Tentang hati

Tentang Hati

Banyak sekali bicara tentang hati.Tapi kenapa manusia sukar sekali memahami perihal hatinya.

Maka dia akan cuba mencari jawapan.Tentang persoalan yang berkait dan terpaut kukuh pada hati.

Tentang persoalan cinta,benci,kasih,sayang,ikhlas,marah dan macam-macam serta pelbagai lagi.

Apa yang hilang pada manusia ini sehingga dia sukar memahami bahagian dalam hidupnya ya’ni hatinya.

Maka bilamana dia tidak memahami soal hatinya dengan jelas,akan diwujudkan pelbagai alasan,pelbagai sandaran…untuk menghalalkan keharaman yang terbit dari asal dalam hati.

Kadang-kadang,kita meletakkan halal pada perhubungan yang haram.

Mulanya dengan nasihat-menasihati.cantik.tapi sedalam hati nya penuh muslihat.Konon menasihat.

imej berbahaya

imej berbahaya

Tetapi hanya sebagai selimut dan pakai luaran.Tapi isi dalam yang kotor dan busuk.

Keji.

Dan ada juga selindung dengan hanya kata sebagai kawan.Ya lah..mula sebagai kawan.Dan bila nafsu menguasai akal.Bila adab tak dijaga.Kononnya hanya kawan.Dilihat orang rasa benci.Meluat.Cakap tentang pergaulan,gah nya hanya pada mulut.Cakap tentang Islam gahnya hanya pada bibir.Tapi perlakuan tak sama..Ditegur,marah…

Juga sama.Cantik hanya pada kata-kata.Bagai kain sutera membalut tubuh berkudis.

Bagai kot mahal menutup tubuh seorang Bush

atau seorang Dick Cheney

atau seorang Collin Powwel.

Keji.

Perlakuan kita adalah cermin pada hati kita.

Perlakuan kita adalah cermin pada hati kita.

Perlakuan kita adalah refleksi hati yang tersangat dalam.

Mulut dapat menipu.Bibir mamapu menutup kata.Lidah mampu menahan kalimat.

Bahkan mampu menukar fakta menjadi fantasi.

fantasi menjadi dalil

dan bahkan mampu membelit bagai ular sawa..

Tapi hati tak mampu disembunyikan.Kerna refelksi hati terletak pada perlakuan.

Barangkali,memang sukar untuk memahami perihal hati.Perihal rasa yang tersimpan dalam jiwa yang jauh dalam relung nya.

Barangkali,sukar menzahirkan rasa sebenar.

Walhal,dan amat pelik…wajar sedar pada aku dan kau.Perlakuan itu refleksi jelas seperti pantulan wajahmu di kaca.Bahkan lagi jelas dari itu.

Tapi kita lebih suka rasanya,mewarnakan imej pada kaca cermin itu dengan berus dan pena sendiri.Cuba menutup wajah sebenar hati yang asli.Kerna mungkin sedar,wajah hati yang asli itu kotor dan comot.Maka mahu dicantikkan hanya pada pantulan wajah pada sekeping cermin sahaja.

Lakonan.

Dan mampukah kita mampu berlakon dalam perlakuan kita 24 jam sehari,7 hari seminggu,365 hari setahun dan malah seumur hidup kita?

Mampukah kita melakonkan perlakuan bertentang dengan hati kita.

Untuk setiap masa.

Untuk setiap waktu.

Untuk setiap nafas terhembus pada akhir waktu yang tulus?

Mampukah?

………………………………………………………………………………

Barangkali kita lupa agaknya.

Kita dalam menjalani kehidupan seharian,faham,kalau barang rosak,mahu diperbaiki dengan kualiti paling baik,hantarlah pada syarikat pembuat barang itu.

Bagai kereta perodua rosak,wajar dihantar kepada servis perodua.Kalau proton,hantarlah pada servis proton.

Kalau hati rosak??

Hantarlah pada Pencipta hati?

Bagaimana…kembalilah pada risalah Dia.Kembali kepada risalah yang dibawa oleh Raasul Nya.

Tetapi,barangkali kita angkuh.

Rasa besar.

Rasa hebat.

Rasa kita mampu selelsaikan perihal hati yang berbolak balik.

Rasa sangat tahu kononnya tujuan hidup di muka bumi.

Sebiji mentol tak tahu kenapa dia dicipta selagi sang Thomas Elva Edison tidak memberitahu kenapa si mentol itu diciptakan.

Sebiji komputer tak kan tahu fungsi dia dicipta sekiranya tidak dikhabarkan pencipta komputer itu.

Dan kita,manusia…adakah kita benar-benar faham konsep kehidupan dan erti nya..kalau tidak dikhabarkan oleh Pencipta kita??

Pelik..Pelik..Pelik..

3 thoughts on “Tentang hati

  1. Salam.. sejak kecil kita diajar tentang seketul daging yang ada pada diri kita.. kita diajar tentang sifat2 mahmudah dan mazmumah.. dan Allah sendiri beri nama Qalbun.. sesuai dengan sifat yang empunya nama.. yang berbolak balik dan berpotensi untuk berubah2.. dan justeru itu Allah bagi panduan kepada kita untuk mensucikannya dalam banyak FirmanNya.. yang jadi masalah ramai tak mahu mengikut yang baik.. lebuh suka ikut hawa nafsu.. siapa yang susah.. semuanya kan.. wallahu’alam

  2. Assalamualaikum…
    lama tak bertanya…=)
    di sini aisya skrg Alhamdulillah rasa lebih tenang lepas ambil tindakan untuk tidak bercouple lagi…
    terima kasih atas bantuan yang diberikan..
    em,nak tanya la..
    kadang-kadang aisya rasa aisya tak dihargai dan tak ada kelebihan pun..
    semua orang tak faham aisya..
    tertekan sangat…bila nak lupakan mesti teringat balik..
    aisya rasa sedih sangat..
    apa yang aisya buat semua tak kena..
    sedangkan aisya rasa aisya da buat yang terbaik…
    camne ye nak atasi maslah ni..
    harap dapat membantu…

    • salam.

      semoga bermanfaat.

      tentang rasa tak dihargai dan rasa kurang..itulah hati.itulah manusia.bilamana kita mengenal manusia,kita akan kenal bagaimana sifat manusia ni.makrifatulinsan namanya.dalam Quran disebut manusia ni bodoh,berkeluh kesah dan macam2 lagi.dan bila kita fahami,aisya sedar tak,kadang2 hati kita selalunya mengajak ke arah kelemahan.contohnya,mana rasa lagi mudah?pergi solat jemaah kat surau or solat sorang2?tentu solat sorang2.x perlu bergerak jauh.tapi kenapa?sedangkan solat di surau ganjaran nya lebih besar.jadi kita kenal pasti yg memang manusia ni fitrah nya rasa lemah.dan bukan aisya aja.ramai orang rasa macam tu.rasa x da guna.rasa lemah.tapi ada sebab Allah bagi perasaan tu.pertamnya untuk kita kenal kelemahan kita dan perbaiki.kedua untuk kita rasa rendah diri.ketiga untuk kita perkembangkan potensi kita sebagi manusia.sebab tu lah manusia ini diturunkan di bumi.untuk kenal potensi dia.jadi,kalau wujud perasaan tu,jangan dilihat dari sudut negatif.tapi nilai dari sudut yang positif.kaca mata seorang Muslim itu perlu pandang dari sudut dia sebagai seorang Muslim.kalau seorang Muslim itu sewajarnya positif,maka pandanglah kelemahan itu sebagai kekuatan.

      Tentang rasa orang tidak faham tu,kita perlu lihat dari dua sudut.satunya dari aisya sendiri,mungkin aisya betul2 tidak difahami dengan baik oleh orang lain.dari sudut kedua,orang lain tidak tahu macam mana untuk fahami aisya.hal ni kita cuba bawa dalam konteks belajar.Kalau tidak faham,kita bertanya cikgu.dan kalau cikgu nak kan anak murid faham,dia akan tanya anak murid..faham ke tidak..jadi kalau lah kita rasa tidak difahami,kita communicate dengan persekitaran kita dan fahami mereka juga supaya mereka nanti akan fahami kita.mungkin mereka tidak sedar tentang itu.maka tugas kita untuk memudahkan mereka memahami kita.tetapi wajarlah dengan cara yang berhemah.berbual.berbincang.mengikut kesesuaian.

      tentang rasa x kena dan rasa tak cukup baik tu rasanya saya dah terangkan dalam penyelesaian yang pertama tu.kita jangan buang perasaan tu.tapi pandang dari sudut yang berbeza.contohnya,orang lain pandang kampung pedalaman sebagai tiada peluang perniagaan.tetapi seorang Muslim sewajarnya pandang bagaimana nak majukan kampung pedalaman tu dan wujudkan peluang perkerjaan.

      semoga bermanfaat.

      maaf lambat jawab.tak sempat nak bukak blog lately.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s