Adakah ini merdeka yang hitam???

Salam ukhwah.salam kemerdekaan.

Detik pukul 12 tengah malam sekejap tadi telah menandakan masuknya 31 Ogos.Dan inilah tarikh yang amat bersejarah.

Perjuangan yang diwarnakan dengan darah yang merah.Dan di pekatkan dengan juraian air mata.Tanda sebuah perjuangan yang dibasahi juga dengan peluh dan semangat.Melukiskan sebuah lukisan kemerdekaan tanah ini yang sunggh indah.Itu kisah 52 tahun yang dulu.

Dan mungkin aku tidak faham bagaimana peritnya rasa untuk mengangkat kemerdekaan itu.Harta dan nyawa yang dipertaruhkan walau dalam keadaan kemiskinan dan terhimpit.Sebuah perjuangan yang hebat..

Inilah negaraku.Inilah pejuang yang pertaruhkan segalanya.Itulah pemimpin yang rela dipenjara.Itulah mereka.Itulah kisahnya.52 tahun yang lampau..

Dan mungkin aku juga tidak faham bila melihat pejuang yang masih hidup itu menahan air bertakung di soket mata.Kepiluan yang dahsyat mengenang sebuah pengorbanan.Dan bagaimana kemerdekaan yang ingin dicapai itu bukan percuma.Bukan mudah.Bukan dengan senang hati.

Dan aku juga tidak tahu betapa nilai yang perlu dibayar untuk itu.Aku tidak memahami kerana mereka yang membayarnya ketika itu.Dan aku dan kita yang ada disini hanya sedap menikmatinya sahaja..Dan tangisan dari air mata pejuang itu turun lagi menitis.Dan aku tidak tahu..

Tangisan itu untuk 52 tahun yang lampau.Untuk 52 tahun lampau yang penuh warna dalam kepingan filem hitam-putih.Itu adalah merdeka 52 tahun yang lampau…

ketika tadi aku tonton 1957-hati malaya.Kisah yang hebat.Dan teringat sebuah petikan dari Abdullah Fahim yang dilakonkan semula.. “nanti jangan lepas merdeka,pemimpin memakan harta rakyat di belakang rakyat”..

Itu gambaran kisah 52 tahun lampau.Dan mungkin terbukti 52 tahun selepas itu..

Benar,.kita terbebas dari sebuah penjajahan yang kejam.Harta negara yang melimpah kaya dikaut dan dibawa pergi.Sejarah persuratan bangsa Melayu dicuri dan dibawa pergi.

Palin keji….minda kita terjajah.Pemikiran kita terjajah.Dan produk yang dihasilkan adalah dari sistem yang terjajah.

Penjajahan itu bukan hanya lepas dari penaklukan pada negara.Tetapi juga perlu lepas dari minda dan perlakuan serta pemikiran…

Lihat kembali,adakah kita ini benar benar merdeka dari sebuah penjajahan.Adakah pemimpin kita benar-benar terlepas dari penjajahan??

Aku menghargai perjuangan kemerdekaan.Aku mengenang sebuah semangat yang gah menuntut sebuah kemerdekaan supaya anak bangsa boleh hidup dan mengangkat kepala mengatakan aku anak melayu.Aku rakyat Malaysia.

Tapi aku juga takut hanya aku dan kita sahaja yang mengenang budi.Hanya kita sahaja yang menghargai jasa.Kita adalah rakyat.rakyat adalah raja.Dan raja yang ada juga adalah rakyat.Begitu juga pemimpin.Kalau lah anda katakan kami yang muda ini tidak menghargai erti kemerdekaan,adakah anda benar-benar menghayati apa itu merdeka?? Adakah benar rakyat anda dahulukan?? Negara kita kaya.Luas hasil buminya.Bijak pandai anak bangsa nya.Hebat-hebat para pemudanya…Tetapi benarkah kemakmuran itu kita rasa bersama.Sama banyaknya.Sama rasanya.Sama kenyangnya??

Adakah ini merdeka kalau pemikiran kita masih terjajah.Kita rasa kita Melayu adalah dalam kehidupan Melayu.Tetapi bila kita Islam,kita punya kehidupan Islam.Kita asingkan hidup kita dengan Islam.Kita jajahkan dan pasungkan Islam dari hidup kita.Kita guna apa yang perlu dan buang apa yang kita tak mahu…

Adakah itu merdeka yang benar atau sebuah merdeka yang hitam??

Merdeka yang benar adalah bila kita merdekakan diri kita dari jahiliah dan menjadikan diri kita hamba semata-mata pada Allah.Merdeka yang benar adalah kita merdekakan diri kita dari menjadi hamba dinar dan dirham serta wang ringgit,pangkat,kegilaan kuasa dan ketamakan,kejahiliahan dan kefujuran lantas meletakkan diri kita SEMATA-MATA hamba kepada Allah…

Lihatlah dimana kita sekarang??

Adakah merdeka kita merdeka yang hitam??

Advertisements

Mencari sinar iman dalam Ramadhan.

salam ukhwah.

Ramadhan datang kembali.menjadi pengubat rindu kepada hati-hati yang merindukan bulan dimana madrasah kepada pembentukan iman itu dibina dengan amat terjaga.Ramadhan ini datang dengan penuh persoalan yang akan datang dalam minda kita?

adakah kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan ini pada tahun hadapan?

Adakah kita sempat menghabisi madrasah Ramadhan ini atau kita akan pergi sebelum ia nya tamat?

Adakah kita akan mengisi madrasah Ramadhan ini dengan cara yang sewajarnya layak?

Dan Ramadhan ini juga datang dengan sebuah lagi persoalan yang agak menarik.

Adakah kita akan mengisinya dengan penuh makan tidak kira waktu sahur atau waktu berbuka?

Mana tahu makan sahurnya sama banyak nya dengan makan berbuka nya..

Dan adakah kita akan merasa bahawa dalam Ramashan ini hanyalah sebuah bulan kita hanya berpuasa,bertarawih dan bertadarus?

Bahkan tidak..

Ramadhan ini selayaknya adalah sebuah madrasah.

Cuba bayangkan sebuah university. Di dalam university itu, pelajarnya diajar,dan dilatih dan diberikan segala input dan terpaksa melakukan assignment yang memberatkan.Menghadiri tutorial.Menghadiri site visit mahupun fieldtrip.Melakukan praktikal.Dan dalam university itu kita menghadapi Exam.

Tujuannya?

Adalah menghasilkan graduan yang kompeten.

Seorang engineer yang kompeten

Seorang geologist yang kompeten

Seorang Doktor yang kompeten.

supaya graduan itu bila dia berkerja dia boleh melakukan selayaknya apa yang dia telah belajar.Malah lebih hebat lagi.

Katakanlah,universiti itu tidak melakukan yang sedimikan,ianya tidak akan dianggap istimewa.Tidak akan di akreditasi oleh Lembaga Akreditasi.Graduan yang lahir tentu sekali tidak dipandang layak untuk berkerja.

Ramadhan itulah university nya.Adalah madrasahnya.

Kalaulah,dalam madrasah Ramadhan ini,latihan praktikal tadarus Quran kita laksanakan dengan mantap.Lab Qiyamullail kita buat dengan baik.Assignment solat sunat kita buat dengan dahsyat.Maka sewajarnya ia sudah terpupuk dalam diri.sebagaimana kita sudah terbiasa berbuat assignment university.Maka pada waktu mendatang,kita mudah melakukannya semula.

Jadi ,berbalik kepada itu,wajarlah kalau kiranya segala apa yang dilakukan dalam Ramadhan ini kita teruskan dalam bulan yang mendatang.Kalau solat jemaah tak tinggal dalam Ramadhan,cuba pastikan dalam bulan mendatang juga tak tinggal.Kalau Qiyamullail mampu buat atleast seminggu sekali dalam Ramadhan,kalau sudah lepas ramadhan,tetap juga mampu buat.

Inilah madrasah Ramadhan.Inilah bagaimana tarbiyah mengajar kita!!!Dalam meningkatkan iman ,mencari sinar iman dalam Ramadhan.

Aku takut

Aku takut hantu

Aku takut kena pecat

Aku takut girlfriend aku lari

Aku takut tak da gaji

Aku takut kalau dia tak suka

Aku takut nak tegur

Aku takut nak cakap yang itu salah..

Takut.takut.takut.

Banyak sangat yang ditakutkan.

Dan ya,kau katakan kau takut kan Allah.

Kau takut Dia lupakan kau walau dalam masa beberapa saat.haru biru hidup kau.jadi ungu muka kau.jadi putih mata kau.

Kau kata kau takut balasan dia.Takut masuk neraka.Takut dihisab pada hari setiap amalan diperlihatkan.

Kau katakan lagi,kau takut Dia murka.Tak berani.Takut.

Tapi..benarkah kau takut Dia?

Kau lagi takut hilang kekasih yang makhluk daripada hilang kekasih yang khalik(Pencipta)

Kau lagi takut hilang jawatan.Dan berani melanggar aturan Tuhan.

Kau lagi takut hilang penyokong.Sanggup mengata itu dan ini.Dan Kau tahu,itu bukan ajaran Tuhan mu yang turun sejak ribuan tahun lampau.

Kau tahu,Islam yang umurnya purba tak pernah purba dan tua dalam hidup.Dan kau tahu yang Islam ini adalah pedoman hidup mu.

Tapi kau lagi takut pada bukan yang sepatutnya.

Maka..

Apakah benar takut pada Dia yang kau katakan itu.Atau kau hanya kata kau takut supaya tidak mahu orang lain kata kau tiada iman bertapak teguh dalam hati.Kau tahukah orang yang mengata itu,punya iman juga atau tidak?

Atau kau hanya mengata kau takut,supaya sedap hati kau.supaya kau rasa terlepas dari belenggu karat pemahaman yang jahil?

Dan kau berani menentang takut kau pada Dia,kerna hanya kau tidak nampak Dia dalam wajah Nya yang sebenar?

Dan kalaulah Dia menampakkan diri Nya,adakah kau akan terus berani menggunakan kata “TAKUT” itu?

Takutlah….

Membunuh pemikiran yang rosak

Salam ukhwah.salam perjuangan.maaf.agak lama tak menulis.dalam beberapa tempoh ni saya menghidap demam.Disyaki malaria oleh doktor pada mulanya.Tetapi,parasit malaria tak dijumpai dalam darah.walaupun simptomp2 nya menunjukkan positif.Maka saya di suruh jangan keluar bilik selama 3 hari.Dapat MC.Tapi masuk hari jumaat,dah mula keluar bilik 🙂

Perasankah anda.Kita punya beberapa perkara dan pemikiran yang amat pelik.Yang amat menjengkelkan.Walaupun kita semua Islam.Kita semua sudah bershahadah.Tetapi fikrah yang ditanam sejak tahun terdahulu sukar untuk kita gali kembali dan buang dari daripada terus berakar dalam masyarakat.Sekularisma,kejumudan dan macam-macam lagi terus bermain di fikiran.

Pelbagai istilah dikeluarkan. Biar pemimpin buat kerja dan ulama buat kerja agama.SATU SEKULARISME terang terangan.

Adakah itu anda menyatakan bahawa Umar Abd Aziz,khalifah ulung itu bukan seorang pemimpin yang hebat?Atau adakah anda mengatakan taraf nya tidak hebat untuk diletak sebagai ulama’ bahkan lebih lagi.

Atau 4 khalifah ar rasyidin itu bukan pemimpin tapi cuma ulama sahaja.Atau mereka itu ulama sahaja tapi bukan pemimpin??

Adakah kalau kita menjadi seorang Muslim kita tak boleh menjadi seorang profesional dan pemimpin ulung?Adakah dengan meletakkan Islam itu sebagai teraju kehidupan menidakkan kita daripada kehidupan kita seharian?

Sungguh ROSAK PEMIKIRAN itu.Tetapi itu lah sebenarnya yang membarah dalam kehidupan.Islam itu dipandang sebagai ibadah sahaja.Dipandang sebagai pak lebai.Jalannya lambat-lambat.tunduk-tunduk.Kalau kemajuan itu dilihat perlu lari daripada Islam .Kerana ia nya menghalang kemajuan.Bahkan dilihat,kalau perlukan hal-hal nak berubat sihir,majlis-majlis tahlil,hal-hal nikah,barulah dirujuk pada Islam.Tetapi dalam segenap aspek kehidupan tak pula dilihat kepada Islam.Kalau nak membeli barang keperluan rumah tak pula dilihat pada Islam.Kalau ingin memilih pemimpin tak pula dilihat pada Islam.Kalau ingin melakukan transaksi jual beli tak pula dilihat pada Islam.Adakah anda mengatakan bahawa dari pukul 5.00 pagi (subuh di sarawak) selama 5 minit sahaja anda Islam sebenar.Lain waktunya kecuali waktu solat,anda hanya seorang Melayu,Cina atau India biasa?

Sedih.satu kenyataan yang menyedihkan.Silap Islam itu bukan pada ajarannya.Tetapi pada ummatnya.Adakah kita boleh menyatakan kita ini adalah satu ummat?

Apa yang ada pada ciri-ciri umat?adakah sama ciri umat terdahulu dengan “ummat” yang dikatakan ummat Islam hari ini.

Bohong kalau anda katakan sama 100% . Kalau 100% sama ciri yang ada,kita sudah menguasai segalanya.Ummat Islam tak ditindas.Tak diperlekehkan.Lihat,mudah sahaja orang lain menghina Islam.Ya,esok dia akan minta maaf.Tapi hari berikutnya dia hina Islam lagi.Kemudian dia hina Islam sekali lagi.Dan kita,setiap hari melatah.Bagaimana dia tak berani menghina kalau dia sendiri lihat betapa buruknya ummat Islam ini yang ada hari ini.

Ingat balik kata-kata Umar ketika beliau membuka kota Plaestina yang hari ini dijarah dan ditakluk.:

Kita adalah satu kamu yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam.Kalau kita memilih selain Islam,maka Allah akan menghinakan kita.

Maksud Umar,bukan lah memilih selain Islam itu adalah murtad secara zahirnya.Tetapi memurtadkan diri dari Islam secara sistemnya lah yang membuatkan kita jauh dari keagungan dan kemuliaan.

Jangan lihat Islam ini hanya sebagai ibadah-ibadah ritual.Lihat kembali,seorang berbaju T-Shirt biasa,menutup aurat dibandingkan dengan seorang pemuda berjubah, bersongkok,berserban,berkopiah, biasanya kita lihat dan berasumsi bahawa yang berjubah itu lebih Islam berbanding yang ber T-shirt.Adakah Islam itu hanya dilihat pada sunnah-sunnah seperti itu?Atau sepatutnya Islam itu dilihat pada sunnah paling besar ya’ni meletakkan Islam itu sebagai ustaziyatul a’lam.Mana anda tahu bahawa yang ber T-shirt itu tidak melaksanakan perjuangan dakwah dan tarbiyyah untuk membina sebuah masyarakat Islam yang benar dan kuat.Adakah benar yang berjubah itu membawakan Islam.Atau dia hanya membawakan sunnah-sunnah Rasulullah pada cara berpakaian sahaja.Tak lebih daripada itu..

Isu nya bukan pakaian.Tapi persepsi kita semua melihat Islam.Kalau Islam,perlu serban,kopiah dan lain-lain.Sungguh jumud sekali pemikiran.Ini lah salah satu punca kemunduran kita.Bukan kemunduran itu pada pakaian,harta dan lain-lain.

Tapi kita lagi miskin dan mundur dan terperosok jauh dari kemodenan bilamana kita punya pemahaman pada Islam yang rosak.Yang jumud.Yang sekular.

Banyak lagi yang perlu kita kaji.

Suasana seperti :

“Muda lagi,nanti dah tua aku duduk lah di masjid”
“Kita nak pemimpin parti ni yang pertama mesti ulama,yang kedua baru profesional”-ulama bukan profesional ka??

Dan macam-macam lagi.Tak perlu saya nyatakan.Senang nya,semua situasi itu membawa kepada kejumudan dan sekularisme pada Islam sendiri.sungguhpun yang membawakannya berserban tinggi dan berjubah mahal.

Islam itu dibawa hendaklah dengan benar.Hendaklah dengan betul kefahamannya.Laksanakan Islam itu sebagai sistem.Bukan sebagai celupan sikit-sikit.Bukan diambil satu dua titik yang kita suka.Tetapi yang lain kita tinggalkan,bahkan kita kutuk dan caci.Kata nya sudah ketinggalan zaman.

Jangan sampai pemikiran anda itu membunuh akal anda dari melihat kebenaran.Lihat lah dan amalkanlah Islam itu dengan benar!!

Semoga bermanfaat.

Membina sebuah kefahaman…

Salam ukhwah.

salam perjuangan..

pertama sekali,saya ingin memohon maaf atas lewatnya menulis kembali.Semester baru sudah bermula.Sekarang cuba menyusun jadual aktiviti-aktivit sama ada akademik , Tarbiyyah dan lain-lain-lain.

Masih lagi dalam stage penyusunan.Jadi masih banyak lagi perlu dilakukan.Selamat datang juga kepada junior-junior baru JPA.

Membicarakan tentang kefahaman.Apa itu kefahaman?Apa sebenarnya penting kefahaman kepada kita?Banyak sangat yang dilakukan dalam membentuk kefahaman.Ada Institut Kefahaman Islam dan macam-macam lagi.

Dengan kuliah,buku-buku fiqh dan hukum dan macam-macam lagi.Adakah itu kefahaman?

Kita buka kembali sirah baginda nabi.Selama 13 tahun berdakwah di Makkah dan selama itu juga lah surah-surah Makkiyah diturunkan,tidak ada ayat-ayat yang menerangkan tentang hukum hakam.

Apa yang diterangkan hanya dan cuma prinsip aqidah.Cuma mengesakan Allah.Dan meletakkan Muhammad itu sebagai Rasul?

Kenapa perlu diambil 13 tahun yang panjang untuk membina pemahaman ini di dalam minda orang arab Quraisy.Kalau dilihat pada 2 baris ayat hanya mudah.

La ila ha illallah

Muhammadarrasulullah.

2 ayat yang ringkas.Mudah.Tetapi kenapa perlu diambil 13 tahun untuk membawa kefahaman itu?Kenapa 13 tahun baginda nabi membina tarbiyyah bermula di rumah Al-Arqam bin Abi Al Arqam membawa pengajaran yang sama selama 13 tahun itu.Ya’ni pemahaman aqidah?

Kenapa?

Maka kita buka juga balik kisah arab Quraisy pada zaman jahiliyah.

Mereka penuh dengan sembahan-sembahan.Sembahan fizikal seperti berhala-berhala yang sangat banyak.Latta,Uzza,Manat dan lain-lain.Sangat banyak.Bahkan setiap suku punya berhala masing-masing.

Tetapi mereka juga punya sembahan lain.Mereka punya kekayaan,kuasa,bongkak dan bangga  dan macam-macam lagi.Dan semua itu seakan mereka bertuhan pada nya.mereka bertuhankan pada kekayaan dan pangkat dan kuasa serta nasab keturunan.Semua itu sudah menjadi darah daging mereka sejak berzaman dan sukar untuk dikikis keluar dari diri mereka.Sudah menjadi seakan sebati dengan darah yang mengalir.

Kerna itu,ajaran Islam ini yang aqidahnya menolak segala bentuk penyembahan sama ada secara fizikal atau secara kabur.Tidak kira lah sama ada kepada kuasa dan kekayaan.Ataupun kepada berhala yang punya banyak bentuk dan rupa.

Dan Islam ini mengajak kepada bentuk ikutan kepada nabi muhammad S.A.W.Dimana menjadikan baginda sebagai role model dalam kehidupan.Sebagai bentuk terunggul dalam ikutan.

Dan kalau kita lihat kembali.Adakah beza sangat jahiliah dulu dan moden?

Penindasan,Keganasan dan macam-macam lagi bentuk perlakuan yang hina.Semua ada.Cakap sahaja.Hampir sama keadaan jahiliah lampau dengan jahiliah moden.Apa yang beza hanyalah perhambaan secara terang-terangan dan sekularisme.Mengatakan sudah melaksanakan Islam tetapi sebenarnya kefujuran dan kekufuran yang dilakukan.Berselindung di sebalik nama Islam.Mengasingkan Islam ini jauh dari kehidupan.Menjadikan Islam ini hanya sebagai adat.Bukan lagi sebagai kehidupan.Dan sampailah keadaan,menghilangkan terus Islam dari kehidupan.Dan hanya menggunakan Islam itu hanya pada ritual dan tradisi.

Jadi,bukankah sama jahiliah yang berlaku.Cuma jahiliah moden lebih rumit.Tetapi,konsep permasalahan nya sama.Ianya masih lagi terikat kepada permasalahan akidah yang amat kronik pada masyarakat.

Maka bawakanlah penjelasan aqidah.

Kita amat suka mendengar tentang hukum hakam.kaedah fiqh dan lain-lain.Seakan-akan isu aqidah ini seperti amat mudah.Tetapi tanya diri anda sendiri,adakah sudah lurus kefahaman aqidah anda?Adakah benar anda tak menjadikan unsur-unsur lain sebagai Tuhan anda dan mendua,tiga malah meratus-ratuskan Tuhan anda?

Fikir kembali.

Kepada pemberi ceramah agama.Anda lihat masalah ummat.Mereka sebenarnya kehausan penjelasan yang benar kenapa mereka menjadi Muslim.Kalau ditanya,paling-paling dijawab mereka menjadi Muslim kerna ibu bapa mereka seorang Islam.Bawakanlah kefahaman yang jelas.

Bukan hanya mengatakan tentang hukum dan kaedah fiqh.Bukan hanya memperdebatkan tentang daging korban tak boleh diberi kepada sesuatu kaum.Bukan hanya membicarakan tentang hal-hal perkahwinan,hukum najis dan lain-lain.Itu semua memang penting.Tetapi penting lagi pemahaman akidah.

Seorang komunis tidak akan menjadi komunis hanya dengan ilmu yang terkandung pada buku-buku Mao Ze Dong.Tetapi mereka ‘menganut’ kefahaman itu yang menjadikan mereka komunis.

Sama juga.Seorang Islam bukan lah seorang Islam yang benar hanya dengan ilmu pengetahuan.Tetapi seorang Islam itu benar Islam dengan kefahaman nya yang betul dan jelas dan dibuktikan dengan amalnya.

Kalaulah Islam itu diletak pada ilmu pengetahuan,barangkali Tuan-tuan pembaca boleh mengatakan Snouck Hogronje ya’ni orientalis barat yang mahir tentang ilmu Islam sebagai seorang Muslim…Sedangkan dia itu seorang kafir.Bahkan antara orientalis yang menyesatkan umat Islam di Nusantara.

Fikirkanlah….