Cinta ini…

Salam…

Salam buat pencinta Dia yang agung…


Hati berbolak balik dan menggugat jiwa manusia.

Dia mahu pilih yang mana?

Cinta pada makhluk atau cinta pada Pencipta..

Tuhan,Kau sudah mengatakan,jika ada selain Kau dalam hatiku,maka Kau tidak ingin masuk dalam relung jiwa raga ku..


Tuhan,Kau sudah katakan yang Kau tidak mahu ditanding-tandingkan..


Tuhan,aku lemah…


Hati bermain rasa dengan mata

Lidah santun membujuk kata

Dan cantik indah pada rupa menambah ketawa syaitan..

Menunggu sang insan jatuh dengan jijik..

Menunggu dan terus menanti dengan sabar wahai syaitan!!

Dan nafsu yang tak pernah terantai terus memujuk hati dan jiwa..

Memilih jalan syaitan yang terus mengilai..


Aaah!! Sabar wahai hati pemuda..

Iman mu menghalang mu.menyanggamu dari jatuh..

Iman mu tipis lagi dari lapis bawang

Iman mu kecil lagi dari habuk di jendela

Iman mu ringan lagi dari hembus nafas mu..

Tapi iman mu penyangga kamu…

Iman itu menutup mata mu dari tertipu

Iman itu menyekat telinga mu dari rayu

Iman itu menyalakan cahaya pada hati mu.

Kau tahu,hati mu sudah penuh rasa cinta pada Nya.

bolehkah terisi untuk makhluk pula??

Dirimu telah kau wakafkan untuk jalan ini.

Kalau susah yang perlu ditempuh,susahlah yang akan kau jalani

Kalau kematian yang menanti kau,kematianlah yang tak gentar kau jalani

Kalau derita menjenguk kau,derita lah akan kau sapa..

Kerna hati mu telah kau beri pada Dia.

Cinta mu telah kau beri pada Dia.

Perlu jelas sang pemuda!!

Dan kau lihat pada cantik rupa wujud syaitan di belakangnya

Dan kau lihat pada kaya harta wujud syaitan di belakangnya

Dan kau lihat tinggi pangkat wujud syaitan di belakangnya


Sang pemuda…

Kau layak untuk itu semua

Kau mampu untuk itu semua

Kau senang dengan itu semua

Tapi,bukan dengan cara dan jalan syaitan..


Sang pemuda,

Itu semua milikmu pada jalan Tuhan..

Itu semua milikmu pada jalan iman…

Ya Allah,biarlah dunia dalam genggaman ku,bukan beraja di hatiku!!

Ya Allah,biarlah dunia menjadi hambaku bukan aku menjadi hambanya!!

Ya Allah,kalau hatiku tertipu cantiknya wajah,besarnya harta,tingginya pangkat,gantilah hati ini dengan yang baru!!

Ya Allah,cinta ini,hati ini untuk Mu..

3 thoughts on “Cinta ini…

  1. salam
    saudaraku yg dihormati dan dikasihi kerana Ilah

    teruskan membina diri dan membina orang lain
    dibina dan membina
    adalah rantai yang tak patut putus
    membaca, mendengar dan menulis
    adalah bahgaian daripada tarbiah dan dakwah

    berkongsi adalah keprihatinan

    • Salam.
      akhi zahir yang terbina ukhwah dengan ku pada dasar iman dan taqwa dan di satukan oleh Allah.sebagaimana Allah mengatakan hanya Dia sahaja yang mampu menyatukan hati manusia.Aku mencintai mu kerana Allah,akhi.

      Jazakallah atas nasihat.Dan dalam terus berada dalam jalan ini,pelbagai jenis cabaran yg akhi sendiri pernah merasakan.Bantulah ana untuk terus tsabat dan tsiqah atas jalan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s