aku bukan ekstrimis..

Salam..

1. Tahniah VoC kerna menang pilihanraya. Tahniah juga UDP. Persaingan yang mantap. Terus, saya akan beri kepercayaan kepada VoC tetapi kepercayaan saya bukan kepercayaan penuh. Ia masih lagi terbatas dan bersyarat dan jika ada perkara yang membuatkan kepercayaan itu musnah,maka segala sesuatu yang membuatkan hal itu terjadi akan dipandang serius. Tindakan akan diambil tidak kira apa sahaja kos yang perlu dibayar dan tidak kira siapa yang akan dilibatkan.

The people should not afraid of the government. The government should be afraid of the people

-V for Vandetta

..

2. Final exam semakin hampir.Kepada adik-adik usrah,selamat berjuang.Kepada diri sendiri juga, ini medan juang. Target untuk capai yang terbaik. Dengan usaha yang terbaik. Ingat matlamat kita. Buat sesuatu untuk redha Allah. Dan untuk itu kita datang sini matlamatnya adalah untuk belajar demi untuk redha Dia.

..

3. Pernah kawan-kawan bertanya, tak mahu menulis cerpen atau novel ke? Saya memang menulis artikel. Dan mungkin sudah melebihi 100 artikel dan kebanyakan dari artikel itu ada di beberapa laman web. Tetapi artikel yang saya tulis bukanlah dalam bentuk cerpen atau novel atau cerita-cerita. Apa yang saya tulis lebih straight-forward dalam mencapai untuk memberi kan kefahaman.

..

4. Tetapi, penulisan cerpen dan novel juga salah satu idea menarik. Saya sudah memulakan dengan prakata dan bab pertama novel saya.

5. Novel ini berkisarkan tentang perjalanan hidup seorang pemuda. Dengan cabaran dan rintangan serta perubahan yang dia alami. Novel ini bukanlah memoir saya tetapi cuma sebuah kisah yang dicipta.

..

6. Saya cuba meletakkan tajuk novel ini : “Aku Bukan Ekstrimis”.

7. Kalau ada cadangan tentang jalan cerita atau sumbangan ide yang lain,boleh lah disalurkan di tajulrijalannuar_optimiat [at] yahoo.com.my atau drop sahaja comment disini.

Salam.

Tajul Rijal Annuar

2 thoughts on “aku bukan ekstrimis..

  1. salam’alaik

    jazakallah atas kunjungan di blog. perancangan yang baik untuk menyiapkan novel atau atleast cerpen. saya bukanlah lagi penulis novel. tetapi telah berjinak dalam dunia cerpen dan puisi sebelum ni. dan pernah beberapa kali dipaparkan di akhbar dan majalah.

    cuma sekarang saya masih dalam perjalanan menyiapkan novel sulung dengan satu syarikat penerbitan. sekiranya sdra mahukan perkongsian bagaimana mahu menyiapkan manuskrip dan proposal untuk sebuah novel, saya boleh kongsikan setakat pengalaman yang sedikit ini.

    kita akan lebih bersemangat sekiranya manuskrip yang telah dihantar mendapat greenlight dari mana-mana syarikat. setelah itu kerja kita adalah menyempurnakan bab2 yang seterusnya. jangan tunggu semua siap tulis dulu. hantar dulu proposal dan pre-manuskrip untuk penilaian pihak syarikat. supaya lebih yakin bahawa ada yang mahu’ menerbitkan’ karya kita. seperti sudah ada pre-contract untuk penerbitan karya kita.

    berkenaan syarikat apa yang mahu dicuba, i.allah saya boleh cadangkan kerana banyak syarikat sekarang yang mahukan karya2 penulis muda. bahkan ada juga syarikat yang menerima untuk kompilasi entri2 di blog dengan kemaskini yang baik untuk diterbitkan.

    jika sdra bekenan, maklumat berkenaan rangka penyiapan novel akan saya panjangkan ke emel sdra.

    wsalam
    Nurul ‘Izzah Zainol
    3rd/Law/IIUM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s