mengenang silap lalu,menangisi dosa silam,memandang ke hadapan,mengingat janji Tuhan…

salam…

taubat...

taubat...

 

 

 

mengenang silap lalu

menangisi dosa silam

memandang ke hadapan

mengingat janji Tuhan…

hari ini,itulah yang ana lakukan.sewajarnya setiap hari kita lakukan..setiap hari ana patut lakukan.seakan2 prosedur yang menjadi amalan..sebagaimana sebahagian muda mudi pembawa da`wah,yang masa lalunya terisi dengan kesilapan yg membawa kepada kehancuran hati,lalu terselaknya jendela hidayah,lalu masuklah cahaya Nya dalam hati dan mulalah rasa untuk berubah..

tapi,sehingga kini,dosa silam masih ditangisi.masih disesali..tapi mungkin,kalau tiada pengalaman itu,adakah kita akan sedar??

adakah kita yakin,kita mampu menentukan iman kita akan terus meningkat atau setidaknya kekal??

pengalaman yg akhirnya membolehkan seseorang untuk berubah kerna dia sudah memahami bahawa cinta dan keseronokan lalu adalah nafsu..dan hari2 yang dilalui hari ini adalah kebahagiaan walaupun kesibukan jasad dialami tetapi inshaAllah jiwa akan terus berbunga dan bahagia.walaupun pengorbanan lahiriah perlu dilakukan,itu adalah cuma bayaran-bayaran kecil sebagai perniagaan antara dia dan Kekasih nya..itu cuma sedikit byaran daripada nikmat yang banyak..kerna dia yakin,masa nya harus diisi untuk berkhidmat..kepada Kekasihnya,kepada ummat nya,kepada keluarganya,kepada pelajarannya.

namun,manusia tetap tak lari daripada kesilapan..bukanlah orang bertaqwa itu tak pernah melakukan kesilapan,tetapi setiap kali dia melakukan kesilapan,dia akan menyesalinya,bertaubat,menangisi dosa nya dan tidak melakukannya lagi..

 

lalu wajahnya akan memandang ke hadapan..melalui hari2 yang mendatang dengan kepastian dan tekad.untuk terus menjadikan setiap harinya sebagai perjuangan diatas jalan Allah..meletakkan niatnya dalam kehidupan untuk Nya..meletakkan hatinya hanya untuk Nya..mempersembahkan cinta nya hanya untuk Nya..sehingga lupa tentang cinta makhluk.sehingga lupa sama ada dia mampu mencinta makhluk lagi..adakah wajar??

 

lalu dengan hati itu,dan tekad serta semangat itu,dia berasa yakin dengan janji Tuhan nya..kerna dia yakin pintu taubat Tuhan nya melangit luas.. Dia yakin bahwa jika dia berdiri, Tuhan nya akan berjalan pada nya.jika dia berjalan,Tuhan nya akan berlari pada nya..apatah lagi kalau dia berlari kepada Tuhan nya…Kerna dia yakin cinta Tuhan nya maha hebat.maha agung..yang tak pernah dia rasai suatu masa dahulu..

 

lalu,mengalirlah lagi air mata ini…semoga manisnya cinta ini akan terus dirasa..

*cuma monolog diri..semoga bermanfaat…

16 thoughts on “mengenang silap lalu,menangisi dosa silam,memandang ke hadapan,mengingat janji Tuhan…

  1. Assalamualaikum w.b.t
    Saya baru pertama kali melihat laman ini..saya tertarik dengan apa yang tertulis di sini…
    saya masih belajar di sekolah menengah..jadi masih banyak perkara yang perlu saya pelajari..
    saya akui saya tidak begitu arif tentang agama..
    saya ingin bertanya,adakah bercinta sesama manusia yang masih belum ada ikatan apa-apa itu salah walaupun dijaga batas pergaulannya?
    Dan bagaimanakah untuk memperkuatkan keimanan kita kepada Allah?

    • salam ukhwah

      salam ukhwah.

      boleh saya panggil kamu sebagai adik?

      inshaAllah saya akan menjawab dengan kapasiti sebagai seorang pelajar juga lah yang pernah merasa bercinta berkali-kali dalam umur masih muda.saya juga bukan pelajar jurusan agama dan hukum fiqh..

      macam ni.pertama,kita jangan lihat cinta itu sebagai salah.cinta itu adalah satu ciptaan Allah jugak sebagai satu nikmat kepada manusia.cinta ni luas.cinta antara 2 manusia tak salah.bahkan cinta ini sangat Allah anjurkan.dalam hadis berkata x beriman seseorang kamu selagi dia tak mencintai saudara(seislam nya) sebagaimana dia mencintai diri dia sendiri.

      dan adik, cinta ini juga luas untuk keluarga,ibu bapa,kawan2 dan adik beradik.

      jadi kita fokuskan pada soalan pertama.harap dapat difaham dengan mudah.mencintai itu tidak salah bilaman kecintaan itu tak membawa kepada keburukan.dan keburukan tu biar saya cuba jelaskan..

      bilamana kita katakan tentang orang yg kita cinta,kita akan sentiasa ingatkan dia,sayangkan dia,banyak sebut nama dia,seronok bersama dia,takut kalau dia marah,tak nak dia merajuk atau sakit,harapkan dia sentiasa ada di sisi.betul kan?sebab saya juga pernah merasa

      jadi sekarang,bandingkan cinta kita kepada Allah sama tak dengan cinta kita kepada manusia iaitu insan yg kita sayang tadi.sama tak kita rasa seronok ketika bersama dengan insan tersayang atau kita seronok bersama dengan Allah di tikar sejadah.sama tak serononk nya berbicara dengan insan trsyng dengan sronoknya bicara dengan Allah ketika tahajjud di malam hari.

      .kalau lah sama atau kita lagi sayangkan insan 2 dari kita cintakan Allah,maka kita dah cipta tandingan selain Allah..

      adik rujuk surah Al Baqarah ayat 165.

      adik,manusia senang bicara yang cinta teragung adalah cinta Tuhan.tapi kita buat x apa yang kita katakan..macam mana cara kita cintakan Allah??kalau kita cintakan sesuatu,kita mesti nak menyenangkan sesuatu yang kita cintakan kan?jadi adakah kita ni sentiasa nak menyenagkan Allah ya`ni mencari redha Dia atau kita cuma pndai bercakap.kalaulah cinta kita pada manusia itu melebihi cinta kita pada Allah,itu bukan lagi cinta.itu dah jadi nafsu.dan kalau lah cinta kita pada Allah lebih dari cinta kita pada manusia,maka kita tak kan meletakkan cinta yang x diredhai Allah itu dalam hidup kita.

      apa yang saya belajar,maksud Tuhan atau dalam bahas arab nya adalah ‘ilah’ yang berasal dari perkataan alihan (rujuk materi tarbiyah kalau adik pernah dengar pasal usrah..bab shahadah) bermaksud yang kita cinta pada nya,yang kita takut pada nya,yang kita berharap pada nya dan yang kita ingin pada nya..kalau 4 kriteria ni kita penuhi pada cinta kita pada seorang insan,maka bukankah kita dah letakkan karakter ‘ilah’ tadi pada seorang makhluk.maka kan kita dah cipta tandingan2 selain Allah.

      sekarang cuba cek pulak lafaz shahadah.asyhaduanlla ilah ha illallah.. ya’ni aku bersaksitiada Tuhan(ilah) yang disembah selain Allah.kalau lah kita dah shahadah dan berjanji apa kita janjikan.tapi apa yang kita buat 2 lain daripada yang kita shahadahkan,maka kita dah langgar persaksian.

      jawapan yang saya berikan ni termasuklah walaupun kita betul2 jaga perhubungan.nak berdating bawak orang ke-3.x nak selalu berjumpa.cuma bermessage.walaupun message2 agama.bayangkan,apa yang dibuat itu salah kerna hati tak terjaga kesuciaannya untuk hanya letakkan cinta tertinggi hanya pada Allah bahkan di selindung dengan bunga2 keagamaan. dalam Quran ada sebutkan bahawa syaitan ini membuatkan mata kita memandang indah perbuatan yang keji.maka kadang2 kita ingat baik.tapi sebenarnya tidak.

      dalam Islam tak pernah ada istilah bercouple ni.atau bercinta syarie tanpa kahwin.yang ada cuma nikah.rujuk kata2 mufti harussani.kita sebenarnya dah salah anggap pasal konsep cinta.dianggap yang kena bercouple dulu.then bertunang.then kahwin.sebenarnya fasa bertunang adalah fasa untuk saling mengenal dengan batas yang terjaga ya`ni perlu ada muhrimnya skali.dan hanya berbincang perkara yang perlu.maka disitu kenal hati budinya dan hati budi keluarganya.kalau tak berkenan,maka x perlu diteruskan pertunangan.dan dianjurkan supaya bertunang tak perlu dihebahkan.bila berkahwin perlu dihebahkan.cantik Islam dah aturkan

      sekarang ni dah lain.kita kenal dulu dengan bercouple.kadang2 terlanjur.akhirnya kahwin tanpa pelamin.hasilnya banyak anak2 Islam yang aksi2 nya ditayang di laman web.bukan sedikit.

      lihat bila kita tak ikut apa yang Islam anjurkan.

      kita mungkin nampak pelik anjuran Islam ni.sebenarnya relevan nya adalah menjaga kesucian hati dan maruah.kesucian jasad dan jiwa.terutama sekali maruah wanita.perempuan ni makhluk yang Allah amat sayang sampai hukum2 Islam banyak menjaga maruah wanita supaya tak tercalar.tak kotor.contohnya disaran supaya bertunang jangan dihebahkan supaya kalaulah tak berkenan hati selama dalam proses mengenal,maka diputuskan tunang.maruah wanita tetap terjaga.tidaklah rasa tercalar.kerna tak siapa yang tahu kecuali keluarga terdekat.

      jadi,untuk persoalan ni harap adik faham.x salah bercinta.tapi adakah kita yakin yang kita mampu jaga hati kita hanya untuk letakkan Allah sebagai yang teragung.cinta paling agung.kalau lah kita bercouple sampai terlupa waktu solat.2 ada masalah 2.x de istilah cinta syarie tanpa kahwin.cinta syarie hanya dengan nikah.itu sahaja.tulah cinta yang indah.bilamana 2 orang yang terhormat,yang maruahnya dijaga merasai nikmat bercinta dengan ikatan yang sah.

      yang saya ceritakan bukan sahaja perihal pergaulan dan batas2nya.tapi apa yang saya cuba sampaikan adalah melindungi hati kita daripada mencipta tandingan selain Allah.kita mungkin nampak tandingan itu dalam bentuk berhala.tapi berhala juga ada berhala hidup kan..

      anjuran bagi orang yang belum bernikah dan belum mampu,berpuasalah.tundukkan pandangan.lekatkan hati pada Islam dan ibadah.maka cinta manusia tak lagi dipandang tinggi.nikmatnya cinta tu akan dapat dirasa dalam hidup sehari2 bilamana rasa keterikatan hati antara Pencipta dan makhluk.

      jadi kita masuk persoalan kedua.

      tentang iman.iman manusia ni berubah2.dalam Quran ada mengatakan “wahai Tuhan yang membolak balikkan hati”..maksudnya hati kita ini tak tetap.sentisa berbolak balik.antara fujur dan taqwa.antara iman dan kufur.imamalaikat sentiasa tetap.iman nabi sentiasa naik.iman insan biasa berubah2.kenapa??sebab Allah nak uji manusia siapakah yang paling baik amalannya..rujuk Al Quran tentang itu.senang,kalau kita tak faham tentang hal kehidupan,rujuk Quran.ada segalanya.

      saya bagi analogi,kalau kita ada satu laptop acer,kita bagi kedai2 biase je repair,laptop 2 x kan elok sepenuhnya.mesti ada sumthing wrong jugak.paling2 tahan pun dalam2,3 bulan sebelum komputer crash balik.tapi kalau kita hantar kt workshop acer yg kt malaysia ni ada 2 je tmepat,laptop 2 jadi cam baru je beli.laju je guna.lancar je.

      analogikan iman 2 sebagai laptop.kalau nak kan sembuh maka kembalilah kepada pencipta iman tu.bukan kembali dalam roh keluar dari jasad.tapi dekatkan diri dnegan Allah.tapi ada syaratnya,perlu ada kefahaman dan perlu ada ilmu.bukan menjadi abid.tapi menjadi a’lim.nak rasa keindahan solat,kena faham kenapa perlu solat..sebagaimana nak rasa sedapnya durian,kena lah faham macam mana sedapnya durian tu..nak rasa sedap lagi durian,kena tahu macam mana cara penanam durian tu tanam durian.baru kita appreciate.macam ibadah lah..kita kena tahu kenapa perlu ibadah dan kepada siapa kita ibadah..Allah itu siapa.kenal siapa Allah tu.kenal tujuan kita ibadah.bukan setakat solat kosong2.maka akhirnya penat2 solat tetap buat maksiat.tak mengubah pun diri.sedangkan solat itu mencegah fahsya dan mungkar.

      untuk kefahaman agama dan ilmu agama tu kita boleh bincang kemudian.adik boleh sentiasa email inshaAllah.akan dibalas.

      apa yang saya tuliskan atas kapasiti seorang pemuda biasa yang bukan pelajar lulusan sekolah agama,maahad atau sedang ambil pengajian Islam..saya juga dahulu pernah melalui pengalaman2 ini bahkan tanpa ada rasa nak membataskan pergaulan.cinta seperti itu memang seronok..kerana yang seronok nya adalah nafsu.bahkan sya juga dalam proses perbaiki diri.

      cuba bayangkan dik,sebelm berdating atau bercouple malalui handphone, baca doa dulu.ada rasa bersalah x?ada x rasa x kena?sebab dik,fitrah hati manusia ni suci.x nak dikotorkan.hati x boleh terima kekotoran 2 dan cuba menolak.tapi nafsu kita mengiakan.dan syaitan membuatkan pandangan kita pada maksiat sebagai cantik dan indah sampai kita selindung kan kebathilan dengan cebisan2 camouflage kebaikan.

      nanti kita boleh bincangkan lagi banyak benda.yang boleh dijelaskan inshaallah akan dijelaskan selagi terdaya.

      wallahualam.kalau silap berilah teguran.kalau tak faham bertanyalah jangan segan.

      moga bermanfaat.

      tajul rijal annuar
      cetusanminda.wordpress.com

      p/s:inshaAllah hal2 macam ni akan ditulis untuk pos2 akan datang

  2. Assalamualaikum w.b.t
    Terima kasih atas apa yang diberikan..
    alhamdulillah apa yang saya keliru selama ini telah dijelaskan…
    terima kasih sangat..
    bolehkah saya bertanya lagi..?
    saya akui saya sedang bercinta walaupun saya tahu perkara itu salah..
    jadi bagaimanakah caranya untuk saya memberitahu si dia untuk memutuskan hubungan yang terlarang ini?
    sudah berapa kali telah saya beritahu dia tentang ini..
    tapi,,dia seperti tidak mahu membincangkan perkara ini sehingga selesai…

    • salam..

      alhamdulillah.semoga bermanfaat.maksudnya adik mampu terima dan cuba untuk fahamkan..sebenarnya kita cuba cari redha Allah dalam setiap perlakuan hidup kita.kalau kita berjalan kepada Dia.Dia berlari kepada kita.

      kalau adik sekolah menengah barangkali lebih kurang umur adik bongsu saya.jadi sesuai untuk panggil kamu adik kan.

      baik.sebelum saya jawab apa yang adik tanyakan tu,ada beberapa soalan saya nak tanya dulu..

      apa tujuan matlamat hidup adik?
      apa yang adik nampak untuk dicapai dalam hidup?
      apa tujuan bercouple pada mulanya?

      adik jawab dulu.takpe.jawab dengan selamba2 pun ok.kita bincang dengan santai.bila jawapan adik bagi,nanti baru kita boleh kenal sedikit sebanyak perkara pokok yang boleh saya ulas untuk jawab soalan adik tadi..

  3. hurm,,,tujuan hidup,nak wat ibu bapa gembira dgn kejayaan yang dicapai…
    yang nampak untuk dicapai nak berjaya dalam hidup..tahun ni pmr..takut sangat…tu sebab nak try lupekan semua benda ni…supaye dapat fokus..
    tujuan bercouple,sje2 jew…tp,lme2 jd cam serius,,tapi x serius mne pun…=)

    • erm.ok.

      tujuan hidup yg bagus.tapi mungkin kita boleh lanjutkan sikit.

      nak buat ibu bapa gembira.alhamdulillah.dah bagus.tapi ada satu lagi yg penting.ya`ni tujuan hidup kita ni nak kembali kepada Allah.kembali kepada redha Dia.kenapa ye.contohnya,setiap manusia akan menghadapi mati.maka kalaulah satu hari ibu bapa kita pergi,maka tujuan hidup kita dah habis.dah x ada.dan kita akan cari tujuan baru.tapi dengan letakkan tujuan hidup untuk mendapat redha Allah,kita akan usaha untuk menggembirakan hati mak ayah kita.maka kita dapat redha Allah dan dapat gembirakan mak ayah kita.dah dapat dua2 skali.jadikan niat untuk gembirakan hati mak ayah tu sebagai kerana Allah.dah jadi ibadah.dah dapat pahala di situ.

      kenapa saya katakan yang tujuan hidup ni adalah untuk kembali pada Allah..cuba adik fikir,kalau sebuah mentol tu dicipta waktu mula2 lagi.adakah mentol 2 tahu apa fungsi dia diciptakan?tak kan..yang memberi dia tujuan untuk dicipta adalah manusia yang mencipta mentol 2.macam komputer pun sama.manusia yang beri tujuan untuk komputer tu terus hidup.lepas habis tujuan nya tercapai,ya`ni berkhidmat untuk manusia sehingga umurnya habis(rosak) maka akan dibuang lah komputer tu.sama macam manusia.tujuan hidup kita dah di tetapkan.hanya untuk kembali kepada Nya.dan beribadah kepada Nya.jangan anggap ibadah ni adalah solat aja.tak.berkerja.belajar.bersukan.sukakan mak ayah.adalah ibadah.asalkan dengan niat kerana Allah.jangan pisahkan ibadah tu dengan kehidupan harian.sebab ibadah tu sendiri adalah kehidupan.

      untuk tujuan hidup tu dah betul dah.tapi kejayaan ni jangan diukur pada kuantitatif aja.contohnya rumah besar.kereta mercedes.jawatan dan pangkat.kejayaan kita yang kita nak hanya Allah redha pada kita.dan kejayaan di dunia ni adalah bonus dalam kehidupan kita.

      tentang bercouple tu,saya faham dik.sama dengan saya dulu.kita dilahirkan dalam sistem macam ini.yang bukan sistem Islam.sampai satu saat kita rasa pelik jika ada orang x nk bercouple sampailah kita sendiri sedar yang bercouple ni salah.

      jadi sebenarnya setiap soalan tu berkait.dan jawapan nya berkait.sekarang harap adik da faham apa tujuan kita hidup.apa matlamat kita dan jalan nak capai dan kenapa kita terlibat dengan masalah couple ni.

      jadi kalau kita lihat balik,yg pertama sekali faktor dalaman.adik sendiri kena kuatkan hati.kena tekad dan nekad untuk berhenti bercouple.bukan dengan si dia aja.tapi untuk masa akan datang jugak.janji dengan diri sendiri sebagai Allah menjadi saksi yang x nak terlibat dengan maksiat2 tu lagi.

      kedua,adik cakap pelan2 kt si dia tu.bagitahu lembut2.kenapa sebabnya.nk diberikan alasan lain untuk tmpu belajar pun xpe.beritahu hujah2 yang adik faham kenapa x boleh couple.kalau pun si dia berikan alsan yang macam2 dan merayu2,biarkan.jangan dilayan.dan tekad nak berubah.sebab ni masa depan adik.di akhirat nanti Allah x tanya apa amalan kamu berdua secara terkumpul.tapi apa amal kamu secara berseorang.nampak x.dia x kan dapat selamatkan kamu pada murka Allah walau besar dan suci mana pun cinta dia pada kamu.hanya yang boleh selamatkan kamu adalah Allah..

      kalau si dia jadi merayu2,atau buat perkara yang x spatutnya,jangan diangkat call nya.cuba untuk menjauh.dalam masa yang sama perbanyakkan baca Quran.tahajuud dan menangisi dosa di malam hari.menangis di hadapan Allah memberi kekuatan bukan mengurangi kehebatan kita dan keteguhan kita.

      dan yang terakhir dan paling susah.cuba ubah diri sendiri.maksudnya perlakuan kita.pergaulan kita.amalan hidup kita.berubah dengan perkara yang paling kecil.paling mudah.contohnya kalau selalu telewat solat.cuba untuk solat awal waktu atleast untuk solat maghrib setiap hari.kalau selalu dulu bace quran seminggu satu hari.cuba buat setiap solat maghrib baca satu muka surat.kalau dulu pergaulan x terjaga,cuba elakkan untuk terlampau bergaul x da batasan.cuba dengan perlahan2 dengan perkara yang paling kecil dan cuba untuk istiqamah.

      bila kamu sudah lepas dari dia,dan dia dah lihat perubahan kamu mungkin dia mengerti dengan sebenarnya kenapa kamu mintak untuk berhenti couple.dan mana tahu,mungkin dia pulak yang ikut jejak langkah kamu.dan insyaAllah,mana tahu,kalaulah jodoh itu sudah ditetapkan kamu dan dia,x bercouple pun insaAllah akan disatukan dengan ikatan yang sah dan halal.bukan perhubungan maksiat dan kefujuran.

      berubahlah perlahan2 untuk perbaiki diri dan kuatkan lah diri untuk terima ujian Nya.mungkin hati kamu akan berasa sedih.tapi yakin lah dan pastilah,menangislah dalam bacaan sujud adik.menangislah ketika baca Quran di malam hari.lepaskanlah sedih tu pada Dia.sebab Dia sebenarnya sedang mendengar.dan nanti adik akan sedar sendiri yang beban yang berat pada hati tu diangkat dan cinta diganti hanya untuk mencintai Dia.

      semoga bermnfaat..

  4. Terima kasih atas segalanya…
    boleh gelar aisya ni adik kan?=)
    adik akan cuba untuk beritahu dia,,
    sebenarnya dah lama kawan-kawan bagi nasihat..tapi tak tahu la hati ni…ada je yang halang..
    sebab tak ada orang yang nak bantu..
    alhamdulillah,sekarang rasanya boleh kot nak bagi taw kat dia..=)
    dia mungkin tak dapat nak melihat apa perubahan yang berlaku pada diri adik sebab tahun lepas masih di sekolah yang sama tapi tahun ni dia di uitm..
    tapi,tak apa lah…
    adik akan cuba untuk jelaskan pada dia…
    terima kasih sangat…
    kalau adik ada masalah,bolehkan adik bertanya lagi?=)
    harap boleh membantu…

    • alhamdulillah.semoga bermanfaat dik.sebenarnya masalah hati ni memang sentiasa di alami.oleh saya sendiri juga kadang2.hati kita berbolak balik.nafsu kita sentiasa ajak kepada ke arah keburukan.kepada keseronokan yang palsu.tapi hati yang memilihnya.sama ada nak ikut atau tidak.hati ini fitrah nya suci.kalau lah kita buat sesuatu yg buruk,hati kita pasti rasa bersalah kan.walaupun keburukan tu indah.macam couple la.indah kan bercouple ni.tapi hati rasa bersalah.kenapa?sebab hati tu suci.x mampu terima perkara yang x suci.jadi hati menolak.cuma nafsu yang menguasai hati untuk ikut dan terima perkara tu.pelbagai alasan dan sebab dicipta oleh syaitan dan nafsu membawa kepada keburukan.jadi,jauhlah hati tu daripada kesucian.

      kalau dia duduk jauh,mungkin lagi mudah inshaAllah.yang penting kamu sendiri perlu kuatkan diri.perlu teguhkan diri.kalau nafsu mengajak ke arah keburukan.maka disiplin kan diri untuk buat kebaikan.kepada kekuatan daripada Allah.

      semoga apa saya cakap ni bermanfaat.saya berhujah melali pengalaman.pengalaman dari remaja yang jugak pernah banya berbuat dosa dan kemaksiatan.pemuda biasa yang lahir dari sistem yang dah dicipta macam ni.saya bukan student agama atau pelajar maahad atau lain2.cuma pemuda biasa aja.tapi harap apa yang boleh diambil sebagai manfaat,ambillah.

      inshaAllah kalau ada apa2 soalan boleh aja ditanyakan.no problem.masalah agama atau belajar.apa2 aja.inshaAllah.
      kalau saya x mampu jawab inshaAllah akan ditanyakan pada yang lebih arif

      salam.

  5. hmm…sebenarnya ada lagi yang ingin ditanyakan…
    minta maaf sangat kalau mengganggu…
    kalau ada masa jawablah,kalau tak ada takpe…
    apa yang dimaksudkan dengan menundukkan pandangan?
    kerana ada seorang kawan adik langsung tak nak pandang kalau orang memanggil dia…
    jawabnya tak boleh pandang perempuan…
    macam tu ke?sampai kite susah nak berurusan…
    soalan yang kedua,bagaimana untuk menegur orang yang lebih tua daripada kita?
    adik bukanlah berasal dari keluarga yang kuat agama..jadi adik ni anak bongsu dalam keluarga..kalau kita da nampak kesalahan yang dibuat dalam keluarga tapi kita tak tegur kawan kata dikira bersubahat dalam melakukan sesuatu perkara yang tak baik tu…
    jadi apa yang harus dilakukan?

  6. bukan lah menundukkan pandangan tu secara lahiriahnya kepala tunduk je.bukan macam tu.maksudnya jaga pandangan mata ni.kalau untuk berurusan,maka berurusanlah.pandanglah.tapi kalaulah nak memandang mata ke mata dengan lama dengan niat yang lain,tu kan x elok.jadi maknanya tundukkan pandangan bukan bermaksud tundukkan kepala dan pandang ke bawah walau orang tengah cakap dengan kita.bukan macam tu.tapi cara nya dikawal..kalau x da urusan penting,x perlulah nak berdua laki dan perempuan.berbual lama2.jangan lah menyukarkan diri dengan tunduk kan kepala.sakit tengkuk nanti.nak pandang,pandanglah.tapi maksudnya,niatnya kena betul.tindakan nya juga kena betul.kalau niat nak pandang 2 dengan niat nak mengurat,kan dah salah.dan kalau lah tunduk tu sampai menyukarkan urusan,mungkin boleh menjadi fitnah kepada diri jugak nanti.Islam ni memudahkan ummat nya.

    pada keluarga ni,kenalah berhati2 dan hikmah.dengan kawan jugak.kita bukan nak menegur.kita nak membina.nabi kata dakwah bilhikmah wa mauizatulhasanah.maksudnya berhikmah dan berakhlak mulia.maka kita ubah diri kita.maka mungkin dari tu,keluarga akan lihat perubahan kita dan mungkin ada terniat untuk perbaiki diri.

    tentang menegur ni bukan perkara yang mudah.kena faham situasinya.kena berhati2.supaya apa yang ingin disampai tu tersangkut pada hati..

    kita bukan nak menegur.kita nak bina.katalah dik,kalaulah adik tegur seseorang,dia mungkin x buat perkara tu depan mata adik.tapi belakang adik,dia mungkin buat jugak kan.tambah pulak mungkin terasa hati.lagi lah pulak dia mula menjauh dari kita dan x dapat lagi terima apa kita kata..jadi yang penting bukan menegur.tapi kita membina.membina dengan cara bina diri kita dulu.bina Islam dalam diri kita.dan nanti mungkin tengah2 berbual boleh selit2 kan sikit tentang Islam ni.mungkin boleh ajak family gi masjid ke.bergantunglah ikut kesesuaian keluarga adik..

    tentang kata2 kawan adik tu,dia benar tapi dalam konteks yang lain.kita kena faham situasi dulu baru kita boleh cakap hal subahat atau tidak.panjang tu kalau nak cerita.sebab ni tentang keutamaan.tentang priority.sheikh yusuf qardhawi sampai menulis sebuah buku tajuk nya fiqh al-awlawiyat untuk terangkan konsep keutamaan dan priority ni.

  7. terima kasih sangat2..
    insyaAllah adik akan cuba untuk membina diri menjadi yang lebih baik..
    hm,,hubungan adik angkat,abang angkat,kakak angkat tu bolehke?
    adik pernah dengar kawan memberitahu katanya tak boleh sebab takut-takut berubah menjadi pasangan kekasih pula…
    benar ke?

    • hubungan tu bergantunglah.maksudnya macam ni.yang saya fahamkan maksudnya hubungan adik na bng angkt yg x jauh beza umurnya.maka niatnya 2 walau apa lah dikata alasannya,cuma untuk “menghalalkan” atau branding kan hubungan.contohnyamacam konsert..kalau pun konsert 2 dinamakan konsert amal islami..tapi pengisian konsert tu penuh kemaksiatan.batas2 x dijaga..maka konsert tu x de beza dengan konsert2 yg lain.cuma beza pada nama..

      antara haq dan bathil 2 dah jelas.bagi adik sendiri,hati adik rasa apa?salah ke x hubungan tu?kalaulah hubungan adik n abng angkt 2 dibina contohnya hubungan antara 2 keluarga.dan memang x da kena mngena langsung dengan hubungan yg biasa kita fahamkan waktu remaja macam ni,dibolehkan.macam hubungan keluarga angkat.

      contohnya saya jadi perantau di bumi miri ni ada sorng mak angkat disini.anak perempuan dia jadi kakak saya.hubungan kakak n adik angkat 2 x semacam yg kita fahamkan dekat zaman remaja ni..sebab hubungan yg macam ni adalah hubungan keluarga.tapi kalau niatnya nak bersama2,bermesra,bermsg2,2 da salah la kan.hanya menjenamakan semula je perhubungan tu x bermaksud menukarkan konsep asal dia..

      kita pakaikan seekor khinzir dengan pakaian manusia x brmakna dia jadi manusia kan..

  8. terima kasih lagi sekali atas jawapannya..
    alhamdulillah,adik dah lebih faham tentang apa yang terkeliru selama ini…
    nanti kalau ada apa-apa adik akan bertanya lagi..
    mintak maaf kalau pertanyaan adik ini menyusahkan…
    doakan adik ye berjaya dalam pmr tahun ini dan peperiksaan yang akan datang…
    assalamualaikum…

    • salam…boleh sy dapatkan contact nombor ar-rizal…ad beberapa soalan yang ingin saya tanyakan….

  9. assalamu’alaikum.
    subhanallah! sangat interaktif. Persoalan ‘soal hati’ yang berkait rapat dengan bukan muhrim sangat popular dibincangkan sekarang ini. lihat sahaja novel-novel islami yang berguni-guni diterbitkan untuk memurnikan fahaman cinta antara dua insan yang mahukan ia terjadi dalam batas agama. Fitrah sungguh cinta ini.

    sungguh! hubungan antara lelaki perempuan ini bkannya tiada dalil qat’i yang menjelaskannya. cuma akal fikiran manusia yang didorong mata hati yang berbeza itu membuatkan ia diterjemahkan supaya kena dengan keselesaan individu tersebut. sehinggakan setiap ruang yang boleh dijadikan hujah kecil untuk membenarkannya bercouple itu berupaya meneydapkan hati si pencinta bahawa ia masih dalam batas agama. padahal hadith ada menyebutkan :

    ” yang halal itu jelas, yang haram itu jelas” (syarah imam nawawi)

    “yang haq itu tidak bercampur dengan yang batil.” ( ayat mana saya tidak ingat)

    cumanya, peranan mereka yang telah sedar dari permainan cinta ini, harus mengguna pengalaman yang ada untuk menghulurkan tangan kepada mangsa cinta sebegini untuk mengeluarkan mereka dari lumpur dosa begini. biarpun sulit tapi ada caranya. mungkin mereka ini mahukan logik daripada dalil. analogi-analogi dan perbandingan yang berunsurkan logik sangat sesuai untuk memahamkan mereka mengapa Islam tidak mengiktiraf hubungan lelaki perempuan yang belum bernikah.

    wallhu’alam.
    jemput ke blog saya untuk entri terbaru. mohon juga sekiranya punya pandangan untuk dikongsikan di sana kerana isu ini sangat kompleks.

    http://lailatulmawardah.blogspot.com/2009/06/nah-ini-yang-digila-gilakan.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s