Back To Basic

Salam ukhwah.salam perjuangan.salam dakwah

Dalam kita membicarakan tentang Islam,pelbagai penafsiran akan timbul terhadap Islam ini dan secara tidak langsung,akan timbul penafsiran terhadap ummat nya.

Persepsi

Persepsi pertama:

Ada sebilangan yang akan menafsirkan Islam ini sebagai agama padang pasir.agama 1500 tahun lampau dan cuma agama.Dia juga akan menyatakan bahawa untuk maju,kita perlu meninggalkan sesuatu yang kuno dan lampau.Perlu meninggalkan perkara yang kononnya ketinggalan zaman.Dan dia juga melihat bahawa ummat Islam ini sebagai satu lambang kemunduran.satu lambang ummat yang mistik dan jauh dari arus kemodenan dan rasionaliti.

Persepsi ke dua:

Ada pula sebilangan yang memandang Islam itu perlu.Tetapi hanya dalam aspek akidah sahaja.Hanya dalam aspek ibadah sahaja.Maka dia mengasingkan kehidupannya dengan Islam itu sendiri.Bila mana dia berkerja,dia akan berkerja dengan cara dia sendiri.Kalau memungkinkan untuk dia melakukan perkara yang haram misal nya rasuah,maka akan dia lakukan.Kalau perlu untuk dia tutup sebelah mata pada kepentingan rakyat,maka dia akan lakukan.Kalau bos nya bahkan menyuruhnya melakukan perkara yang zalim,ya,dia akan lakukan.Dan sekali lagi,dia tetap melakukan ibadah khusus seperti biasa.Ya’ni,dia akan terus mengerjakan solat.Bahkan barangkali antara orang yang akan mula-mula bersedekah dan memberi sumbangan.Keluarganya tidak dia jaga dengan pendidikan Islam.Dia menghantar anak-anaknya mengaji Quran dan ke kelas agama.Tapi hanya sampai situ sahaja.Dia gah mengatakan tentang Islam itu dan ini.Tetapi bilamana dia sakit,dia akan ke dukun.Meminta pertolongan dukun dengan macam-macam pengeras yang dikenakan seperti pulut kuning dan lain-lain.Katanya,aku dah usaha.Allah pun kata kena usaha dulu.Walaupun usaha yang dia lakukan itu sebenarnya adalah syirik yang sangat Allah murka.Yang sangat tercela.Dan tetap,dia mengerjakan solat.melaksanakan ibadah khusus yang telah diwajibkan.Dan dia mengatakan bahawa paling penting kena pergi haji.Tetapi,dalam dia mengerjakan ibadahnya dan dia bangga dengan dirinya sebagai Islam,kehidupannya lari daripada Islam.Bilama dia memerintah,dia akan mengatakan,biar kita buat kerja pemerintahan.Ulama duduk di tepi.Ulama itu dijadikan rujukan hanya bilamana anak-anak nya ingin menikah.Atau dia akan bercerai.Hanya ulama itu dia jadi kan rujukan bila perlu penyelesaian hukum hakam.Tetapi dalam aspek kehidupannya bahkan pemerintahan nya,dia ketepikan ulama itu.Dia ketepikan hukum Islam dan perintah Allah.

Persepsi ke tiga:

Ada segolongan yang menganggap Islam ini hanya ibadah dan betapa penting nya ibadah.Maka seluruh hidupnya akan dia letakkan di masjid dan tidak berkerja.Dia mengatakan bahawa apa yang dia lakukan sampai keluarga di biarkan sebagai satu amalan.Dia mengatakan itu semua sebagai satu persiapan untuk akhirat.Maka kita semua perlu untuk tumpukan hidup kita untuk itu.Tetapi,peliknya kalaulah Islam itu cuma ibadah,kenapa si dia itu sendiri giat berkerja mengumpul kekayaan berguni-guni.Kenapa perlu berniaga?

Maka apa ini semua??!

Sebenar nya kita telah dibutakan oleh pelbagai jenis kefahaman yang mempunyai pelbagai penafsiran yang pelik-pelik.Seperti yang dinyatakan di atas.

Islam ini sebenarnya datang dari mana?Islam ini sebenarnya diwahyukan oleh siapa?Siapa yang  mula-mula membawa Islam ini?Kenapa lebih percaya pada karut marut?Kalau ingin memahami Islam,kembalilah kepada asalnya Islam itu sendiri.Maka dimana asalnya Islam itu.Ianya terletak pada Quran dan sunnah Rasulullah.Rasulullah telah wafat tetapi dia telah bersabda bahawa :

Telah aku tinggalkan dua perkara kepada kalian dan kalian tidak akan terpesong selagi kamu berpegang teguh pada kedua nya.iaitu Al Quran dan As Sunnah.

Bila kita rujuk pada Al Quran dan As Sunnah maka perkara asas dan paling basic yang ingin dibicarakan adalah mentauhidkan Allah.Meletakkan Allah itu hanya satu sebagai Tuhan.Sebagai penguasa.sebagai pemilik dan tempat rujuk pada sesuatu.Dan juga meletakkan Muhammad itu sebagai Rasul.

Mentauhidkan Allah

Dalam hal mentauhidkan Allah,tidak lah perlu saya rujuk setiap ayat Quran untuk anda dibuktikan dengan hujah yang saya bawakan.Quran itu sendiri kalau kita memahami maksud ayat-ayat nya adalah membawakan kita kepada mentauhidkan Allah.

Maksud mentauhidkan Allah ini perlu kita perjelas kan dengan betul-betul jelas.

Bukanlah dengan mentauhidkan itu bermaksud kita tidak menyembah berhala-berhala fizikal seperti patung-patung di kuil dan macam-macam lagi.Ia juga bermaksud dalam erti kata kita menjalani kehidupan.

Mereka menjadikan para ahli agama dan para pendeta mereka sebagai Tuhan selain Allah dan juga mempertuhankan Al MASIH anak Maryam……….ila akhir ayath..(At Taubah : 31)

Dalam konteks diatas kita rujuk pada sirah nubuwwah bilama ada seorang lelaki nasrani ini menidakkan ayat diatas.Dia mengatakan bahawa kami tak menyembah para agamawan kami.Maka Rasulullah menjawab:

Benar,tetapi kamu mengikut mereka dengan membabi buta walaupun kamu tahu apa yang dibawa adalah kesesatan.

Apa maksudnya?

Wajar kita fahami bahawa sebenarnya mereka itu telah menjadikan agamawan mereka sebagai Tuhan bilamana mereka mengagungkan agamawan mereka itu lebih daripada Allah.lebih daripada hukum Allah.

Rujuk salah satu hadis nabi:

maksudnya

:celakalah hamba dirham!!celaka lah hamba dinar!!

Ingin saya tanya,adakah kita bersujud pada duit kertas RM 1000?? Tentu sekali tidak.Kita tak bersujud pada itu.Kita tetap sujud pada Allah.Tetapi kenapa ianya menjadi begitu signifikan?

Kita rujuk pula doa’ salah seorang sahabat Rasulullah.Umar Ibn Khattab berdoa’ :

Ya Allah,jadikanlah aku semata-mata hamba Mu!!

kita rujuk perkataan semata-mata.Maksudnya adalah eksklusif.Tak ada yang lain.Cuma itu sahaja.

Maka kalau kita fahami,maka kita akan terfikir bahawa berhala-berhala yang ada bukan hanya berhala-berhala fizikal seperti patung-patung di kuil tetapi juga berhala-berhala dalam minda kita.

Kalaulah ciri-ciri Tuhan yang kita sembah itu adalah pada nya

  • kita cintai
  • kita harapkan
  • Kita inginkan
  • Takut pada nya
  • Cinta pada nya

Benar atau tidak,kita rasa begini pada Tuhan?Kita cinta pada Allah.Kita mengharapkan dan meletakkan pengharapan pada Allah dalam kehidupan kita.Kita ingin kan untuk bertemu Dia di akhirat.Kita takut dan gerun pada azab Nya.Dan cinta kita hanya pada Nya..

Cuba kita tanya diri kita dengan jujur.Adakah cinta kita pada harta dan jawatan tersangat tinggi untuk kita korbankan demi Allah?Adakah kita harapkan pada harta dan jawatan itu dapat membantu kita.Adakah kita ingin kan pada harta itu dan jawatn itu.Adakah kita takut mengalami kesukaran akibat hilangnya harta dan jawatan itu.Dan adakah kita cinta pada harta dan jawatan itu lebih daripada cinta Allah??

Dan cuba anda letakkan pula dalam konteks kekasih,keselesaan dan macam-macam lagi.

Adakah anda takut dan gerun sekarang dan anda sedar bahawa ciri-ciri Tuhan telah anda ‘Tuhan’ kan pada harta.Pada kekasih.Pada kerja anda.Dan pada jawatan anda?

Adakah anda gerun sekarang bahawa anda telah meletakkan tahap Tuhan pada Allah itu rendah daripada tahap Tuhan yang anda letakkan pada perkara-perkara lain?

Bukankah mendua kan Allah dengan sesuatu yang lain itu adalah syirik?

Lihat.Secara tak sedar kita meletakkan banyak nya berhala lain dalam kehidupan.Tidak salah mencintai kenikmatan.Fitrah manusia itu sukakan keindahan,keselesaan dan kecantikan.Perlu untuk ummat itu ada kereta selesa.Ada rumah besar yang selesa.Ada wang yang cukup.

Tetapi,tahap kecintaan pada itu semua mestilah tidak melebihi tahap kecintaan pada Allah.

Kalaulah bilamana diminta untuk di infaq kan harta atau senang sekali,masa kita untuk jalan Allah maka kita takut dan menjadi amat defensive.Dan mempertahankannya.Bukankah itu menunjukkan kita sanggup berkorban untuk harta dan masa kita daripada berkorban untuk Allah?

Dan bukankah pengorbanan itu adalah satu ciri dalam percintaan.Seorang kekasih sanggup berkorban untuk kekasihnya.Maka dalam hal di atas,kalau kita sanggup berkorban mempertahankan apa yang kita sayang daripada mempertahankan Allah,maka letaknya cinta kita pada apa yang kita sayang adalah lagi tinggi berbanding kecintaan kita kepada Allah.Bukan begitu?

Maka cubalah anda fikirkan apa yang anda baca ini.Kita cuma mahu membawa kembali pada asas dan dasar yang paling dasar.

Wahai orang-orang beriman,masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan Al Baqarah :208

Muhammad sebagai Rasul

Dalam konteks ini,kita juga harus ingat bahawa Muhammad SAW diutuskan sebagai Rasul.Kenapa kita perlu kepada Rasul?Kerana kita ini sebagai manusia tidak tahu apa-apa.Perlu diajar.Sebagaimana seorang pelajar sekolah.Jangan jadi sombong!Dan Rasul itu adalah manusia.Dan sebagai manusia,pada asalnya dia juga tak tahu apa-apa.Maka apa yang dibawa oleh nya sebenarnya adalah apa yang dibawakan oleh Allah kepada kita melalui perantaraan malaikat yang mengajarnya kepada Rasul itu tadi.

Tetapi,amatlah silap kalau kita lihat tugas Rasul itu hanya mengajarkan ibadah sahaja.Dan kita pandang Rasul itu hanya macam mengajar solat sahaja.

Pada baginda itu sudah ada model terbaik sebagai ikutan yang terbaik.

Baginda lah ahli ekonomi.Ketua turus angkatan tentera.Pemimpin tertinggi negara.Seorang statesman.Suami,Pemuda dan seorang ayah.Dan macam-macam laghi karakter pada nya boleh kita jadikan panduan.

Bahkan setiap kisah dan sirah nabi itu bukan cerita dan kisah-kisah.Tetapi sebenarnya adalah code of conduct.Sebenarnya adalah panduan untuk kita.Contohnya bagaimana Rasul ini bersikap sebagai seorang sahabat.Kita kaji dan jadikan rujukan.Bagaimana pula dia bersikap sebagai seorang pemimpin.Kita kaji sirahnya dan jadikan rujukan.

Bukan kita tampil dengan ideologi masing-masing dan kahirnya memusnahkan ummat yang tenat.

Wallahua’lam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s