Untuk Mu….Aku Tahu Kau Tunggu Aku…

Aku berkata dari dalam hatiku yang sedalam pandang Mu pada ku.

Adakah kau terima diriku

Dalam pandang Mu yang mengasyikkan jiwa dan hati

Kerna setiap pada lafaz janji ku yang ku sandarkan

Meletakkan cinta hanya pada Mu,

Menyandarkan hati cuma untuk Mu,

Berkali kali aku ceroboh dan melukakan janji itu..

Adakah Kau di sana mendengar aku.

Sedang aku merintih dan menyayikan lagu ini untuk Mu..

Lagu yang tidak di dengar oleh dia,dia dan dia.

Kerna ini lagu kita.

Lagu yang pernah Kau ajarkan pada Kekasih Mu..

Dan Kekasih Mu mengajar pada kekasihnya…

Adalah lagu alam dan seluas isi nya.

Adalah lagu langit dan seluruh bintang dan jasadnya.

Adalah lagu lautan dan seluruh keajaibannya.

Adalah lagu belantara dan seluruh tasbih segala yang ada dalamnya kepada Mu..

Dan itu adalah lagu aku kepada Mu..

…..

Lihatkah Kau??

Aku disini menyerahkan jasadku dan nyawaku..

Barangkali adakah kau ingin terima jasad dosa dan nyawa dosa dan roh dosa ini?

Setelah penuh makar telah ku pilih untuk ku ikuti jalan nya

Kemudian sekali lagi aku tertunduk malu mengenang segala kata dan niat yang ku pilihkan.

Lalu malu itu ku injak.

Dan ku palitkan lagi dosa merah bertukar ungu bertukar hitam ke dalam hati ku.

Dan berulang.

Dan berulang.

Dan berulang..

Lalu adakah Kau mahu menerima ku kembali??

….

Jelas aku tidak tahu!!

Jujur aku tidak tahu!!

Tapi,sekali pun jasadku dipatuk seribu ular.

sekalipun di tuang tembaga panas menyala.

Aku yakin dan berdiri dengan yakin.

Yang Kau sentiasa ada!!

Mendengar aku!Melihat aku!!Menunggu aku!!

Walau aku jatuh dalam kelam malam yang menghunjam dada anak adam.

Kau ada walau dimana sahaja!!

Mendengar aku!!Melihat aku!!Menunggu aku!!

Kembali dalam kesucian hati mempersembahkan diriku kepada Mu!!

Hanya pada Mu..

Untuk Mu..

3 thoughts on “Untuk Mu….Aku Tahu Kau Tunggu Aku…

  1. Salam Tajul,

    Semoga sihat, semoga dalam pengawasan yang baik dariNYA; Allah berfirman;

    “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul”. (Al-Baqarah [2] : 186).

    “Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya”. (Qaf [50] : 16)

    Hadis Qudsi ada menyebut;

    “Aku (Allah) menurut anggapan hambaKu terhadap Aku. Dan Aku bersama dengan dia, apabila dia menyebut (mengingati) Aku. apabila dia menyebut Aku sendirian, nescaya aku menyebutnya sendiri sahaja. Dan kalau dia menyebutku di hadapan orang ramai, nescaya Aku menyebutnya pula di hadapan orang ramai yang lebih baik. Kalau dia mendekatiKu sejengkal, nescaya Aku mendekatinya sehasta. Kalau dia dekat kepadaKu sehasta, nescaya Aku dekat kepadanya sedepa. Dan kalau dia berjalan kepadaKu dengan berjalan kaki (perjalanan biasa) nescaya Aku datang kepadanya dengan berlari (lebih cepat)”.

    Mudah2an kita semua sentiasa ingat bahawa Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta Maha segala Kemuliaan.

    • Salam mak cik.

      Terima kasih banyak2 atas nasihat mak cik.Sebenarnya banyak jugak nasihat mak cik yang mak cik tulis dalam komen di blog saya yang saya gunakan dalam program2 yang di adakan.dan banyak juga yang bawa peringatan kepada saya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s