bILA AKU mEMbEbEL!!!!

Salam ukhwah..

Saya sedang cuba menyiapkan assignment geo 114 dan geo 106 sebelum pulang ke Miri.Lagi pulak saya pulang lewat.Maksudnya saya pulang ke Miri pada hari selasa.

Kehidupan pelajar..memang tak lari daripada assignment..ades2!! Mak saya kata, mana ade belajar yg nak senang.Bila belajar mesti rasa susah.Bila rasa susah baru pandai.

Alhamdulillah.tahun ni saya mula makin serius dalam study. Tak pernah lagi tuang kelas kecuali waktu kena kuarantin hari tu,waktu sakit dan khamis n jumaat lepas(sebab balik awal..hehe).Result tak la hebat tapi alhamdulillah ade pningkatan dari semester2 yang lepas.Ustaz saya kat maktab dulu pernah cakap,kalau hari ini lagi teruk dari semalam maksudnya dia adalah seorang yang celaka.Kalau boleh tahun ni nak score sehabis baik.

Mula-mula dulu memang tak minat langsung dengan geology.Frankly speaking,sampai ade waktu terfikir, apa sebenarnya yang aku buat dekat sini.Yelah.Cita-cita nak jadi lawyer.Belajar pasal undang-undang.Tapi atlast belajar batu.But alhamdulillah..belajar yang macam weng-weng pun ,alhamdulillah pass CM.

Tapi alhamdulillah,tarbiyyah mengajar banyak perkara.Dalam kita merubah sikap.Dalam kita memandang tujuan hidup dan setiap gerak langkah kita.

Memang betul.Susah nak berubah.Lagi pulak kalau berada dengan persekitaran yang menghalang kita nak berubah.Contohnya sebilangan kawan-kawan yang rasa tak yakin dengan perubahan yang kita cuba buat.Dengan kritikan dan lain-lain lagi.

Tapi kena ingat,kita berubah sebab manusia ke sebab Allah??  Tulah sebab segala niat perlu didasarkan pada Allah.Pertamanya adalah untuk mengelakkan kesyirikan,riya’,ujub dan takabbur.Keduanya adalah untuk menjaga keikhlasan kita serta akan terus berusaha untuk mengekalkan perubahan.Kalau lah dikritik sekalipun,kita tetap lakukan apa yang kita yakini.Kerna kita yakin apa yang kita lakukan adalah kerana Allah.

Tak kira lah dalam apa aja sekalipun.Sama ada dalam cuba untuk membersihkan hati,mahupun dalam perubahan sikap atau dalam beraktiviti.Semuanya adalah beribadah kepada Allah selagi kita sandarkan niat kita hanya pada Allah.Biarlah banyak manapun kritikan dan halangan,selagi niat kita kerana Allah,selagi itu ia tak kan goyah.Itulah bukti sebuah iman.

Dan alhamdulillah juga,ada wujud sahabat-sahabat yang menasihati.Yang menegur kita dengan sangat hikmah kalau tersilap jalan yang kita pilih.Yang memberi pendapat dengan sangat bijak.Pernah teringat sebuah phrase dalam Bible :

Burdens are lighter when carried by two

Dan alhamdulillah.Setiap permasalahan dapat dikongsi dengan sahabat yang dipercayai.Kerna mungkin barangkali persahabatan itu terbina atas kerna didasarkan pada Allah.Bersahabat kerana Allah dalam membina kebaikan dan kemakmuran untuk ummat.

Dan mungkin itu sebabnya bak kata Islah,wujud favouritisme..hehehe..Mungkin benar.Kadang-kadang kita mungkin lebih rapat kepada satu kelompok rakan-rakan kerana matlamat yang ingin dicapai adalah sama.Kasih sayang yang ditunjuk pada rakan-rakan itu juga berbeza.Kerna barangkali apa yang dirasa dalam hati juga sama.Kerna itu Allah telah nyatakan dalam Quran bahwa manusia tak kan mampu untuk mempersatukan hati-hati mereka .Cuma Allah sahaja yang mampu mempersatukan hati-hati mereka.Mungkin itu maksudnya cinta kerana Allah.Mencintai saudara kita kerana Allah.Kalau benar itu yang aku rasakan,alangkah manisnya.

Dan bercakap tentang kehidupan pelajar,kebanyakan masa diisi dengan benda yang mengarut dan tak berfaedah.Dengan keadaan paling simple sekali adalah seperti habiskan masa pergi tengok wayang,gi funfair,gi clubbing.

Tak pun berdating.

Tak tahulah.Saya mungkin tak faham sangat.Dulu memang saya melakukan perkara yang sama.Tapi sekarang terfikir juga apa yang dikatakan saidina Umar Al-Khattab:

Masa-masa terluang adalah lubang-lubang kemaksiatan

Mungkin sebab banyak masa terluang lah maka masa yang ada diisi dengan aktiviti-aktiviti yang begitu.Bila diajak untuk melakukan perkara yang lebih faedah, akan menolak.Dengan alasan buzy!!

Alangkah rugi.Kalau pandai macam manapun belajar,adakah itu cukup?? Saya pernah melihat orang yang bijak pandai tetapi merapu-rapu dalam hal berkaitan kehidupan.

Ilmu itu milik Allah.Dia berikan pada kita dalam rangka kita untuk mentauhidkan Nya..Bilamana kita rasa besar dengan ilmu kita dan rasa dah cukup,itu sebenarnya kita dah menjadi orang yang paling bodoh.

Saya agak kurang faham bagaimana kita lebih suka membazirkan usia muda dengan keluar berfoya-foya.Dengan alasan, muda la kena enjoy.Nanti dah kerje jadi sibuk.Jadi dengan alasan itu kita sendiri akan keluar gi “enjoy-enjoy” then bila beraktiviti habis air liur menasihati orang lain jangan buat itu dan ini atas tiket mahasiswa.

Tak ingat ke Allah cakap dalam Quran:

Qabura maqtan i’ndallahi mala taf a’lun

Amat besar kebencian di sis Allah atas mereka yang berkata apa yg mereka tak lakukan..

Mungkin istilah enjoy bagi saya adalah dalam konsep dan definisi berbeza.

Ada lagi perkara yang agak saya pening tengok.Pasal masalah cinta ni.

Bila salah meletakkan cinta pada sesuatu yang betul,maka silaplah definisi cinta tu sendiri.Tu yang jadi macam-macam perangai jadi.Depan mata senyap.Belakang-belakang…

Bayangkan,bila dalam diskusi agama,gah sangat bercerita pasal jihad.Pasal perlunya untuk berjuang di jalan Allah.Pasal nak menegakkan agama Allah.

Tapi tak terfikir ke:

Kalaulah lah hal cinta dah membuat kepala berserabut,mampukah kita nak serabutkan kepala otak dengan agenda jihad?

Kalaulah disebabkan hal cinta tak sempurna tu buat kita lemah,mampukah kita kuat dalam jalan dakwah??

Kalau sebab masalah-masalah tu buat kita sibuk, bak kata abang fauzi:jangan haraplah nak buat negara Islam.

Islam itu terbentuk bukan atas nama sahaja.Bukan dikumpulkan orang Islam maka jadi ummat Islam.Bahkan tidak!!

Ummat Islam itu ada ciri nya.Negara Islam itu ada ciri nya.Bahkan individu Muslmi itu ada cirinya!!

Kita bangga dengan kita sebagai Islam tetapi realitinya,apa yang kita banggakan??Apa yang kita banggakan kalau ummat kita masih lagi berbalah dan mundur.Apa yang kita banggakan kalau kita bangga cakap kita Islam tapi maksiat tak pernah berenti buat.

Apa yang kita banggakan??Mungkin kita lahir sebagai seorang Muslim tapi anda yakin anda akan mati sebagai seorang Muslim?? Mungkin kawan kita hidup dalam kekafiran tetapi matinya nanti mungkin dia sempat menemui keimanan.

Kita bangga pada Islam kerana itu satu-satunya jalan hidup dan alhamdulillah,kita memilihnya.Tapi kita patut malu pada diri kita sendiri kerana walaupun dah diberi laluan yang terbaik.Jalan hidup yang terbaik.Kita masih lagi menjadi musafir yang paling teruk.

Analogikan…kita diberi sebuah mercedes.Yang terbaik antara keluaran edisi mercedes.Tapi cara memandu kita buruk!!Semua kita bantai.Dah panduan diberi suruh masuk kiri tapi kita buat U-Turn.Sampai eksiden.Salah pengilang mercedes,kereta mercedes atau kita yang salah???

Pada diri orang orang muda ini wujudnya kekuatan dan tenaga yang luas.Amatlah rugi kalau tak disalurkan dengan baik.

Sejak dulu saya punya idealisme tersendiri.3 orang lecturer yang saya pernah berbual dengan mereka cakap hampir sama: yang saya ini sangat idealistic.Sampai mungkin tidak realistic.Prof Ramlah Adam juga cakap benda yang sama ketika saya dalam tingkatan 5 sewaktu saya berbual dengan beliau.

Dan semangat yang ada itu sebenarnya wujud juga pada semua pemuda-pemuda.Tetapi cara disalurkan berbeza.Ada yang menyalurkan dengan baik dan ada yang tidak baik.

Tetapi siapa yang menetapkan value yang baik dan tidak baik.Rujuk dalam post yang lepas.Kalau manusia menetapkan value itu,maka value tersebut akan berubah ikut zaman dan kehendak semasa.Tetapi kalau value itu ditetapkan oleh Allah,ditetapkan oleh Islam,maka value itu tak kan pernah berubah!!

Aduh.Post ini sudah jadi amat panjang!!Terpaksa berenti sekarang…

Salam

P/:post ini cuma menyatakan pandangan.Tak lebih dari itu….

One thought on “bILA AKU mEMbEbEL!!!!

  1. Salam Tajul,

    Suka baca N3 ni, takut pun ada juga krn Allah benci kpd mereka yg berkata tp tak buat apa yg mereka kata.. bimbang terkena btg hidung makcik.. kalau boleh nak mati dalam keadaan muslim sebagaimana nabi Ibrahim as.. tp bolehkah berkorban sbgaimana nb Ibrahim khalilullah berkorban.. dptkn korbankan semua Ismail yg ada dalam diri kita..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s