Cuba fahamkan!!!Jahiliah Moden dan Kefahaman Islam!!

salam ukhwah..

zaman ini merupakan zaman yang amat mencabar.kerana jahiliah yang kita hadapi berbeza.berbeza yang amat sangat.kalau dahulunya pada zaman Rasulullah SAW,jahiliah yang dilihat adalah jahiliah dimana kelompok yang belum memeluk Islam memerangi Islam itu sendiri.benar,ada wujudnya golongan munafik,tetapi konteks nya berbeza.ya’ni mereka memeluk Islam atas alasan mungkin kerna pengaruh dan lain-lain.

tetapi jahilayah abad ke 21 lebih mencabar.lebih dahsyat dan lebih tenat.dan sebagaimana sabda Rasulullah membuktikan bahawa Islam itu menjadi asing/dagang sebagaimana ia datang.jangan menafikannya!!Ia nya memang sedang berlaku.

jahiliah lampau berbeza kerna perbezaan jahiliah dan Islam itu memang semua ummat ketika itu faham dengan jelas.kefahaman yang ada membezakan yang haq dan bathil itu amat jelas.tidak ada grey area pada kefahaman itu.Kefahaman yang dibina oleh madrasah Rasulullah itu membolehkan ummat memahami Islam dengan sempurna dan jelas.maka tidak ada penyimpangan atau pun ruang keraguan diantara haq dan kebathilan.

tetapi,dalam zaman sekarang,keraguan atau grey area itu wujud.Bukan kerna Islam itu lemah,atau ada kurangnya..tetapi kefahaman itu tiada pada ummat..kerna kefahaman nya tidak dibina..

kefahaman pada Islam itu mengikut hawa nafsu.maka banyak lah wujudnya doktrin-doktrin jahiliyah  yang diaplikasi di “negara Islam”.Maka timbullah ungkapan dari ‘pejuang Islam’ sendiri yang mengatakan

ulama duduk di tepi.biar pemimpin buat kerja.

ini jelas mengasingkan Islam dari kehidupan.jadi kenapa mengaku anda ‘pejuang Islam’ kalau anda sendiri men’sekular’kan Islam.Timbul lagi kefahaman yang songsang pada ummat kini.

Mereka mengaku mereka Islam.aku bangga jadi Islam.Alhamdulillah,aku dilahirkan sebagai Islam.TETAPI,apakah cara hidup mereka jelas sebagaimana yang Allah redha.

Adakah Allah redha kalau kamu minum arak?dan dengan senang hati mengatakan,”takpe,asal hati baik”.

adakah Allah redha kamu bermaksiat kepada Allah.Adakah Allah redha kamu mencipta sembahan selain Dia.

ber’Tuhan wang ringgit’,perempuan,nafsu,kuasa dan macam-macam lagi sembahan yang kita ciptakan sama ada kita sedar atau tidak.

alhaq

senang sekali nak menyatakan bahawa jahiliah yang paling tenat kini adalah hendak menyedarkan orang yang sudah bershadah apa ertinya mereka bershahadah.apa ertinya mereka menganut Islam.ini bukan masuk lagi kepada mereka yang kononnya bangga dengan Islam tetapi membenci Islam.dengan mengatakan bahawa  Islam itu adalah doktrin atau sistem padang pasir 1500 tahun lampau.

Kita kebanyakan nya dilahirkan dalam sistem jahiliah.sistem yang dibina dengan fahsya’ dan mungkar.apakah mudah hendak menukar proses pembentukan diri kita yang contohnya selama 20 tahun dalam masa hanya 2 tahun?apa yang ingin dibawa mudah.Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu adalah Rasul Nya.tetapi untuk memahami dengan benar itu bukan satu perkara yang mudah dalam menghadapi jahiliah akhir zaman.

Kalimah pertama menjelaskan bahawa hanya Allah satu-satu nya Tuhan.Mari kita lihat pada kriteria ini.bilamana kita bercakap tentang Tuhan,maka pada Tuhan itu pasti kita berasa

  • takut pada Nya,
  • cinta pada Nya
  • ,berharap pada Nya,
  • Ingin dekat dengan Nya.

Kalaulah,kuasa dan jawatan itu memenuhi kriteria diatas,maka kita menjadikan jawatan dan kuasa sebagai Tuhan.ingatlah,pangkat dan jawatan tak mampu membeli ampunan di hadapan Tuhan..

Kalaulah harta memenuhi kriteria itu,maka kita bertuhankan harta.

kalau perempuan memenuhi kriteria itu,maka kita bertuhankan perempuan yang kita sayangi.

Perkara ini mudah dijelas.tetapi senangkah kita aplikasi.ada yang bertanya,salahkah mencintai sesuatu?Fitrah manusia itu memang wujud rasa sayang.rasa mahabbah pada sesuatu.tetapi rasa cinta itu tidak boleh melebihi cinta kepada Allah dan Rasul Nya..

Mari kita masuk ke fasa ke dua yakni Muhammad itu pesuruh Nya.Jika kita meyakini Allah itu satu sahaja Tuhan,maka kita perlu yakini bahawa Muhammad itu pembawa risalah Tuhan.maka pada muhammad itu perlu kita contohi.

contohnya,dalam berpolitik,perlu kita fikirkan,apa Rasulullah buat.apa Muhammad itu akan lakukan.bagaimana hendak kaji,rujuk lah pada Al QURAN DAN HADIS.Kerna pada kedua nya adalah panduan.memanglah dalam sirah itu tak ada proses pilihanraya umum.tapi konsep nya pasti ada ya’ni pada konsep syura dan lain2..

rujuk pada sirah kehidupan baginda.peristiwa yang berlaku kepada baginda,daripada peristiwa datang nya Islam ke jazirah arab,proses dakwah dan tarbiyyah di kota makkah,hijrah ke madinah,perang badar,uhud dan khandak serta perang yang lain,serta fathu makkah dan sebelumnya perjanjian hudaibiyah serta selepas peristiwa itu semua merupakan ‘guidance’ dalam kehidupan kita.

Peristiwa-peristiwa itu BUKAN SEKADAR SEJARAH.Ianya adalah guidance.petunjuk.bayangkan,dalam hidup 63 tahun sang nabi,betapa banyaknya peristiwa yang baginda lalui.itu beza nya seorang nabi dengan pemimpin biasa.Peristiwa yang baginda alami sebenarnya manual untuk kita.

Al QURAN,HADIS dan Sirah baginda sebenarnya diturunkan sebagai manual untuk ummat Islam.Buktinya rujuk surah Al Baqarah.mula2 sekali Quran.ayat ke 2 dan ke 3.maksudnya :

inilah kitab yang tidak ada KERAGUAN dalam nya.PETUNJUK untuk orang BERTAQWA

JELAS dan TERANG.TAPI kenapa kita cari selain daripada Al Quran.Kononnya Al Quran ini tak valid.cuma buku tulisan 1500 tahun lampau berasal dari padang pasir.

mari kita ambil contoh kisah dalam surah Maryam.diceritakan Maryam setelah melahirkan Isa menjadi amat lemah.lalu Allah mewahyukan untuk menggoncang pohon tamar.

logik nya,adakah maryam yang amat lemah mampu menggoncang pohon tamar yang besar macam pokok kelapa sawit sampai jatuhnya buah tamar.kalau kita yang sihat pun sukar.

Rasional nya disini,biarpun kita amat lemah,kita tetap perlu berusaha.baru Allah akan bantu.bukan sekadar mengharap.mengharap Allah akan menghapuskan kerajaan fasad,mungkar dan fahsya Amerika hanya dengan doa.harap Allah membantu saudara Palestina hanya dengan laungan slogan.Bantuan dari langit itu datang dengan usaha.Perlu kita faham,bantuan itu datang bukan dengan percuma!!

dan kalau kita perhati,bukankah kisah Maryam yang tercatit dalam Quran itu adalah satu perintah yang kita jadikan panduan!!

TAPI KITA ANGGAP SEBAGAI CERITA!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s