“Mengawal Marah Itu Bukan Mudah Rupanya..”-dan sebuah nasihat amat berharga..

diambil dari blog ku yang satu lagi : langkah-arrijal.blogspot.com

WEDNESDAY, SEPTEMBER 9, 2009

mengawal marah itu bukan mudah rupanya……

Salam ukhwah..

ape kabar…kaifa hal?

paling penting,apa kabar iman anda?

apa kabar amal anda?

apa kabar aqidah anda?

Mesti semua ade rasa pernah marah dan pernah dimarah.ades..x best nyer..

hilang mood bila jadi camtu..Tapi mesti ade reason marah itu dicipta.Perasaan itu juga makhluk Allah yang Allah ciptakan dengan sebab dan reason tersendiri.

Tapi sama juga macam kita bercakap.Semua orang boleh bercakap tapi percakapan itu dilakukan pada waktu dan kondisi yg perlu..

Macam marah jugak.Ada certain perkara yang kite boleh marah.Pernah aku berbual dengan sorang lecturer.Faci untuk JCLA laa..pasal marah.dia membuat satu konklusi yg kita x perlu marah.Then aku tanya,kalau camtu maksudnya sia2 lah perasaan marah itu dicipta.Then dia kata kita boleh marah.Tapi ade reason.Contohnya social injustice.Cewah..Tu cara beliau yg bukan Islam berfikir.

Tapi sebagai Islam,bile kite boleh marah?Kemarahan tu perlu disalur dengan betul.Pada reason yg betul.Pada tujuan yg betul.Dan pada cara serta matlamat yg betul.Maka kembali lah pada cara bagaimana Islam tunjukkan.

Tapi kadang2 dalam satu hal,kita susah nak kawal emosi.Dan benda ni berlaku kepada aku hari ini.Atas beberapa reason yang tak sepatutnya aku marah,aku menjadi marah.

Dalam hal yang jadi hari ini,kita kaitkan kisah Adam dan Iblis dalam Quran .Adam dicipta dan Iblis disuruh untuk sujud pada Adam.Sedangkan Iblis waktu tu adalah makhluk Allah yg paling hebat laa.Bila dia diuji untuk menyembah Adam,barulah keluar kelemahan diri dia.Bila dia diuji,barulah nampak apa yang kurang pada dia.

Adam juga diuji.Adam berbuat silap memakan buah dari pohon yang telah Allah larang.

Kedua-dua makhluk Allah diuji.Tapi ada satu perkara yang bezakan dua makhluk ni.

Adam sedar kesilapan dan bertaubat 100 tahun

Iblis tak mengaku kesilapan,angkuh dan berjanji dengan Allah untuk sesatkan ummat manusia.

Dan hari ini Allah nak uji aku,dan Allah nak aku tengok kelemahan yang ada pada aku.Sama ada aku ikut langkah Adam.Atau aku ikut langkah Iblis…

Hari ini aku diuji,barulah nampak kelemahan aku yang sampai certain level,akan tampil lah kemarahan yang dahsyat (tadi ok je.dulu,lagi dahsyat)..Alhamdulillah,hari ini Allah uji aku dan tunjukkan kelemahan aku yang perlu aku perbaiki.

Manusia akan tahu hakikat diri bilamana dia diuji.

Sama macam apa Allah cakap dalam Quran.Jangan kata kamu beriman selagi kamu belum diuji.Nampak tak?Quran dah cakap..

iman tu satu kondisi yang amat baik.Yang amat perfect.Maaksudnya,kalau nak apply,janganlah terlalu anggap diri kita dah cukup hebat dan bagus.Jangan rasa diri kita dah cukup sempurna dan tak silap.Sebab kita belum diuji lagi.

Nah,cuba Allah bagi ujian.sikit jer..Haaaa…nampak dah siapa diri kita sebenarnya.Tapi yang bezakan kita tu adalah sama ada kita ingin menjadi Adam atau Iblis?

Kita ingin taubat atau angkuh dengan kesesatan?

Keputusan itu pada kita.Allah yang suruh kita pilih.Maka fikirlah dengan yakin dan pilihlah dengan benar.

Aku???

Aku nak pilih jalan Adam…walaupun jalan itu sukar.Jalan untuk perbaiki diri ini bukan mudah.

Tapi bukan mustahil…

Wallahua’lam..

KARANGAN HATI AR-RIJAL PADA 4:03 AM

1 KATA-KATA KAWAN2:

Werdah said…

salam tajul,

cuba cari (mungkin dah baca)cerita saidina Ali karramallahuwajhah yg begitu marah dgn lawannya dalam satu peperangan, beliau hampir saja dpt membunuh lwnnya itu tetapi beliau tak membunuhnya sehingga lawannya kehairanan.

bila ditanya kenapa?

Beliau menjawab pada awalnya mmg aku ingin membunuh kamu krn Allah, ttp bila engkau meludahi aku, jika aku membunuh engkau pasti tidak kerana Allah lagi..

jd tak mustahil tajul merealisasikan MARAH KRN ALLAH

SEPTEMBER 10, 2009 8:14 PM

p/s:Terima kasih mak cik.nasihat mak cik amat saya hargai..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s