PERANCIS HARAM KAN PURDAH!!

Perancis haram purdah

PARIS 23 Jun – Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy semalam mengisytiharkan purdah yang dipakai oleh wanita Islam sebagai pakaian yang tidak diingini di negara ini.

Beliau mengecap pakaian yang menyelubungi seluruh badan wanita Islam itu, sebagai simbol tunduk, yang menghalang identiti wanita serta menjadikan mereka sebagai ‘tahanan di sebalik tabir’.

Namun, di sebalik kata-kata tegas itu semalam, terdapat juga pengakuan bahawa prinsip asimilasi etnik negara ini yang menuntut pendatang menyingkirkan tradisi mereka dan menyesuaikan diri dengan budaya Perancis – menemui kegagalan kerana tidak memberi peluang saksama kepada pendatang dan anak-anak mereka yang lahir di negara ini.

Dalam ucapan kepada ahli Parlimen di Versailles, Sarkozy menyifatkan pakaian purdah yang lebih dikenali sebagai burka di kalangan etnik Arab sebagai bercanggah dengan nilai-nilai hidup masyarakat Perancis.

Kenyataan Sarkozy menentang burka itu adalah yang paling keras pernah disuarakan oleh seorang pemimpin Eropah ketika beberapa pemimpin Barat sedang berusaha untuk meredakan ketegangan dengan dunia Islam.

Perancis mempunyai penduduk Islam paling ramai di Eropah dengan jumlah dianggarkan 5 juta orang.

Sebilangan kecil wanita Islam Perancis memakai burka seperti wanita Islam di Afghanistan dan niqab yang menyelubungi seluruh badan kecuali mata.

Pengkritik khuatir isu pakaian yang menutup seluruh tubuh itu yang setakat ini hanya membabitkan minoriti kecil penduduk Islam Perancis boleh meningkatkan diskriminasi terhadap seluruh umat Islam di negara ini.

Pengarah masjid terbesar di Paris, Dalil Boubakeur berkata, kenyataan Sarkozy yang menolak burka itu mencerminkan budaya Perancis tetapi beliau menghadapi risiko memarakkan ketegangan dengan penduduk Islam. – AFP

…………………………………………………………………………………………………..

arrijal:

banyak pandangan kita boleh suarakan..mungkin ada boleh mengatakan kalau sampai tahap menyebabkan ancaman pada muslimah itu,bertudung sahajalah..

tapi isu di sini adalah hak dan kebebasan beragama yang dilaungkan barat.kalau lah seorang yahudiboleh berpakaian dengan pakaian mereka,seorang beragama hindu boleh memakai sari,kenapa seorang Muslimah x boleh memakai purdah??

ketundukan seorang Muslimah itu adalah tunduk kepada Allah..tetapi ketundukan wanita barat yang mendedahkan tubuh mereka adalah ketundukan dan perhambaan pada nafsu dan juga semestinya pada nafsu lelaki.memakai pakaian seksi kerna inginkan lelaki2 melihat mereka cantik.

mana lebih baik?ketundukan pada Tuhan atau tunduk pada nafsu??

yang isu lagi pentingnya adalah kekuasan Muslim itu sendiri..walaupun seakan kecil tapi sebenarnya ini sudah campur tangan dalam urusan beragama..urusan Islam diperkotak katikkan dengan mudah..

tak hairanlah kalau pemerintahan Bush dulu ingin menukarkan kedudukan kiblat kaabah.adakah ini satu kebodohan atau tiada nya kefahaman??

kebodohan kerna campur tangan apa yang dia tidak faham(Bush memang terkenal dengan sikap nya begitu) dan dengan mudah meletakkan arahan mengikut suka hati sendiri tanpa kefahaman..atau pun dia memang x faham dan tidak mahu untuk faham..

maka saudara pembaca..fikirkanlah dimana kita?

dimana letaknya ‘izzah Islam kita!!

wallahua’lam

One thought on “PERANCIS HARAM KAN PURDAH!!

  1. assalamu’alaikum

    terpanggil untuk memberi pandangan. itu halnya berlaku di negara barat. mungkin kita tidaklah berapa terkejut sangat dengan pengharaman sebegini. namun, ia tidak harus membuat kita selesa. langkah untuk menyempurnakan maratibul amal ke ustaziyatul ‘alam adalah tugas yang maha berat supaya kebatilan dapat dibersihkan daripada bumi Allah ini, seperti apa yang berlaku di Perancis.

    tetapi apa yang lebih memeritkan apabila ia berlaku di sebuah negara yang dikatakan negara Islam. juga dispesifikasikan berlaku di sebuah IPTA yang berititle Islam. Pengharaman berniqab itu telah jelas termaktub dalam buku peraturan bahkan ketika minggu taaruf, terpapar gambar wanita berniqab dipangkahkan sebagai amaran jangan ada yang berniqab, itu adalah HARAM di IPTA tersebut. namun, alhamdulillah, setakat mana sangat ia menjadi peraturan. bahkan, semakin berleluasa muslimah di IPTA tersebut mengenakan purdah. subhanallah!

    cuma, satu peristiwa berhadapan golongan cendekiawan liberal di Ipta tersebut membahaskan isu purdah menjadikan golongan niqabi ini terus mempertahankan hak mereka walaupun dalam rangka perlu biadap dengan golongan yang sepatutnya layak dihormati.

    boleh baca pengalaman ini di blog saya.
    http://lailatulmawardah.blogspot.com/2008/08/ini-bukan-bergaduh.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s