Bumi yang ku temu kasih Nya..

Salam

 

InshaAllah,esok pukul 8 pagi saya akan bertolak menaiki teksi (ke semenanjung?)   untuk ke airport. Alhamdulillah.Dah 2 tahun lebih  rasa nya di bumi Sarawak.Banyak yang saya belajar.Banyak yang saya alami.Banyak yang saya perhati.

….

..

Ramai orang kata di Sarawak ini,sukar untuk mencari kekuatan Islam.Sukar untuk melihat suasana Islam. Tetapi sebenarnya disinilah saya berjumpa kekuatan Islam.Disinilah,di tempat yang dikatakan Islam itu sukar hendak lekat,saya berjumpa sinarnya.Sinar yang membawa perubahan.Bukan sahaja kepada diri saya,tetapi juga kepada komuniti Muslim kampus saya.

..

..

..

Tak dapat nak disangkal, setiap beberapa langkah anda berjalan anda pasti bertemu gereja-gereja yang hebat. Dengan mubaligh-mubaligh kristian yang nampak kemas berbaju kemeja,bertali leher dan berbasikal. Ada juga yang datang ke dalam kawasan kampus,berbual dengan pelajar bahkan barangkali menyebarkan ajaran mereka kepada sesiapa sahaja bahkan pelajar Muslim di dalam kampus sendiri. Dan yang paling menarik,saya sendiri pernah berbual dengan mereka di hadapan surau kampus. Menarik bukan??

..

..

..

Tetapi,itu antara pengalaman yang mengajar banyak perkara. Pengalaman yang tak mungkin mampu saya beli. Disinilah saya belajar pentingnya untuk membentuk ummat.Pentingnya untuk memperkasakan dan merputuhkan kekuatan Muslim dengan membina keperibadian diri seseorang.

..

..

..

Saya secara jujur amat sedih jika dilihat ada yang tak pernah lelah mengikut program-program Islam bahkan meghadirinya setiap minggu tetapi keperibadian menjadi semakin jauh dan teruk dari apa yang dipelajari. Pernah saya berbual dengan seorang sahabat tentang hal ini lalu ditanya kepada saya ,” Tajul,hidayah tu milik siapa? Milik Allah kan?” Iya benar.Memang hidayah milik Allah. Tetapi jalan mendapatkan hidayah itu kita yang cari. Jangan memberi alasan hidayah itu belum hadir maka kemaksiatan boleh sahaja dilakukan….

..

..

..

..

Saya secara jujur nya banyak sungguh kekurangan yang masih saya miliki. Banyak lagi keburukan dan kepincangan pada diri dan peribadi. Sungguh saya juga berazam untuk memperbaiki diri saya.Sewajarnya seorang Muslim patutnya begitu.Tidak pernah putus dari memperbaiki diri. Dari hal yang besar seperti perkara khurafat sehinggalah sekecil-kecil hal seperti tabiat makan.Semuanya diambil kira dalam Islam.Dan saya ingin punya keIslaman sempurna.Keimanan sempurna…

..

..

..

Sudah banyak saya katakan tentang perubahan.Sudah banyak saya tuliskan tentang pembaikan peribadi.Kerna saya sendiri pernah mengalaminya.Saya bukanlah yang terbaik dalam hal ini.Bukan juga manusia sempurna.Tetapi saya ingin melakukan yang terbaik dalam memperbaiki diri saya. Mungkin saya yang dahulu sikapnya berbeza dengan yang sekarang.

..

..

..

Banyak perkara yang perlu saya perbaiki. Sangat banyak..Saya sendiri kadang-kadang kurang faham tentang perhubungan manusiawi. Saya kurang faham ikhtilat lelaki dan perempuan dan kadang-kadang terjadi konflik dalam diri. Apa yang saya lakukan tentang hal itu cuma berpandu kepada apa yang telah saya pelajari.Jika ianya terlalu kompleks saya percayakan kepada naluri dan fitrah diri. Jika rasanya diri menolak untuk hal itu,maka saya berhenti.Mungkin apa yang saya lakukan boleh membuat saya dilabel macam-macam. Terus terang,saya tidak kisah. Kerna saya yakini bahawa apa yang saya lakukan adalah yang terbaik bagi saya. Jujur,saya tidak mahu lagi terjerumus dalam sejarah lama saya.

..

..

..

Disinilah saya belajar ertinya kebahagiaan. Saya bahagia untuk bergerak dalam jalan Islam walaupun kawan-kawan mengatakan saya ini “buzy giler” , ,”mat buzy” dan macam-macam lagi.Biarlah balik sampai lewat tengah malam mahupun tidak berehat.Inilah jalan yang saya pilih.Jalan yang saya pilih sekurang-kurangnya yang dapat membawa Islam kepada kawan -kawan saya.Sekurang-kurang nya dapat membawa perubahan dalam diri setiap kawan dan sahabat yang saya sayangi.

..

..

..

Dan benar, apa yang saya lalui bukan nya mudah!!

..

..

..

Dan di bumi inilah saya berjumpa dengan mereka yang berilitzam ingin membawakan Islam.Bukan mudah sebenarnya.Banyak yang telah kami lalui.Banyak lagi yang akan kami hadapi.

..

..

..

Dan berakhirnya tahun ini ,maka bermulalah sebuah perpisahan.

Kepada Safiq,Afiq dan Islah. Terima kasih banyak-banyak atas tunjuk ajar yang diberi. InshaAllah,segala yang dipelajar akan di gunakan dengan sebaik mungkin.

..

..

..

Kepada kawan-kawan yang lain.Jika ada yang saya sakitkan hati dan terluka jiwa,maka diri ini meminta maaf.Jika ada hati yang terguris,ampunkanlah.

..

..

Kepada sahabat seperjuangan, jangan mundur!! Teruskan perbaiki diri dan perbaiki sesiapa sahaja yang ada disamping kalian.Islam ini agama perubahan.Perubahan dari jahiliah kepada maghfirah.Perubahan dari yang bathil kepada yang haq.

.

.

.

Cuti ini gunakanlah sebaiknya. Walapun agak teruja menanti result exam. (Rasa macam tak tercapai untuk mendapat High Distinction je).Diharap sesiapa sahaja yang membaca ini,doakanlah.Saya ingin mendapat yang terbaik setelah saya berikan usaha saya.

..

..

Sehingga itu,kelak kita akan berjumpa lagi.InshaAllah.Doakanlah..

Advertisements

Aku ceritakan kamu apa itu cinta..

Salam.Salam perjuangan.

Salam kepada insan yang meletakkan cintanya hanya kepada pemilik cinta tersebut.Yang meletakkan cinta nya pada yang paling hak untuk dicintai.

.

.

.

Ahh.Cinta.Cinta dan Cinta. Tak kan pernah putus.Terutama dari bualan sang teruna dan si dara. Tak kan lepas dari kalimat yang terbalut kemas dihadiah kan oleh seorang pencipta. Terbukti dengan perlakuan sang pencinta itu sendiri.

.

.

.

Ahh.Cinta.Cinta.Cinta. Maka kenapa kita per

bahaskan tentang cinta. Makna yang tersangkut s

angat dalam. Dengan cinta, cuka boleh menjadi madu yang manis. Dengan cinta langit menjadi laut dan busut menjadi gunung. Dengan cinta, kejelikan dan keburukan menjadi menawan. Dengan cinta segalanya indah.Segalanya mudah.Segalanya mampu.Segalanya pada setiap yang segala.

.

.

.

Maka kita membicarakan tentang cinta.Maka apakah cinta itu?Apa erti nya cinta itu. Seorang pernah berkata padaku,kalau ingin diberi makna maka setiap inci kamus kau akan jumpa maknanya.Setiap jarak pada jasadmu kau akan jumpa pengertiannya. Kita bicara tentang cinta.Seakan kitalah yang

paling arif bagai kitalah yang menciptakan cinta itu.

.

.

.

Ahh.Apakah cinta yang menyesakkan nafas ini? Seorang sahabat ku melihat sekeping gambar yang ku cetak,petanda kepada tajuk diskusi hangat malam jumaat. Dan dikeluar kata padanya bahawa

dia menjangka ku menulis pada kepingan itu madah cinta manusiawi yang pernah diungkap oleh seorang ulama hebat!!

.

.

.

Apakah cinta itu pada hubungan sang teruna dan dara.Lemas dalam dakapan dan ciuman serta kata mesra.Apakah cinta itu hanya pada manusiawi,kisah hangat dibicara dengan penuh kasih,indahnya konon disaluti bunyi-bunyi agama?

.

.

.

Kenapa jika kita terlihat kalimat cinta yang pertama pada fikir dan tersentuh pada akal adalah hubungan antara seorang lelaki dan seorang wanita.Baik pada pandangan kita ianya adalah hubungan

terlarang penuh maksiat zahir dan batin.

.

.

.

Kalau mungkin lebih hebat lagi,cinta itu disalurkan pada hubungan yang kononnya Islami. Kononnya terjaga dari sebarang zina mahupun zina hati.

Maka apa itu cinta.Kerna ku tidak tahu maknanya.

Aku tidak mampu menjelaskan apa itu cinta tetapi akan ku jelaskan sifatnya. Kerna cinta itu sebagaimana iman.Tersembunyi dalam hati tetapi buktinya pada setiap gerak laku dan kata.Pada setiap langkah yang ditapak dan nafas yang dihembus.

.

.

.

Maka pada sifatnya cinta itu akan wujudnya pengorbanan. Pengorbanan yang tiada tara.Pengorbanan yang sanggup menghadiahkan nyawa dan segalanya yang tersedia.Semata-mata untuk siapa dan apa yang dicinta. Kerna cinta itu seifatnya pengorbanan, maka Juliet dan Romeo terkorban, Majnun mejadi gila kerna Laila. Dan kerna cinta seorang ibu berkeja tanpa henti untuk membesarkan anaknya. Seorang ayah sanggup bertungkus lemas member kehidupan selesa pada keluarganya..

.

.

.

Dan kerana cinta, Hassan Al Banna terkorban kerna ditembak.Mustafa Masyhur dipenjara.Syed Qutb syahid di tiang gantung.

Dan kerna cinta Rasul diutuskan dan diwahyukan serta diwafatkan.

Ada beza cinta Majnun dan Laila serta cinta Hassan Al Banna..

.

.

Pada cinta itu juga wujudnya nikmat.Kenikmatan yang agung.

Pada cinta itu seorang gadis menyerahkan segalanya.  Seorang terua mampu meredah segala halangan dan rintangan hanya untuk si gadis. Kerna nikmat, segalanya sanggup disedia.Kerna cinta itu nikmat sifatnya.

.

.

Dan kerna nikmat juga Yusuf A.S memilih kehidupan penjara kerna dilihatnya nikmat sebenar. Kerna nikmat juga Syed Qutb dan umurnya adalah penjara. Kerna nikmat jugalah Muhammad S.A.W tak pernah berhenti berjuang,

.

.

Maka ada beza cinta sang jejaka dan Syed Qutb.

Aku jujurnya ingin menulis lebih lagi,tetapi sifat cinta bagai namanya sendiri.Satu kata yang mampu member sejuta makna dan sejuta sifat.

Maka akan kujelaskan bezanya cinta yang kau pegang dan cinta yang ku pegang.Kerna ku bingung,bagaimana terpandang sahaja kalimat cinta maka kau membayangkan manusia?

.

.

.

Pada cinta Majnun dan Laila.Cinta Romeo dan Juliet,cinta teruna dan dara wujudnya sebuah kasih. Tetapi pada dasar apa kononnya cinta yang dikatakan agung itu? Aku juga pelik saudara seperjuangan ku sendiri, berbincang dan menulis hangat tentang cinta manusiawi. Mungkin lebih kepada yang sah dalam mimpi membina sebuah peradaban keluarga. Atau mungkin Cuma kepada cinta manusiawi biasa yang masih terbatas. Cuma pada lintasan hati.

.

.

Dan aku tidak pernah terdengar dikatakan tentang cinta teragung yang pernah dunia dan isinya menyaksikan.Cinta yang dahsyat dipamerkan sebagai bukit kecintaan hakiki.

Apa beza cinta itu?

Maka bagiku cinta itu bezanya adalah pada dasarnya. Pada apa yang kita pegangi. Cinta Romeo dan Juliet dipegang pada dasar manusiawi.Maka matinya Romeo,matilah Juliet. Cinta Majnun dan Laila diletakkan pada dasarnya manusiawi.Ditolaknya Laila cinta si Majnun,gilalah Majnun.

Dan mari lihat pula pada beza yang lain.Kerna dasarnya adalah Tuhan.Pada Dia pemilik dan pencipta Cinta. Pada Dia yang menganugerahkan setiap rasa dan nafsu pada tubuh.Maka Hassan Al Banna bersedia menerima segala cabaran.Maka Syed Qutb berdiri berani di depan tali gantung sebagai realisasi cinta nya.

.

.

Dan teragung adalah cinta nya Muhammad kepada Tuhannya.

.

.

Pada dasar cinta itu sendiri yang menghasilkan sifat dan tindakan cinta.Pada dasar cinta manusiawi yang diisi penuh dengan nafsu terhasilnya maksiat dan dosa yang terlekat terus pada hati.

.

.

Dan kerna cinta itu pada dasarnya adalah Allah,tindakannya dan sifat cinta itu sifat yang agung.Yang hebat tak terjangkau oleh zaman. Segalanya megah dan tinggi walaupun susah dan payah mengharung jalan justru kerna dia tahu Pemilik yang dicinta nya ada menanti nya. Dia ingin mempersembahkan hadiah yang terbaik kepada Kekasihnya.Bahkan nyawa,jasad,hartanya,kekuatannya dan segala apa pada dirinya dia ingin memberikan pada Kekasihnya.Kekasih nya yang hakiki.Kekasihnya yang abadi.Pada hari yang pasti.

.

.

P/s: Wahai Tuhan pemilik hati ini.Wahai Kekasih yang kucintai. Luhur dan bersihkan hati ini untuk mencinta Mu semata-mata.

P/s/s : Ketika kecil ibuku bertanya cinta pertama sekali untuk siapa ? maka ku jawab “Untuk Allah dan Nabi”. Lalu ditanya “yang kedua?” dan lantas ku jawab untuk mama dan abah.

Ahh.Aku yang kecil.Dan kembali ku nilai kehidupan yang ku jalani,adakah semuanya ku lakukan bagai apa ku katakan?Adakah selama ini benar ku letakkan cinta yang agung pada Tuhan ku dan Nabi ku?

aku tidak menentang kecintaan mu pada manusia kerna aku juga ada cinta itu pada hati ku.Tetapi aku mahu kamu meletakkan cinta mu pada tempat yang benar dan hak. Aku ada dasar cintaku.Kamu??

Boleh mintak tolong :Bagi cadangan sedikit..

Salam.

sebenarnya masih lagi dalam kemelut exam.Ambil masa sebentar untuk berehat dan masa rehat ini digunakan update blog 🙂

.

.

.

Alhamdulillah, program taklim yang diasakan mendapat sambutan yang agak hangat. Setiap minggu jumlah kehadiran dari 30 orang ke 50 orang.Satu jumlah yang agak besar kalau ingin diletakkan yang pelajar melayu Islam ( program diadakan dalam bahasa Melayu) tidak sampai 200 orang. Maksudnya jika kehadiran adalah 50 orang maka lebih dari 1/4 populasi Curtin ini yang hadir dan membina kesedaran Islam. 25% manusia yang hebat. 25% manusia yang ingin melakukan perubahan!!

.

.

.

Banyak pengalaman baru yang boleh didapati. Dan sebenarnya banyak perubahan yang berlaku dalam komuniti bilamana kesedaran Islam ingin dibawakan kepada komuniti ini. Benar, ada cabaran dan dugaan.Ada kata sindiran dan rintangan. Tapi sebenarnya disitulah letaknya manis perjuangan!!

.

.

.

Diharapkan perubahan yang berlaku pada komuniti ini akan bertambah baik lagi. Ingat : Perbaiki dirimu dan serulah orang lain!!

.

.

.

Jadi disini kalau anda ada cadangan,bolehlah drop di comment atau  email ke tajulrijalannuar_optimist[at]yahoo.com.my

….

..

Kalau boleh nak juga dengar comment kawan-kawan tentang program ni dan apa sahaja yang berkaitan.Boleh kan…??

Politik : Perlaksanaan dan Integriti

Salam perjuangan.

Semalam saya telah menulis komen di blog ustaz hasrizal.Komen yang agak padat tetapi dengan penulisan yang ringkas.Sejurus selepas komen tersebut ditulis, jumlah pelawat bertambah. Dari satu segi, ianya buatkan saya tergelak.Tetapi dari hal yang lain saya terfikir,adakah apa yang saya bawakan sesuatu yang berbeda?

Maka berdasarkan tulisan ustaz Hasrizal saya menilai bahawa kadang-kadang dalam berpolitik pada masa kini, (bukan sahaja di Malaysia) , integriti,akhlak dan sikap menjadi hal yang sangat vital dan amat penting dalam menjadi pemimpin. Dahulu dalam era awal politik Malaysia, apa yang dicari adalah pembangunan dan kemodenan negara. Tetapi kini atas dasar lelah dan muak dengan begitu banyak korupsi,penipuan,pembelitan maka yang dicari bukan lagi pembangunan semata-mata tetapi lebih kepada akhlak dan sikap seseorang pemimpin.

.

.

.

.

Tidak kira dari parti mana yang dicari adalah kebaikan akhlak,personaliti yang baik, “Islamik” bagi sesetengah penyokong disamping punya kebolehan yang mantap dari segi teknikaliti memimpin. Dari segi teknikaliti memimpin , mungkin banyak pemimpin punya hal ini. Tetapi dari segi akhlak,personaliti dan sikap belum tentu lagi mereka miliki.

.

.

.

.

Tak Boleh Ditegur

.

.

Tetapi dalam menanggapi masalah ini, kita sering suka untuk mengislahkan kembali kesilapan tersebut daripada terus menjatuhkan pemimpin itu. Malangnya,mungkin akibat takabbur setelah memegang kekuasaan, pemimpin tadi merasakan diri mereka adalah yang terbaik dan tidak membuat kesilapan langsung. Jika ditegur maka akan cepatlah melenting.Akan cepat marah.Keterbukaan tidak ada dalam menerima teguran. Masalah ini bukan hanya pada satu parti sahaja,malah pada parti yang bergelar Islam sekalipun turut bermasalah.

Jemaah bukan dikumpulkan

.

.

.

Yang menjadi buruk juga apabila kita menyangka bahawa mereka yang menyokong kita adalah dalam satu jemaah.Mereka hanya penyokong. Mereka menyokong kita mungkin bukan sebab kita bagus atau mereka suka kita tetapi mereka sokong kita kerana mungkin dah tiada pilihan!!

Masalahnya yang lagi besar bila kita memikirkan Islam ini dibina dengan mengumpulkan semua orang Islam dalam satu perkumpulan dan perkumpulan itu disebut satu jemaah.

.

.

Matlamat dan Perlaksanaan.

Yang menjadi isu juga adalah tidak dapat membezakan matlamat dan perlaksanaan. Apa matlamat sebenarnya untuk mencebur dalam politik? Kalaulah kita semua tetapkan matlamat hidup kita (maksud saya keseluruhan hidup) hanya untuk Allah,maka sedarkah kita bahawa yang lain dalam hidup cumalah kenderaan untuk mencapai matlamat itu. Kita bersungguh-sungguh habis dalam politik.Mengutuk orang itu dan ini.Mengeji setiap perlakuan dikatakan salah dan silap.Adakah itu yang Islam ajarkan? Adakah itu katanya untuk Allah??

.

.

PENYELESAIAN YANG BENAR..

Baliklah kita sebenar-benarnya kepada Quran dan sunnah. Ramai dari pimpinan  kita adalah guru agama yang hebat bahkan tahu ini semua.Tahu ilmu syara dan Usul Fiqh.Hafaz pelbagai kitab.Tahu setiap ayat pada kitab-kitab Fiqh dakwah.

.

.

.

Jadi saya ajak kembali pada perkara yang paling asas dalam satu perjuangan iaitu Manhaj Da’wah Rasul. Seharusnya kita kupas aspek akidah tetapi barangkali sewajarnya mereka ini lebih arif dan faham.Jadi saya kupas aspek Manhaj Dakwah Rasul.

.

.

Dakwah Rasul adalah sebuah pembinaan.Pembinaan ummat yang bermula dengan pembinaan individu Muslim. Seorang demi seorang dibina dengan benar. Dibentuk dengan betul supaya aqidah nya menjadi salim.Hakikat kehidupannya semuanya adalah benar dan betul. Kemudian, pembinaan individu ini terbentuknya satu ahli Badar iaitu mereka yang awal menampung dakwah Islam.

.

.

.

Maka dari mereka ini yang kemudiannya membentuk masyarakat yang lain kerana ketika ini mereka sudah menjadi daie.Mereka sudah mampu mengajak kepada Islam dan menerangkan Islam dengan penuh kefahaman dengan cara yang betul.Mereka ini punya keperibadian daie yang ulung.

Kemudian daripada sahabat-sahabat ini wujudnya mereka yang berkebolehan menjadi pemimpin.Contohnya sudah kita ketahui seperti Abu Bakar, Ummar, Utsman,Ali, Khalid, Bilal dan lain-lain.Inilah mereka yang punya karakter untuk menggerak sebuah jemaah dan menjadi pemimpin.

.

.

.

Semuanya bermula dengan pembentukan bukan cuma kumpulkan orang ramai dan mengaku itu jemaah Islam.Maka kalaulah dalam perkumpulan itu ada tenuk dan monyet sekalipun adakah itu sebuah jemaah gerakan Islam?

Jemaah itu perlu dibina sebagaimana Rasul membina ummat untuk membentuk negara Madinah.Pembentukan yang benar itu bukan bermakna 100 peratus perlu dibina secara populasi tetapi ada bilangan tersendiri.Mungkin 20 peratus sahaja.Yang 80 peratus cuma penyokong.

Ini bukan angan-angan

Jika kita sama-sama membentuk sebagaimana yang  telah dibawa oleh Rasul,dan maka hasil satu ummat Islam yang betul sebagaimana  dibentuk RASUL,maka pimpinan yang ada pasti hebat.

.

.

.

Lihat balik,sedangkan khalifah sendiri mampu ditegur.Kita sedar kisah yang hebat ketika Ummar bertanya : “Jika aku menyimpang dari jalan ini apa kalian akan lakukan??” lantas dijawab : “Aku akan meluruskan kamu dengan ini (pedang)!!..Lihat,Umar khalifah hebat! Penguasaan Islam ketika beliau adalah sangat luas.Lagi luas dari 5 negeri Pakatan Rakyat.Lagi luas dari Malaysia.Bagaimana dia boleh menjadi sebegitu rendah diri menerima teguran? Akhlak beliau tidak boleh kita pertikaikan.Kemampuan beliau?amatlah sombong kalau kita mengatakan kita lebih hebat.Beliau penguasa kerajaan Islam yang luas!!

.

.

.

Ummar seorang Muslim. Kita juga seorang Muslim.Kenapa kita tak mampu menjadi Ummar?


.

.

Jawapan nya mudah,kerana pembentukan diri kita tak sama sebagaimana Ummar dibentuk.

Kalaulah kita kembali kepada bagaimana Rasul membentuk ummat,pastinya akan lahir Ummar di Malaysia.Hebat dari integriti,akhlak ,sikap dan kemampuan. Bukan hanya pemimpin yang cakap berdegar-degar dan kutuk mengutuk.

.

.

.

p/s: saya akan tulis panjang mengenai ini kelak.Sekarang dalam musim peperiksaan.Cukup buat masa ini untuk anda berfikir apa yang dibawakan.Saya mengalukan sebarang cetusan minda saudara saudari pembaca dan tulislah sebarang cadangan atau diskusi yang ingin dibincangkan di ruang komentar.

p/s/s: Jangan tangkap saya.Saya tak hasut sesiapa 🙂 Doakan kecemerlangan daya dalam peperiksaan. Saya masih pelajar tapi saya juga sayang dan ada hak pada negara ini!! Jadi sekurangnya dengar apa kami katakan..

“Jangan disebabkan kita , orang lari daripada untuk memahami Islam”

Tentang seorang kawan…

Salam.

mamat ngan aku.

Saya bukan seorang yang jenis sweet-sweet sangat.But this one is exceptional.

Saya baru melawat blog seorang sahabat. Muhammad Subakin nama dia. Berkawan rapat dengan dia sejak tingkatan 4. Buat nakal sama-sama (saya bukan budak skema okay waktu sekolah.Muka je baik.hehe) .Study sama-sama. Kenakan orang sama-sama.

.

.

.

.

Banyak gak la kenangan.Still contact ngan dia lagi.

Waktu sekolah dulu, kami satu geng.Panggil G10.Group of 10 la..Kitorang jenis Non-Allied. Jenis nakal-nakal biase je.Main bola dalam surau dorm.Kalau tak pecah tingkap tak kan berenti. Kalau Ustaz Razali datang semua lari.

.

.

.

.

.

Pernah sekali keluar ke town waktu malam jalan kaki tuh (x ingat camner peristiwa tu jadi.Same ade ,ade kebenaran atau tak). Balik-balik je kene tahan ngan Ustaz Razali.Kene perli dengan ustaz Razali dalam surau lagi esok nya, Dia kata “Tajul suap Mamat,Mamat suap Tajul” Ceyt.Aku tak lah sweet giler sampai nak suapkan member.Hahaha.

.

.

.

.

.

Gambar yang diatas tu agak kontroversi gak la..Asal gambar tu dalam gelap??hehehe.Sebenarnya kitorang ngah memonteng solat jemaah maghrib kat surau maktab. Gambar tu siap ade video lagi.Waktu tu azan tengah bergema and memang malas nak gi pun surau.So lepak dalam dorm je laa.Hehehe. Sebenarnya boleh kire dengan jari je la berapa banyak kali gi surau waktu form 5.

.

.

.

.

.

Cerita pasal awek tu biasa lah.Memang dah jadi perkara wajib untuk kitorang kongsi cerita. Awek dia Tipah sekarang. Mamat ni dulu memang cam aku gak la..Suka flirt.Suke main perempuan.Waktu tu asyik cerita pasal perempuan je la kan..hehehe..Same kepala kan. Dulu ada kawan lain kate, kalau ade Tajul,mesti ada Mamat.Kalau ade Mamat,mesti ade Tajul.

.

.

.

.

And dia ni seorang yang genius. I mean a real genius. Dia cipta method untuk mengira punca kuasa dua and punca kuasa tiga bagi satu number (tak kira lah berjuta pun number tu) tanpa guna kalkulator. Die ni pun kreatif gak.Banyak gak lah ciptaan yang dia boleh buat. Tapi dia jenis yang sangat-sangat relax. He can go far kalau dia nak sebenarnya.. Boleh jadi lagi hebat dari Encik Zul yang famous dengan ciptaan dia atas nama company Zul’s design tu. Yang aku ingat dia cakap waktu sekolah dulu, dia just nak jadi pengurus felda je.hahaha.

Aku kat sekolah jenis aktif and dia pulak jenis relax-relax. Tak banyak beraktiviti. But he is all much better than me especially dalam study.

.

.

.

.

Prep habis dalam kol 10 kot. Tapi still kluar gak ke kelas dalam kol 2,3 pagi. Gi main bola,futsal and badminton kat D-Laks(Dewan Laksamana) pukul 2,3 pagi gak.Dewan berkunci jer.Tapi bukannya susah nak pecah masuk.

Gi kelas malam-malam selongkar kelas.Tengok markah budak2 lain and siap kutuk-kutuk lagi.”bodoh melantun-lantun”.tu la yang aku ingat dia pernah cakap dulu waktu tengok markah sorang member niyh.siot mat.Taw ko pandai.. Banyak kot benda mengarut kitorang buat. Haha.

.

.

.

Well, it is 3 years already.And pengalaman mendewasakan. Aku mungkin ada sedikit berubah. Mungkin da tak banyak keje ngarut nak diceritakan. Da tak ada kisah perempuan nak dikongsikan.Tak banyak yang nak diceritakan sebab beratnya tanggungjawab dan amanah yang disedari sekarang buatkan aku tak se “care-free” cam dulu . Aku tak taw mamat camne sekarang. Last sekali jumpa dia 2 tahun lepas kt KL Central.Lepak kat KFC.

.

.

.

.

But camner pun, He is my best buddy.Aku tak pernah jumpa lagi sahabat sebaik , se”cool” , secondly macho (aku lagi cool and macho kay) and sesempoi die.

And hari ni aku tulis post ni dedicated to one of his success.

klik alamat blog dia.

http://kejebodo.blogspot.com/

Nama pun blog kejebodo. Dia genius ,and die kate die suke wat keje bodo.Tapi keje dia x da pun yang bodo. Sume art..So kalau korang nak bace ape yang die tulis,korang kena copy ape yang die tulis tu ,paste dalam microsoft word and change die nye font.

.

.

.

This is for u bro!!

.

.

Lepas ni kita tengok sape keje dulu,kawen dulu,dapat anak dulu, jadi nyanyuk dulu and sape yang mati dulu.hehehehehe.

aku bukan ekstrimis..

Salam..

1. Tahniah VoC kerna menang pilihanraya. Tahniah juga UDP. Persaingan yang mantap. Terus, saya akan beri kepercayaan kepada VoC tetapi kepercayaan saya bukan kepercayaan penuh. Ia masih lagi terbatas dan bersyarat dan jika ada perkara yang membuatkan kepercayaan itu musnah,maka segala sesuatu yang membuatkan hal itu terjadi akan dipandang serius. Tindakan akan diambil tidak kira apa sahaja kos yang perlu dibayar dan tidak kira siapa yang akan dilibatkan.

The people should not afraid of the government. The government should be afraid of the people

-V for Vandetta

..

2. Final exam semakin hampir.Kepada adik-adik usrah,selamat berjuang.Kepada diri sendiri juga, ini medan juang. Target untuk capai yang terbaik. Dengan usaha yang terbaik. Ingat matlamat kita. Buat sesuatu untuk redha Allah. Dan untuk itu kita datang sini matlamatnya adalah untuk belajar demi untuk redha Dia.

..

3. Pernah kawan-kawan bertanya, tak mahu menulis cerpen atau novel ke? Saya memang menulis artikel. Dan mungkin sudah melebihi 100 artikel dan kebanyakan dari artikel itu ada di beberapa laman web. Tetapi artikel yang saya tulis bukanlah dalam bentuk cerpen atau novel atau cerita-cerita. Apa yang saya tulis lebih straight-forward dalam mencapai untuk memberi kan kefahaman.

..

4. Tetapi, penulisan cerpen dan novel juga salah satu idea menarik. Saya sudah memulakan dengan prakata dan bab pertama novel saya.

5. Novel ini berkisarkan tentang perjalanan hidup seorang pemuda. Dengan cabaran dan rintangan serta perubahan yang dia alami. Novel ini bukanlah memoir saya tetapi cuma sebuah kisah yang dicipta.

..

6. Saya cuba meletakkan tajuk novel ini : “Aku Bukan Ekstrimis”.

7. Kalau ada cadangan tentang jalan cerita atau sumbangan ide yang lain,boleh lah disalurkan di tajulrijalannuar_optimiat [at] yahoo.com.my atau drop sahaja comment disini.

Salam.

Tajul Rijal Annuar