Siri Perubahan Minda : Sahabat,Berubahlah… (1)

Salam ukhwah.

Salam perjuangan..

 

Dalam post yang lalu saya ada menyebutkan tentang wind of change ya’ni angin perubahan.

Angin yang benar-benar membawa perubahan. Bukan sekadar angin yang keluar daripada perut selepas makan durin mahupun petai.

Tetapi angin perubahan yang ingin dibawa adalah perubahan yang bermula dengan aspek rabbaniyah.

Rabbaniyah

Maksudnya sahaja kita sudah faham. Maksudnya Rbb.Tuhan.Pemilik segala pemilik.Raja segala raja.Pencipta segala pencipta. Bermula dengan satu aqidah yang mantap dimana keyakinan itu bermula dengan shahadah yang kita rasakan mudah..

 

Cukupkah cuma dengan mengucap?

 


Shahadah bukanlah cuma satu kata-kata tapi satu perjanjian.Satu sumpah dan ikrar. Satu janji seorang hamba kepada pencipta. Satu kontrak hidup seorang manusia kepada Tuhan nya.

Janjinya bahawa manusia ini akan menjadikan Allah hanya satu sebagai illah nya. Tidak menjadikan harta,pangkat mahupun kekasihnya sebagai tandingan tandingan selain Allah. (2:165)

Hanya meletakkan cinta nya yang paling tinggi hanya kepada Allah tanpa merendahkan cinta nya yang fitrah kepada makhluk dan material. Fitrah manusia memang benar menyayangi dan mencintai sesuatu. Kita cinta kan harta yang banyak.Kita cintakan kesenangan. Sebagai lelaki (begitu juga wanita) kita juga cintakan pasangan yang baik mengikut perspektif kita (sama ada cantik,mahupun yang lain).

Tteapi semunya perlu didasarkan cinta kepada Allah dan cinta kepada Rasul.

Dan bagaimana pula cinta pada Rasul?

Maka bila mana bershahadah, kita juga sudah berjanji meletakkan Rasul itu sebagai panduan kita. Maka selagi apa konsep yang dianjurkan oleh Rasul itu, maka kita akan patuhi dan turuti.

Rasul mengajarkan kita bahawa rezeki itu ada pada berniaga. Berniagalah apa sahaja. Tetapi Rasul juga mengajarkan kita supaya mengikut syariat yang ditetapkan. Jangan menipu. Jangan berlaku zalim. Konsep itu sudah diajarkan. Rasul juga mengajar tentang fitrah manusia ini suka pada hidup berpasang.Maka dianjurkan nikah. Dalilnya sudah banyak. Rasul juga mengajarkan kita tentang adab-adab. Bercakaplah apa yang kita mahukan. Berkatalah apa yang kita inginkan. Berbuatlah apa yang kita sukakan. Tetapi sudah ditunjuk konsepnya agar maruah dan harga diri perlu dijaga. Fitnah jangan dilakukan. Umpatan dan cercaan jangan dibuat.

Maka pada shahadah itu lah terletaknya kehidupan rabbaniyah dan pada shahadah itu lah letaknya segalanya dasar dalam hidup kita.

Dari mana shahadah itu yang saya katakan wujudnya kehidupan rabbaniyah maka pada rabbaniyah itu wujudnya rabbaniyah ghayah dan rabbaniyah masdar.

Rabbaniyah ghoyah bermaksud tujuan. Makanya seperti yang saya katakan bahawa hidup ini jika kita yakini apa yang sudah kita shahadah kan, maka kita juga yakini apa yang Allah katakan. Maka rujuklah apa yang Allah katakan bahawa :

Tidak aku ciptakan Jin dan Manusia kecuali untuk menyembahku.

Maksudnya disini hidup dalam beribadah kepada Allah.Meletakkan segala hidup beribadah kepada Allah.

Bagaimana??


Lihat pada apa yang Rasul katakan.

Sesungguhnya segala sesuatu amal itu bermula dengan niat

Dan lihat pula apa Allah katakan dalam surah pertama yang diturunkan dan diwahyukan :

Bacalah atas nama Tuhan mu yang menciptakan

Maka apa sesuatu yang kita kerjakan mestilah didasarkan pada Allah. Diniatkan sebagai satu perhambaan dan khidmat kepada Allah.


Bayangkanlah, cuba apa saya katakan ini. Ketika anda ingin buat sesuatu yang haram…contohnya yang ekstrem,minum arak. Baca bismillah dulu. Apa yang anda rasakan? Atau ketika bibir anda cuba untuk mencium bibir gadis yang belum anda nikahi.Baca bismillah dulu. Apa anda rasa. Baca bismillah dengan hati tetap kerna Allah..Apa anda rasa? Pasti nya satu perasaan yang menolak. Perasaan yang tak izinkan hal itu berlaku.


Kenapa?


Kerana fitrah penciptaan manusia ini suci dan bersih. Manusia punya nafsu. Dan jika ia membawa kepada keburukan,macam manapun kita sukakan keburukan yang diperindahkan oleh syaitan itu, fitrah kita tetap ada rasa penolakan yang dahsyat walaupun jauh terselit dalam hati.


Lihat,itulah sebagai muslim cara kita meletakkan hidup kita beribadah kepada Allah. Bukan hanya dengan duduk tak keluar dari masjid dan lalu melupakan hal ummat.


Lihat sahaja kubur sahabat-sahabat Rasul, kebanyakan nya di luar kota Makkah. Mereka semua keluar membina ummat dengan pembinaan yang benar.

Rabbaniyah Masdar.


Maksudnya hukum. Maka setiap apa yang kita lakukan,kita meletakkan Quran sebagai perlembagaan dan sunnah nabi sebagai panduan. Quran mengatakan untuk menutup aurat.Maka hukumnya adalah menutup aurat. Rasul pula mengajarkan cara-cara menutup aurat dengan betul.

Tetapi tak salah pada kita untuk memilih warna kesukaan pakaian kita.Sama ada warna pink mahupun ungu dan lain warna lagi.

Lihat.mudah bukan. Islam tak pernah menekan ummat nya..Cara hidup sudah diberikan dan ditunjukkan. Kita cuma meneruskan sahaja apa yang telah ditunjukkan dengan cara kita sendiri tanpa mengkhianati dasar yang telah ditunjukkan.

Atas dasar apa semua ini?


Seperti yang saya katakan semuanya hanyalah dasar kerana Allah. Atas kita mengucapkan shahadah itu. Jika kita memahami dengan benar betapa berat nya tanggungan kita atas apa yang kita ucapkan. Dan kita fahami betapa pentingnya shahadah itu. Betapa bererti nya shahadah itu, maka kita akan memahami tujuan hidup kita hanya satu : adalah beribadah kepada Allah.

Dan kita memahami bahawa dunia ini hanya sebagai jalan. Bukan sebagai matlamat. Dan pada kita sendiri untuk mewarnai jalan ini dengan langkah yang betul dan cantik untuk kita capai matlamat yang kita tetapkan..

……………………………….

siri ini akan disambung..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s