dosa pendosa.pendosa berdosa.aku…

salam…

“benci dosa nya bukan membenci pendosa nya”

ungkapan ini mudah aku lafaz.kau dan aku lafaz.tapi sangat mudahkah kau dan aku,untuk bezakan perasaan benci itu.bolehkah kau beza kan sama ada yang kau benci itu adalah dosanya.bukan si pendosa??

bolehkah kau dan akuyakin yang kebencian membuak itu adalah pada dosa si pendosa.bukan pada sipendosa yang berbuat dosa??

dan lagi sekali,kalau kau tak mampu membezakan kebencian kau itu,layakkah kau untuk membenci si pendosa.sebab kau juga adalah juga pendosa.bahkan aku juga pendosa.dosa ku bergunung tinggi.seluas lautan tujuh.sedalam petala bumi yang tujuh.setinggi langit yang tujuh.

mampukah kita untuk meletakkan title pendosa pada seseorang sedangkan lekat pada kita title pendosa itu sendiri.

nahnu du’at wala qudat..

kita adalah da’ie.bukan penghukum..

asleh nafsik wad’u ghairo’

perbaiki dirimu dan serulah orang lain

benar.setiap anak adam adalah pendosa.tetapi dia tidak mewarisi dosa itu dari adam.tidak ada original sins of father..kerna kita bertanggungjawab terhadap pilihan kita.sama ada fujur dan taqwa.kerna itu akal dicipta.kerna itu hati dicipta.kerna itu nafsu dicipta.kerna itu adam diturunkan ke bumi.dan membenihkan aku,engkau,bapak ku,ibuku,bapak mu,ibu mu , dan semua ummat yang ada.kerna Tuhan mahu melihat pilihan kita.apa mampu kita buat.kerna Dia berkata, “aku lebih tahu apa yang kamu tak mengetahui”

maka ketahuilah..dalam kau membenci dosa.kau juga adalah pendosa.maka kau tidak layak menjadi penghukum kerna yang se maha adil menghukum adalah Dia..dan kerna kau tidak layak menghukum dan kerna kau juga adalah pendosa,maka kau padankanlah dengan bait kalimat “perbaiki lah dirimu”..tetapi itu tak cukup.seperti makan nasi tanpa minum air tak membuahkan kepuasan rasa makanan.(macam makan lelapan tak minum air..pasti menyeksakan).maka kau serulah orang lain..serulah mereka untuk perbaiki diri mereka.dan perbaiki dirimu.

kau juga pendosa.mereka juga pendosa.aku,kau dan dia..semua pendosa..

maka kenapa kau keji pendosa.bukan dosanya yang kau keji..(sebenarnya ,adakah beza??)..pendosa itu ada ruang taubat baginya pada Tuhan nya..tapi kau yang mengata pada pendosa itu,adakah tak kau lihat ada ruang dan lubang neraka yang kau cipta untuk diri kau sendiri..

kau juga pendosa.mereka juga pendosa.aku,kau dan dia..semua pendosa..

dan pada dosa yang menggunung itu,ada pintu taubat yang luas.kalaulah luasnya bagai langit.awan yang ada cumalah tombol pintunya dan hiasan pintunya..

dan disebalik pintu itu ada Dia.dengan senyum dan mesra.menunggu pendosa-pendosa ini,menangisi dosanya dalam taubat berjuta kali.dalam malam dini hari.berjumpa dengan Tuhan nya..dengan hati yang kerdil dan kecil.

untuk sejuta kalinya…

untuk sejuta kalinya….

untuk sejuta kalinya……

…………………………………………………………………………………………………………………..

ar-rijal

2.51 am
miri.sarawak..

dari seorang pendosa..

KALAU…KALAU…KALAU

Kalau..Kalau..Kalau..Kalau…

Kalaulah Allah lihatkan amalan kita..

berapa banyak dosa.berapa banyak pahala??

Kalaulah dosa itu macam batu.

berapa berat perlu kita angkat?

Kalaulah pahala itu bagai duit.

Berapa banyak boleh simpan dalam akaun??

Kalaulah nafsu itu punya bentuk dan rupa.

dan syaitan ada di sebelah kita dalam wajah tersendiri.

adakah kita akan berkawan dengan mereka?

atau takut dan memusuhi mereka?

atau kita tetap jadi lagi teruk dari syaitan..

(tetap sama seperti biasa kita buat)

Kalaulah,Muhammad hidup bersama kita

adakah kita layan baginda selayaknya sebagai seorang nabi..

malu berbuat dosa depan mata banyak nya bertimbun-timbun.

Malu dengan syirik dan khurafat yang kita buat.

malu sebab tinggalkan risalah baginda.

malu bergaduh sesama Islam padahal kita dah tahu kita saudara.

hanya sebab kuasa,ideologi dan harta.

padahal dah tahu tak bawak ke manapun harta berlambak sedunia!!

padahal dah tahu pegangan kita sama!!

padahal dah tahu pangkat dan jawatan

tak mampu membeli ampunan dari Tuhan!!

Kalaulah kita nampak syurga dan neraka.

tempat dan rupa nya bagaimana.

apa ada dalam syurga.apa isi dalam neraka.

dan setiap ahmad,abdullah dan arrijal

dicop dia munafiq,kufur,islam atau beriman…

masihkah aku dan kau lari dari tanggungan amalan..

masihkah kita berdalih dan beralasan??

Kalaulah Allah menampak kan wajahNya pada kita

masihkah kita sanggup syirikkan dia?

agungkan cinta manusia lagi tinggi dari cinta Dia!!

Berkalau-kalau tu amalan syaitan..

tapi “kalau” yang ini aku tulis

untuk keluarkan kau,aku dan dia

dari terus teruk daripada syaitan

………………………………………………………………….

arrijal..

ini bukan sajak.cuma monolog diri.kalau kamu terasa dan faham..baguslah..

tulisan ana juga boleh didapati di langkah-arrijal.blogspot.com

BLOG KE DUA:LEBIH SANTAI DAN RINGAN..silalah lawati

salam ukhwah alhamdulillah.

.dalam beberapa ketika saya telah membuka sebuah lagi blog.

blog ke dua ini dengan penulisan lebih santai,lebih terbuka,lebih peribadi dan cuma menulis tentang pengalaman sehari2.

dan tetap tidak lari tujuan asalnya penulisan ditulis adalah untuk dakwah. makanya pengalaman seharian saya yang ditulis itu ada serba sedikit pengajaran yang boleh diambil.

mungkin dari kesilapan atau pun tindakan yang saya lakukan..

“Learn from the mistakes of others.Because you cannot afford to learn all of them by yourself”

Jadi,nikmatilah :

http://langkah-arrijal.blogspot.com/

PERANCIS HARAM KAN PURDAH!!

Perancis haram purdah

PARIS 23 Jun – Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy semalam mengisytiharkan purdah yang dipakai oleh wanita Islam sebagai pakaian yang tidak diingini di negara ini.

Beliau mengecap pakaian yang menyelubungi seluruh badan wanita Islam itu, sebagai simbol tunduk, yang menghalang identiti wanita serta menjadikan mereka sebagai ‘tahanan di sebalik tabir’.

Namun, di sebalik kata-kata tegas itu semalam, terdapat juga pengakuan bahawa prinsip asimilasi etnik negara ini yang menuntut pendatang menyingkirkan tradisi mereka dan menyesuaikan diri dengan budaya Perancis – menemui kegagalan kerana tidak memberi peluang saksama kepada pendatang dan anak-anak mereka yang lahir di negara ini.

Dalam ucapan kepada ahli Parlimen di Versailles, Sarkozy menyifatkan pakaian purdah yang lebih dikenali sebagai burka di kalangan etnik Arab sebagai bercanggah dengan nilai-nilai hidup masyarakat Perancis.

Kenyataan Sarkozy menentang burka itu adalah yang paling keras pernah disuarakan oleh seorang pemimpin Eropah ketika beberapa pemimpin Barat sedang berusaha untuk meredakan ketegangan dengan dunia Islam.

Perancis mempunyai penduduk Islam paling ramai di Eropah dengan jumlah dianggarkan 5 juta orang.

Sebilangan kecil wanita Islam Perancis memakai burka seperti wanita Islam di Afghanistan dan niqab yang menyelubungi seluruh badan kecuali mata.

Pengkritik khuatir isu pakaian yang menutup seluruh tubuh itu yang setakat ini hanya membabitkan minoriti kecil penduduk Islam Perancis boleh meningkatkan diskriminasi terhadap seluruh umat Islam di negara ini.

Pengarah masjid terbesar di Paris, Dalil Boubakeur berkata, kenyataan Sarkozy yang menolak burka itu mencerminkan budaya Perancis tetapi beliau menghadapi risiko memarakkan ketegangan dengan penduduk Islam. – AFP

…………………………………………………………………………………………………..

arrijal:

banyak pandangan kita boleh suarakan..mungkin ada boleh mengatakan kalau sampai tahap menyebabkan ancaman pada muslimah itu,bertudung sahajalah..

tapi isu di sini adalah hak dan kebebasan beragama yang dilaungkan barat.kalau lah seorang yahudiboleh berpakaian dengan pakaian mereka,seorang beragama hindu boleh memakai sari,kenapa seorang Muslimah x boleh memakai purdah??

ketundukan seorang Muslimah itu adalah tunduk kepada Allah..tetapi ketundukan wanita barat yang mendedahkan tubuh mereka adalah ketundukan dan perhambaan pada nafsu dan juga semestinya pada nafsu lelaki.memakai pakaian seksi kerna inginkan lelaki2 melihat mereka cantik.

mana lebih baik?ketundukan pada Tuhan atau tunduk pada nafsu??

yang isu lagi pentingnya adalah kekuasan Muslim itu sendiri..walaupun seakan kecil tapi sebenarnya ini sudah campur tangan dalam urusan beragama..urusan Islam diperkotak katikkan dengan mudah..

tak hairanlah kalau pemerintahan Bush dulu ingin menukarkan kedudukan kiblat kaabah.adakah ini satu kebodohan atau tiada nya kefahaman??

kebodohan kerna campur tangan apa yang dia tidak faham(Bush memang terkenal dengan sikap nya begitu) dan dengan mudah meletakkan arahan mengikut suka hati sendiri tanpa kefahaman..atau pun dia memang x faham dan tidak mahu untuk faham..

maka saudara pembaca..fikirkanlah dimana kita?

dimana letaknya ‘izzah Islam kita!!

wallahua’lam

Hidupnya dibuktikan dengan Kematiannya-Al Fatihah..untuk seorang daie,murabbi,pejuang..Fathi Yakan

salam perjuangan.

salam ketabahan.

salam ukhwah.

semalam ketika menghadiri BBQ untuk kesinambungan program explorace sirah,kami dikhabarkan oleh murabbi akhi fauzi tentang pulangnya seorang pejuang,seorang murabbi ummat,seorang pemimpin Islam,seorang pendakwah kepada kepulangan abadi bertemu dengan Pencipta nya.

Al-Fatihah untuk Sheikh Fathi Yakan.

Beliau sebelum menerima Islam merupakan seorang mubaligh kristian.dan setelah menerima Islam dan mendapat tarbiyyah oleh As Syahid Sheikh Qutb,kemudiannya menjadi seorang pejuang Islam yg hebat dan dihormati.lihat bagaimana Islam mengubah potensi seorang ummat itu.

Tidakkah anda ambil iktibar??

Dan bagai kata murabbi,terbuktinya pengorbanan pejuang itu bile dia sudah tiada dan benar,setelah perginya Fathi Yakan,maka terbuktilah seluruh hidupnya ,seluruh nafasnya,seluruh hartanya,jiwa nya dan jasadnya serta setiap langkah yang diatur dalam kehidupan adalah untuk Islam.

Dan hari ini aku berdoa.bukan sahaja untuk Tuhan merahmati rohnya.tetapi aku memohon supaya aku mampu menjadi sekurang2nya sepertinya.menjadi fathi yakan.seorang pejuang,seorang murabbi,seorang revolutionar,seorang daie,seorang hamba yang membuktikan hidupnya melalui kematiannya..aku ingin jadi sebegitu!!

DIBUNUH DALAM MASJID!!!-sg golok

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

 

 

KEJAM DAN BIADAP!!

KEJAM DAN BIADAP!!

 

 

SUNGAI GOLOK (Selatan Thai) 9 Jun – Kejam dan tidak berperikemanusiaan!
Mungkin itu yang dapat digambarkan tentang pembunuhan 11 jemaah ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, 50 kilometer dari bandar ini kira-kira pukul 8.50 malam tadi (waktu Malaysia).

Setelah melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit benar-benar mati.

Tragedi terbaru yang menjadikan masjid sebagai sasaran, berlaku pada hari yang sama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat Malaysia dan memperbaharui komitmen untuk mengakhiri konflik yang berlarutan sejak 2004 di wilayah bergolak itu.

Kejadian itu menambahkan jumlah korban yang kini mencecah lebih 3,700 orang dan masyarakat Islam di wilayah itu bimbang kejadian lebih buruk akan menyusul semula dan ramai yang percaya kejadian terbaru didalangi pihak berkuasa.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum dapat dipastikan motif sebenar pembunuhan kejam itu tetapi ada yang berpendapat berpunca daripada dendam dan pihak tentera Thai menafikan sebarang pembabitan anggota mereka.

Seorang saksi, Hassan Deraman, 17, berkata, kejadian berlaku amat pantas kira-kira lima minit di mana empat lelaki dikatakan menyerbu masuk ke dalam masjid dari arah pintu belakang manakala dua lagi dari arah tepi.

Katanya, kesemua mereka bersenjatakan rifel M-16 dan pump gun serta memakai seragam hitam serta bertopeng.

‘‘Ketika kejadian berlaku saya bersama tiga lagi rakan berada dalam wakaf kira-kira 15 meter dari pintu masuk utama masjid ini, Tiba-tiba kami mendengar bunyi tembakan yang kuat bertalu-talu.

‘‘Kami bersembunyi dan bergerak ke tempat kejadian dengan perlahan-lahan dalam gelap untuk melihat apa yang berlaku dengan lebih jelas.

‘‘Saya kemudian melihat mereka memasuki masjid ini dan melepaskan tembakan ke arah kepala serta badan jemaah yang terbaring dalam ruang solat, tembakan itu dilepaskan bagi memastikan kesemua jemaah ini benar-benar mati,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di tempat kejadian.

Hassan berkata, penyerang dipercayai memasuki kawasan masjid melalui hutan dan kawasan ladang getah di bahagian belakang bagi memastikan kehadiran mereka tidak disedari.

Katanya, pembunuh kejam itu tidak memasuki masjid melalui pintu utama kerana ia diterangi dengan cahaya lampu.

‘‘Selepas bunyi tembakan hilang, beberapa orang kampung datang dan saya bersama mereka memasuki masjid melihat mayat bergelimpangan dipenuhi dengan darah.

‘‘Ketika itu, hanya dua jemaah terselamat tanpa sebarang kesan tembakan. Salah seorang daripada mereka adalah ‘tok siak’ masjid, bagaimanapun akibat terkejut dengan serangan tersebut dia pengsan kerana serangan jantung.

‘‘Seorang lagi yang terselamat adalah ahli kumpulan ‘tabligh’ yang datang berdakwah di sini, dia terselamat kerana ketika itu sedang sujud dan setelah mendengar bunyi tembakan dia meniarap dan berpura-pura mati,” katanya.

Serangan tersebut turut menyebabkan imam masjid, Wan Nasir Wan Abdullah, 62, terkorban manakala 12 parah dan dua terselamat.

Kesemua jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira pukul 11 pagi ini dan tinjauanUtusan Malaysia mendapati perkarangan masjid itu dipenuhi oleh kaum masyarakat Melayu Islam dari tiga daerah yang bergolak itu.

Malah ketika itu, ruang solat masjid berkenaan masih dipenuhi darah dan ia dibersihkan sepenuhnya oleh anggota tentera kira-kira pukul 5 petang ini.

Tinjauan juga mendapati dinding dalam masjid tersebut turut dipenuhi kesan tembakan dan kawalan keselamatan di kampung berkenaan ditingkatkan.

 

AR-RIJAL: diambil dari berita utusan online.Kita mungkin rasa bersyukur negara kita aman.tapi kita juga perlu ada rasa marah yang amat sangat.benar,buat masa sekarang memang seperti nampak x ada apa boleh kita buat dan bantu.tapi pastikan semangat yang ada tak mati.janganlah bila tengok berita ini hanya sekadar :”erm.ok.ada orang kena tembak.so?”.

sekurang nya,mungkin mereka yang disana mendapat shahid..kita???