Membina sebuah kefahaman…

Salam ukhwah.

salam perjuangan..

pertama sekali,saya ingin memohon maaf atas lewatnya menulis kembali.Semester baru sudah bermula.Sekarang cuba menyusun jadual aktiviti-aktivit sama ada akademik , Tarbiyyah dan lain-lain-lain.

Masih lagi dalam stage penyusunan.Jadi masih banyak lagi perlu dilakukan.Selamat datang juga kepada junior-junior baru JPA.

Membicarakan tentang kefahaman.Apa itu kefahaman?Apa sebenarnya penting kefahaman kepada kita?Banyak sangat yang dilakukan dalam membentuk kefahaman.Ada Institut Kefahaman Islam dan macam-macam lagi.

Dengan kuliah,buku-buku fiqh dan hukum dan macam-macam lagi.Adakah itu kefahaman?

Kita buka kembali sirah baginda nabi.Selama 13 tahun berdakwah di Makkah dan selama itu juga lah surah-surah Makkiyah diturunkan,tidak ada ayat-ayat yang menerangkan tentang hukum hakam.

Apa yang diterangkan hanya dan cuma prinsip aqidah.Cuma mengesakan Allah.Dan meletakkan Muhammad itu sebagai Rasul?

Kenapa perlu diambil 13 tahun yang panjang untuk membina pemahaman ini di dalam minda orang arab Quraisy.Kalau dilihat pada 2 baris ayat hanya mudah.

La ila ha illallah

Muhammadarrasulullah.

2 ayat yang ringkas.Mudah.Tetapi kenapa perlu diambil 13 tahun untuk membawa kefahaman itu?Kenapa 13 tahun baginda nabi membina tarbiyyah bermula di rumah Al-Arqam bin Abi Al Arqam membawa pengajaran yang sama selama 13 tahun itu.Ya’ni pemahaman aqidah?

Kenapa?

Maka kita buka juga balik kisah arab Quraisy pada zaman jahiliyah.

Mereka penuh dengan sembahan-sembahan.Sembahan fizikal seperti berhala-berhala yang sangat banyak.Latta,Uzza,Manat dan lain-lain.Sangat banyak.Bahkan setiap suku punya berhala masing-masing.

Tetapi mereka juga punya sembahan lain.Mereka punya kekayaan,kuasa,bongkak dan bangga  dan macam-macam lagi.Dan semua itu seakan mereka bertuhan pada nya.mereka bertuhankan pada kekayaan dan pangkat dan kuasa serta nasab keturunan.Semua itu sudah menjadi darah daging mereka sejak berzaman dan sukar untuk dikikis keluar dari diri mereka.Sudah menjadi seakan sebati dengan darah yang mengalir.

Kerna itu,ajaran Islam ini yang aqidahnya menolak segala bentuk penyembahan sama ada secara fizikal atau secara kabur.Tidak kira lah sama ada kepada kuasa dan kekayaan.Ataupun kepada berhala yang punya banyak bentuk dan rupa.

Dan Islam ini mengajak kepada bentuk ikutan kepada nabi muhammad S.A.W.Dimana menjadikan baginda sebagai role model dalam kehidupan.Sebagai bentuk terunggul dalam ikutan.

Dan kalau kita lihat kembali.Adakah beza sangat jahiliah dulu dan moden?

Penindasan,Keganasan dan macam-macam lagi bentuk perlakuan yang hina.Semua ada.Cakap sahaja.Hampir sama keadaan jahiliah lampau dengan jahiliah moden.Apa yang beza hanyalah perhambaan secara terang-terangan dan sekularisme.Mengatakan sudah melaksanakan Islam tetapi sebenarnya kefujuran dan kekufuran yang dilakukan.Berselindung di sebalik nama Islam.Mengasingkan Islam ini jauh dari kehidupan.Menjadikan Islam ini hanya sebagai adat.Bukan lagi sebagai kehidupan.Dan sampailah keadaan,menghilangkan terus Islam dari kehidupan.Dan hanya menggunakan Islam itu hanya pada ritual dan tradisi.

Jadi,bukankah sama jahiliah yang berlaku.Cuma jahiliah moden lebih rumit.Tetapi,konsep permasalahan nya sama.Ianya masih lagi terikat kepada permasalahan akidah yang amat kronik pada masyarakat.

Maka bawakanlah penjelasan aqidah.

Kita amat suka mendengar tentang hukum hakam.kaedah fiqh dan lain-lain.Seakan-akan isu aqidah ini seperti amat mudah.Tetapi tanya diri anda sendiri,adakah sudah lurus kefahaman aqidah anda?Adakah benar anda tak menjadikan unsur-unsur lain sebagai Tuhan anda dan mendua,tiga malah meratus-ratuskan Tuhan anda?

Fikir kembali.

Kepada pemberi ceramah agama.Anda lihat masalah ummat.Mereka sebenarnya kehausan penjelasan yang benar kenapa mereka menjadi Muslim.Kalau ditanya,paling-paling dijawab mereka menjadi Muslim kerna ibu bapa mereka seorang Islam.Bawakanlah kefahaman yang jelas.

Bukan hanya mengatakan tentang hukum dan kaedah fiqh.Bukan hanya memperdebatkan tentang daging korban tak boleh diberi kepada sesuatu kaum.Bukan hanya membicarakan tentang hal-hal perkahwinan,hukum najis dan lain-lain.Itu semua memang penting.Tetapi penting lagi pemahaman akidah.

Seorang komunis tidak akan menjadi komunis hanya dengan ilmu yang terkandung pada buku-buku Mao Ze Dong.Tetapi mereka ‘menganut’ kefahaman itu yang menjadikan mereka komunis.

Sama juga.Seorang Islam bukan lah seorang Islam yang benar hanya dengan ilmu pengetahuan.Tetapi seorang Islam itu benar Islam dengan kefahaman nya yang betul dan jelas dan dibuktikan dengan amalnya.

Kalaulah Islam itu diletak pada ilmu pengetahuan,barangkali Tuan-tuan pembaca boleh mengatakan Snouck Hogronje ya’ni orientalis barat yang mahir tentang ilmu Islam sebagai seorang Muslim…Sedangkan dia itu seorang kafir.Bahkan antara orientalis yang menyesatkan umat Islam di Nusantara.

Fikirkanlah….

3 thoughts on “Membina sebuah kefahaman…

  1. itulah jadinya.. bila kejahilan tidak mahu dihapuskan.. kepentingan memahami bahasa al-Quran dipinggirkan.. akidah tidak ditekankan.. lalu manusia tidak lain dan tidak bukan hidupnya semata2 nak menuju kesenangan dunia tanpa mengambilkira kepentingan akhirat.

  2. salam’alaik. jemput ke blog saya. setelah lama bercuti atas kesibukan yang maha sibuk..ada sesuatu yang mahu saya kongsikan di sana. kado buat opick. telah saya turunkan warkah yang telah saya titipkan buat opick setelah menghantarnya ke bandara. warkah ini untuk kalian merasakan jejak dan lankah saya bersama teman-teman dalam menghasilkan sesuatu yang mustahil asalnya.

    sungguh! jika Allah mahukan, ia tetap akan berlaku!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s