Puding Roti .Kawan Lama Dan Buku Tak Di Baca.Dan Terjun Longkang Villa!!

Salam ukhwah..

Assignment da siap da untuk 114.106 pun rasenye cam dah okay daa..hehehe..Alhamdulillah. Study tahun ni bertambah baik sikit.

Go!Go!!

Biarlah Tarbiyah yang jadi katalis untuk aku berjaya dalam pelajaran.Siapa kata bawak dakwah kita akan sibuk dengan dakwah je sampai tak belajar??

Patutnya dengan bawa dakwah la masa tersusun dan tak terbuang.Masa tak buang dengan asyik keluar malam tengok wayang.Buta benda-benda tak ada faedah.

Sekarang ni da pukul 1.50 PAGI and tengah masak puding roti yang ke tiga.Yang first tak jadi sebab tawar.Tak manis.Yang ke dua, okay,da masuk peti ais. Yang ke tiga tengah tunggu sejuk.Nak buat yang ke empat.Esok ada Ramah Tamah Aidilfitri. Tu yang cuba masak sikit..Hehehe…

Alhamdulillah,banyak gak skill hidup yang atleast tau la sikit-sikit.Masak dah boleh walaupun tak sedap.Bersilat dah boleh walaupun sumbang.Bertukang okay la.Atleat tukar pipe,tukar lampu reti gak laa.Menjahit tangan ok sikit la.Jahit gune machine tak reti.Buat kek pun agak boleh laa.Tapi adik-adik aku lagi pandai..hehehe.Tapi ade satu benda aku x reti.Pasal kereta.Kalau tayar pancit taw la nak tukar tayar.Tapi kalau enjin rosak ker,kaburator rosak ker,ape ker,x reti..hehehe.Tapi x semua pun orang reti..hehehe

Semenjak beberapa waktu ni banyak kawan lama contact.Kawan kat skolah maktab dulu mahupun sekolah rendah dulu..

Lama x dengar kabar.Ya Allah..

Maaf lah,aku jarang melekat kat facebook.Tak dapat nak balas sangat.

Tapi berbual dengan seorang sahabat. Bercerita lah.Pasal pandangan terhadap keseronokan. Ramai orang memandang kehidupan hidup tu pada enjoy-enjoy terutama waktu muda.Pergi pub, main perempuan, tonggang arak,ambil dadah. Kalau yang baik sikit, gi tengok wayang, gi fun-fair, main bowling, hang-out,isap rokok sambil lepak dengan member-member, keluar date dengan couple.

Tapi,bagi aku sendiri,aku sendiri pernah menilai seronok macam tu. Memang aku akui banyak sangat benda-benda yang tak patut aku buat yang aku kategori dalam seronok.Semata-mata sebab nafsu.Semata-mata sebab suka-suka. Aku sendiri ngaku, dulu kalau wat bende-bende tu pun bukan nya nak sampai ke tua.Cam aku couple laa dulu.bukan niat nak kahwin pun.Logic laa.Baru belasan tahun.Hidup masih panjang..Banyak lagi yang boleh belajar.

Waktu tu laa aku fikir…

Tapi sekarang..

Inilah aku!!

Dan aku rasa nikmatnya dan hebatnya rasa hidup.Aku pelik bila orang kata tak tahu nak buat apa dengan masa yang ada sebab bagi aku aku tak tahu sama ada masa yang Allah bagi aku ni cukup untuk aku buat apa yang aku nak buat!!

Aku rasa sangat nikmat balik lewat malam kerana hadir program.Habiskan masa untuk tu. Dan aku sendiri tertunggu untuk program yang seterusnya.

Aku sangat menunggu-nunggu nak berjumpa dengan junior-junior program.Nak kongsikan pengetahuan Islam yang ada.Nak bentuk diorang supaya inilah pemuda yang satu hari nanti akan bawa dakwah. Tak kisahlah terpaksa balik lewat ke.Berjalan ke.Ape ke.

Aku rasa sangat syukur bila Allah uji aku macam-macam bila aku ada dalam jalan ni.Dengan tohmahan,prasangka dan kritikan.Aku sangat syukur dan gembira.Sebab aku tahu Dia sayangkan aku.Dia tak biarkan aku rasa seronok dengan dunia aku.Dia tak biarkan aku dibuai.Dia tak biarkan aku rasa “seronok” macam aku “seronok” dulu-dulu.Tapi Di bagi aku bahagia dan seronok yang sangat tinggi dalam bentuk berbeza!!

Tadi lah, waktu habis program sambil berbual-bual, Kak Hanim kata :

” Tajul,anta kene ada pengalaman macam tu.Nanti boleh cerita kat anak cucu”

Ni sebenarnya merujuk pengalaman akhi Din,akhi hafiz,akhi hisyam dan Murabbi waktu diorang kat Uni dulu..

Hehehe.Aku ade gak pengalaman nakal kan..

Tapi tadi aku jawab la kat Kak Hanim :

“Camner kak hanim..Kami ni hari xxx ade usrah,hari xxx ade taklim,hari  xxx ade Daurah, hari xxx ade program dengan adik-adik junior.Kalau anak cucu dengar ni,mesti diorang dengar semacam jer” sambil gelak-gelak la aku cakap.

Tapi tu lah..Kita mencari keseronokan atas dasar yang berbeza. Aku seronok luangkan masa dan segalanya untuk jalan ni dan macam tu jugak sahabat aku yang lain.

Oh ya!!

Kalau korang nak taw..waktu skolah dulu,aku lah penentang ampuh terhadap gerakan-gerakan Islam ni.Tak kiralah apa pun.PAS ker, orang yang bawak usrah ke,or nak tegakkan khilafah.Lagi pulak aku jenis berani bercakap.

Ada sekali waktu kem tu,ada la sorang budak skolah ugama ni keluarkan hujah bercouple tu haram.. Aku dengan lagak Hang Tuah nya bangun la, terus debate dum dam dum dam dum dam ceyt cencorot semua, terdiam la budak tu kan.

Waktu tu lagi besar rasa kepala.

Kalau orang cakap nak tegakkan khilafah,aku lah yang paling cepat balas dan debat yang semua tu tak logik.

Kalau orang cakap pasal politik Islam,aku lah akan kata tak relevan.

Kalau orang cakap bangsa,aku lah yang paling Ultra-Malay.(aku agak racist kay dulu)

Sampai ade sorang schoolmate aku gitaw kawan-kawan usrah dia, benda-benda yang dibawa ni jangan sampai kepada Tajul..hehe.padahal aku kat sebelh je partition bilik dier.Bukan aku tak dengar pe die cakap.Aku dok tergelak-gelak je la kat sebelah.Dalam hati,jaga kau esok..hehehe

Tapi tu dulu..

Hehe.

Tapi tengok apa jadi sekarang.Sape nak jawab? Kalau aku jumpa budak sekolah agama tu,aku konfem terjun longkang villa.Hehehe. (Camne nak jumpe.Ingat muka pun x).

Tu lah.Benda yang aku amat anti dulu sekarang aku menjadi pendokong.

Kenapa? Bak kata nabil “Lu pikir lah sendiri!!”

Tapi leh je nak kongsi sebab kenapa kan..Tapi nanti lah.Baik korang fikir dulu..

Dan cakap pasal kawan lama,mungkin ada gak yang pelik,awat aku camni sekarang..hehe.Sori kawan.Kita tetap sahabat.Cuma ini je jalan yang aku pilih.

Cakap pasal buku lak..Da sangat banyak buku aku tak sempat baca..Ades…

Bile nak abes ni..Especially buku english.Yang lain ada yang da setel..hehehe..

K2..nak gi tengok puding jap..

Salam..

One thought on “Puding Roti .Kawan Lama Dan Buku Tak Di Baca.Dan Terjun Longkang Villa!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s