Membunuh pemikiran yang rosak

Salam ukhwah.salam perjuangan.maaf.agak lama tak menulis.dalam beberapa tempoh ni saya menghidap demam.Disyaki malaria oleh doktor pada mulanya.Tetapi,parasit malaria tak dijumpai dalam darah.walaupun simptomp2 nya menunjukkan positif.Maka saya di suruh jangan keluar bilik selama 3 hari.Dapat MC.Tapi masuk hari jumaat,dah mula keluar bilik🙂

Perasankah anda.Kita punya beberapa perkara dan pemikiran yang amat pelik.Yang amat menjengkelkan.Walaupun kita semua Islam.Kita semua sudah bershahadah.Tetapi fikrah yang ditanam sejak tahun terdahulu sukar untuk kita gali kembali dan buang dari daripada terus berakar dalam masyarakat.Sekularisma,kejumudan dan macam-macam lagi terus bermain di fikiran.

Pelbagai istilah dikeluarkan. Biar pemimpin buat kerja dan ulama buat kerja agama.SATU SEKULARISME terang terangan.

Adakah itu anda menyatakan bahawa Umar Abd Aziz,khalifah ulung itu bukan seorang pemimpin yang hebat?Atau adakah anda mengatakan taraf nya tidak hebat untuk diletak sebagai ulama’ bahkan lebih lagi.

Atau 4 khalifah ar rasyidin itu bukan pemimpin tapi cuma ulama sahaja.Atau mereka itu ulama sahaja tapi bukan pemimpin??

Adakah kalau kita menjadi seorang Muslim kita tak boleh menjadi seorang profesional dan pemimpin ulung?Adakah dengan meletakkan Islam itu sebagai teraju kehidupan menidakkan kita daripada kehidupan kita seharian?

Sungguh ROSAK PEMIKIRAN itu.Tetapi itu lah sebenarnya yang membarah dalam kehidupan.Islam itu dipandang sebagai ibadah sahaja.Dipandang sebagai pak lebai.Jalannya lambat-lambat.tunduk-tunduk.Kalau kemajuan itu dilihat perlu lari daripada Islam .Kerana ia nya menghalang kemajuan.Bahkan dilihat,kalau perlukan hal-hal nak berubat sihir,majlis-majlis tahlil,hal-hal nikah,barulah dirujuk pada Islam.Tetapi dalam segenap aspek kehidupan tak pula dilihat kepada Islam.Kalau nak membeli barang keperluan rumah tak pula dilihat pada Islam.Kalau ingin memilih pemimpin tak pula dilihat pada Islam.Kalau ingin melakukan transaksi jual beli tak pula dilihat pada Islam.Adakah anda mengatakan bahawa dari pukul 5.00 pagi (subuh di sarawak) selama 5 minit sahaja anda Islam sebenar.Lain waktunya kecuali waktu solat,anda hanya seorang Melayu,Cina atau India biasa?

Sedih.satu kenyataan yang menyedihkan.Silap Islam itu bukan pada ajarannya.Tetapi pada ummatnya.Adakah kita boleh menyatakan kita ini adalah satu ummat?

Apa yang ada pada ciri-ciri umat?adakah sama ciri umat terdahulu dengan “ummat” yang dikatakan ummat Islam hari ini.

Bohong kalau anda katakan sama 100% . Kalau 100% sama ciri yang ada,kita sudah menguasai segalanya.Ummat Islam tak ditindas.Tak diperlekehkan.Lihat,mudah sahaja orang lain menghina Islam.Ya,esok dia akan minta maaf.Tapi hari berikutnya dia hina Islam lagi.Kemudian dia hina Islam sekali lagi.Dan kita,setiap hari melatah.Bagaimana dia tak berani menghina kalau dia sendiri lihat betapa buruknya ummat Islam ini yang ada hari ini.

Ingat balik kata-kata Umar ketika beliau membuka kota Plaestina yang hari ini dijarah dan ditakluk.:

Kita adalah satu kamu yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam.Kalau kita memilih selain Islam,maka Allah akan menghinakan kita.

Maksud Umar,bukan lah memilih selain Islam itu adalah murtad secara zahirnya.Tetapi memurtadkan diri dari Islam secara sistemnya lah yang membuatkan kita jauh dari keagungan dan kemuliaan.

Jangan lihat Islam ini hanya sebagai ibadah-ibadah ritual.Lihat kembali,seorang berbaju T-Shirt biasa,menutup aurat dibandingkan dengan seorang pemuda berjubah, bersongkok,berserban,berkopiah, biasanya kita lihat dan berasumsi bahawa yang berjubah itu lebih Islam berbanding yang ber T-shirt.Adakah Islam itu hanya dilihat pada sunnah-sunnah seperti itu?Atau sepatutnya Islam itu dilihat pada sunnah paling besar ya’ni meletakkan Islam itu sebagai ustaziyatul a’lam.Mana anda tahu bahawa yang ber T-shirt itu tidak melaksanakan perjuangan dakwah dan tarbiyyah untuk membina sebuah masyarakat Islam yang benar dan kuat.Adakah benar yang berjubah itu membawakan Islam.Atau dia hanya membawakan sunnah-sunnah Rasulullah pada cara berpakaian sahaja.Tak lebih daripada itu..

Isu nya bukan pakaian.Tapi persepsi kita semua melihat Islam.Kalau Islam,perlu serban,kopiah dan lain-lain.Sungguh jumud sekali pemikiran.Ini lah salah satu punca kemunduran kita.Bukan kemunduran itu pada pakaian,harta dan lain-lain.

Tapi kita lagi miskin dan mundur dan terperosok jauh dari kemodenan bilamana kita punya pemahaman pada Islam yang rosak.Yang jumud.Yang sekular.

Banyak lagi yang perlu kita kaji.

Suasana seperti :

“Muda lagi,nanti dah tua aku duduk lah di masjid”
“Kita nak pemimpin parti ni yang pertama mesti ulama,yang kedua baru profesional”-ulama bukan profesional ka??

Dan macam-macam lagi.Tak perlu saya nyatakan.Senang nya,semua situasi itu membawa kepada kejumudan dan sekularisme pada Islam sendiri.sungguhpun yang membawakannya berserban tinggi dan berjubah mahal.

Islam itu dibawa hendaklah dengan benar.Hendaklah dengan betul kefahamannya.Laksanakan Islam itu sebagai sistem.Bukan sebagai celupan sikit-sikit.Bukan diambil satu dua titik yang kita suka.Tetapi yang lain kita tinggalkan,bahkan kita kutuk dan caci.Kata nya sudah ketinggalan zaman.

Jangan sampai pemikiran anda itu membunuh akal anda dari melihat kebenaran.Lihat lah dan amalkanlah Islam itu dengan benar!!

Semoga bermanfaat.

2 thoughts on “Membunuh pemikiran yang rosak

  1. salam.. inilah jadinya bila tak faham apa itu Islam, kemudian taknak cuba memahami.. mereka kata kita cinta Islam, cinta Allah, cinta Nabi walhal pada kata2 sahaja..

  2. masalah yang lebih besar dan mudhorat bilamana tidak mahu berfikir sejenak terhadap nasihat dan pandangan

    bersyukurlah kalau kita masih mampu mendengar dan memikirkan peringatan dan nasihat

    muhasabah lah kalau kita terlalu “keras” dengan orang lain, ketahuilah satu hal, kita manusia yang penuh dengan keterbatasan akal, upaya dan deria, kita semua tidak pernah tidak tersilap…

    saidina umar dahulu di muliakan dari abu tolib kerana mendengar nasihat(peringatan), sedangkan saidina umar dahulunya lebih jauh dari Islam kalau dibandingkan abu tolib

    wallahu’alam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s