Membentuk Sebuah Perubahan

Perubahan.Change.Dan macam-macam lagi dalam ratusan bahasa tersendiri.Tapi apakah itu perubahan?Perubahan apa yang kita ingin kan?

Perubahan juga selalu dilihat membawa impak yang sangat besar kepada sesebuah masyarakat.Paling jelas dalam masa kini adalah kempen Barack Obama suatu masa dahulu :

Change We Can.

Dan paling mudah,di Malaysia,slogan itu juga digunakan dalam kempen-kempen politik dan jelas sekali dalam kempen Anwar Ibrahim dengan slogannya :

A new Dawn for Malaysia

gambar hanya hiasan..saya tidak berkempen untuk lelaki ini

gambar hanya hiasan..saya tidak berkempen untuk lelaki ini

Harapan Baru Untuk Malaysia

Perlu juga diingat bahawa motto perubahan ini juga digunakan oleh ‘Young Turks’ dahulu untuk menjatuhkan khilafah.Dan juga kita juga menyaksikan bahawa Islam itu menarik hati kerana mahu berubah daripada kejahiliahan masyarakat.

Kenapa perlu berubah?

Cuba anda letakkan sebaldi air di suatu tempat dan jangan di kacau atau diganggu air tersebut selama berbulan-bulan.

Apa akan jadi pada air itu.Tentu sahaja rosak.

Cuba anda tidak bersenam selama 1 tahun.Tentu sahaja tidak sihat.

Perubahan itu perlu.Kerana pada perubahan itu lah wujudnya pembaharuan.Wujudnya pembaikan.Wujudnya peningkatan.

Perubahan yang kita inginkan.

Dari tidak baik kepada baik juga adalah perubahan.Dari baik kepada tidak baik juga adalah perubahan.Tetapi perubahan apa yang kita inginkan.Yang kita dambakan?

Tentu sahaja fitrah manusia inginkan kebaikan.Saya pernah terbaca blog seorang anak muda yang tidak mempercayai Tuhan,tetapi dia mempercayai kebaikan.Kerana apa?Senang saya memberi jawapan,fitrah manusia ini diciptakan untuk suka kepada sesuatu yang suci.Yang cantik.Manusia senang terbuai dengan keindahan pada senyuman.Pada cantiknya pemandangan.Tertarik pada keletah anak kecil.Kerna pada itu semua wujudnya keindahan.Kerna pada itu semua cantiknya kuasa Allah dapat dilihat.Tetapi nafsu kita sering mengelabui mata daripada melihat hakikat pada keindahan itu ya’ni kekuasan Allah.

Kita seringkali kurang berpuas hati terhadap sesuatu yang dicipta manusia.Sejarah peradaban manusia sejak dahulu lagi,wujudnya pelbagai jenis pemerintahan.Dengan diktatornya,maka sistem diktator itu dibuang kerna dilihat tidak tepat.maka dicipta dengan sistem yang lain.kemudian wujudnya sosialisme,komunisme dan lain-lain.Semuanya adalah untuk menyelesaikan masalah manusia.Tetapi sistem itu sendiri dilihat sebagai sebuah kesilapan?Kerana pada sistem yang dicipta itu tiada kesempurnaan.Maka kembalilah manusia tertarik pada sistem Islam.Islam itu sebagai sistem.Kerna pada nya mereka lihat sebuah kesempurnaan yang adil dan saksama.

Maka wujudlah ramai yang dibina dengan tarbiyah ingin melakukan perubahan.Pembaharuan.

Begitu juga dengan mereka yang tidak dibina dengan tarbiyah ingin melakukan perubahan.Dengan slogan bermacam-macam seperti ‘membangun bersama Islam’ dan lain-lain.

Tetapi amat malang sekali,walaupun perubahan itu ingin dibawa,masalahnya pembawa perubahan itu tidak diubah dan tidak mahu berubah.

Contohnya bagai sebuah kereta yang ditukar rangka luarnya dengan rangka BMW atau mercedes yang terbaru tetapi enjin dalam nya masih lagi enjin kereta toyota zaman 70 an.

Atau pun seperti mengajak orang ramai berhenti merokok tetapi lepas habis ceramah,isap rokok.

Kita senang menghamburkan hujah sesuai dengan keadaan.Menjadikan slogan-slogan sebagai alat-alat untuk kepentingan kita sendiri.Kononnya menjadi arus perubahan massa.

Bagaimana rakyat yang marhaen ingin percaya anda mampu memimpin negara sebagai pemimpin terhormat sedangkan skandal anda dengan wanita-wanita bahkan lelaki-lelaki menjadi satu isu yang hangat dan anda kelihatan licik untuk cuba menangani isu itu.

Bagaimana rakyat yang berpendapatan RM 1000 sebulan ingin mengikut kata anda supaya berhemah dalam berbelanja sedangkan barang kemas isteri anda membuatkan lehernya sakit.

Bagaimana rakyat yang lurus ini mahu bercakap dengan sopan sedangkan mulut anda terhambur perkataan kotor dan kesat yang senang anda keluarkan.

Bagaimana kami mahu yakin anda pemimpin Islam kalau masing-masing saling menyalahkan,mengkafirkan ,meng’wahabi’kan (pelik-pelik) dan menyesatkan masing-masing.

Dan bagaimana anda kata anda pejuang melayu Islam sedangkan hukum Tuhan,panduan dalam Al-Quran dan teladan Rasulullah anda tolak ke tepi.Anda katakan semua itu dah tak valid lagi.Dah tak sesuai dengan zaman.Pelik,sedangkan teori Plato,Socrates dan macam-macam lagi anda pegang teguh sebagai kitab anda.Tetapi sistem Islam anda tolak tepi.

Haramlah kalau anda fikir kami mahu percaya dan yakin dengan anda.Kononnya pemimpin Islam.

Maka disini,lihatlah,perubahan itu perlu wujud dari diri sendiri.Dari dalam diri.Berubah untuk merubah.Bukan Merubah untuk PERUT,NAMA DAN AKAUN BANK .

Seperti kata-kata Hassan Hudhaibi (tak silap saya) :

Tegakkanlah Islam dalam dirimu,maka ia akan tertegak dalam negara mu.

Lihat,kata-kata yang mudah dan senang difahami.Tetapi kenapa sukar untuk difahamkan.

Kalau anda kata mahu menjadi pejuang Islam,maka diri sendiri perlu menjadi Muslim yang bukan hanya pada nama tertera di kad pengenalan.Seluruh hidup itu perlu berusaha untuk berubah berlandaskan haluan yang ditetapkan Allah.

Bagaimana?

Mulakanlah dengan sebuah keinginan dan niat.Bukankah RAsulullah pernah bersabda bahawa setiap sesuatu itu bermula dengan niat. (Pelik,buku motivasi selalu berkata tentang niat.Tetapi sang Nabi yang bersabda 1500 tahun lampau,kita tak pandang)

Maka bila wujudnya keinginan,kita telah membina sebuah tujuan.Niat di hati untuk berubah.Menjadi seorang Muslim sejati.Muslim yang jelas Islam nya dan lepas KPI (Indeks Prestasi) nya sebagai seorang Muslim.

Maka mulakanlah dengan perkara yang paling asas ya’ni shadah itu difahami dengan jelas.Apa maksudnya.Apa perjanjian yang terkandung dalam nya.Apa maknanya anda sebagai seorang Islam.Siapakah ilah yang dijelaskan dalam shahadah.Siapakah Muhammad itu.Apa tujuannya di lantik menjadi Rasul.Apa yang dia bawa.Apa dia cuba contohkan kepada kita.Apa panduan yang dia tinggalkan.Dan setelah memahami,Yakinlah dengan apa yang anda fahami.

Kemudian mulalah dengan memahami solat yang diarahkan dan setiap kewajipan yang diperturunkan.

Kita mengetahui bahawa shahadah,Solat,Puasa,Zakat dan Haji itu adalah tiang nya Islam.Kalaulah Islam itu sebuah bangunan maka kalau itu sahaja,bangunannya tak kan menjadi lengkap.Maka Jihad,Infaq,dan lain-lain itu adalah tubuh bangunan itu dengan Jihad itu sebagai puncak atap.Dan puncak atap itu terus dan jelas menuju kepada redha Allah.

Jika kita memahami itu semua dengan mendalam,maka dari kefahaman itu terbentuknya sebuah perubahan.Perubahan untuk memperbaiki diri.Maka pada setiap apa yang kita nak perbuat,perkara paling pertama kita fikir adalah redha Allah.adakah Allah redha kalau aku ambil rasuah.Adakah Allah redha kalau aku menipu rakyat?Adakah Allah redha kalau aku gelapkan duit amanah rakyat.Adakah Allah redha kalau aku berpecah belah dan memfitnah?

Maka redha Allah itu akan kita fikirkan dahulu.Perkara yang paling utama.

Dan pastinya dalam membuat perubahan kita akan dikecam.Hipokrit.Bermuka-muka.Macam ular cuma bersalin kulit.Tak kan bertahan perubahan itu.dan macam-macam lagi.Dan benar,apa yang kita ingin bawakan memang akan menyebabkan orang lain takut.Tetapi bila kita yakin kebenaran yang kita bawakan,apakah kita kira tentangan yang kecil kalau nak dibandingkan dengan redha Allah?

Fikirkanlah utuk berubah!

Dan berubahlah!!

2 thoughts on “Membentuk Sebuah Perubahan

  1. “Jika kita memahami itu semua dengan mendalam, maka dari kefahaman itu terbentuknya sebuah perubahan. Perubahan untuk memperbaiki diri. Maka pada setiap apa yang kita nak perbuat, perkara paling pertama kita fikir adalah redha Allah”

    Jika setiap daripada kita buat seperti ini insyaAllah aman semuanya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s