana.akhi miqdad,akh afiq,akhi din,murabbi:akhi fauzi,akhi walled dan isteri nya ukht hanim,ukht ain,ukht noreha dan ukht shuhada dalam merancang untuk program ini dan bagaimana cara melaksanakan dan memberi support yg banyak..jazakallah khair.

sebenarnya antara tujuan diwujudkan selain mentarbiyah adalah untuk melembutkan hati..bila kita lihat orang yg kurang bernasib baik berbanding kita,hati kita akan cepat sedar betapa untung nya dan nikmatnya yang Allah beri.maka akan wujudlah kelembutan dan kerendahan hati.lembutnya hati itu lagi bila dibasahi dengan air mata hanya untuk Allah di malam hari yang sunyi.

dalam kita membina,kita terbina

 

Explorace Sirah : Hikmah

Alhamdulillah juga sabtu yang lepas Explorace sirah dijalankan.sangat menarik dan tertarik.ana,afiq,miqdad dan azli serta ken-x adalah antara committee yg terlibat.dalam 3 minggu program ini dibincangkan dan dirancang..alhamdulillah,berjalan jugak.huru hara juga jadinya bila ada kesilapan teknikal.tapi keseronokan pada peserta dapat dilihat.semangat betul..dan benar,program itu moga ada nilai tarbiyahnya.moga pengisian yg diberi ada pencerahan pada hati.

lupa,nanti kita ada reunion/feedback session cum BBQ untuk peserta2..

apa yang saya dapat lihat sangat indah pada hari itu.betapa potensi dan semangat kawan2 saya begitu hebat..cantik juga program ini dirancang..

maaf kepada peserta atas kesilapan teknikal.tahniah kepada pemenang..

tentang kesilapan teknikal itu,maka dapat diambil ibrahnya supaya kita perlu mengatur segalanya dengan teliti.Itu juga salah satu sifat2 tabiyah.(menegur silap diri)

 

Ke Hospital

kelmarin,ana,murabbi,akhi din dan akhi walled serta istri nya ukht hanim ke hospital.melawat adik kepada salah seorang peserta explorace seerah yang accident..kasihan adik kecil tu.baru darjah dua.sedih saya tengok..mungkin ada baiknya saya x ambil medic dulu.hati kasihan tengok orang sakit.bukan kasihan boleh menolong,tapi hati yang luruh.:)

sebenarnya kita dianjurkan melawat orang sakit.kenapa nabi suruh macam tu sebab salah satu nya adalah melembutkan hati yang keras.Kita lembutkan hati kita dengan Quran..dan juga kita lembutkan dengan penglihatan kita juga.dengan ziarah itu..maka lembut lah hati.biarlah siang nya kita bagai satria atau singa rimba..tapi malamnya kita menjadi rahib menangisi dosa..

penting sebenarnya untuk melembutkan hati.

mari kita ambil ibrah.kalau kita lihat budak kecik,dia kalau nak pergi mana2 yang dia takut dia akan ajak orang teman even adik dia sendiri yang kecil.bukan adik dia boleh tolong ape2 kalau terjadi sesuatu yang buruk..jadi kenapa?? Ha!! Budak kecik tu adalah contoh fitrah manusia yang asal.yang original..

macam mana pun kita ni hebatnya,kuatnya,tetap kita masih rasa nak bergantung.masih tetap rasa perlu meluahkan..

contoh ke dua..duu waktu zaman masih jahil,belum kenal tarbiyah dan ketika putus cinta(hehehe),saya luahkan kesedihan kepada mama saya.dan lega..bayangkan..saya cerita kat kawan baik saya,tak da rasa apa pun..lihat x, berbezanya tahap pergantungan tu pada fitrah manusia.

 

sahabat,betapa kita rasa kuat pun,kita nampak kita mampu handle semua benda,kita boleh buat itu ini,bahkan dipandang hebat,tetapi sebenarnya kita ni lemah..kita ni x kuat mana pun..tu lah sebab jauh dalam lubuk hati kadang2 hadir perasaan,mampu kah aku buat ini semua..kadang2 lahir pada hati beratnya apa yang kita tanggung..x larat lagi nak berjalan..

maka hadaplah Dia.bertemu lah Dia pada malam hari.pada ketika semua ummat sedang tidu melayan mimpi..jumplaha Dia..dengan air mata mengalir membasah pipi..dengan hati yang penuh mengharap..dan menyatakan pada Nya segala kedukaan mu dan kepahitan hidup mu serta kepayahan  yang kau hadapi..betapa Dia mendengarnya walaupun kau sendiri x mendengar sama ada Dia mendengar mu atau tidak.tapi disitu datang nya iman..kau tahu bahawa Dia mendengar mu dengan teliti..dan barangkali tersenyum dan senang melihat ummatnya yang dikasihi rendah hati bertemuNya..dan barangkali Dia telah pun memberi mu kekuatan yang hebat dan membantu mu dalam urusan mu tanpa kau sedari..kerna sahabat,kita sering tidak menyedari bila bantuan Allah itu sampai..kita lemah tapi pelik bukan,bagaimana kita berjaya dalam apa yang kita nak lakukan..adakah kau lihat tangan Allah di situ membantu mu??

menangislah!!

biarlah siang mu sehebat dan segagah satria..tapi malammu,jadilah!jadilah rahib dan abid yang meratap dan merayu sepenuh hati..Dia sedang menunggu mu untuk bertemu Nya..wajarkah kita biarkan Dia menunggu kita??sedangkan Dialah pencipta kita..

Serahkan lah cinta mu bukan pada manusia!!tapi pada Dia!!

 

Untuk sahabat

Benar sahabat..tawaran itu agak berat..tapi fikirkanlah untuk perkara yang lebih besar.kau katakan aku kuat,tapi sebenarnya aku lemah..aku juga bergantung pada Nya.hatiku ini juga berbolak balik dan di tengah perang antara ketaqwaan dan kefujuran.hatiku ini juga rapuh .kau kata aku telah berubah,tapi masih banyak lagi jahiliah dalam diriku!!masih banyak lagi dosa..kau kata kepada ku:itu kau yang lama..tapi sahabat,bila2 masa saja aku boleh berpaling..bahkan dosa silam membuat ku rasa  hina dan menangis..malu melihat diri sendiri..apa yang ku lakukan kini inshaAllah hanya untuk redha Dia..hanya untuk kifarah pada dosa laluku..hanya untuk kewajipan yang ku tinggalkan..hanya untuk maksiat yang senang2 sahaja ku lakukan..hanya untuk menebus hati2 yang ku lukakan,hanya untuk mereka yang ku sakitkan.hanya untuk nafsu ku yang dulu aku jadikannya sebagai raja..dan semuanya hanya untuk mendapatkan redha Dia.

.aku kini juga lemah..aku lemah di depan Nya..

tapi sahabat,manusia ini memang x kuat..aku juga sebenarnya x mampu..jujur,aku juga x ingin kan apa yang ku tawarkan untuk kau.tapi dinasihati murabbi,dan memikirkan matlamat dicapai,maka aku telan jugak.

manusia benar lemah..cuma Allah aja yang kuat..sebab itu lah sahabat,bilamana kita rasa lemah,jumpalah Dia,menangis lah,ceritakan pada Dia kepayahan hidup mu…jumpalah Dia di malam hari..supaya esok kau akan jadi kuat pada siangnya kerana kau tahu malam nanti kau daha ada tempat untuk kau mengadu kau dah tahu bahawa Dia yang hebat dan gagah sedia mendengar apa yang kau adukan dan hilang beban kau pada hari itu..maka kau kuat kembali untuk hari seterusnya dan berulang lagi lah jumpa Tuhan mu..kau faham bukan??

 

apa yang kita ingin buat walaupun orang lain nampak kecil di tempat yang kecil tapi sebenarnya adalah satu pengislahan..sebuah tajdid..kau ingin melakar sejarah atau menjadi sejarah..

bahkan ingatlah janji Allah bahawa Dia akan membantu dan meninggikan darjat orang yang membantu Nya..bukan bermakna Dia x kuat,tapi Dia mahu lihat siapa antara kita yang lebih baik amalnya,taqwanya,imannya dan jihadnya..

jangan dirisau tentang bebanan tawaran ini..kita boleh selesaikan bersama ramai-ramai.bukan kau seorang sahabatku..aku menjemput mu dengan tanggungjawab bukan perlepasan amanah..aku mengajak mu dengan amanah yang tertanggung di bahuku..bukan sekadar melepaskan sebuah tanggungjawab…

benar,aku rela dan tekad memegang dan memikul nya seorang tetapi bak kata miqdad,kalau kau ada lagi baik..

sebab sahabatku,jalan yang ingin dibawa adalah jalan da`wah dan tarbiyah..biarlah ramai yang berkata itu dan ini..kalau mereka faham yang ingin kita bawa adalah untuk mengajak kepada Allah,untuk kefahaman Islam..bahkan sebenarnya untuk merubah..mungkin akan berterima kasih mereka..tapi bukan itu yang kita mahu sahabtku..hanya yang kita nak kan adalah redha Allah..tu aja.tak lebih..

benar,aku juga jauh dalam hati masih rasa tak layak..masih rasa kecil dan x mampu..siapalah aku kalau nak dibandingkan dengan yang lain..tapi atas nasihat dan memikirkan tujuan yang ingin dibawa dan niat yang ditanam dalam hati.maka aku kuatkan jugak..mungkin bila kau ada,tambah mudah lagi urusan untuk tujuan kita semua..akan mudah lagi apa yang kita nak lakukan..supaya setiap apa yang kita lakukan kelak biarlah besar mana pun tetap ada tarbiyah nya..tetap dibawa dengan da`wah..tetap digunakan untuk mengubah..biar atas dasar apa pun tajuknya..dan aku juga fikir,ada orang lain lebih baik untuk bebanan ini dari ku..tapi apa yang kita ingin lakukan adalah tarbiyah..adalah da`wah..kapasiti penting bukan sahaja pada kemampuan kita tapi juga pada kefahaman atas tujuan kita..kapasiti untuk melakuakn sesuatu itu boleh kita bentuk bersama.jujur,aku sendiri pun tak tahu untuk mnggalasnya..tapi yang penting,belajarlah…

 

fikirkanlah..istikharahlah..jumpalah dengan Tuhan mu..dan tanyalah Dia…

 

Pengajaran dari ini semua

 Alhamdulillah..banyak dapat dicapai..erti persahabatan..erti hidup ini sebagai manusia..kadang2 kita lalui hidup kita seharian dengan kosong.tanpa sebarang pengajaran yang dapat kita ambil yang dapat kita perhatikan..setiap saat yang Allah beri tu sebenarnya adalah untuk kita berfikir..untuk kita ambil pengajaran dari setiapnya…

 

sahabat,betapa apa yang kita lakukan,bukan untuk meninggi diri,bukan untuk nama,bukan untuk suka2..

hanya untuk redha Allah..tak lebih..hanya untuk bawa kawan2 kita dekat dengan Dia..itu sahaja..

semoga bermanfaat..biarlah segala pengalaman yang saya alami dalam tempoh masa itu sebagai ibrah kepada kalian..

“Learn from mistakes of others,because we  couldnt afford to experience all of it”

*Ya Rabb,bersihkan niatku tika ku membuat sesuatu…

p/s:nanti akan saya upload gambar dan update sedikit2 untuk artikel ni..seminggu lagi je nak exam..huh..bittaufiq wan najjah..semoga berjaya hai Tajul…moga doa kanlah untuk saya dan rakan2 disini..untuk sahabat2,semoga berjaya!!

kadang2 hairan…

Bismillahirrahmaanirrahiim…

 

Aku kekadang hairan sendiri,

Bagaimana Aku digelar Da’i

Sedang amal ku tak menyeri,

Dan Allah makin dilupai…

 

Aku insan yang lemah,

Aku hamba yang alpa,

Aku da’i yang tak bekerja,

Aku sebenarnya siapa?

 

Diriku kadang-kadang berkata,

Cukuplah Allah tempat bersandar,

Tapi kenapa lah agaknya,

Aku tetap tidak beramal.

 

Hatiku bagai seketul intan,

Keras dan tetap tegar,

Susah sekali untuk bergetar,

Apabila disebut nama yang Maha Besar.

 

Ketawalah engkau wahai si durja,

Kerana dirimu mu tak dapat ku ajar,

Aku sering kau tipudaya,

Dan aku yang bodoh ini tetap ikut serta.

 

Mulai kini takkanku biar,

Diriku yang kerdil kau hina-hina,

Kerna dalam diriku ada suatu kuasa,

Jiwa yang besar mengharap redhonya…

 

Aku akan terus berubah,

Dari si becah yang ditipu helah,

Kepada rijal yang tak kenal lelah,

Berjalan bersama petunjuk dan hidayah…

 

Memang aku bukan malaikat,

Nafsu dan Dunia masih memikat,

Namun Allah sebagai tempat,

Untuk aku terus terikat.

 

Dakwah tetap akan ku pikul

Walau kutahu kau akan merasuk,

Membisik-bisik dan terus memujuk,

Kerna dakwah akan merosak tugasmu wahai Syaitan…

Ramai rakanku, teman sepermainan,

Yang telah jatuh ditipu dek syaitan,

Namun aku sebagai kawan,

Akulah yang akan menyelamatkan.

Insya’allah…

 

*diambil dari koleksi artikel.apologi kepada penulis pemilik sajak tanpa nama…

monolog:semoga akan terus dalam jalan ini.Tuhan , ku mohon hanya satu,kuatkan aku..

Untuk Teman ku…kalau dirimu membacanya..(dan untuk ku juga!!)

RENUNGILAH DIRI…

Teman, Jadilah kehidupan kita di bumi sementara ini berpandukan nur iman dan Islam bukannya berdasarkan nafsu yang sentiasa inginkan kebebasan dan keseronokan yang tidak berkesudahan.

Seorang ulama’ telah mengukirkan ungkapan indah bagaimana Allah mencipta malaikat dengan diberikan kepada mereka akal tanpa nafsu, binatang pula dianugerahi nafsu tanpa akal manakala manusia diberikan keduanya sekali iaitu akal dan nafsu.

Sesiapa yang mampu mengawal nafsunya dengan akal yang berpandukan syariat Ilahi maka dia lebih baik daripada malaikat tetapi jika dia tewas dengan pujukan nafsunya maka dia lebih hina daripada binatang. Kita juga pernah mendengar kisah bagaimana seorang ‘abid di zaman silam apabila terdetik sahaja kehendak nafsunya yang inginkan keseronokan maka dia akan berguling di atas padang pasir yang panas sambil mengatakan kepada dirinya sendiri adakah tubuhnya akan dapat menahan daripada azab neraka yang lebih panas daripada itu.

Seorang yang lain pula menangis sehingga hilang penglihatannya kerana menyesal dengan dosa yang dilakukan. Tidak ketinggalan dicoretkan bagaimana seorang hamba yang bertaqwa tetapi pada suatu hari seolah-olah kehilangan kuasa untuk mengawal kehendak nafsunya dan cuba melakukan zina dengan seorang pelacur yang dilihatnya tetapi sebelum terlanjur ke arah kemunkaran dia tersebut nama Allah lalu dia jatuh dan menggelempar serta menghembuskan nafas terakhir di situ juga kerana begitu ketakutan dengan apa yang cuba dilakukan.

Bagaimana pula dengan diri kita wahai teman? Godaan dan cubaan berada di sekitar kita. Adakah kita telah cuba sedaya yang mungkin di dalam menghindarinya ataupun kita sendiri dihanyutkan oleh keadaan sekeliling? Jagalah pancaindera kita daripada kemungkaran yang melata.

Ingatlah pesanan Rasulullah S.A.W sebagaimana yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi : Hamba yang baik ialah mereka yang beragama dan menyediakan bekalan amalan selepas mati. Manakala orang sombong adalah mereka yang mengikut kehendak nafsu dan mengharapkan belas kasihan Allah semata-mata.

Teman, Bagaimana pula dengan ibadat seharian kita wahai teman?. Adakah kita merasakan ia sudah banyak dan mencukupi sedangkan kita pernah membaca kisah mengenai seorang lelaki dari Bani Israel telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Allah telah mengutuskan malaikat kepadanya dan menyatakan bahawa ibadatnya yang begitu banyak tidak mampu menjamin dia untuk merasai nikmat Syurga Allah. Lalu dia menyatakan bahawa dia beribadat kerana dia dijadikan untuk beribadat bukannya mengharapkan balasan. Apabila malaikat memberitahu kepada Allah tentang jawapan yang telah diberikan maka Allah menyatakan bahawa Dia telah mengampuni segala dosa-dosa lelaki itu.

Rabi’ah ‘Adawiyah salah seorang daripada waliullah telah menyatakan bahawa ibadat yang ditunaikan bukan kerana takut azab Allah dan mengharapkan syurga Allah tetapi dilakukan kerana taat dan patuh pada perintahNya.

Sayyidina Ali mengatakan sesiapa yang menganggap dia akan mencapai sesuatu tanpa kesungguhan maka dia sebenarnya berangan-angan tetapi sesiapa yang bercita-cita untuk mendapat sesuatu bersama dengan usaha yang bersunguh-sungguh dia akan mencapainya.

Sayyidina Hassan juga pernah mengingatkan bahawa mengharapkan Syurga tanpa amalan merupakan satu dosa daripada dosa-dosa yang lain. Teman, Imam al-Ghazali pernah menasihati kita bahawa ilmu tanpa amal gila dan amal tanpa ilmu sia-sia.

Ketahuilah bahawa ilmu tidak mampu menjauhkan diri kita hari ini daripada maksiat dan tidak akan mendorong kepada taat serta tidak menjauhkan diri kita daripada azab neraka. Jika kita tidak beramal hari ini maka kita tidak akan dapat kembali untuk beramal pada hari yang telah berlalu pergi.

Permintaan kita untuk kembali ke dunia setelah berlakunya qiamat tidak akan diterima malah kita akan diherdik dengan kata-kata pedas : Wahai orang yang bongkak! Mengapa kamu datang dari sana tanpa bekalan?. Rasulullah beristighfar lebih 70 kali sehari dan sentiasa mengamalkan salam kepada para sahabat sehingga para sahabat merasa malu kerana setiap kali berjumpa maka Rasulullah S.A.W yang merupakan orang pertama yang memberi salam bukannya mereka.

Bagaimana dengan kita wahai teman?

Hayatilah hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi : Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung dan timbanglah amalan kamu sebelum ia ditimbang oelh Allah kelak. Teman, Renungilah kata-kata imam al-Ghazali bahawa jika kita membaca kitab seratus tahun dan mengumpul seribu kitab, ia tidak menjadikan diri kita bersedia untuk mendapat rahmat Allah melainkan dengan amalan.

Sekalipun seseorang hamba memasuki Syurga dengan kelebihan dan kasih sayang daripada Allah tetapi ia dapat dicapai selepas dia menunaikan segala ketaatan dan ibadat kerana rahmat Allah hampir dengan orang yang sentiasa mengerjakan amalan yang baik dan soleh.

Renunglah dirimu wahai teman!

 

*diambil dari koleksi artikel yg ada.dipostkan khas untuk teman ku..moga kau kembali..(post ini juga untukku)

p/s:    exam is near…selamat maju jaya kawan2.inshaAllah kejyaan menunggu kita selagi usaha,dan mengharapkan terbaik kepada Nya serta bertawakal.

mengenang silap lalu,menangisi dosa silam,memandang ke hadapan,mengingat janji Tuhan…

salam…

taubat...

taubat...

 

 

 

mengenang silap lalu

menangisi dosa silam

memandang ke hadapan

mengingat janji Tuhan…

hari ini,itulah yang ana lakukan.sewajarnya setiap hari kita lakukan..setiap hari ana patut lakukan.seakan2 prosedur yang menjadi amalan..sebagaimana sebahagian muda mudi pembawa da`wah,yang masa lalunya terisi dengan kesilapan yg membawa kepada kehancuran hati,lalu terselaknya jendela hidayah,lalu masuklah cahaya Nya dalam hati dan mulalah rasa untuk berubah..

tapi,sehingga kini,dosa silam masih ditangisi.masih disesali..tapi mungkin,kalau tiada pengalaman itu,adakah kita akan sedar??

adakah kita yakin,kita mampu menentukan iman kita akan terus meningkat atau setidaknya kekal??

pengalaman yg akhirnya membolehkan seseorang untuk berubah kerna dia sudah memahami bahawa cinta dan keseronokan lalu adalah nafsu..dan hari2 yang dilalui hari ini adalah kebahagiaan walaupun kesibukan jasad dialami tetapi inshaAllah jiwa akan terus berbunga dan bahagia.walaupun pengorbanan lahiriah perlu dilakukan,itu adalah cuma bayaran-bayaran kecil sebagai perniagaan antara dia dan Kekasih nya..itu cuma sedikit byaran daripada nikmat yang banyak..kerna dia yakin,masa nya harus diisi untuk berkhidmat..kepada Kekasihnya,kepada ummat nya,kepada keluarganya,kepada pelajarannya.

namun,manusia tetap tak lari daripada kesilapan..bukanlah orang bertaqwa itu tak pernah melakukan kesilapan,tetapi setiap kali dia melakukan kesilapan,dia akan menyesalinya,bertaubat,menangisi dosa nya dan tidak melakukannya lagi..

 

lalu wajahnya akan memandang ke hadapan..melalui hari2 yang mendatang dengan kepastian dan tekad.untuk terus menjadikan setiap harinya sebagai perjuangan diatas jalan Allah..meletakkan niatnya dalam kehidupan untuk Nya..meletakkan hatinya hanya untuk Nya..mempersembahkan cinta nya hanya untuk Nya..sehingga lupa tentang cinta makhluk.sehingga lupa sama ada dia mampu mencinta makhluk lagi..adakah wajar??

 

lalu dengan hati itu,dan tekad serta semangat itu,dia berasa yakin dengan janji Tuhan nya..kerna dia yakin pintu taubat Tuhan nya melangit luas.. Dia yakin bahwa jika dia berdiri, Tuhan nya akan berjalan pada nya.jika dia berjalan,Tuhan nya akan berlari pada nya..apatah lagi kalau dia berlari kepada Tuhan nya…Kerna dia yakin cinta Tuhan nya maha hebat.maha agung..yang tak pernah dia rasai suatu masa dahulu..

 

lalu,mengalirlah lagi air mata ini…semoga manisnya cinta ini akan terus dirasa..

*cuma monolog diri..semoga bermanfaat…

bit taufiq wan najjah fil imtihan

salam ukhwah…

 

inshaallah 8 jun depan akan bermulalah satu perjuangan dalam medan peperiksaan bagi pelajar-pelajar geologi di sini.Selamat berjuang semua…

 

perjuangan dalam peperiksaan kita sangat2 pentingkan..tapi bagaimana perjuangan dalam kehidupan supaya kelak selamat di Padang Mahsyar dan dapat menyelamatkan orang lain juga daripada terlepas masuk ke jurang neraka?adakah kita fikir itu??  dapat result baik,sijil2 yang bermacam2,adakah itu cukup sebagai kehidupan pemuda???

 

malah sewajarnya potensi kita digerakkan dengan lebih lagi.patut diisi dengan memperbaiki diri, menigkatkan potensi dan kualiti,mentarbiyah dan seterusnya  menegakkan agama Allah.Bukannya masa kita yang terluang itu kita gunakan untuk flirt dengan kawan lawan jenis.konon atas dasar kawan.”’; ‘ala,kitorang kawan aje’…hurm..betulkah???

kita sudah menerima tarbiyah.kita sudah faham.kenapa perlu berpatah ke lembah kehinaan??

bukannya masa itu kita gunakan sepenuhnya untuk keseronokan sahaja.

 

Kalau mampu,bawalah manfaat untuk orang lain.Barangkali definisi seronok kita sudah sempit dalam cakupan seperti bermain-main dan berfoya-foya.Itukah seronok sebenarnya?? dan barangkali medan beramal dilihat sebagai perkara membosankan.medan membantu orang lain dilihat sebagai perkara yang sepi dalam pandangan mata. betapa kita telah dibutakan oleh sistem yang membutakan.

 

sahabat, 

masa kosong sebenarnya adalah lubang2 kemaksiatan..bukan kesenangan dan kelapangan

lihatlah,walaupun subjek yang bukan sedikit,tetapi masih ada juga ruang kosong yang tidak digunakan dengan baik,maka kemaksiatan lah yang senang kita lakukan.tanpa kita sedar ada mata kawan-kawan melihat.

 

dan pelik…

kita takut manusia tengok perbuatan kita yang kotor.tapi kita tak risau Allah tengok betapa kotornya hati kita!!maka akhirnya kotorlah perbuatan seperti kotornya hati!!

 

itulah sebabnya sampai hilang rasa malu.dari betapa kotornya hati hingga jadi kotornya perbuatan melanjutkan kepada hilangnya rasa malu..saya juga dahulu pernah mengalami.seperti biasanya pamuda-pamuda yang bercouple zaman kini,x ada rasa malu pun di khalayak ramai…sekarang bila saya sendiri lihat,saya rasa malu dan jijik dengan apa yang pernah saya lakukan.dan saya rasa sedih melihat mereka yang masih melakukannya..

 

maka bertaubatlah sahabatku..

orang bertaqwa itu bukan lah orang yg tidak pernah melakukan kesalahan.tetapi bilamana dia melakukan kesalahan,dia akan segera bertaubat , menangisi dosanya dan tidak melakukan dosa itu lagi…

jadi apa tunggu lagi..pintu taubat Tuhan mu terbuka luas..maka kau akan rasa sahabatku,apa makna cinta sebenar.cinta sejati..

bukan cinta palsu yang kau pamerkan…itu bukan cinta.itu nafsu!!    

*alhamdulillah,tadi berjaya membeli 14 buah buku dengan harga cuma 60 ringgit..ada jualan murah buku2 maka inilah peluang yang tidak akan saya lepaskan.Melabur pada buku anda tak akan rugi.biarlah kualiti kertas nye tak elok…InshaAllah,buku2 itu akan ditemani selepas tamatnya exam nanti..

Pelik!!!tapi BENAR niyh!!

Pelik tapi Benar

 

 

 

Peliknya umatku….
Bola punya hal,pukul 3 pagi boleh bersengkang
mata. Bola punya hal,ringan aje tubuh untuk
bangun diwaktu ayam pun tak bangun lagi Tapi,
pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat utk bangun jika
disuruh tahajjud 2 rakaat diwaktu sahur cukup
menyeksakan baginya.

Peliknya umatku..
menangis teresak-esak sbb penyanyi pujaan
terkeluar dari Akademi Fantasia air mata
sungguh murah melimpah pabila artis pujaan turut
menangis namun, berapa sgt umatku yg sudi
melinangkan air matanya sbg taubat kpd yg Esa?
berapa sgt umatku yg menangisi kerana
kematian seseorang ulama dan solehin?

Peliknya umatku….
sms berpuluh ringgit dgn senang hati dihantar,
janji penyanyi pujaan terpilih. jari-jemari begitu
ringan menaip nama penyanyi pilihan dan nombor
undian. tapi, jari jemari begitu berat utk
mengambil seringgit utk dimasukkan kedalam
tabung masjid tangan begitu kaku utk
menghulurkan seringgit dua ke jalan Allah.

Peliknya umatku….
gembira dia sbb anak pandai menyanyi dan
pandai main piano sedih sekali dia pabila
anaknya tak dpt masuk Akademi Fantasia.
Malaysian Idol, namun, tak ramai umatku yg sedih
jika zuriatnya buta al-Quran tak ramai umatku yg
resah jika anaknya tidak tahu sujud kpd yg Esa.

Peliknya umatku….
sanggup bersesak-sesak,berhimpit-himpit
dipadang konsert hiburan..
sanggup memberi komitmen memenuhi dan
memeriahkan konsert hiburan sedihnya..program
Allah 5 kali sehari di Masjid tidak dapat sambutan
meriah dari umatku mereka tidak sanggup untuk
berdiri dlm saf walaupun 5 minit cuma.

Peliknya umatku….
setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-
Quran tak cukup peringkat kebangsaan..dibuat
peringkat antarabangsa tapi,dengan al-Quran
masih lagi bersikap ikut selera mana rasa elok,
diamalkan..mana rasa tak elok untuk nafsu,baca
aje dah le.

Peliknya umatku….
setiap tahun mereka sanggup menjadi penunggu
setia kepada jam 12 mlm pd hari merdeka,
pada hari tahun baru jam 12 mereka akan
bersorak ramai-ramai..tak kira jantan betina
detik saat jam 12 ,saat yg ditunggu-tunggu tanpa
berkedip mata melihat jam besar. sedihnya..tak
ramai yg mampu dan mahu menunggu waktu
solat lebih awal di masjid

Peliknya umatku….
setiap kali aku menulis fakta yang benar dan
kenyataan tentang bangsaku, kaumku dan
umatku, pasti ada suara2 sumbang dan lantang
yang cuba mempertikaikannya umpama
menegakkan benang yang basah.

Tak salah rasanya kalau kita sedar dan
menyedarkan……

 

pelikkan???

 

*maaf,sajak diatas diambil dari koleksi artikel2 yang ada..sedang dalam persediaan menghadapi exam..Inshaallah,buah tangan sendiri akan diberikan setelah tamatnya exam.

SEPULUH WASIAT HASSAN AL BANNA.

SEPULUH WASIAT HASSAN AL BANNA.

 

  1. 1.    Apabila mendengar azan, segeralah mendirikan solat walau dalam keadaan apa sekali pun.

 

  1. Bacalah al-Qur’an, tatapilah buku-buku, pergilah mendengar perkara-perkara yang baik, amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.
  2. Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu, adalah satu-satunya syiar Islam.
  3. Janganlah banyak bertengkar kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan kebaikan.
  4. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
  5. Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
  6. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring adalah resmi yang sia-sia dan boleh menyakiti hati orang.
  7. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan mengecam sesebuah jemaah; dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.
  8. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Ikhwan Muslimin yang ditemui walaupun dia tidak meminta saudara berkenalan dengannya… asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.  Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada; oleh itu tolonglah saudaramu agar mereka dapat menggunakan masa dengan berfaedah; dan jika anda mempunyai tugas sendiri, ringkaskanlah pelaksanaannya.