Dakwah ini bukan untuk orang yang :………….

Tarbiyyah bukan untuk orang yang manja.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.

Da’wah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.

Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti-yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.

Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

Bukan bagi yang meletakkan da’wah hanya untuk mencari calon akhawat sebagai sang isteri,

-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan..Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.

yang cepat mengalah,

-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.

-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong

-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh jarah wa ta’dil harakh ini dan itu.

Da’wah bukan untuk orang yang ikut liqa hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.

Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.

Da’wah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.

Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.

Da’wah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.

Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Da’wah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, da’wah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa da’wah,
Belum tentu kita akan Berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Da’wah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda. Berbahagialah seadanya.

Tarbiyah dan Da`wah ini akan terus berjalan DENGAN KITA atau TANPA KITA!! maka pilihan di tangan kita!! mahu mencipta sejarah atau menjadi sejarah??

* ketukan untuk diriku!!!

3 thoughts on “Dakwah ini bukan untuk orang yang :………….

  1. kutukan untuk diri saya juga
    tapi bg saya, tarbiyyah memang untuk orang-orang yg tersebut
    atas tarbiyyahlah dengan izin Allah yang membuat perubahan
    orang yang mcm boss, manja, senang penat, malas dan tahu cakap ini
    dengan tarbiyyahlah mereka akan jadi yang lebih baik
    betapa jahiliyyah pun seseorang itu, jika tarbiyyah adalah pilihannya secara langsung atau terpaksa
    dengan izin Allah, merekalah org terhebat suatu hari nanti
    itulah kamu, dan saya dan semua orang
    kita didakwah kemudian ditarbiyyah kemudian berdakwah kemudian mentarbiyyah
    all the best!!!

  2. salam

    aishah : kamu benar.dan ini adalah khas kepada kita yg berusaha dalam jalan da`wah dan tarbiyah supaya ingat dan tidak putus asa.macam mana penat pun kita,bagaimana sibuk pun kita,perlu kita terus berada pada jalan ini.pada usaha ini.kerana ujian dan mehnah itu adalah kasih sayang Allah kepada kita.

    lea yana : salam,benar juga.wa iyya ki.segala artikel dalam laman ini kalau diperlukan,copy sahaja.x perlu minta izin dan x perlu tulis siapa pengarangnya.tapi kalau perlu dalam aspek referncing untk meningkatkan kepercayaan bahawa apa yg dituliskan bukanlah dongengan,maka jika perlu,tuliskanlah siapa pengarangnya.semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s