Camner aku x makin kembang..Daging dendeng,ketupat palas,nasi beriyani,masak kurma…..byk lagi yg lain..so ape next???

Salam ukhwah…

hari ini rasanya sudah raya ke-3.

Beraya di Langkawi ni tiada apa yang saya pergi berjalan.Saya sendiri tiada kenalan di sini.Kalau di Melaka,barangkali,masih ramai kawan-kawan yang ada.

my family

Gambar di atas ni adalah gambar family saya..hehehe..atlast,gambar family di-exposed kan.Diambil pada hari raya pertama.

Menariknya raya ini,nasi beriyani menjadi hidangan.MayaAllah..banyak betul.Alhamdulillah,perut saya berkapasiti besar,2,3 kawah pun boleh habis.Saya bawak balik beberapa barang dari Sarawak sebagai buah tangan.

Dah besar-besar dah rupanya kami adik beradik.Alhamdulillah.

Tahun ni beraya di rumah kawan-kawan mama dan abah je.Dan nanti akan picnic di waterfall sabtu nanti.

…………………………………………………………………………………………..

Baiklah,dalam tempoh beberapa ini saya sudah menghabiskan sebuah bacaan bertajuk Jalan Dakwah,karya Mustafa Masyhur.Salah seorang pejuang ikhwan yang ulung dan merupakan salah seorang Mursyid Ikhwan.

Kini tengah cuba menghabiskan buku Di Dalam Percikan Sinar Rasulullah.

Bayangkan,betapa besarnya jahiliah yang kita hadapi kini.Keburukan dianggap sebagai sebuah budaya yang indah dan wajib.

Kita lihat balik,dalam pandangan pada sebuah peradaban barat.Pada suatu zaman yang lepas,wanita yang berpakaian menjolok mata di negara barat suatu ketika dahulu dianggap hina.Pasangan homoseksual sewaktu zaman dahulu dianggap keji dan jijik.Dan merupakan suatu kesalahan dan kesilapan.

Itu berpuluh bahkan beberapa ratus tahun lepas sahaja.Kalau dari pandangan saya sebagai pelajar geologi, beberapa ratus tahun itu masih lagi seperti beberapa saat!!

Bayangkang 20 ribu tahun lampau juga masih lagi dianggap waktu yang masih lagi muda dari sudut geologi.Apa lagi beberapa puluh tahun sahaja.

Berbalik kepada topik asal. Jika waktu dahulu perilaku itu dikeji,kenapa kini ianya dipuja? Homoseksual mendapat sokongan yang mantap oleh penyokong hak asasi kemanusiaan.

Jadi maksudnya disini peradaban ciptaan manusia itu adalah bergantung kepada zaman dan masa.Maksudnya,jika penduduk zaman itu membantah perilaku keji itu,maka ianya dijadikan peraturan. Dan bilamana masyarakat itu menyokong maka ia menjadi suruhan yang kita boleh lakukan.

Jadi,tidak kah nampak pelik bahawa value bagi manusia dan kemnusiaan itu ditetapkan oleh manusia sendiri lantas menjadikan value yang sepatutnya kita junjung itu sudah menjadi tiada harga (no value) !!! Mungkin satu hari nanti pembunuhan itu dihalalkan untuk sesiapa sahaja. Rogol dan cabul boleh diterima dan penyiksaan kepada sebahagian golongan adalah satu fenomena yang tiada undang-undang boleh membantahnya.

Maka kerana itulah Islam ini diturunkan. Menjadi panduan dan tatacara hidup.

Bayangkan sebuah program C++  mahupun software programming yang lain tidak mampu melakukan apa-apa kalau seorang programmer tidak memprogramkan nya untuk melakukan tujuan.

Programmer itu menetapkan tujuan bagi program tersebut berfungsi sama ada mengira atau memainkan video.

Sama juga kereta.Kereta tidak akan bergerak sendiri menuju tujuan tertentu atau lokasi tertentu tanpa ada pemandu yang memandu kereta itu.

Kereta dan software programme adalah lower being.Manusia pula adalah higher being..Kereta dan software ditetapkan tujuannya oleh manusia yang menciptakannya..

Jadi, manusia???

Manusia juga begitu.Adakah kita tahu tujuan hidup kita kalau Allah tidak tetapkan??

Tujuan hidup kita telah ditetapkan oleh Allah iaitu untuk mentauhidkan Allah dan beribadah kepada Allah.

TETAPI…

sangatlah dangkal jika dianggap kan ibadah itu hanay solat dan puasa dan membaca Quran.

Maksud beribadah itu adalah menjalni hidup ini dalam beribadah kepada Allah.

Dalam setiap apa pun.Menulis,membaca,makan dan minum dalam rangka ibadah kepada Allah.

Bagaimana?

Maka laksanakan lah apa yang kita ingin lakukan dengan niat kerana Allah.Contohnya,makan kerana Allah,dan dengan itu dapat menegakkan agama Allah untuk Allah.

Dengan berniat setiap kali melakukan perbuatan kita boleh mengelak melakukan yang haram dan lagha.Contoh,sanggupkah anda berniat nak peluk awek anda atau menciumnya dengan sebelumnya berniat kerana Allah atau membaca Bismillah.

Biar macam mana pun anda berani lakukan,tetap wujud rasa tidak senang dalam hati bukan??

Kerana fitrahnya diri itu adalh bersih.Bilamana ia bertembung,maka ia menolak segala yang keji.

Dan amatlah dangkal bila ramai manusia masih lagi menjangka bahawa jalan ke akhirat adalah jalan yang lain.Dan jalan dunia adalah jalan lain.Sesungguhnya jalan yang satu adalah jalan menuju akhirat.Teapi dunia ini lah sebenarnya jalan menuju akhirat.Dunia ini lah alatnya untuk menuju dunia akhirat.Sebagaimana mahu menuju ke Langkawi perlu menaiki feri,maka dunia adalah ferinya..Dan setiap apa yang kita lakukan dalam feri itu adalah kehidupan nya.Dan jika kehidupan itu adalah dilakukan sebagai ibadah maka feri itu menuju dengan penuh kegemilangan dalam mungkin tiket berharga 5 bintang!! Anda faham??

Semoga kita berusaha untuk meletakkan diri kita daam rangka ibadah kepada Allah.Dalam setiap hembus nafas dan derap langkah!!

Ila Liqo’

Tajul Rijal Annuar

One thought on “Camner aku x makin kembang..Daging dendeng,ketupat palas,nasi beriyani,masak kurma…..byk lagi yg lain..so ape next???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s