Sebuah perjalanan..mencari erti makna sebuah perjuangan,pengorbanan dan ketulusan hati dalam menggapai redha Tuhan..

Salam ukhwah..

.

.

Saya baru pulang dari Kuala Nerang petang semalam.Bertolak dari Melaka menaiki Bas Starmart express pada 9.30 pagi hari khamis dengan perjalanan memakan masa 9 jam sampai pukul 6.30 petang.

.

.

.

Sepanjang perjalanan saya terfikir, tujuan ke Kuala Nerang untuk program Forum Memperkasa Intelektual Muslim yang saya menjadi pengerusi panel forum tersebut. Dan dengan tujuan itu apa yang ingin di sampaikan adalah mesej Islam.

.

.

Maka terfikir kepada saya,saya menaiki bas walaupun kurang selesa tetapi itu lebih selesa berbanding berjalan kaki dan menaiki unta di tengah padang pasir yang panas terik.Sebagaimana yang pernah dilakukan sang Rasul demi memastikan kita hari ini mendapat syiar yang dibawa baginda.

.

.

.

Sampai di Alor Setar,stesen Shahb perdana, saya menyewa motel untuk tempoh sehingga pukul 10 malam dan terus mencari masjid untuk solat maghrib.Sangat menarik kerna antara yang ramai di jemaah masjid tersebut adalah pelajar (rasanya) asing dari Cina dan Afrika yang mungkin sekali menuntut di Kolej Insaniyah.Hebat!!Mereka datang menuntut ilmu Tuhan di tengah masyarakat yang barangkali jauh dari kebudayaan asal mereka.

.

.

Saya duduk di masjid beberapa minit dan meneliti masyarakat yang ada.Bayangkan lah kalau ramai yang datang ke masjid dengan kefahaman terhadap Islam yang benar.Bukan hanya menggunakan masjid sebagai tempat ibadat khusu tetapi masjidlah menjadi punca kekuatan di mana segala jenis aktivit tidak kira lah sama ada riadah atau pun program sukan,semua dilakukan di kompleks masjid.

.

.

Sewaktu dalam bas,dalam perjalanan di jalan raya negeri kedah yang kiri kanannya dibentangi dengan sawah padi menghijau yang mungkin baru lagi tumbuh sebagaimana diri ini yang masih lagi baru dan hijau dalam perjuangan,ternampak saya sebuah masjid yang hanya bersebelahan dengan gelanggang futsal.Bukankah elok begitu.Sehabis sahaja bermain futsal,pemuda-pemuda boleh terus ke masjid dan solat.Begitulah sewajarnya masjid digunakan.Kadang-kadang kerna konsep masjid disalah ertikan,pemuda-pemuda takut untuk mendekati masjid.Lihat sahaja hari jumaat.Bukan sedikit pemuda-pemuda yang melepak di kawasan parking motor ketika khutbah sedang dijalankan.Masjid kita tidak mesra orang muda!!

.

.

.

Dan selepas melepaskan lelah perjalanan 9 jam di masjid saya pulang ke motel dan mandi serta mengganti pakaian.Terus,saya check out dan ke Radix Fried Chicken untuk makan.Sungguh saya amat kagum dengan syarikat ini.Amat takjub dan sangat berbangga kerna mereka punya kekuatan sebegitu rupa.

.

.

.

Saya order satu set makanan.Secara keseluruhunnya, ayam gorengnya sama sedap dengan KFC tetapi kentang putarnya agak keras sedikit.

.

Tetapi yang amat saya banggakan melihat semua pekerja lelaki mahupun perempuan yang sangat sopan.Mereka menjaga aurat dan saya agak terkejtu melihat pekerja wanita memakai tudung dan berbaju yang agak labuh.

.

Dari segi makanan pula,semuanya adalah produk mereka sendiri dari sos cili dan tomato radix hinggalah ke Coca Cola Radix!!

.

.

Hebat!!Mereka mencipta solusi untuk kita dari memilih makanan dari syarikat yang berhubung dengan ZIONIS yang MEMBUNUH SAUDARA PALESTIN KITA!!

.

.

Bahkan kedai tersebut tak henti-henti di kunjung orang.

.

Barangkali kelewatan saya merisaukan sahabat yang menunggu saya. Saya call cikgu Zul dan beliau akan datang mengambil saya.Sambil menuggu, saya disapa oleh satu suara : “Assalamualikum bang.Dari mana ni?Bawak beg besar?” Seorang budak lelaki berbaju T hitam dalam umur 10 tahun menyapa saya. “Abang dari melaka,ada program kat Kuala Nerang”. Dan sedikit perbualan dari adik yang asing ini.Tapi perbualan itu tak lama.Cikgu Zul tiba.Saya sebenarnya baru pertama kali berjumpa beliau.Seorang yang berumur 58 tahun dan masih lagi kelihatan muda!!

.

.

Dibawanya saya ke gerai untuk minum.Sepanjang perjalanan,banyak yang kami bualkan dan banyak yang kami bincangkan terutama hal perjuangan.Seorang yang berumur tetapi punya semangat dan kekuatan seorang pemuda!!Benar,saya amat kagum dengan beliau.Semangat nya yang sentiasa terbakar tak pernah padam walaupun sedah melewati usia senja.Selalu nya dimana-mana,jika sudah pencen,rumah lah tempat utama.Tetapi bukan cikgu untuk Cikgu Zul.Dialah penggerak yang hebat!!

.

.

Banyak perkara yang dibincangkan dalam pelbagai hal.Dan terus terang banyak yang saya belajar dari orang lama seperti beliau.Saya dibawa ke rumah nya untuk menumpang teduh buat sehari.Sambil menunggu kedatangan sahabat dari P.Pinang kami berdua berbincang dan berkongsi sedikit pengalaman.Pengalaman beliau yang banyak itu bagai mata air yang tak pernah kering airnya dan saya lah pengembara kehausan yang segar ketika mendapat air yang sangat menyegarkan tubuh.

.

.Dalam pukul 11 malam tibalah 2 orang sahabat beserta anak dan isteri masing-masing.Mereka sebenarnya menjadi panel untuk program esok hari.Iskandar dan Azhari.Merekalah pemuda-pemuda yang tak gentar dengan halangan.Mereka lebih tua dari pada saya.Iskandar sedang menyelesaikan Master di UTP dan Azhari sedang menyelesaikan pHD.

.

.

Tetapi kedatangan mereka membawa berita yang sangat tak disangka.Program forum esok dibatalkan atas sebab yang sangat mengejutkan.Benar saya berasa terkejut.Tetapi itu bukan alasan untuk berasa kecewa.Pertemuan dengan sahabat seperjuangan seperti Azhari,Iskandar dan cikgu Zul lebih membawa makna kepada saya.Forum tersebut hanyalah bonus dan jika tiada forum itu pun,bukanlah sesuatu yang besar jika nak dibandingkan dengan pertemuan dengan sahabat yang dinanti.

.

.

.

Walaupun ini pertemuan pertama kami,perhubungan dirasa kan bagai sudah menjalin persahabatan berpuluh tahun.Kemesraan dirasa bukan seperti orang lain.Mungkin ini lah ukhwah yang terbina atas dasar shahadah.Persahabatan atas perjuangan.Perhubungan kerana Allah.Segala terasa indah dan seoronok.Kami berbincang dan berkongsi cerita sampai pukul2 pagi lebih.Itupun terasa tak cukup. Sampai kami tak tersedar rupanya sudah melepasi pukul 2 pagi.

.

.

.

5 pagi jam berbunyi dan bangunlah kami bertemu Tuhan dan mempersembahkan kepada Nya diri kami ini dalam laungan tasbih,takbir dan tahmid.Kemudian kami keluar menaiki kereta Akh Azhari ke masjid.Yang manisnya ketika pulang dari masjid kami sesat selama hampir 45 minit.Tak tahu jalan pulang ke rumah Cikgu Zul.Satu yang sangat indah untuk dikenang.

.

.

Selesai sarapan di rumah cikgu Zul yang dimasak oleh isterinya,  (sebenarnya itu lebih kepada makan tengah hari yang sangat sedap) Azhari dan Iskandar meneruskan perjalan mereka untuk program yang seterusnya.Saya pula merancang untuk terus pulang ke Langkawi.Tetapi sewaktu perjalan dengan cikgu Zul ke Kuala Kedah, seorang sahabat dari Tapah telah tiba di Shahab perdana.Maka kami tukar rancangan.Saya dan sahabat itu, Effendi dan Lokman meminjam kereta Cikgu Zul dan terus ke Kuala Nerang.Di Kolej Mara Kuala Nerang selepas solat Jumaat,perkongsian dilakukan dengan anak-anak buah Effendi.Pelajar kolej itu yang juga anak buah Effendi memang punya karakter yang hebat.Nasihat dan perkongsian kami sampaikan kepada mereka.

.

.

.

Dan kemudian, saya pula yang akan terus dalam perjalanan pulang saya.Effendi dan Lokamn menghantar saya ke jeti Kuala Kedah dan itu lah titik perpisahan kami.Tetapi itu bukanlah perpisahan yang nyata kerna selagi kami berada dalam jalan perjuangan ini,selagi itu hati kami akan bertaut.Selagi itu lah kami akan terus bergelar saudara.Selagi itulah kami akan sentiasa bersama!!

………………………………………………………………………………………..

Jujur,pertemuan ini banyak membantu dan memberikan pengalaman yang hebat!!Semoga bertemu lagi akh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s