Aku Lihat Jalan Hidup Ini Untuk Hari2 Lalu.dan aku dengar bicara Tuhan pada ku.Dia sedang bicara tentang sabar dan ikhlas

salam ukhwah.salam perjuangan…

beberapa tempoh masa ini telah saya alami beberapa peristiwa yang membawa saya untuk menilai ibrah yang boleh diambil.

CIS

alhamdulillah,beberapa hari lepas committee lama sudah bubar dan diganti dengan committe baru. Tahniah dan terima kasih kepada committe lama atas amanah yang dilangsaikan dengan baik.sungguh banyak jasa kalian.dan sungguh semoga kerja yang dilakukan mendapat redha Allah.saya yakin ini untuk kemaslahatan komuniti Islam di curtin.

Sungguhpun kita sedikit,kita adalah entiti Islam di Curtin.maka wajar benar untuk kita terus perbaiki diri kerana kita adalah ikon Islam di sini.

kepada committee baru,inshaallah akan diteruskan perjuangan dengan sebaiknya di jalan Allah.biarlah apa yang kita ingin lakuka nadalah dakwah,perkataannya adalah tarbiyah dan niatnya hanya redha Allah!! inshaallah,biarlah program yang akan dirangka kelak boleh membawa ummat kepada Allah dan membentuk komuniti Islam disini kepada kefahaman Islam yang mantap.

dan juga penting untuk diingatkan,dimana kata2 ini dipetik dari As Shahid Imam Hassan Al Banna,pengasas ikhwan Muslimin :

Mereka mencalonkan mu untuk melakukan sesuatu perkara.Seandainya kamu memahaminya.maka jagalah dirimu dari hal2 yang hina

Selami apa yang dikatakan dan ambil lah ibrah.

bahkan ambil ibrah pada kisah Umar r.a :

Umar bertanya kepada hadirin jumaat ketika dia tengah2 memberi khutbah.Dia berkata,(lebih kurang begini) : jika aku terpesong daripada jalan Allah dan Rasul Nya apa yang akan kalian lakukan..

maka bangunlah seorang mu`min ketika itu dan berkata dengan lantang: wahai Umar,inilah yang akan mebetulkan mu(sambil memegang pedangnya)

lihat,pemimpin itu x selalunya betul dan benar.manusia juga boleh terpesong.kerna nafsu selalu mengajak kepada kejahatan,dan syaitan menambahkan aluan..lalu hatilah menentukan..

maka perlunya ada orang yang membawa ke arah perkara yang maaruf dan menentang kemungkaran..3:104..

dan bukankah Allah telah berkata dalam Quran yang agung :

maka perkataan siapakah yang lebih baik berbanding orang yang mengajak ke arah kebaikan??

Kepada Islah dan comitte lama,tahniah,minta maaf dan terima kasih atas jasa2 anda.sungguh banyak yang kami pelajari dan perlu lagi belajar.dengan aktiviti yang hebat yang dirancang..sungguh banyak perubahan anda bawakan.

JCLA

Alhamdulillah ,kerja JCLA untuk semester ini  berakhir.banyak pengalaman yang ditimba sepanjang program ini.yang perlu diambil pengajaran.kadangkala kita akan goyah dengan  prinsip kita dan senang sahaja syaitan mempengaruhi diri atas kononnya untuk perkara yang lebih baik.astaghfirullah.

salah satu peristiwa kelakar boleh juga diambil pengajaran.beberapa minggu lepas,kami sekumpulan ada pertemuan dengan Datuk Bandar Miri,beberapa VIP dan pemimpin2 setempat.Maka nya kami perlu bergerak dari Curtin seawal 7 pagi.malangnya saya terlajak tidur.dan dengan tak bersiap dengan sempurna nya saya terus berlari ke kereta.dan terkejut lihat kawan sekumpulan dengan kot dan baju yang lengkap formal..

sedangkan saya🙂 dengan benar2 tak lengkapnya(x perlu diberitahu dengan lengkap) walaupun memakai baju yang formal.

jadi apa yang dapat dilihat disini,kita sanggup bersiap dengan rapi untuk jumpa manusia yang kita fikir pangkatnya tinggi.Tapi kita tak pun terfikir nak bersiap untuk berjumpa dengan Dia di hari akhir nanti…tak terfikir pun untk mencantikkan diri kita untuk bertemu dengan Nya malah kita anggap hidup ini masih lagi lama…pelik2..bukan bermaksud kita tak perlu jaga pakaian kita.bukan.sebab Rasulullah pun sarankan kita untuk merapikan diri.untuk bersih dan rapi.tapi kita lebih pentingkan untuk berjumpa manusia berbanding jumpa Allah…

 

Tuisyen Peryatim

Alhamdulillah, tuisyen peryatim dimulakan kembali atas nama CIS.dahulu dimulakan dengan Pak Taufik,Akhi Zahir dan focal point nya firdaus.mungkin kerna tiada lagi sponsorship dari scomi,maka dihentikan buat sementara.sekarang dihidupkan kembali. tujuan tuisyen ini dilakukan untuk mentarbiyyah.bukan saja dari segi maksud mendidik mengikut silibus tetapi mendidik dan memberi kefahaman Islam..maka mungkin nampak seperti serampang banyak2 mata..terima kasih kepada muhammad,akhi amrul,saifuddin, KASH,naziha,aiman,yaqin,hafiz,naazri,deklin,najwa,sharifah amirah,didi, dan lain2..inshaAllah usaha kalian redha Allah ada pada nya.

 

dan terima kasih juga pada ikhwah dan akhwat usrah ana.akhi miqdad,akh afiq,akhi din,murabbi:akhi fauzi,akhi walled dan isteri nya ukht hanim,ukht ain,ukht noreha dan ukht shuhada dalam merancang untuk program ini dan bagaimana cara melaksanakan dan memberi support yg banyak..jazakallah khair.

sebenarnya antara tujuan diwujudkan selain mentarbiyah adalah untuk melembutkan hati..bila kita lihat orang yg kurang bernasib baik berbanding kita,hati kita akan cepat sedar betapa untung nya dan nikmatnya yang Allah beri.maka akan wujudlah kelembutan dan kerendahan hati.lembutnya hati itu lagi bila dibasahi dengan air mata hanya untuk Allah di malam hari yang sunyi.

dalam kita membina,kita terbina

 

Explorace Sirah : Hikmah

Alhamdulillah juga sabtu yang lepas Explorace sirah dijalankan.sangat menarik dan tertarik.ana,afiq,miqdad dan azli serta ken-x adalah antara committee yg terlibat.dalam 3 minggu program ini dibincangkan dan dirancang..alhamdulillah,berjalan jugak.huru hara juga jadinya bila ada kesilapan teknikal.tapi keseronokan pada peserta dapat dilihat.semangat betul..dan benar,program itu moga ada nilai tarbiyahnya.moga pengisian yg diberi ada pencerahan pada hati.

lupa,nanti kita ada reunion/feedback session cum BBQ untuk peserta2..

apa yang saya dapat lihat sangat indah pada hari itu.betapa potensi dan semangat kawan2 saya begitu hebat..cantik juga program ini dirancang..

maaf kepada peserta atas kesilapan teknikal.tahniah kepada pemenang..

tentang kesilapan teknikal itu,maka dapat diambil ibrahnya supaya kita perlu mengatur segalanya dengan teliti.Itu juga salah satu sifat2 tabiyah.(menegur silap diri)

 

Ke Hospital

kelmarin,ana,murabbi,akhi din dan akhi walled serta istri nya ukht hanim ke hospital.melawat adik kepada salah seorang peserta explorace seerah yang accident..kasihan adik kecil tu.baru darjah dua.sedih saya tengok..mungkin ada baiknya saya x ambil medic dulu.hati kasihan tengok orang sakit.bukan kasihan boleh menolong,tapi hati yang luruh.:)

sebenarnya kita dianjurkan melawat orang sakit.kenapa nabi suruh macam tu sebab salah satu nya adalah melembutkan hati yang keras.Kita lembutkan hati kita dengan Quran..dan juga kita lembutkan dengan penglihatan kita juga.dengan ziarah itu..maka lembut lah hati.biarlah siang nya kita bagai satria atau singa rimba..tapi malamnya kita menjadi rahib menangisi dosa..

penting sebenarnya untuk melembutkan hati.

mari kita ambil ibrah.kalau kita lihat budak kecik,dia kalau nak pergi mana2 yang dia takut dia akan ajak orang teman even adik dia sendiri yang kecil.bukan adik dia boleh tolong ape2 kalau terjadi sesuatu yang buruk..jadi kenapa?? Ha!! Budak kecik tu adalah contoh fitrah manusia yang asal.yang original..

macam mana pun kita ni hebatnya,kuatnya,tetap kita masih rasa nak bergantung.masih tetap rasa perlu meluahkan..

contoh ke dua..duu waktu zaman masih jahil,belum kenal tarbiyah dan ketika putus cinta(hehehe),saya luahkan kesedihan kepada mama saya.dan lega..bayangkan..saya cerita kat kawan baik saya,tak da rasa apa pun..lihat x, berbezanya tahap pergantungan tu pada fitrah manusia.

 

sahabat,betapa kita rasa kuat pun,kita nampak kita mampu handle semua benda,kita boleh buat itu ini,bahkan dipandang hebat,tetapi sebenarnya kita ni lemah..kita ni x kuat mana pun..tu lah sebab jauh dalam lubuk hati kadang2 hadir perasaan,mampu kah aku buat ini semua..kadang2 lahir pada hati beratnya apa yang kita tanggung..x larat lagi nak berjalan..

maka hadaplah Dia.bertemu lah Dia pada malam hari.pada ketika semua ummat sedang tidu melayan mimpi..jumplaha Dia..dengan air mata mengalir membasah pipi..dengan hati yang penuh mengharap..dan menyatakan pada Nya segala kedukaan mu dan kepahitan hidup mu serta kepayahan  yang kau hadapi..betapa Dia mendengarnya walaupun kau sendiri x mendengar sama ada Dia mendengar mu atau tidak.tapi disitu datang nya iman..kau tahu bahawa Dia mendengar mu dengan teliti..dan barangkali tersenyum dan senang melihat ummatnya yang dikasihi rendah hati bertemuNya..dan barangkali Dia telah pun memberi mu kekuatan yang hebat dan membantu mu dalam urusan mu tanpa kau sedari..kerna sahabat,kita sering tidak menyedari bila bantuan Allah itu sampai..kita lemah tapi pelik bukan,bagaimana kita berjaya dalam apa yang kita nak lakukan..adakah kau lihat tangan Allah di situ membantu mu??

menangislah!!

biarlah siang mu sehebat dan segagah satria..tapi malammu,jadilah!jadilah rahib dan abid yang meratap dan merayu sepenuh hati..Dia sedang menunggu mu untuk bertemu Nya..wajarkah kita biarkan Dia menunggu kita??sedangkan Dialah pencipta kita..

Serahkan lah cinta mu bukan pada manusia!!tapi pada Dia!!

 

Untuk sahabat

Benar sahabat..tawaran itu agak berat..tapi fikirkanlah untuk perkara yang lebih besar.kau katakan aku kuat,tapi sebenarnya aku lemah..aku juga bergantung pada Nya.hatiku ini juga berbolak balik dan di tengah perang antara ketaqwaan dan kefujuran.hatiku ini juga rapuh .kau kata aku telah berubah,tapi masih banyak lagi jahiliah dalam diriku!!masih banyak lagi dosa..kau kata kepada ku:itu kau yang lama..tapi sahabat,bila2 masa saja aku boleh berpaling..bahkan dosa silam membuat ku rasa  hina dan menangis..malu melihat diri sendiri..apa yang ku lakukan kini inshaAllah hanya untuk redha Dia..hanya untuk kifarah pada dosa laluku..hanya untuk kewajipan yang ku tinggalkan..hanya untuk maksiat yang senang2 sahaja ku lakukan..hanya untuk menebus hati2 yang ku lukakan,hanya untuk mereka yang ku sakitkan.hanya untuk nafsu ku yang dulu aku jadikannya sebagai raja..dan semuanya hanya untuk mendapatkan redha Dia.

.aku kini juga lemah..aku lemah di depan Nya..

tapi sahabat,manusia ini memang x kuat..aku juga sebenarnya x mampu..jujur,aku juga x ingin kan apa yang ku tawarkan untuk kau.tapi dinasihati murabbi,dan memikirkan matlamat dicapai,maka aku telan jugak.

manusia benar lemah..cuma Allah aja yang kuat..sebab itu lah sahabat,bilamana kita rasa lemah,jumpalah Dia,menangis lah,ceritakan pada Dia kepayahan hidup mu…jumpalah Dia di malam hari..supaya esok kau akan jadi kuat pada siangnya kerana kau tahu malam nanti kau daha ada tempat untuk kau mengadu kau dah tahu bahawa Dia yang hebat dan gagah sedia mendengar apa yang kau adukan dan hilang beban kau pada hari itu..maka kau kuat kembali untuk hari seterusnya dan berulang lagi lah jumpa Tuhan mu..kau faham bukan??

 

apa yang kita ingin buat walaupun orang lain nampak kecil di tempat yang kecil tapi sebenarnya adalah satu pengislahan..sebuah tajdid..kau ingin melakar sejarah atau menjadi sejarah..

bahkan ingatlah janji Allah bahawa Dia akan membantu dan meninggikan darjat orang yang membantu Nya..bukan bermakna Dia x kuat,tapi Dia mahu lihat siapa antara kita yang lebih baik amalnya,taqwanya,imannya dan jihadnya..

jangan dirisau tentang bebanan tawaran ini..kita boleh selesaikan bersama ramai-ramai.bukan kau seorang sahabatku..aku menjemput mu dengan tanggungjawab bukan perlepasan amanah..aku mengajak mu dengan amanah yang tertanggung di bahuku..bukan sekadar melepaskan sebuah tanggungjawab…

benar,aku rela dan tekad memegang dan memikul nya seorang tetapi bak kata miqdad,kalau kau ada lagi baik..

sebab sahabatku,jalan yang ingin dibawa adalah jalan da`wah dan tarbiyah..biarlah ramai yang berkata itu dan ini..kalau mereka faham yang ingin kita bawa adalah untuk mengajak kepada Allah,untuk kefahaman Islam..bahkan sebenarnya untuk merubah..mungkin akan berterima kasih mereka..tapi bukan itu yang kita mahu sahabtku..hanya yang kita nak kan adalah redha Allah..tu aja.tak lebih..

benar,aku juga jauh dalam hati masih rasa tak layak..masih rasa kecil dan x mampu..siapalah aku kalau nak dibandingkan dengan yang lain..tapi atas nasihat dan memikirkan tujuan yang ingin dibawa dan niat yang ditanam dalam hati.maka aku kuatkan jugak..mungkin bila kau ada,tambah mudah lagi urusan untuk tujuan kita semua..akan mudah lagi apa yang kita nak lakukan..supaya setiap apa yang kita lakukan kelak biarlah besar mana pun tetap ada tarbiyah nya..tetap dibawa dengan da`wah..tetap digunakan untuk mengubah..biar atas dasar apa pun tajuknya..dan aku juga fikir,ada orang lain lebih baik untuk bebanan ini dari ku..tapi apa yang kita ingin lakukan adalah tarbiyah..adalah da`wah..kapasiti penting bukan sahaja pada kemampuan kita tapi juga pada kefahaman atas tujuan kita..kapasiti untuk melakuakn sesuatu itu boleh kita bentuk bersama.jujur,aku sendiri pun tak tahu untuk mnggalasnya..tapi yang penting,belajarlah…

 

fikirkanlah..istikharahlah..jumpalah dengan Tuhan mu..dan tanyalah Dia…

 

Pengajaran dari ini semua

 Alhamdulillah..banyak dapat dicapai..erti persahabatan..erti hidup ini sebagai manusia..kadang2 kita lalui hidup kita seharian dengan kosong.tanpa sebarang pengajaran yang dapat kita ambil yang dapat kita perhatikan..setiap saat yang Allah beri tu sebenarnya adalah untuk kita berfikir..untuk kita ambil pengajaran dari setiapnya…

 

sahabat,betapa apa yang kita lakukan,bukan untuk meninggi diri,bukan untuk nama,bukan untuk suka2..

hanya untuk redha Allah..tak lebih..hanya untuk bawa kawan2 kita dekat dengan Dia..itu sahaja..

semoga bermanfaat..biarlah segala pengalaman yang saya alami dalam tempoh masa itu sebagai ibrah kepada kalian..

“Learn from mistakes of others,because we  couldnt afford to experience all of it”

*Ya Rabb,bersihkan niatku tika ku membuat sesuatu…

p/s:nanti akan saya upload gambar dan update sedikit2 untuk artikel ni..seminggu lagi je nak exam..huh..bittaufiq wan najjah..semoga berjaya hai Tajul…moga doa kanlah untuk saya dan rakan2 disini..untuk sahabat2,semoga berjaya!!

2 thoughts on “Aku Lihat Jalan Hidup Ini Untuk Hari2 Lalu.dan aku dengar bicara Tuhan pada ku.Dia sedang bicara tentang sabar dan ikhlas

  1. beginilah Allah mengajar kita untuk merubah selera nikmat yang kita kejar-kejarkan dahulu. sekarang kepuasan hidup kita adalah nikmatnya apabila dapat memberi kebaikan kepada orang lain. berbanding dahulu ketika di awal remaja, saat belum menerima sentuhan tarbiyah, kepuasan kita adalah pada nikmat dunia. ataupun kebaikan pada diri yang tidak tahu dapat disalurkan dan diberikan kepada siapa.

    hanya mereka yang merasainya dapat merasakan betapa amal yang melimpah bukan kerana mahukan pujian. tetapi, nikmat mahu memberi itu sangat indah.

    boleh mengikuti tulisan terbaru saya sambungan kepada komen ini di blog.

    http://lailatulmawardah.blogspot.com/2009/05/padah-berdoa-dengan-syarat.html

    bitaufiq fil imtihan.

  2. salam.jazakallah khair.

    anda benar..jika diingatkan dan dikenang silap lau,maka rasa hina diri ini.sangat hina…dan mungkin,di bumi sarawak ini baru di kenal apa itu tarbiyah,nikmat hidup dilihat dalam konteks yang lebih luas.nikmat hidup ini bila dapat nya ibadah kepada Allah.ibadah bukan saja dari segi maksudnya,ibadah khusus seperti solat dan qiyamullail..tetapi setiap nafas dan langkah yang berpaksikan kepada redha Nya adalah satu kepuasan dalam diri.dan benar,sesiapa yang merasanya sahaja memahami betapa tenang jiwa walaupun kehidupan harian menunggu untuk menempatkan mehnah dan ujian dalam diri..betapa indahnya bila ketika malam hari dapat meluahkan segla pada Nya dan bila siangnya terus ibadah bagai singa rimba..dalam konteks perjuangan akademik,dakwah tarbiyah dan kehidupan..semua nya berpaksi pada satu:redha Allah!!dan semoga semua ini tidak lebih,hanya untuk mendapat redha Nya.bukan kerna nama dan pujian atau mahu dipandang..tapi hanya untuk Dia..

    Ya Tuhan,Ya Rabb,Ya Rahman,Ya Allah…berikanlah kebersihan hati dalam ku berjuang dalam jalan mu..aku tidak mahu diheret muka ku ke neraka kerna tiada ikhlas dalam hati

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s