Politik : Perlaksanaan dan Integriti

Salam perjuangan.

Semalam saya telah menulis komen di blog ustaz hasrizal.Komen yang agak padat tetapi dengan penulisan yang ringkas.Sejurus selepas komen tersebut ditulis, jumlah pelawat bertambah. Dari satu segi, ianya buatkan saya tergelak.Tetapi dari hal yang lain saya terfikir,adakah apa yang saya bawakan sesuatu yang berbeda?

Maka berdasarkan tulisan ustaz Hasrizal saya menilai bahawa kadang-kadang dalam berpolitik pada masa kini, (bukan sahaja di Malaysia) , integriti,akhlak dan sikap menjadi hal yang sangat vital dan amat penting dalam menjadi pemimpin. Dahulu dalam era awal politik Malaysia, apa yang dicari adalah pembangunan dan kemodenan negara. Tetapi kini atas dasar lelah dan muak dengan begitu banyak korupsi,penipuan,pembelitan maka yang dicari bukan lagi pembangunan semata-mata tetapi lebih kepada akhlak dan sikap seseorang pemimpin.

.

.

.

.

Tidak kira dari parti mana yang dicari adalah kebaikan akhlak,personaliti yang baik, “Islamik” bagi sesetengah penyokong disamping punya kebolehan yang mantap dari segi teknikaliti memimpin. Dari segi teknikaliti memimpin , mungkin banyak pemimpin punya hal ini. Tetapi dari segi akhlak,personaliti dan sikap belum tentu lagi mereka miliki.

.

.

.

.

Tak Boleh Ditegur

.

.

Tetapi dalam menanggapi masalah ini, kita sering suka untuk mengislahkan kembali kesilapan tersebut daripada terus menjatuhkan pemimpin itu. Malangnya,mungkin akibat takabbur setelah memegang kekuasaan, pemimpin tadi merasakan diri mereka adalah yang terbaik dan tidak membuat kesilapan langsung. Jika ditegur maka akan cepatlah melenting.Akan cepat marah.Keterbukaan tidak ada dalam menerima teguran. Masalah ini bukan hanya pada satu parti sahaja,malah pada parti yang bergelar Islam sekalipun turut bermasalah.

Jemaah bukan dikumpulkan

.

.

.

Yang menjadi buruk juga apabila kita menyangka bahawa mereka yang menyokong kita adalah dalam satu jemaah.Mereka hanya penyokong. Mereka menyokong kita mungkin bukan sebab kita bagus atau mereka suka kita tetapi mereka sokong kita kerana mungkin dah tiada pilihan!!

Masalahnya yang lagi besar bila kita memikirkan Islam ini dibina dengan mengumpulkan semua orang Islam dalam satu perkumpulan dan perkumpulan itu disebut satu jemaah.

.

.

Matlamat dan Perlaksanaan.

Yang menjadi isu juga adalah tidak dapat membezakan matlamat dan perlaksanaan. Apa matlamat sebenarnya untuk mencebur dalam politik? Kalaulah kita semua tetapkan matlamat hidup kita (maksud saya keseluruhan hidup) hanya untuk Allah,maka sedarkah kita bahawa yang lain dalam hidup cumalah kenderaan untuk mencapai matlamat itu. Kita bersungguh-sungguh habis dalam politik.Mengutuk orang itu dan ini.Mengeji setiap perlakuan dikatakan salah dan silap.Adakah itu yang Islam ajarkan? Adakah itu katanya untuk Allah??

.

.

PENYELESAIAN YANG BENAR..

Baliklah kita sebenar-benarnya kepada Quran dan sunnah. Ramai dari pimpinan  kita adalah guru agama yang hebat bahkan tahu ini semua.Tahu ilmu syara dan Usul Fiqh.Hafaz pelbagai kitab.Tahu setiap ayat pada kitab-kitab Fiqh dakwah.

.

.

.

Jadi saya ajak kembali pada perkara yang paling asas dalam satu perjuangan iaitu Manhaj Da’wah Rasul. Seharusnya kita kupas aspek akidah tetapi barangkali sewajarnya mereka ini lebih arif dan faham.Jadi saya kupas aspek Manhaj Dakwah Rasul.

.

.

Dakwah Rasul adalah sebuah pembinaan.Pembinaan ummat yang bermula dengan pembinaan individu Muslim. Seorang demi seorang dibina dengan benar. Dibentuk dengan betul supaya aqidah nya menjadi salim.Hakikat kehidupannya semuanya adalah benar dan betul. Kemudian, pembinaan individu ini terbentuknya satu ahli Badar iaitu mereka yang awal menampung dakwah Islam.

.

.

.

Maka dari mereka ini yang kemudiannya membentuk masyarakat yang lain kerana ketika ini mereka sudah menjadi daie.Mereka sudah mampu mengajak kepada Islam dan menerangkan Islam dengan penuh kefahaman dengan cara yang betul.Mereka ini punya keperibadian daie yang ulung.

Kemudian daripada sahabat-sahabat ini wujudnya mereka yang berkebolehan menjadi pemimpin.Contohnya sudah kita ketahui seperti Abu Bakar, Ummar, Utsman,Ali, Khalid, Bilal dan lain-lain.Inilah mereka yang punya karakter untuk menggerak sebuah jemaah dan menjadi pemimpin.

.

.

.

Semuanya bermula dengan pembentukan bukan cuma kumpulkan orang ramai dan mengaku itu jemaah Islam.Maka kalaulah dalam perkumpulan itu ada tenuk dan monyet sekalipun adakah itu sebuah jemaah gerakan Islam?

Jemaah itu perlu dibina sebagaimana Rasul membina ummat untuk membentuk negara Madinah.Pembentukan yang benar itu bukan bermakna 100 peratus perlu dibina secara populasi tetapi ada bilangan tersendiri.Mungkin 20 peratus sahaja.Yang 80 peratus cuma penyokong.

Ini bukan angan-angan

Jika kita sama-sama membentuk sebagaimana yang  telah dibawa oleh Rasul,dan maka hasil satu ummat Islam yang betul sebagaimana  dibentuk RASUL,maka pimpinan yang ada pasti hebat.

.

.

.

Lihat balik,sedangkan khalifah sendiri mampu ditegur.Kita sedar kisah yang hebat ketika Ummar bertanya : “Jika aku menyimpang dari jalan ini apa kalian akan lakukan??” lantas dijawab : “Aku akan meluruskan kamu dengan ini (pedang)!!..Lihat,Umar khalifah hebat! Penguasaan Islam ketika beliau adalah sangat luas.Lagi luas dari 5 negeri Pakatan Rakyat.Lagi luas dari Malaysia.Bagaimana dia boleh menjadi sebegitu rendah diri menerima teguran? Akhlak beliau tidak boleh kita pertikaikan.Kemampuan beliau?amatlah sombong kalau kita mengatakan kita lebih hebat.Beliau penguasa kerajaan Islam yang luas!!

.

.

.

Ummar seorang Muslim. Kita juga seorang Muslim.Kenapa kita tak mampu menjadi Ummar?


.

.

Jawapan nya mudah,kerana pembentukan diri kita tak sama sebagaimana Ummar dibentuk.

Kalaulah kita kembali kepada bagaimana Rasul membentuk ummat,pastinya akan lahir Ummar di Malaysia.Hebat dari integriti,akhlak ,sikap dan kemampuan. Bukan hanya pemimpin yang cakap berdegar-degar dan kutuk mengutuk.

.

.

.

p/s: saya akan tulis panjang mengenai ini kelak.Sekarang dalam musim peperiksaan.Cukup buat masa ini untuk anda berfikir apa yang dibawakan.Saya mengalukan sebarang cetusan minda saudara saudari pembaca dan tulislah sebarang cadangan atau diskusi yang ingin dibincangkan di ruang komentar.

p/s/s: Jangan tangkap saya.Saya tak hasut sesiapa :) Doakan kecemerlangan daya dalam peperiksaan. Saya masih pelajar tapi saya juga sayang dan ada hak pada negara ini!! Jadi sekurangnya dengar apa kami katakan..

“Jangan disebabkan kita , orang lari daripada untuk memahami Islam”

3 thoughts on “Politik : Perlaksanaan dan Integriti

  1. =D … malaysia masih dijajah … UN … sistem demokrasi … slagi khalifah tidak dilahirkan … mustahil islam ditegak secara syumul …

    demokrasi adalah suatu cabaran kepada kuasa tuhan … kerana asas penciptaannya berdasarkan kuasa majoriti, bukan undang2 dan maliknya Allah SWT.

    biarpun majoritinya memilih islam sbg undang dan tunggak kepimpinan.

    • salam ayub..

      isu tentang demokrasi juga panjang.ia melibatkan penjelasan fiqh dan juga syara’ (seluruh kehidupan kita memang melibatkan ini juga). Jadi lihat kembali dalam keadaan realiti sekarang.Adakah logikal untuk kita membentuk khalifah kalau kita mengasingkan diri dair masyarakat.Mengasingkan diri daripada mereka yang menyokong kita yang mana penyokong ini masih belum memahami tentang keburukan demokrasi.Dalam harakah Islam juga kita perlu kembali kepada realiti.

      Kadang-kadang ada yang menolak sepenuhnya demokrasi tanpa dia sedari bahawa dia mnjadi tidak realistik dan dalam masa yang sama menjauhkan diri dari ummat.Kesilapan yang besar.Maka sebenarnya buat masa ini,inilah pilihan yang kita boleh ada dalam segala bentuk kezaliman yang lain.

      Kalau kita lihat sebenarnya,kaedahnya adalah jika ada dua kezaliman ,maka pilih yang kurang zalim.Sama seperti kaedah perbankan.Adakah kita mampu untuk hidup tanpa pinjaman bank?Maka kaedahnya pilihlah sistem perbankan yang paling kurang menzalimi.

      Ayub rujuk buku fiqh da’wah tentang hal ini.

      Dan sebenarnya itulah sebabnya ikhwan muslimin menceburkan diri dalam politik di mesir.perjuangan Islam tetap ada disitu.Anngap sahaja politik itu seperti berperang. Dan mereka memasuki peperangan itu setelah pembentukan yang benar.Bukan setelah dikumpulkan seperti apa yang berlaku di negara kita.Ingat,Islam itu bukan dikumpul.Islam itu dibentuk.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s