Syurga Cinta

Syurga Cinta..

Salam Ukhwah.

Baru lepas tengok syurga cinta.Mintak softcopy dekat Mau.

Satu perkara adalah,saya bukan jenis penonton dan penggemar movie-movie cinta dan juga novel-novle cinta.

Ketika orang lain dah tonton movie ni,baru sekarang rasa nak tengok sebab pelik,kenapa lah afiq,safiq dan Islah menjadi sangat jiwang.hehehe.Buat pengetahuan,diorang ni semua student final year.Sori aa korang.jangan jiwang lebih-lebih.

Banyak perkara yang menarik.

Secara positifnya,filem itu menerapkan sedikit sebanyak unsur-unsur keagamaan.

Tentang perubahan.Dan yang bagusnya kita lihat adalah perubahan yang berlaku kepada Irham bukanlah perubahan yang mendadak.Secara tiba-tiba atau terkejut.Tetapi perubahan yang beransur-ansur.

Dan perubahan itu walaupun lahir daripada memenuhi cabaran kawan-kawan,tetapi ia juga banyak wujud dari dalam keinginan diri.

Perubahan itu juga mula dengan mengenali sedikit sebanyak tujuan dan tugas sebagai seorang Islam.Dibuktikan dengan keinginan untuk mula kembali bersolat.

Dan juga dapat dilihat,dalam kita mahu melakukan perubahan diri,unsur-unsur yang mengganggu perlu di jauhkan.Sebagaimana Irham melupuskan poster-poster dan majalah-majalah yang tidak elok.

Dan dalam kita melakukan perubahan,kita juga perlukan pembimbing.Dapat dilihat bagaimana Irham itu mencari panduan dengan belajar mengaji dengan datok kepada cikgu shuhada dan belajar agama di masjid.

Tetapi dari sudut lain.

Filem cinta melayu memang tak dapat lari daripada perkara-perkara yang sangat biasa kita lihat.Tapi,tidak apa.Itu cuma dari segi aspek stereotype.Dan lakonan.

Cuma dari sudut pengajaran,walaupun ianya menyebabkan perubahan kepada Irham,pergaulan sebegitu perlu dijaga.Bagaimana lelaki boleh berhubung sebegitu dengan seorang wanita.

Kenapa keadaan itu menunjukkan mereka bercouple.Tak boleh kah tanpa perhubungan sebegitu,seseorang itu tetap perlu dibimbing.

Maka kita perlu kembali kepada dasar yang paling asas dalam pergaulan.Tentang prinsip-prinsip dalam pergaulan antara dua jantina berlawanan yang bukan muhrim.

Jangan sampai mesej yang diberi itu mengelirukan orang ramai yang cuba untuk mengenali Islam

Tetapi,dari satu aspek,ianya usaha pemula yang murni.Mungkin kelak bilamana ada antara ikhwah yang sudah menjadi penerbit,mungkin boleh menghasilkan filem cinta tetapi dasarnya adalah tarbiyah.

Kita memang benar perlukan ikhwah penerbit filem.

p/:Tak sabar menantiĀ Ketika Cinta Bertasbih

3 thoughts on “Syurga Cinta

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s