Di sini aku jumpa BAHAGIA!!

dipetik dari langkah-arrijal.blogspot.com

Salam ukhwah…

selama beberapa hari ni memang best gak lah.

(apa yang x best dalam hidup yea??aha!!speculation of result..memang x best langsung.macam2 cerita keluar!!)

so,malam semalam aku,afiq,miqdad,shahul,safiq,kak ada,aishah orang rumah kenex,Islah pergi ke Peryatim.mengajar tuisyen.so aku ngan shahul aja form 5.aku ajar sains shahul ajar math.kak ada n aishah ajar budak darjah 6.budak form 3 ade sorang awek volunteer entah dari mana datang.tapi dah tahap kakak la awek tu.so,miqdad,afiq,safiq n Islah mengajar budak2 form lain.

sumpah,aku blur giler waktu ajar sains.ape niyh!!!dah lame dah tinggal kot..ades2..lagi pulak dalam english.tapi muka konfem kene buat muke pro..hehehe

so,malam tu tiba2 ade hal jadik.shhhh!!so,aku pun dengan best nye bermalam di Peryatim dengan Islah,Afiq n Shahul.tido dengan budak2 tu semua.comel dowh Islah n shahul tido..hahaha..

so,pagi nya kitorang solat subuh dulu dengan budak2 tu.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

seronok tengok budak2 bersiap pagi2 pergi solat dan bersiap pergi sekolah.terkenang waktu kat asrama.huhu.

aku suka tengok keriangan dekat wajah budak2 tu.walaupun jauh dari keluarga.dan memang antara diorang dah tak da mak dan ayah.dan ada juga yang punya famili yang pincang.tapi kegembiraan ada pada wajah budak2 ni.dan aku tak tahu betapa sebenarnya disebalik senyuman manis budak2 kecik tu sebenarnya ada terkandung seribu macam cabaran yang aku tak pernah alami.yang adakah aku boleh bertahan kalau aku alami.

DSC05667

dalam umur yang baru nak kenal dunia,hidup dah dicabar dengan macam2 masalah.budak2 ni cuma perlukan kasih sayang.cuma perlukan orang untuk ambil tahu.cuma perlukan orang untuk tahu masalah mereka.

subuh tadi lepas solat berbual dengan sorang adik ni.aku cek buku rekod dia.dia x segan tunjukkan buku rekod dia.dia cuma nak kan orang ambil tahu apa dia belajar.

waktu sepanjang dalam bas waktu menghantar diorang,sebenarnya hati aku seakan berderai sayu,melihat budak2 kecil ni riang ke sekolah.dalam bas bergurau dengan penyelia mereka yang mereka panggil ayah.dan aku tengok sorang budak ni,dia keluarkan satu plastik oreo yang cuma ada 3 keping dalam tu.satu diberi kepada seorang adik lelaki.hakim namanya.satu lagi dia tawarkan pada aku..

DSC05774

“ayah jol,nah,oreo..”

aku senyum.dan cakap..”xpe,kakak makan lah.ayah kenyang”

dan oreo yang terakhir di makan sendiri dan satu lagi yang ku tolak tadi diberi kepada adik beradik nya yang lain..adik hakim yang kecil dah habis makan oreo nya sendiri yang diberi lalu dia minta lagi pada si kakak kecil tersebut.kakak kecil ini patahkan separuh oreo yang sedang dia makan dan di bagi kepada hakim yang kecil ni.dua-dua si kecil tersenyum.bukan kenyang yang diharapkan dari makanan.mereka cuma cari kenyang pada kasih sayang..

Ya Rabb..indahnya kasih sayang yang kau ciptakan..

dan si hakim yang kecil ni sangat petah..”Ayah jol,nak duduk” sambil dia duduk atas pangku aku.Jadi aku pangku dia dan berbual2..

waktu melintas SMK Merbau,aku pelik,tiba2 semua adik2 dalam bas memandang keluar tingkap.seakan mecari sesuatu.so,aku join..rupanya diorang mecari2 kakak mereka yang dulu sama2 pernah berada dalam PERYATIM dan kini sudah keluar.tempat mereka melampiaskan rindu pada kakak mereka hanya dengan melihat wajah si kakak yang tersenyum dan melambai melalui tingkap bas.

Ya Rabb..ketika ini,aku tahan mata ku dari mengalir nya air mata..

Kisah tu semua bukan aku cipta untuk membeli simpati.

macam aku ceritakan,aku suka berada di PERYATIM.aku sukakan kasih sayang anak2 kecil ni.dan adik2 yang ada.aku sayangkan persahabatan dengan penyelia2 yang aku panggil abang.macam seorang penyelia namanya abang rashid cakap pada aku “Yelah Jol,kitorang semua dah anggap tajol macam keluarga”..

aku sayangkan gelak tawa adik2 aku dekat sini.aku sayangkan senyuman mereka walaupun sebenarnya seribu cerita duka ada disebalik senyuman itu.

DSC05750

aku berada duduk bersama mereka bukan hanya semalam.aku duduk sama2 mereka.menceritakan kisah jatuh bangun hidupku.kisah betapa aku pernah jauh dari redha Allah.kisah aku bangkit kembali dari sebuah kejatuhan.dan aku berikan mereka seribu satu nasihat.jangan kau mengikut silap abang mu ini.dan aku ajarkan mereka sedikit ilmu agama yang ku tahu.supaya mereka dapat menyimpan menjadi bekal untuk arah hidup mereka kelak selepas mereka keluar dari PERYATIM.dan aku berkongsi kisah duka mereka.kisah hidup mereka.susah senang mereka.dan aku kongsi senyuman itu.dalam lenggok tawa dan senyuman mesra.dan dalam doa,sebagaimana aku harapkan dua adik permpuan ku berjaya,aku mahu leihat adik2 ku disini berjaya..

adik,walau susah mana pun hidup mu,kau pasti boleh bangun.dan memandang ke hadapan dan melangkah!!

dan aku.abang mu, disini,akan tetap memegang tangan mu dan membawa mu bangkit..

kisah semalam di rumah PERYATIM itu hanya sebahagian kisah yang aku lontarkan.banyak lagi keindahan yang aku lihat sepanjang aku bersama adik2 kecil ni..

aku memang suka berada di sana.aku rasa tenang dan gembira.aku melihat keindahan dalam kasih sayang..dan aku nak kamu semua merasa..benar,aku berasa sangat tenang…

bagi kamu yang membaca..ya!kamu!

adik2 ini bukan perlukan duit kamu.x perlukan makanan kamu!x perlukan buku2 kamu!x perlukan kredit kamu!!

mereka cuma perlu sedikit masa kamu yang banyak yang kamu habiskan menonton wayang..mereka perlukan kasih sayang kamu!!mereka cuma perlu seorang abang atau kakak yang mendengar kisah yang nak mereka kongsi!mereka hanya perlu seorang untuk membalas senyuman mereka!mereka hanya ingin dimanja!punya rasa sebuah keluarga!!

adakah sukar untuk hulurkan tangan,dan memeluk mereka??

adakah sukar untuk pinjamkan telinga kamu sebentar??

adakah sukar untuk memberikan kata2 semangat dan nasihat??

adakah sukar untuk berikan sedikit masa kamu?

adakah sukar untuk menghulurkan sebuah kasih sayang kamu??

kasih sayang itu tak kan kurang kalau kita berikannya..Cinta itu tak akan lusuh kalau kita berkongsinya..

………………………………………………………………………………………………………………………………..

mungkin kerna hati yang dibentuk dengan tarbiyah menjadi lembut untuk melihat erti kasih sayang..

mungkin kerna hati yang bergolak,menjadi tenang melihat keindahan pada senyuman mereka..

mungkin jauh dari keluarga di semenanjung,aku jadi rindu..tapi bukan bermakna lepas jumpa keluarga di semenanjung aku lupakan kasih sayang keluarga aku disini…

kerna disini,ya disini,aku jumpa apa itu BAHAGIA!!

One thought on “Di sini aku jumpa BAHAGIA!!

  1. MasyaAllah.. Allah kurniakan hati yang pengasih dan penyayang kepada hambaNya yang terpilih.. Allah ArRahmaan ArRahiim .. begitulah kita dikehendaki bertahalluk dengan sifat2 tersebut..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s