PEMUDA, APA YANG KAU TUNGGU LAGI!!!!

Salam ukhwah.salam perjuangan.

Pemuda? kenapa selalu sahaja pemuda menjadi topik perbincangan yang hangat.tidak kira dalam arus politik negara,dalam medan da`wah bahkan dalam apa2 sahaja.apa yang ada pada pemuda? apa ada pada pemuda?

bahkan sejarah dunia banyak sekali episod-episod kisah yg hebat di lakarkan dalam catatan sejarah dunia hasil karya pemuda2 terbilang?

Ciri-ciri Pemuda

Baiklah,mari kita merenung sebentar,apa ada pada diri kita?sebagai pemuda?

pemuda itu adalah generasi dimana dirinya telah baligh hingga ke lingkungan 30 tahun. pada diri pemuda itu ada nya :

  • semangat yang kuat membara
  • jiwa yg besar dan kuat
  • badan yg tegap dan bertenaga
  • nafsu yg memuncak
  • kesanggupan untuk melakukan sesuatu perkara
  • idealistic.

dan bukankah itu benar?Sukarno pernah berkata,

berikan aku 10 orang pemuda, aku akan menggoncang dunia!!

dan bukankah itu benar?

 

pada diri pemuda ini ada semangat yg membara.bilamana berkata tentang perjuangan,dirinya lah penuh dengan semangat yg membuak.Dia punya jiwa yg besar yang sanggup menerima cabaran.Jiwanya besar sehingga masalah dilihatnya sebagai kecil.Dia punya badan yang tegap dan penuh tenaga yang dia boleh gunakan.Dia punya nafsu yg memuncak.Bilamana dia diarahkan untuk melakukan sesuatu,dia sanggup melakukannya.Dia punya fikiran yg idealistic.Impikan utopia.Impikan yg terbaik.

I NAK JADI PEJUANG

Pernah teringat(moga boleh jadi pedoman), berbual dengan pensyarah disini.Dia bertanyakan pandangan saya tentang politik.Tentang apa yg saya nampak.dan saya beritahu apa yg saya inginkan.sebuah negara dimana rakyatnya tidak ada syak wasangka pada apa dan mana2 bangsa.pada ketika keadilan diterima untuk semua tetapi hak bangsa asal tanah Melayu ini tidak dicurigai.pada ketika politik dan pemimpinnya boleh duduk semeja dan faham bahawa mereka itu hanya orang2 tua biasa kalau tiada kami,rakyat mereka, dan bukannya bertekak siapa yg betul dan salah dan bergaduh. dan mereka faham bahawa tanggungjawab mereka adalah pada aset negara,ya`ni rakyat dan aset negara terbesar adalah pemuda didalam rakyat itu!!  

mudah jawapan lecturer saya : You are too naive Tajul.You are very idealistic and that is very good.However,it is unrealistic.. dan saya agak rasa tertampar dengan apa yg dikatakan..mungkin waktu itu sebelum mengenal tarbiyah,saya mungkin boleh menerima.tetapi kini saya lihat, itu bukan lagi unrealistic.Islam lah yg akan menyediakan segalanya apa yg sy inginkan dalam negara ini.

 

Pemuda itu Cuma satu tiada pada nya :kematangan.

Kerna itu Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul ketika  umurnya 40 tahun.ketika kekuatannya masih ada sebagai seorang yg muda dan ketika baginda telah keluar dari generasi kepemudaan yg tidak matang kepada kematangan.Lihat,cantik Allah susun.Rasul itu masih punya kekuatan dan dalam masa yg sama telah matang dirinya.

Dan betapa Allah inginkan kita lihat betapa pentingnya pemuda ini  diturunkan Nya surah Al Kahfi.Kisah tentang pemuda-pemuda Kahfi yang beriman dan berdiri di hadapan pemimpin yg zalim dan terpaksa menyelamatkan diri bagi menyelamatkan iman mereka!

إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى

Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(Kahfi:13)

Kisah pemuda KAHFI dalam Quran bukan sekadar cerita kosong.Ianya adalah ibrah(pengajaran) tentang sifat pemuda itu.Sifatnya yg tidak mahu melihat kemungkaran.Sifatnya yang berani!Sifatnya yg sanggup berdiri di hadapan pemerintah zalim dan berkata “Tuhan ku adalah Allah yg Esa!!”, walaupun dia tahu dengan dia berbuat demikian nyawanya akan melayang!!Itulah pemuda yg ada jati diri :

laisal fata’ man qala haza abi.walakinnal fata’ man qala ha ana za!!

bukanlah pemuda itu yg berkata ini bapaku.Tetapi pemuda itulah yang berkata ,INILAH AKU!!

 

Itulah pemuda.Dia punya jati diri,keberanian dan kekuatan yang menggegar.Dia punya jati diri untuk mengatakan ini adalah aku dengan yakinnya.Dia tidak malu menyatakan itulah dirinya dan tiada yang lain mampu menggugat dia!!

perjalanan

Kita lihat kepada sirah nabawiyah.Ia bukan sekadar kisah-kisah kosong.Sahabat-sahabat Rasulullah adalah pemuda!Kita tak lihat semua itu sebagai pengajaran.Abu Bakar lebih muda daripada baginda s.a.w sebanyak  tiga tahun. Umar bin al-Khattab, ketika memeluk Islam berumur dua puluh tujuh tahun. Usman bin Affan lebih muda daripada Rasulullah s.a.w.manakala Ali pula adalah yang termuda di kalangan mereka semua. Begitu juga Abdullah bin Mas’ud, Said bin Zaid, Abdul Rahman bin Auf, Bilal bin Rabah, Mus’ab bin ‘Umair dan berpuluh-puluh bahkan beratus-ratus lagi dari kalangan para sahabat semuanya adalah pemuda!!bahkan pejuang badar adalah pemuda kebanyakannya!!

 

Kita lihat pula Sultan Muhammad Al Fateh pembuka Constantinople.Dia cuma berumur 21 tahun ketika itu.satu tahun lebih tua sahaja dari saya.Lihat pula Salahuddin Al Ayubi betapa di gunakan masa mudanya.Lihat pula apa Hassan Al Banna lakukan pada waktu mudanya sehingga mampu menubuhkan Ikhwan Muslimin pada ketika usia muda!! mereka lah pemuda yang kenal diri mereka!!kenal potensi diri mereka!!

.Betapa besarnya potensi pemuda itu.tapi sayang,kita tak sedar!!Di Indonesia,Suharto dijatuhkan oleh Mahasiswa.oleh gerakan Mahasiswa!!Di Malaysia,para pemuda pernah luas pengaruhnya!!Cakap sahaja dimana ceruk dunia.tapi sayang,potensi kita disalah salurkan.Potensi kita disalah gunakan.Masa muda ini lah untuk membina potensi kerana :

 

لاتزول قد ما عبد يوم القيامة حتى يسأل عن أربع :عن عمره فيما أفناه وعن شبابه فيما أبلاه وعن

ماله من اين اآتسبه وفيما انفقه وعن علمه ما عمل فيه

Maksudnya: Tidak melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga dia ditanya tentang umurnya pada apa yang telah dihabiskannya, masa mudanya pada apa yang telah dipenuhkannya,hartanya dari mana dia mendapatinya dan ke mana dia membelanjakannya dan ilmunya apakah yang telah dilakukan dengannya.

 

 

Masa muda bukan lah masa untuk bersuka ria.Bukan lah masa untuk bersenang-senang.Bahkan ketika masa kosong dan lapang itulah sebenarnya pintu kemaksiatan dan panggilan nafsu rancak membuak.Tutuplah pintu kemaksiatan itu!!bukan masuk kedalamnya dan menyalurkan potensi kita pada kemaksiatan!!

NO COUPLE

Kerana itu lah yg terjadi kini.Ketika pintu kemaksiatan hasil daripada penuh kelapangan (mungkin kerna AUKU) terbuka luas!! maka lahirlah segolongan yg berani “jihad” di jalan raya.Ramai yang diatas kamar pengantin sebelum nikah!!Ramai yang bercinta dengan kawan sejenis!!!Yang berpimpin tangan dengan kawan lawan jenis.tanpa segan silu bercium peluk dianggap macam perkara biasa!! dan menjangkakan adalah asing dan pelik jika seseorang itu tidak ada kekasih hati!! Wahai pemimpin ku, ini kah pemuda yang kamu mahu menggantikan kamu!! Inilah pemuda yang kamu asuhkan daripada sistem ciptaan kamu sendiri!!

Kenapa masalah ini berlaku.Kita punya banyak masalah remaja,sampai botak kepala pemimpin kita!!tapi kita tak cari puncanya!!

 

Punca cuma satu:tiadanya kefahaman terhadap Islam ini!

Tiada kefahaman yg sempurna!!Kita fikir,kita dah solat lima waktu penuh,baca Quran,puasa ramadhan,itu dah cukup.Kita juga ada result yg baik.Itu dah cukup..Saudaraku,itu bukan lengkapnya Islam.Islam ini sempurna.satu sistem yg lengkap.bukan kita asingkan ibadah dan aktiviti seharian.Bahkan aktiviti itu adalah ibadah!!Tak cukup lagi!!ummat sekarang makin rosak..ini tugas kita!!

 

seronok kah anda duduk,cuma bersolat,penuhkan pelajaran tetapi sahabat di luar sana jauh daripada Islam??apa anda ingin jawab kalau Allah tanya

“Aku telah berikan kau ilmu untuk bawa ummat ini kepada Ku.Adakah telah kau tunaikan??”

Saudaraku,kita punya potensi yang luas.Ada relevance nya Allah menurunkan Adam A.S ke bumi.Kalaulah manusia ini terus di syurga,manusia tak kan dapat berkembang.seperti anak yg dimanjakan.dapat segala yang diinginkan.Tapi di bumi,ada mehnah dan ujian.dan ujian itu lah yg membentuk kita dan menyerlahkan potensi kita.

Tea shows its quality in hot water

Bukankah begitu.Kerana itu lah kita dapat lihat betapa besar potensi ibu bapa kita.betapa jauh mereka melonjak.kerana masa muda mereka adalah kepayahan.dan mereka gunakan kepayahan itu sebagai batu loncatan mereka!!

Abu Bakar lebih muda
daripada baginda s.a.w sebanyak tiga tahun. Umar bin al-Khattab, ketika memeluk Islam
berumur dua puluh tujuh tahun. Usman bin Affan lebih muda daripada Rasulullah s.a.w.
manakala Ali pula adalah yang termuda di kalangan mereka semua. Begitu juga Abdullah
bin Mas’ud, Said bin Zaid, Abdul Rahman bin Auf, Bilal bin Rabah, Mus’ab bin ‘Umair dan
berpuluh-puluh bahkan beratus-ratus lagi dari kalangan para sahabat semuanya adalah
pemuda

APA PERLU KITA BUAT??

Tanggungjawab besar terletak pada kita.Rasulullah bersabda :

 

أوصيكم باالشباب خيرا فانهم أرق أفئدة لقد بعثنى الله بالحنفية السمحة فحالفنى الشباب وخالفنى

الشيوخ

Maksudnya: Aku berpesan kepada kamu supaya berbuat baik kepada pemuda, sesungguhnya hati mereka paling lembut. Sesungguhnya Allah telah mengutus aku membawa agama Hanafiah lalu para pemuda bergabung dengan aku dan orang-orang tua menentang aku.

lihat betapa Rasulullah melihat potensi pemuda itu.kerna pada pemuda itulah ada tenaga yg besar.ada kekuatan dan hati serta jiwa raksasa.Tapi dia perlu dipandu!!bukan dijatuhkan semangatnya!!Bukan terus dihukum salah dan silap.Pemuda itu perlu ditunjukkan jalannya. Dia tiada pengalaman seperti orang tua.Dia tiada kematangan seperti orang tua.Tapi dia ada segala yang lain apa yang orang tua tiada biar pun dia miskin harta,pengalaman dan kematangan.

Dia perlu dipandu wahai pemimpin ku.Bukan disekat potensinya.Bila disekat, maka pemuda ini mencari jalannya sendiri menyalurkan potensinya.Dan kalaupun ada yang sedikit kesedaran akan bergerak dalam perjuangan mereka sendiri.sama ada menentang atau menyokong sistem yang telah mereka anuti. Jadi pemimpin ku ,kenapa anda perlu marah terhadap acuan anda sendiri?? Anda yang telah membentuk kami..Dan bilamana kami mahu bergerak,anda marahkan kami dan sekat kami. Adakah anda lebih suka kami mati di jalanan, mabuk dengan arak dan ganja, berpelukan tanpa segan silu, lemas dalam kelab malam dan disko berbanding membina potensi kami?? anda yang menyekat kami sedangkan sepatutnya anda bimbing kami dan tunjukkan jalan nya.

Pemuda ini perlu diberi kefahaman apa itu Islam.Apa itu sempurnanya Islam sebagai sistem dan betapa perlunya Islam itu diletakkan sebagai Ustaziyatul Alam..

Itulah sepatutnya kita penuhkan pada diri kita: KEFAHAMAN.Kerna dengan kefahaman itulah baru terbinanya kekuatan untuk bergabung.untuk bergerak.Untuk jati dirinya tidak goyah.Untuk perjuangannya hanya untuk Allah.bukan untuk nasionalisme,sifat kebangsaan atau barangkali perjuangan  merempit!!

Carilah pada masa kita dan setiap saat kita untuk bergerak di jalan Allah.bergabunglah di jalan Allah.Bergeraklah dalam tarbiyah!! Jangan ikut da`wah hanya kerana nak mencari calon akhwat untuk jadi calon menantu buat maka kita kerna inginkan perempuan yg baik2.Jangan masuk da`wah kerana niat untuk dapat nama!! Bergeraklah dalam da`wah dan tarbiyah kerana niat kerana Allah.Hanya untuk Allah.Hanya dengan Allah.Hanya kepada Allah.Jadilah kita rahib di malam hari dan satria di siang hari.Tak kan pernah mengisi masa yang luang dengan kemaksiatan dan lagha.Biarlah betapa kita jadi buzy sekalipun,itu lebih baik daripada membuka ruang untuk kemaksiatan menjengah.Biarlah AUKU menghalang , kita tetap isi masa yang lapang itu dengan tarbiyah.dengan usaha da`wah.

Saudaraku,

Kerja Kita Banyak.Masa Kita Sedikit.Apa Lagi Kita Tunggu!!!!

7 thoughts on “PEMUDA, APA YANG KAU TUNGGU LAGI!!!!

  1. seruan dari dunia islam..
    ya allah..
    bantulah kami dalam menegakkan kembali daulah khilafah..
    supaya tertegak semula islam di muke bumi mu ini ya allah..

  2. salam.. mak cik gembira ada anak muda seperti ini.. boleh tak bagi tau mak cik url apa utk dapatkan hadis dgn terjemahannya dalam tulisan jawi.. puas search tak dapat.. yg ada dlm bahasa inggeris je

    selamat meneruskan perjuangan.. dan semoga dirahmati Allah

  3. assalamua’alaikum

    saya tercabar membaca tulisan saudara. seakan bergegar hati lantaran mengagumi semangat yang dikobarkan. subahanallah, jika tidak dimulakan daripada sdara, jika tidak dimulakan dari penulis sendiri, siapa lagi yang mahu memulakan. ini cabarannya apabila kita menulis. mohon dengan sangat agar Allah mengakhlakkan diri kita dengan akhlak tulisan yang tertulis.

    saya mahu hamburkan rasa kesangsian saya dengan pemuda zaman serba boleh ini. mencari pemuda seperti sdra gambarkan bagai mencari permata diserak kaca. permata bukan sebagai suami tetapi permata seperti Al-Fateh, Al-Farisi, Albanna..subhanallah, mana mahu dicari sekarang ini.

    kita memerlukan pemuda pemula. kita perlulan pemuda pembangkit. kita perlukan pemuda pencetus.kita perlukan pemuda pelaksana. kita tidak perlukan pemuda yang ‘pengata’. banyak kata tapi sikit kerja. kami menunggu. sungguh menunggukan kemunculan pemuda ini. setiap kali saya melangkah melihat gelagat pemuda, saya itu saya kerap-kerap datangkan susuk pemuda yang Islam inginkan. namun, bayang pemuda seperti itu terus tenggelam dan hilang.

    kalian, pemuda! apa yang ditunngu lagi??

    • salam perjuangan saudari.

      semoga tuliasan saya ini mampu memberi manfaat.inshaAllah..

      benar dan tepat.kita banyak sekali mengaju kata tanpa mengotakan kata.kita banyak sekali melaungkan slogan kosong dan ayat2 menggegar kan telinga. Tapi Islam bukan tertegak dengan kata-kata.Islam tidak tertegak dengan ceramah-ceramah.Islam bermula dengan tarbiyah.dengan tarbiyah di rumah Al Arqam bin Abi Al Arqam.

      saya menerima kata saudari sebagai doa’ supaya akhlak saya sama dengan apa yang ditulis.supaya perjuangan saya sama dengan apa yang diungkap.aminn..

      saudari,yang kita ingin lihat adalah usaha.kalau kita lihat pada zaman sekarang dimana umat ini dan generasi ini khususnya adalah acuan daripada pemikiran-pemikiran yang terpesong.mentaliti-mentaliti dan acuan sikap yang lari daripada Islam. cuma yang ada adalah Islam pada pakaiannya,pada namanya..kalau pada sebahagian pemuda da`wah,mungkin Islamnya nampak pada kata-katanya,pada ceramah dan tazkirah serta ta’lim nya.pada kopiah dan serbannya..

      tetapi Islam bukan itu sahaja.Islam itu lebih lagi.Pemuda Islam itu lebih lagi.Dimana hatinya tidak menerima cinta lain selain Allah.perjalanan hidupnya dipenuhkan dengan amal kepadanya.biarpun ilmu agamanya tidak hebat,tidak mantap,dia tidak pernuh jemu untuk terus bergerak dan meningkatkan diri.Biarlah pemuda itu dibenci manusia sekalipun dia tetap akan bergerak.dia menjaga akhlaknya kepada manusia sebagaimana dia menjaga akhlaknya kepada Allah. Sungguhpun Islam itu tidak nampak pada luarannya kerna tiada kopiah di kepala,tiada tasbih di tangan,tetapi usaha,amal,semangat dan paling penting nya adalah fikrahnya adalah Islam yang syumul.Islam yg sebagaimana Rasulullah gariskan.Islam sebgaimana salafussoleh amalkan.Islam sebgaimana Hassan Al Banna terapkan..

      KITA MEMANG BENAR PERLUKAN PEMUDA PELAKSANA .BUKAN PEMUDA YANG CUMA PANDAI BERKATA-KATA!
      KITA PERLUKAN PEMUDA PEJUANG,BUKAN PEMUDA CUMA DUDUK BERSENANG-SENANG!!

      apa yang kita nampak hari ini kebanyakannya adalah Islam pada luaran.bukan pada pemikiran dan isinya.Islam pada kata-katanya dan ibadahnya.bukan pada shahdahnya.bukan pada fikrahnya.kita perlukan pokok yang kuat supaya ranting dan buahnya elok..jadi,sama juga,kita perlukan fikrah dan aqidah yang mantap untuk hasilkan akhlak dan perjuangan serta diri yang hebat.kerna itu digariskan salimul aqidah(aqidah yang salim) sebagai pemula kepada sifat tarbiyah itu,kemudia barulah sahihul ibadah.kemudian diikuti dengan yang lain.kan cantik Hassan Al Banna manualkan untuk kita.tapi kita cuma lihat sebagai garisan-garisan kosong sahaja.bukan diambil sebagai pengajaran.

      saudari,kita lah yang wajar jadi pemula.jadi agen pengubah supaya pemuda yang sedia ada yang diasuh oleh sistem yang terpesong ini dibetulkan pada jalan yang lurus.saya juga adalah produk daripada sistem itu.saudari juga mungkin produk daripada sistem itu.Alhamdulillah,kita sudah nampak dan kita sudah faham.jadi apa tunggu lag wahai pemuda??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s